Assalamualaikum dan salam sejahtera
Maksud Warna Pada Label Bungkusan Beras Setiap bulan kita semua akan restock beras kat dapur kan ? tapi sejauh mana kita ambil tahu tentang jenis beras yang kita beli dan gunakan . Jom CCL kongsikan serba sedikit tentang label warna pada bungkusan beras .
so sekarang hangpa dah tau kan beras yang mana hangpa makan selama ni .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cuba Kopi Gantung Perlis Satu lagi kopi jalanan yang meletup-letup , CCL sebenarnya dah lama nak cuba minum Kopi Gantung Perlis ni . tapi tue lah setiap kali teringin nak minum kopi of course la Zus Coffee yang menjadi pilihan . so batalkan niat dan hasrat untuk minum kopi gantung tersebut .
Hari ni alhamdulillah rezeki CCL , dapatlah juga merasa . Tentang rasa . Rasa dia sedap dan kena dengan taste CCL . Rasa kopi yang kaw dengan gabungan susu memang mantap sekaligus sesuai dengan trademark Kopi Gantung Perlis ni "Padu Habaq Hang , Pastikan Yang Original"
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hangat-Hangat Pekena Teh O Ais Limau Hangat-sehangatnya cuaca sekarang ni kan , tambah-tambah lagi masuk ke tengahari sampai ke pukul 4 5 macam tu . Lagi pun biru cerah memang tak dak tanda- tanda hujan nak turun . Memang kat Perlis sekarang ni musim panas dan musim angin timur . Mujur panas-panas macam ni pun Allah hadirkan angin . So tak ada laa rasa bahang hangat tu terlampau tinggi .
Lepak tepi rumah sambil kena angin timur ni , CCL bancuh satu jug teh o ais limau . Hahhh dahaga sangat kan . Bancuh teh o , perahkan dua tiga biji limau kasturi , settle.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kuih Bakul Sempena CNY Kuih Bakul atau TianGao/Ti bermaksud kuih manis , ramai yang dah tahu kan kuih ini adalah salah satu kuih tradisional yang dimakan pada musim Tahun Baru Cina . Kuih ni distim sehingga masak dan melekit tetapi semakin lama akan menjad semakin keras .
Setahun sekali baru boleh makan kuih bakul ni , kena tunggu musim perayaan Tahun Baru Cina , sebab musim ni la banyak yang mendapat sambutan . Kalau hari-hari biasa jenuh juga nak mencari .
seperti setiap tahun , tahun lepas tak berkesempatan makan kuih bakul , tahun ni alhamdulillah CCL dapat masuk slot order kuih bakul , dapat juga merasa . kuih bakul yang CCL order ni memang dari air tangan orang Melayu kita yang buat sendiri . So tak ada risau sangat nak makan . kuih bakul yang berharga rm18 berbaloi dengan saiz . agak sederhana besar juga . rasa pun sangat sedap tidak terlalu manis , so far boleh mkan .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Limau Nipis Atau Limau Kasturi ?? Sebut saja pasal limau ni mesti hangpa tau ada banyak jenis limau. Tapi hangpa boleh bezakan tak mana satu limau nipis dan mana satu limau kasturi ? Macam CCL dulu kalau nak pergi petik buah dari pokok atau beli terus di pasaraya mesti tersalah beli . Sekali pandang nampak sama .tapi kalau nak tau limau kasutri ni warna dia lebih pekat berbanding limau nipis .
Bila hangpa belah limau tu pun dah dapat beza . Limau nipis cerah dan jenis sedangkan limau kasturi pula kekuningan . Satu lagi kalau dibandingkan isi air dalam tu, limau kasturi lagi banyak air berbanding limau nipis .
Kedua-dua limau ni memang rasa masam tapi kalau betul-betul rasa memang rasa dia sedikit berbeza . Limau kasturi ni rasa dia masam berbanding limau nipis . Sebab tu la limau kasturi ni kalau hangpa perasan selalu kita campurkan dalam aneka sambal belacan . Limau nipis ni pula selalu kita perah dan campurkan untuk hilang bau hanyir ikan , ayam mahupun hanyir dalam masakan takpun ketika mencuci .
Jadi macam mana ? Dah kenal kan mana satu limau nipis , mana satu limau kasturi . Jangan tersalah beli lagi .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 , Tahun Naga Tahun naga dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan keberuntungan ternyata memberi tuah kepada golongan peniaga barang kelengkapan dan makanan untuk perayaan Tahun Baharu Cina
Baca juga : Pantang Larang Sepanjang Tahun Baru Cina
Naga merupakan simbol yang sinonim bagi masyarakat Cina dan berkait rapat dengan legenda, perayaan, astrologi, seni, nama dan simpulan bahasa. Naga dikatakan mengawal unsur semula jadi lain yang dikaitkan dengan hujan, angin, awan, guruh dan kilat. Memasuki tahun baharu kalendar lunar pada 10 Februari 2024, Tahun Naga merupakan antara detik yang paling diraikan kerana mengikut ilmu warisan masyarakat Cina kuno, feng shui, tahun ini bakal membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.
Sekadar perkongsian deko-deko di sudut kecil tepi office CCL sempena Tahun Baru Cina .
Baca juga : Budaya Wajib Semasa Tahun Baru Cina
Pukul 12 tengah malam semalam sempat tengok tembakan bunga api yang tak kurang juga cantiknya . So ini jer gambar yang sempat CCL snap . Meriah bunyi detuman bunga api .
Happy Chinese New Year untuk semua kaum Cina .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Basah Tekak dengan Teh Ais Cincau Sejak beberapa hari cuaca kat Perlis ni memang hangat sangat, panas terik . Kalau keluar tengahari tu memang panas tak boleh bincang , sampai boleh effect sakit kepala jadinya . Panas terik macam ni kena minum air banyak-banyak . Lagi bagus kalau minum air putih memang baik untuk kesihatan badan kita kan ..
Balik kerja pukul 2 petang memang keadaan cuaca hangat sangat, maka dalam beberapa minit akan effect sakit kepala macam biasa . Perkara macam ni sudah diduga akan berlaku .
On the way balik kerja , singgah beli teh ais cincau , memang selalu beli kat sini sebab rasa teh, rasa manis berlemak tu memang seimbang . Lagi-lagi kalau minum time cucaca hangat macam ni. Ya Allah lega tau kalau dapat air ais .. Disebabkan rasa sakit kepala so CCL avoid untuk beli sebarang air kafein , means kopi .. So beli jer laa teh ais cincau dengan harga RM2.50 ni . Tempat korang berapa harga teh ais ??
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Breakfast Sandwich Chicken Popcorn Hari ni tiada perkongsian yang menarik pun , cukup sekadar nak konsisten post entri blog setiap hari . Itu jerr . So hari ni CCL nak kongsi menu sarapan pagi tadi .
Hanya sandwich sudah cukup memadai untuk kenyangkan perut . Harga sandwich ni RM4.50 . Berbaloi juga la sebab dalam tue terisi beberapa ketul isi chicken popcorn . Terdapat juga salad dan timun . Boleh dikatakan sedap juga . Alhamdulillah kenyang perut .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari Israk Mikraj 2024 hari Israk Mikraj adalah hari untuk memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu pada 27 Rejab. Peristiwa ini adalah peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang digelar sebagai peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW .
Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
Surah Al-Israa’: 1
Tarikh Israk Mikraj 2024
Tarikh sambutan Israk Mikraj 2024 adalah pada 8 Februari 2024 (Khamis), iaitu bersamaan dengan 27 Rejab 1445H.
Perkara ini telah dinyatakan dalam Takwim 2024 Miladiah / 1445-1446 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berdasarkan Panel Pakar Falak.
Cuti umum negeri sempena Israk Mikraj
Hari Israk Mikraj termasuk dalam Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri iaitu hanya sesetengah negeri sahaja yang mengambil cuti pada hari tersebut.
Negeri-negeri yang mengambil cuti sempena hari Israk Mikraj adalah negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu sahaja
6 iktibar dari peristiwa Israk Mikraj
- kuasa Allah SWT adalah tiada batas
- iman dan akidah yang teguh asas kepada sifat keislaman yang sejati
- Allah SWT maha pengampun lagi maha mendengar
- kita harus sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT waktu susah dan senang
- perintah solat adalah satu ibadah yang digariskan ketentuannya oleh Allah SWT
- anjuran memberi dan menyebarkan islam
semoga perkongsian hari Israk Mikraj 2024 ini bermanfaat.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Limau Mandarin Tabur Serbuk Asam Ada sesiapa yang baca entri ini pengemar buah limau ? CCL fikir buah limau ni siapa ja yang tak suka sebab rasa dia memang so sedap . Buah limau ni memang one of my favourite fruit , lebih-lebih lagi buah lumau ni memang penuh khasiat dengan Vitamin C . So memang bagus untuk kesihatan kita , hangpa dah tak perlu beli supplement daa just amalkan buah limau je..
Actually, hari ni dapat sekotak buah limau , so CCL nak share dengan hangpa semua satu resepi buah limau asam yang sangat-sangat sedap . CCL pasti ramai yang kecur air liur kan .
Bahan dia satu jer , iaitu serbuk asam, CCL rasa hangpa dah tau serbuk asam tu yang mana, serbuk asam ni serbuk yang kita guna untuk makan dengan buah jambu atau buah pelam tu . So apa yang hangpa perlu buat adalah hangpa kupas buah limau tersebut dan hangpa masukkan serbuk asam dalam dua sudu makan mengikut kuantiti buah limau . Nak lagi perfect boleh masukkan sedikit gula pasir .
Resepi ni memang seriusly senang nak buat, rasa dia macam masin-masin , masam dan manis .
Let's try
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bekal Nasi Putih Bersama Ikan Kembung Masak Cuka Kembali ke rancangan bekal apa hari ni ? Ehh !! .. Hahaha . Tengahari tadi masak lebih lauk ikan kembung masak cuka ni , so decide bekalkan sedikit menu ni untuk makan masa rehat nanti .
Ikan kembung / temenung masak cuka ni antara salah satu menu feveret CCL . Kalau buat menu ni memang make sure akan buat kuah yang banyak , letak portion banyak-banyak memang sedap dan puas hati makan . Penampakan ikan kembung tersembunyi disebalik bawang & cili . Cukup la seekor ikan kembung CCL patahkan kepada dua bahagian untuk masukkan ke dalam bekas tersebut . Alhamdulillah kenyang . .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bekal Pasta Makaroni Carbonara Cendawan Cerita semalam bawa bekal pergi office, disebabkan dah jemu dengan makanan menu yang ada di cafe dan juga menu-menu di GrabFood so decide untuk bawa bekal dari rumah . Jimat pun jimat juga kan .
CCL dan pasta mahupun spaghetti memang tak mampu berpisah . Memang feveret sangat . So hari ni bekalkan pasta carbonara mushroom . Cukup la untuk kenyang perut . Nak masak pun tak ambil masa yang lama . Lagi-lagi kalau pakai pek instant macam ni memang sekejap jer nak masak .
Pek instant macam ni cukup la untuk sorang makan , dalam satu pek ada pasta dan juga seasoning powder . Hanya campak-campak jer dah siap . Pasta pun hanya perlu rebus beberapa minit sahaja , manakala pes seasoning tu CCL hanya tumis bawang putih, masukkan seasoning powder dan masukkan sedikit air . untuk hangpa yang sukakan sedikit rasa pedas macam CCL ni boleh la tambahkan sedikit pes cili boh . Semudah itu ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Zus Coffee : Watermelon Frappe Zus Coffee keluarkan flavour baru lagi . Kali ni ' Watermelon Series' iaitu Watermelon Frappe & Watermelon Latte (ice/hot) . Setiap dua pembelian edisi tersebut hangpa akan dapat freegift sticker dan juga angpow CNY yang dikeluarkan dari Zus Coffee sendiri .
So, CCL cuba Watermelon Frappe . Disebabkan pembelian satu minuman jer so tak dapat la freegift tersebut . Untuk minuman edisi kali ni watermelon frappe ni tak dinafikan memang sedap . Rasa manis tembikai merah, gabungan rasa masam lemon dan berlemak tu memang kena dengan tekak CCL , tetapi untuk korang yang tak minum manis CCL sarankan untuk korang request less sugar . Boleh repeat lagi . Next repeat nak request less sugar . Sebab normal sugar ni pun dah cukup manis .
Harga RM14.90 .