Cuba Kopi Gantung Perlis

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Cuba Kopi Gantung Perlis  Satu lagi kopi jalanan yang meletup-letup , CCL sebenarnya dah lama nak cuba minum Kopi Gantung Perlis  ni . tapi tue lah setiap kali teringin nak minum kopi of course la Zus Coffee yang menjadi pilihan . so batalkan niat dan hasrat untuk minum kopi gantung tersebut . 

kopi gantung perlis , kopi gantung viral perlis , kopi viral perlis, kopi gantung

kopi gantung perlis , kopi gantung viral perlis , kopi viral perlis, kopi gantung

Hari ni alhamdulillah rezeki CCL , dapatlah juga merasa  . Tentang rasa . Rasa dia sedap dan kena dengan taste CCL  . Rasa kopi yang kaw dengan gabungan susu memang mantap sekaligus sesuai dengan trademark Kopi Gantung Perlis ni "Padu Habaq Hang , Pastikan Yang Original"

Kenali 4 Jenis Beras : Beras Pulut,Beras Brasmathi, Beras Wangi & Beras Calrose

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

jenis-jenis beras, beras wangi, beras brasmathi, beras pulut , beras calrose


Kenali 4 Jenis Beras : Beras Pulut,Beras Brasmathi, Beras Wangi & Beras Calrose kita mungkin dah terbiasa dengan beras tempatan putih biasa atau beras putih import . Kedua-dua jenis beras ini paling banyak dinikmati oleh rakyat Malaysia . 

jenis-jenis beras, beras wangi, beras brasmathi, beras pulut , beras calrose

jenis-jenis beras, beras wangi, beras brasmathi, beras pulut , beras calrose

jenis-jenis beras, beras wangi, beras brasmathi, beras pulut , beras calrose

jenis-jenis beras, beras wangi, beras brasmathi, beras pulut , beras calrose


Sedikit info yang CCL kongsi untuk hangpa semua , terdapat lebih 40,000 jenis beras yang terdapat dalam dunia ni . Banyak kan ? . Beras adalah antara makanan sumber karbohidrat paling baik untuk diamalkan pada setiap hari . Kandungan vitamin, protien, dan mineral adalah lebih tinggi dari roti . Jadi pengambilan nasi perlulah dalam portion yang terkawal . 

Filem : Bhakshak

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Filem : Bhakshak Di inpirasi dari kisah sebenar kisah hitam rumah perlindungan anak gadis di Muzaffarpur, Bihar.  Anak gadis di sini kebanyakan mereka ialah anak2 yatim.  Di beri dadah, dera,  rogol, liwat, malah ada yang dibunuh untuk melindungi kegiatan pemilik dan  konco-konconya atau juga jalan singkat  jika ada apa2 berlaku pada gadis jagaan mereka.

Filem bhakshak, sinopsis filem bhakshak, tonton online filem bhakshak, neflix bhakshak


Berdasarkan satu laporan audit mengenai pusat jagaan itu yang di sisihkan oleh kerajaan. Seorang wartawan perempuan bernama Vaishali Singh bersama  jurugambarnya Baskar  berusaha mencari bukti dan ingin membawa  pemilik pusat jagaan itu Bansi Sahu ke muka pengadilan. 

Tetapi bukan mudah Bansi mempunyai nama dikalangan orang kerajaan dan mempunyai hubungan dengan orang tertentu bertaraf menteri. Malah usaha Vaishali juga mendapat tentangan dari keluarga nya sendiri.

Channel portal berita yang diusahakan Vaishali hanya kecil, tidak popular tetapi ia tetap tidak mematahkan semangatnya untuk mencari kebenaran. Maka terhasil satu berita khas untuk kes rumah penjagaan ini yang  bertajuk BHAKSHAK.


Hangat-Hangat Pekena Teh O Ais Limau

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hangat-Hangat Pekena Teh O Ais Limau Hangat-sehangatnya cuaca sekarang ni kan , tambah-tambah lagi masuk ke tengahari sampai ke pukul 4 5 macam tu . Lagi pun biru cerah memang tak dak tanda- tanda hujan nak turun . Memang kat Perlis sekarang ni musim panas dan musim angin timur . Mujur panas-panas macam ni pun Allah hadirkan angin . So tak ada laa rasa bahang hangat tu terlampau tinggi . 

Teh o ais limau , teh o ais

Lepak tepi rumah sambil kena angin timur ni , CCL bancuh satu jug teh o ais limau . Hahhh dahaga sangat kan . Bancuh teh o , perahkan  dua tiga biji limau kasturi , settle. 

Kuih Bakul Sempena CNY

Assalamualaikum dan salam sejahtera  


Kuih Bakul Sempena CNY Kuih Bakul atau TianGao/Ti bermaksud kuih manis , ramai yang dah tahu kan kuih ini adalah salah satu kuih tradisional yang dimakan pada musim Tahun Baru Cina . Kuih ni distim sehingga masak dan melekit tetapi semakin lama akan menjad semakin keras .

Setahun sekali baru boleh makan kuih bakul ni , kena tunggu musim perayaan Tahun Baru Cina , sebab musim ni la banyak yang mendapat sambutan . Kalau hari-hari biasa jenuh juga nak mencari . 

kuh bakul , kuih tradisional tahun baru cina , resepi kuih bakul

seperti setiap tahun , tahun lepas tak berkesempatan makan kuih bakul , tahun ni alhamdulillah CCL dapat masuk slot order kuih bakul , dapat juga merasa . kuih bakul yang CCL order ni memang dari air tangan orang Melayu kita yang buat sendiri . So tak ada risau sangat nak makan  . kuih bakul yang berharga rm18 berbaloi dengan saiz . agak sederhana besar juga . rasa pun sangat sedap tidak terlalu manis , so far boleh mkan . 


Limau Nipis Atau Limau Kasturi ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Perbezaan limau nipis dan limau kasturi, limau nipis, limau kasturi,  colek limau kasturi

Limau Nipis Atau Limau Kasturi ?? Sebut saja pasal limau ni mesti hangpa tau ada banyak jenis limau. Tapi hangpa boleh bezakan tak mana satu limau nipis dan mana satu limau kasturi ? Macam CCL dulu kalau nak pergi petik buah dari pokok atau beli terus di pasaraya mesti tersalah beli . Sekali pandang nampak sama .tapi kalau nak tau limau kasutri ni warna dia lebih pekat berbanding limau nipis . 

Perbezaan limau nipis dan limau kasturi, limau nipis, limau kasturi,  colek limau kasturi

Perbezaan limau nipis dan limau kasturi, limau nipis, limau kasturi,  colek limau kasturi

Bila hangpa belah limau tu pun dah dapat beza . Limau nipis cerah dan jenis sedangkan limau kasturi pula kekuningan . Satu lagi kalau dibandingkan isi air dalam tu, limau kasturi lagi banyak air berbanding limau nipis . 

Kedua-dua limau ni memang rasa masam tapi kalau betul-betul rasa memang rasa dia sedikit berbeza . Limau kasturi ni rasa dia masam berbanding limau nipis . Sebab tu la limau kasturi ni kalau hangpa perasan selalu kita campurkan dalam aneka sambal belacan .  Limau nipis ni pula selalu kita perah dan campurkan untuk hilang bau hanyir ikan , ayam mahupun hanyir dalam masakan takpun ketika mencuci . 

Jadi macam mana ? Dah kenal kan mana satu limau nipis , mana satu limau kasturi . Jangan tersalah beli lagi .



Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 , Tahun Naga

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 , Tahun Naga Tahun naga dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan keberuntungan ternyata memberi tuah kepada golongan peniaga barang kelengkapan dan makanan untuk perayaan Tahun Baharu Cina

Baca juga : Pantang Larang Sepanjang Tahun Baru Cina

Naga merupakan simbol yang sinonim bagi masyarakat Cina dan berkait rapat dengan legenda, perayaan, astrologi, seni, nama dan simpulan bahasa. Naga dikatakan mengawal unsur semula jadi lain yang dikaitkan dengan hujan, angin, awan, guruh dan kilat. Memasuki tahun baharu kalendar lunar pada 10 Februari 2024, Tahun Naga merupakan antara detik yang paling diraikan kerana mengikut ilmu warisan masyarakat Cina kuno, feng shui, tahun ini bakal membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.

Deko chinese new year , decoration chinese new year

Sekadar perkongsian deko-deko di sudut  kecil tepi office CCL sempena  Tahun Baru Cina . 

Baca juga : Budaya Wajib Semasa Tahun Baru Cina

Deko chinese new year , decoration chinese new year

Pukul 12 tengah malam semalam sempat tengok tembakan bunga api yang tak kurang juga cantiknya . So ini jer gambar yang sempat CCL snap . Meriah bunyi detuman bunga api . 

Happy Chinese New Year untuk semua kaum Cina . 


Basah Tekak dengan Teh Ais Cincau

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Basah Tekak dengan Teh Ais Cincau Sejak beberapa hari cuaca kat Perlis ni memang hangat sangat, panas terik . Kalau keluar tengahari tu memang panas tak boleh bincang , sampai boleh effect sakit kepala jadinya .  Panas terik macam ni kena minum air banyak-banyak . Lagi bagus kalau minum air putih memang baik untuk kesihatan badan kita kan .. 

Balik kerja pukul 2 petang memang keadaan cuaca hangat sangat, maka dalam beberapa minit akan effect sakit kepala macam biasa . Perkara macam ni sudah diduga akan berlaku .  

Teh ais cincau, harga teh ais cincau, gambar teh ais cincau , teh ais cincau murah


On the way balik kerja , singgah beli teh ais cincau , memang selalu beli kat sini sebab rasa teh, rasa manis berlemak tu memang seimbang . Lagi-lagi kalau minum time cucaca hangat macam ni. Ya Allah lega tau kalau dapat air ais .. Disebabkan rasa sakit kepala so CCL avoid untuk beli sebarang air kafein , means kopi .. So  beli jer laa teh ais cincau dengan harga RM2.50 ni . Tempat korang berapa harga teh ais ?? 

Breakfast Sandwich Chicken Popcorn

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Breakfast Sandwich Chicken Popcorn Hari ni tiada perkongsian yang menarik pun , cukup sekadar nak konsisten post entri blog setiap hari . Itu jerr . So hari ni CCL nak kongsi menu sarapan pagi tadi . 

Sandwich chicken popcorn , sandwich

Hanya sandwich sudah cukup memadai untuk kenyangkan perut . Harga sandwich ni RM4.50 . Berbaloi juga la sebab dalam tue terisi beberapa ketul isi chicken popcorn . Terdapat juga salad  dan timun . Boleh dikatakan sedap juga . Alhamdulillah kenyang perut . 

Kenali 4 Garam : Garam Laut, Garam Himalaya, Garam Bukit & Garam Halus

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

kenali jenis-jenis garam , garam halus, garam himalaya, garam bukit, kelebihan garam bukit, kelebihan garam himalaya


Kenali 4 Garam : Garam Laut, Garam Himalaya, Garam Bukit & Garam Halus Garam adalah sejenis komponen mineral yang mana komponen utamanya adalah natrium klorida . Rasa garam adalah salah satu rasa asas manusia .  Persoalannya adakah garam lebih baik dari gula ? Jawapannya Ya, tetapi dalam jumlah yang sangat kecil dan sangat bahaya kalau penggunaan secara berlebihan 

kenali jenis-jenis garam , garam halus, garam himalaya, garam bukit, kelebihan garam bukit, kelebihan garam himalaya

kenali jenis-jenis garam , garam halus, garam himalaya, garam bukit, kelebihan garam bukit, kelebihan garam himalaya

kenali jenis-jenis garam , garam halus, garam himalaya, garam bukit, kelebihan garam bukit, kelebihan garam himalaya

kenali jenis-jenis garam , garam halus, garam himalaya, garam bukit, kelebihan garam bukit, kelebihan garam himalaya

Kenapa garam lebih baik dari gula ? Pasti ramai yang nak tahu kan ? Sebenarnya garam adalah rasa asas manusia . Tanpa garam hidup kita menjadi hambar . Garam juga penting kepada haiwan terutamanya haiwan ternakan  . Tetapi seperti biasa , dalam jumlah yang kecil . Garam juga digunakan dalam industri perubatan . Biasanya digunakan untuk meneutralkan komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit .


Hari Israk Mikraj 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hari Israk Mikraj 2024 hari Israk Mikraj adalah hari untuk memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu pada 27 Rejab. Peristiwa ini adalah peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang digelar sebagai peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW .

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Surah Al-Israa’: 1

hari israk mikraj , peristiwa israk mikraj , cuti peristiwa negeri israk mikraj


Tarikh Israk Mikraj 2024

Tarikh sambutan Israk Mikraj 2024 adalah pada 8 Februari 2024 (Khamis), iaitu bersamaan dengan 27 Rejab 1445H.

Perkara ini telah dinyatakan dalam Takwim 2024 Miladiah / 1445-1446 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berdasarkan Panel Pakar Falak.


Cuti umum negeri sempena Israk Mikraj 

Hari Israk Mikraj termasuk dalam Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri iaitu hanya sesetengah negeri sahaja yang mengambil cuti pada hari tersebut.

Negeri-negeri yang mengambil cuti sempena hari Israk Mikraj adalah negeri KedahNegeri SembilanPerlis dan Terengganu sahaja


6 iktibar dari peristiwa Israk Mikraj

  1. kuasa Allah SWT adalah tiada batas
  2. iman dan akidah yang teguh asas kepada sifat keislaman yang sejati
  3. Allah SWT maha pengampun lagi maha mendengar
  4. kita harus sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT waktu susah dan senang
  5. perintah solat adalah satu ibadah yang digariskan ketentuannya oleh Allah SWT
  6. anjuran memberi dan menyebarkan islam 

semoga perkongsian hari Israk Mikraj 2024 ini bermanfaat. 





6 Jenis Gula Yang Selalu Kita Guna Kat Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jenis-jenis gula, gula halus, gula kastor, gula perang, gula aising, gula kasar , gula halus, gula merah

Jenis Gula Yang Selalu Kita Guna Kat Rumah Hangpa tau dak yang gula  ada banyak jenis ? Gula ni kemang benda wajib kita ambil kat rumah , tapi tidak disarankan untuk ambil secara berlebihan sebab boleh memudaratkan kesihatan .

Jenis-jenis gula, gula halus, gula kastor, gula perang, gula aising, gula kasar , gula halus, gula merah

Gula halus
Gula ni biasanya kita gunakan dalam baking sebab texture dia halus . Kalau nak buat air ke boleh guna sebab mudah larut .

Gula kasar 
Sukar nak larut sebab texture dia kasar , so tak berapa nak sesuai nak letak dalam minuman .

Jenis-jenis gula, gula halus, gula kastor, gula perang, gula aising, gula kasar , gula halus, gula merah

Gula aising
Dikenali juga sebagai gula serbuk atau gula halus , selalunya digunakan untuk dibuat frosting serta hiasan kek dan pastri .

Jenis-jenis gula, gula halus, gula kastor, gula perang, gula aising, gula kasar , gula halus, gula merah

Gula kastor 
Haa gula ni yang selalu hang buat baking kan . Gula ni sama dengan gula pasir halus . So memang sesuai guna untuk baking ,meringue, pembuatan sirap, adunan kek dan sebagainya. 

Jenis-jenis gula, gula halus, gula kastor, gula perang, gula aising, gula kasar , gula halus, gula merah

Gula merah 
Tekstur gula yang lembab ni memang sesuai digunakan dalam pembuatan kuih tradisional macam kuih kasui, lompang , agar-agar gula merah . Gula ni bila kita cairkan kena tapis tau sebab dia macam berpasir.


Jenis-jenis gula, gula halus, gula kastor, gula perang, gula aising, gula kasar , gula halus, gula merah

Gula perang
Gula ni ada dua jenis , light brown sugar dan dark brown sugar . Gula ni sesuai untuk buat baking dan bancuh dalam air kopi .

Jenis-jenis gula, gula halus, gula kastor, gula perang, gula aising, gula kasar , gula halus, gula merah

Gula melaka
Sebab gula ni keras, susah nak larut , so kena potong guna pisau . Sedap letak dalam bubur cha-cha , bubur kacang & macam jenis bubur .


 

Limau Mandarin Tabur Serbuk Asam

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Limau Mandarin Tabur Serbuk Asam Ada sesiapa yang baca entri ini pengemar buah limau ? CCL fikir buah limau ni siapa ja yang tak suka sebab rasa dia memang so sedap . Buah limau ni memang one of my favourite fruit , lebih-lebih lagi buah lumau ni memang penuh khasiat dengan Vitamin C . So memang bagus untuk kesihatan kita , hangpa dah tak perlu beli supplement daa just amalkan buah limau je..

Actually, hari ni dapat sekotak buah limau , so CCL nak share dengan hangpa semua satu resepi buah limau asam yang sangat-sangat sedap . CCL pasti ramai yang kecur air liur kan . 

Buah limau mandarin , buah limau , serbuk asam , buah limau letak serbuk asam

Bahan dia satu jer , iaitu serbuk asam, CCL rasa hangpa dah tau serbuk asam tu yang mana, serbuk asam ni serbuk yang kita guna untuk makan dengan buah jambu atau buah pelam tu . So apa yang hangpa perlu buat adalah hangpa kupas buah limau tersebut dan hangpa masukkan serbuk asam dalam dua sudu makan mengikut kuantiti buah limau . Nak lagi perfect boleh masukkan sedikit gula pasir . 

Resepi ni memang seriusly senang nak buat, rasa dia macam masin-masin , masam dan manis . 

Let's try

Bekal Nasi Putih Bersama Ikan Kembung Masak Cuka

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Bekal Nasi Putih Bersama Ikan Kembung Masak Cuka Kembali ke rancangan bekal apa hari ni ? Ehh !! .. Hahaha . Tengahari tadi masak lebih lauk ikan kembung masak cuka ni , so decide bekalkan sedikit menu ni untuk makan masa rehat nanti . 

Bekal apa hari ni , ikan masak cuka , ikan kembung masak cuka , resepi ikan kembung masak cuka ,

Ikan kembung / temenung masak cuka ni antara salah satu menu feveret CCL . Kalau buat menu ni memang make sure akan buat kuah yang banyak , letak portion banyak-banyak memang sedap dan puas hati makan . Penampakan ikan kembung tersembunyi disebalik bawang & cili . Cukup la seekor ikan kembung CCL patahkan kepada dua bahagian untuk masukkan ke dalam bekas tersebut . Alhamdulillah kenyang . .

Bekal Pasta Makaroni Carbonara Cendawan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Bekal Pasta Makaroni Carbonara Cendawan   Cerita semalam bawa bekal pergi office, disebabkan dah jemu dengan makanan  menu yang ada di cafe dan juga menu-menu di GrabFood so decide untuk bawa bekal dari rumah . Jimat pun jimat juga kan . 

Bekal pasta, masak pasta instant, pasta instant pek

CCL dan pasta mahupun spaghetti memang tak mampu berpisah . Memang feveret sangat . So hari ni bekalkan pasta carbonara mushroom . Cukup la untuk kenyang perut . Nak masak pun tak ambil masa yang lama . Lagi-lagi kalau pakai pek instant macam ni memang sekejap jer nak masak . 

Bekal pasta, masak pasta instant, pasta instant pek

Pek instant macam ni cukup la untuk sorang makan , dalam satu pek ada pasta dan juga seasoning powder . Hanya campak-campak jer dah siap . Pasta pun hanya perlu rebus beberapa minit sahaja , manakala pes seasoning tu CCL hanya tumis bawang putih, masukkan seasoning powder dan masukkan sedikit air . untuk hangpa yang sukakan sedikit rasa pedas macam CCL ni boleh la tambahkan sedikit pes cili boh . Semudah itu ..

Zus Coffee : Watermelon Frappe


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Zus Coffee : Watermelon Frappe Zus Coffee keluarkan flavour baru lagi . Kali ni ' Watermelon Series' iaitu  Watermelon Frappe & Watermelon Latte (ice/hot) . Setiap dua pembelian edisi tersebut hangpa akan dapat freegift sticker dan juga angpow CNY yang dikeluarkan dari Zus Coffee sendiri .

Zus coffee watermelon frappe, menu zus coffee, menu paling laris di zus coffee, watermelon frappe, zus coffee watermelon series

Zus coffee watermelon frappe, menu zus coffee, menu paling laris di zus coffee, watermelon frappe, zus coffee watermelon series


So, CCL cuba Watermelon Frappe . Disebabkan pembelian satu minuman jer so tak dapat la freegift tersebut . Untuk minuman edisi kali ni watermelon frappe ni tak dinafikan memang sedap . Rasa manis tembikai merah, gabungan rasa masam lemon dan berlemak tu memang kena dengan tekak CCL , tetapi untuk korang yang tak minum manis CCL sarankan untuk korang request less sugar . Boleh repeat lagi . Next repeat nak request less sugar . Sebab normal sugar ni pun dah cukup manis . 

Zus coffee watermelon frappe, menu zus coffee, menu paling laris di zus coffee, watermelon frappe, zus coffee watermelon series

Harga RM14.90 . 



Drama Korea : Marry My Husband


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Drama Korea : Marry My Husband Drama ini sudah ditayangkan sebanyak 9 episod dan meningalkan pelbagai emosi pada penonton. Drama fantasi yang menceritakan watak utama diberikan satu peluang untuk kembali ke masa lalu, ubah nasib dia, dia mempunyai peluang untuk elakkan dirinya menjadi mangsa penipuan suami dan khianat kawan baik sendiri. 

Drama korea marry my husband, tonton online drama marry my husband , tonton online marry my husband


Pada tahun 2023, Kang Ji Won ( Park Min Young) berada di hospital, mendapatkan rawatan kanser gastrik tahap 4. Dia ditemani kawan baiknya yang dipanggil teman sejiwa , Jung Soo Min ( Song Ha Yoon) . Suaminya tak temankan dia. Suaminya memang tak pedulikan dia, malas bekerja tapi harapkan Ji Won yang sakit untuk bekerja. 

Setelah selesai pemeriksaan, doktor meminta penjaga datang untuk membuat bayaran bil hospital. Puas Ji Won hubungi suaminya, Park Min Hwan ( Lee Yi Kyung) tetapi tidak berjawab. Jadi dia buat keputusan balik ke rumah naik teksi. 

Sesampainya dia di rumah, dia terkejut melihat suaminya berada di atas katil bersama teman sejiwanya, Soo min. Hancur hatinya melihat perbuatan mereka, lebih hancur mendengar perbualan mereka yang merancang untuk menggunakan duit insurans perubatan dia untuk membeli saham dan beli beg tangan berjenama. Sepatutnya duit itu digunakan untuk bayar kos perubatan dia. 

Berlaku pergaduhan antara mereka bertiga, ada babak tarik rambut antara Soo Min dan Ji Won,namun Ji Won maut dalam pergaduhan tersebut. Ye la, suaminya dah tak ada hati dengan dia,pasti lah menyokong Soo Min.

Tetapi tiba tiba Ji Won tersedar dia berada di dalam pejabatnya pada tahun 2013 bersama Min Hwan. Dia berasa trauma ketika melihat Min Hwan teringat babak Min Hwan memukulnya sewaktu dia sedang sakit. Tetapi apabila dia melihat cermin, rupanya dah berubah. Dalam cermin, dia nampak wajahnya sebelum dia jalani rawatan kanser. Dan dia terkejut dia kini berada pada tahun 2013 apabila melihat kalender. 

Kini Ji Won nekad untuk ubah nasib dia. Dia tak mahu berkahwin dengan Min Hwan dan hidup terseksa. Rancangan dia , dia ingin kahwinkan Soo Min dengan Min Hwan. Mampukah dia mengubah nasibnya? 

Dalam drama ni mengajar kita  supaya hati hati dengan rakan kita. Kadang kita tak sedar ada rakan kita dengki dan pergunakan kita saja. Macam dalam drama ni, Ji Won kembali ke tahun 2013, barulah dia sedar yang Soo Min tu banyak buat khianat padanya. Tetapi ada juga kawan yang benar benar ikhlas berkawan dengan kita 


Top Commentators January 2024 : Tahniah Blogger Azhafizah MN


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators January 2024 : Tahniah Blogger Azhafizah MN  Dah lama sebenarnya nak letak widget blog 'Top Commentators' di sidebar blog bagi meraikan blogger-blogger yang singgah di blog CCL tanpa jemu . So alhamdulillah selepas tukar template blog , luang masa sikit untuk godek-godek coding blog maka wujud sudah 'Top Commentators January 2024' . 

so jom kita tengok siapakah yang tercalon dalam 'Top 5 commentators Of January 2024"

top commentators january 2024

  1. Azhafizah
  2. Busyra Takiyudin
  3. Dear Anies
  4. Anamizu
  5. Suria Amanda
so, inilah 5 blogger yang tersenarai dalam Top 5 top commentators melalui blog CCL  . Hangpa yang mana belum pernah singgah blog-blog kat atas dipersilakan blogwalking ke blog mereka semua . 

so sebagai saguhati CCL bebesar hati nak bagi hadiah kecil-kecilan untuk Sis Azhafizah . mohon tinggalkan detail melalui email CCL virgoyana61@yahoo.com untuk proses pengeposan hadiah saguhati .

terima kasih juga untuk blogger lain & top commentators yang sudi singgah ke blog CCL tanpa jemu . InsyaAllah setiap bulan CCL akan kongsi rezeki untuk blogger lain juga . 







Filem : Kajiman Iblis Terkejam Penagih Janji


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Filem : Kajiman Iblis Terkejam Penagih Janji Filem seram dari Indonesia ni jenis cerita hantu yang slowburn, muzik latarbelakang dan babak ritual dalam filem ni berjaya buatkan saya rasa seram. Ye la saya ni kan penakut sikit, dengar muzik ritual , saya terasa seram. Ya, ada babak ritual dalam filem ni.

Filem kajiman iblis terkejam penagih janji , tonton online kajiman iblis terkejam penagih janji


Filem ini mengisahkan Asha yang  masih bersedih atas kematian ibunya. Asha bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital, dan kemudian dia buat keputusan untuk menjadi jururawat peribadi Ismail, seorang warga emas yang sakit teruk. Semasa menjaga Ismail Asha mengalami perlbagai gangguan mistik di rumah itu. 

Asha meminta tolong kawannya, Rama untuk membantunya. Dan rupa rupanya rumah Ismail itu terdapat rahsia, rumah tersebut mempunyai gangguan misteri dan memerlukan satu upacara ritual untuk menghalau gangguan tersebut. Asha dan Rama terlibat secara tak langsung dalam ritual tersebut. Ada plot twist dalam filem ni. 

1 Februari 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

1 Februari 2024 Syukur, Alhamdulillah kerana kita semua dibeli peluang untuk meneruskan hidup ni . Hari ni dah masuk 1 Februari , maknanya dah sebelum juga kita berada dalam tahun 2024 . Pejam celik memang rasa sekejap sahaja masa berlalu . 

Qoutes of month, qoutes of february, qoutes kejayaan tanpa kegagalan, qoutes kejayaan


Semoga pada bulan Februari ini, lebih baik dari bulan sebelumnya . Improvekan apa yang kurang dalam diri kita . 


Qoutes of month, qoutes of february, qoutes kejayaan tanpa kegagalan, qoutes kejayaan

Qoutes of month yang terdapat dalam kalender bulan ni ialah petikan dari Thomas A. Edison yang berbunyi  " saya tidak gagal, saya baru sahaja menemui 10,000 cara yang tidak akan berkesan "  umpanya seperti 
Peringatan yang sempurna bahawa kegagalah bukanlah satu penamat . Ia hanyalah permulaan perjalanan ke arah kejayaan .