Filem | The Fox King (Semusim Lara)

 Assalamualaikum dan hai semua 

Filem | The Fox King (Semusim Lara)

Kalau korang peminat filem yang jalan ceritanya lebih kepada drama, hubungan kekeluargaan dan konflik perasaan, boleh laa cuba tengok filem yang satu ni.. The Fox King (Semusim Lara) merupakan filem usahasama Malaysia dan Indonesia yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 17 September 2026.

Barisan pelakon filem The Fox King ( Semusim Lara)

  • Dian Sastrowardoyo sebagai Lara
  • Idan Aedan sebagai Ali
  • Hadi Putra sebagai Amir
  • Amerul Affendi sebagai Budi
  • Chew Kin Wah sebagai Lonny
  • Sara Mack Lubis sebagai Erna

Filem the fox king, sinopsis filem the fox king , the fox king semusim lara, tonton filem the fox king semusim lara, pelakon filem the fox king


Sinopsis Filem The Fox King (Semusim Lara)

Filem ni mengisahkan pasangan kembar tidak seiras, Ali dan Amir, yang membesar di sebuah perkampungan nelayan. Sejak kecil, mereka hanya bergantung antara satu sama lain selepas kehilangan ibu dan ditinggalkan oleh bapa yang tidak bertanggungjawab. . Sebagai abang, Ali banyak memainkan peranan sebagai pelindung kepada Amir. Amir pula merupakan seorang remaja yang bijak tetapi sukar bercakap dan sering menjadi mangsa buli di sekolah.

Namun, keadaan mula berubah selepas kemunculan Cikgu Lara, guru Bahasa Inggeris baharu di sekolah mereka.. Kehadiran Lara yang mempunyai paras rupa menarik dan perwatakan yang menyenangkan mula mencetuskan perasaan yang berbeza dalam diri Ali dan Amir. Daripada hubungan adik-beradik yang selama ni sangat rapat, perlahan-lahan muncul rasa cemburu dan persaingan antara mereka.

Akhirnya, ikatan persaudaraan yang selama ni dianggap begitu kuat mula retak apabila mereka berdepan dengan perasaan dan konflik yang tidak pernah mereka jangka.

Nampaknya The Fox King (Semusim Lara) bukan sekadar kisah cinta semata-mata, tapi turut membawa tema tentang hubungan adik-beradik, kehilangan, persaingan dan perjalanan menuju alam remaja.

Dengan gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia serta latar perkampungan nelayan yang cukup dekat dengan kehidupan masyarakat, filem ni nampak macam sebuah drama yang lebih berat dan penuh emosi.

So, siapa yang suka filem jenis drama yang ada konflik keluarga dan emosi macam ni, bolehlah masukkan The Fox King (Semusim Lara) dalam senarai tontonan. 




0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan