Assalamualaikum dan salam sejahtera
Breakfast Sandwich Chicken Popcorn Hari ni tiada perkongsian yang menarik pun , cukup sekadar nak konsisten post entri blog setiap hari . Itu jerr . So hari ni CCL nak kongsi menu sarapan pagi tadi .
Hanya sandwich sudah cukup memadai untuk kenyangkan perut . Harga sandwich ni RM4.50 . Berbaloi juga la sebab dalam tue terisi beberapa ketul isi chicken popcorn . Terdapat juga salad dan timun . Boleh dikatakan sedap juga . Alhamdulillah kenyang perut .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari Israk Mikraj 2024 hari Israk Mikraj adalah hari untuk memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu pada 27 Rejab. Peristiwa ini adalah peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang digelar sebagai peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW .
Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
Surah Al-Israa’: 1
Tarikh Israk Mikraj 2024
Tarikh sambutan Israk Mikraj 2024 adalah pada 8 Februari 2024 (Khamis), iaitu bersamaan dengan 27 Rejab 1445H.
Perkara ini telah dinyatakan dalam Takwim 2024 Miladiah / 1445-1446 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berdasarkan Panel Pakar Falak.
Cuti umum negeri sempena Israk Mikraj
Hari Israk Mikraj termasuk dalam Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri iaitu hanya sesetengah negeri sahaja yang mengambil cuti pada hari tersebut.
Negeri-negeri yang mengambil cuti sempena hari Israk Mikraj adalah negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu sahaja
6 iktibar dari peristiwa Israk Mikraj
- kuasa Allah SWT adalah tiada batas
- iman dan akidah yang teguh asas kepada sifat keislaman yang sejati
- Allah SWT maha pengampun lagi maha mendengar
- kita harus sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT waktu susah dan senang
- perintah solat adalah satu ibadah yang digariskan ketentuannya oleh Allah SWT
- anjuran memberi dan menyebarkan islam
semoga perkongsian hari Israk Mikraj 2024 ini bermanfaat.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Limau Mandarin Tabur Serbuk Asam Ada sesiapa yang baca entri ini pengemar buah limau ? CCL fikir buah limau ni siapa ja yang tak suka sebab rasa dia memang so sedap . Buah limau ni memang one of my favourite fruit , lebih-lebih lagi buah lumau ni memang penuh khasiat dengan Vitamin C . So memang bagus untuk kesihatan kita , hangpa dah tak perlu beli supplement daa just amalkan buah limau je..
Actually, hari ni dapat sekotak buah limau , so CCL nak share dengan hangpa semua satu resepi buah limau asam yang sangat-sangat sedap . CCL pasti ramai yang kecur air liur kan .
Bahan dia satu jer , iaitu serbuk asam, CCL rasa hangpa dah tau serbuk asam tu yang mana, serbuk asam ni serbuk yang kita guna untuk makan dengan buah jambu atau buah pelam tu . So apa yang hangpa perlu buat adalah hangpa kupas buah limau tersebut dan hangpa masukkan serbuk asam dalam dua sudu makan mengikut kuantiti buah limau . Nak lagi perfect boleh masukkan sedikit gula pasir .
Resepi ni memang seriusly senang nak buat, rasa dia macam masin-masin , masam dan manis .
Let's try
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bekal Nasi Putih Bersama Ikan Kembung Masak Cuka Kembali ke rancangan bekal apa hari ni ? Ehh !! .. Hahaha . Tengahari tadi masak lebih lauk ikan kembung masak cuka ni , so decide bekalkan sedikit menu ni untuk makan masa rehat nanti .
Ikan kembung / temenung masak cuka ni antara salah satu menu feveret CCL . Kalau buat menu ni memang make sure akan buat kuah yang banyak , letak portion banyak-banyak memang sedap dan puas hati makan . Penampakan ikan kembung tersembunyi disebalik bawang & cili . Cukup la seekor ikan kembung CCL patahkan kepada dua bahagian untuk masukkan ke dalam bekas tersebut . Alhamdulillah kenyang . .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bekal Pasta Makaroni Carbonara Cendawan Cerita semalam bawa bekal pergi office, disebabkan dah jemu dengan makanan menu yang ada di cafe dan juga menu-menu di GrabFood so decide untuk bawa bekal dari rumah . Jimat pun jimat juga kan .
CCL dan pasta mahupun spaghetti memang tak mampu berpisah . Memang feveret sangat . So hari ni bekalkan pasta carbonara mushroom . Cukup la untuk kenyang perut . Nak masak pun tak ambil masa yang lama . Lagi-lagi kalau pakai pek instant macam ni memang sekejap jer nak masak .
Pek instant macam ni cukup la untuk sorang makan , dalam satu pek ada pasta dan juga seasoning powder . Hanya campak-campak jer dah siap . Pasta pun hanya perlu rebus beberapa minit sahaja , manakala pes seasoning tu CCL hanya tumis bawang putih, masukkan seasoning powder dan masukkan sedikit air . untuk hangpa yang sukakan sedikit rasa pedas macam CCL ni boleh la tambahkan sedikit pes cili boh . Semudah itu ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Zus Coffee : Watermelon Frappe Zus Coffee keluarkan flavour baru lagi . Kali ni ' Watermelon Series' iaitu Watermelon Frappe & Watermelon Latte (ice/hot) . Setiap dua pembelian edisi tersebut hangpa akan dapat freegift sticker dan juga angpow CNY yang dikeluarkan dari Zus Coffee sendiri .
So, CCL cuba Watermelon Frappe . Disebabkan pembelian satu minuman jer so tak dapat la freegift tersebut . Untuk minuman edisi kali ni watermelon frappe ni tak dinafikan memang sedap . Rasa manis tembikai merah, gabungan rasa masam lemon dan berlemak tu memang kena dengan tekak CCL , tetapi untuk korang yang tak minum manis CCL sarankan untuk korang request less sugar . Boleh repeat lagi . Next repeat nak request less sugar . Sebab normal sugar ni pun dah cukup manis .
Harga RM14.90 .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
1 Februari 2024 Syukur, Alhamdulillah kerana kita semua dibeli peluang untuk meneruskan hidup ni . Hari ni dah masuk 1 Februari , maknanya dah sebelum juga kita berada dalam tahun 2024 . Pejam celik memang rasa sekejap sahaja masa berlalu . Semoga pada bulan Februari ini, lebih baik dari bulan sebelumnya . Improvekan apa yang kurang dalam diri kita .
Qoutes of month yang terdapat dalam kalender bulan ni ialah petikan dari Thomas A. Edison yang berbunyi " saya tidak gagal, saya baru sahaja menemui 10,000 cara yang tidak akan berkesan " umpanya seperti
Peringatan yang sempurna bahawa kegagalah bukanlah satu penamat . Ia hanyalah permulaan perjalanan ke arah kejayaan .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Filem : From The Ashes Filem ini berdasarkan kisah benar Sekolah Menengah Perempuan di Arab Saudi yang mengalami kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar perempuan maut.
Filem ini mengisahkan sebuah Sekolah Menengah Perempuan yang agak tegas dengan disiplin pelajarnya. Setelah pelajar dan guru masuk ke sekolah, pintu pagar utama akan di kunci dari luar dan hanya di buka setelah tamat pembelajaran. Seperti sekolah lain, kes pelajar nakal dan suka membuli pelajar lain juga terjadi di sekolah ini. Mona, Heba, and Mashael merupakan tiga orang pelajar yang suka membuli Amira, pelajar cerdik dan merupakan pelajar contoh di sekolah tersebut. Walaupun Amira berkawan rapat dengan Rana, anak pengetua sekolah, Rana tak dapat membantu Amira dari di buli oleh tiga pelajar tersebut.
Suatu hari berlaku kebakaran di sekolah tersebut. Suasana huru hara di sekolah tersebut. Cikgu membantu pelajar untuk menyelamatkan diri, malangnya pintu pagar utama tidak dibuka dari luar. Bomba sampai terpaksa merempuh pintu pagar utama untuk menyelamatkan pelajar dan guru disana. Amira meninggal dalam kebakaran kerana terkurung dalam bilik stor, selain Amira, seorang guru yang hamil turut maut dalam kebakaran tersebut.
Siasatan polis dilakukan untuk mengenalpasti punca Amira terkurung dalam bilik stor tersebut. Siapakah yang membuat khianat mengunci Amira di dalam stor dan apakah punca kebakaran tersebut.
Pelbagai masalah pelajar dalam sekolah ni. Bukan sahaja pelajar, tapi cikgu juga bermasalah 😅.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kuntuman Sulung Orkid Ungu Setelah bertahun - tahun tanaman pokok orkid ni sehinggalah daun orkid tersebut turut gugur , CCL ingatkan pokok orkid yang tersandar pada dahan pokok mempelam ni dah hampir-hampir pupus . Petang tadi kemas-kemas sikit di tepi rumah ni baru perasan eh pokok orkid ni dah keluarkan kuntuman bunga sulung . punyalah cantik bunganya . Warna ungu pulak tue , CCL tak berapa arif sangat pasal jenis-jenis dan nama saintifik bunga orkid ni .
Kuntuman bunga pada jambangan tangkai pokok orkid ni sangat cantik walaupun tanpa sebarang tahun . CCL ada juga terbaca kalau pokok orkid ni botak tanpa daun menunjukkan ianya adalah pokok yang dah matang , dah ready untuk berbunga. So inilah hasilnya .
kemain gembira pokok orkid ni dah berbunga . Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan , tetapi diakhiri dengan satu keindahan . Betapa Tuhan dengan segala kebesaran mampu mencipta segala-galanya
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pokok Duit-Duit Melekat Pada Batang Pokok Balik kampung hari tu , menebas halaman dusun dengan rumput
yang tinggi paras pinggang , buang
ranting- ranting pokok yang sudah reput dan mati , alih-alih terpandang pada
pokok duit-duit yang melekat pada batang pokok .gambar diambil pada batang dan
dahan pokok Ciku .
Duit-Duit adalah sejenis tumbuhan yang hidup menumpang pada
pokok lain tanpa mendatangkan sebarang mudarat.Duit-Duit atau nama saintifiknya
"Drymoglossun Piloselloides Presl" adalah sejenis hidupan subur menjalar dengan akarnya
melekat pada kulit pokok besar.Ia membiak melalui spora yang terdapat pada
daunnya.

Daun Duit-Duit bersaiz lebih kurang 1sm atau lebih &
bertangkai pendek .Bentuknya bulat,tebal & bundar dengan permukaan daun
yang berlilin manakala tepinya rata.Daun yang sudah tua berwarna hijau
tua.Tumbuhan ini adalah dari jenis tidak berbunga & tidak berbuah.
Seluruh pokok duit-duit berkhasiat sama ada di
dalam keadaan segar mahupun yang telah dikeringkan. Apabila direbus,air
rebusannya dipercayai dapat menyembuhkan penyakit kuning ,penyakit kelamin ,masalah sembelit
,batuk,keputihan bagi wanita & bagi penyakit kencing bernanah.
Untuk pemakaian di luar badan ,ia dipercayai amat
mujarab dalam menyembuhkan penyakit kulit
seperti kudis & kurap.Caranya ialah menumbuk daunnya sehingga lumat lalu
dilumurkan pada tempat yang sakit.Tanaman herba ini bersifat
sejuk,beralkali,tawar & antitoksik.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lain Orang Lain Cara Ada orang bila marah dia diam seribu bahasa. Ada orang bila ketawa dia kuat. Ada orang bila menangis dia temui kesabaran, kekuatan dan kepuasan. Ada orang hanya diam boleh tenangkan hatinya.
Ada orang jenis kalau tak puas hati, dia tanya juga sampai dia pasti. Ada orang jenis tak puas hati, dia simpan pendam perasaan sendiri. Ada orang jenis marah, dia terus luah supaya rasa itu tak semakin parah. Ada orang jenis marah, dia simpan sorang sampai rasa itu terus membarah.
Ada orang jenis sedih, dia tak malu menangis sayu mengadu pilu. Ada orang jenis sedih, dia diam-diam sendiri mengongoi tepi bucu. Ada orang kalau dia terasa, dia tak kisah pergi jumpa untuk bertanya. Adaa orang kalau terasa, dia bawa diri bisu membatu seribu bahasa.
Ada orang kalau gembira, dia suka berkongsi kisah satu dunia. Ada orang kalau gembira, dia duk senyum sendiri sorang-sorang diri dia. Ada orang kalau merajuk hati, dia jumpa depan-depan luah rasa yang terbuku. Ada orang kalau merajuk hati, dia diam-diam bawa diri dengan perasaan yang membeku.
Ada orang perangai dia memang suka kongsi semua cerita. Ada orang sikap dia suka simpan segalanya sebagai rahsia.
Setiap manusia sifatnya berbeza.Reaksinya tak sama. Raikan yang berbeza. Fahamkan yang tak serupa.Jangan minta orang jadi kita seperti kekoknya kita menjadi dia.
Assalamualaikum & salam sejahtera
Filem : The Road Filem jenayah thriller ini menceritakan kisah Meera ( Trisha) hidup bahagia bersama suaminya, Anand dan anaknya Kavin. Mereka telah merancang untuk meraikan sambutan hari lahir Kavin di Kanyakumari, tetapi disebabkan Meera yang baru hamil dua bulan, berisiko untuk berada dalam perjalanan yang jauh. Jadi Meera tak dapat ikuti percutian ke Kanyakumari.
Malangnya, Anand dan Kavin maut dalam kemalangan jalan raya. Meera pengsan dan koma selama dua minggu, dia juga mengalami trauma dan hampir b*nuh diri apabila mengetahui yang bayi dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan. Kini tinggallah Meera seorang diri. Meera mengajak kawan baiknya, Uma menemaninya melawat kawasan kemalangan Anand dan Kavin. Semasa mereka ingin pulang, kereta mereka mengalami masalah dan mereka di bantu oleh Kaaturosa yang membawa mereka pulang ke rumah. Ayah Kaaturosa memberitahu yang jalan tersebut, NH 44 kerap mengalami kemalangan. Semasa di rumah Kaaturosa, Meera tak dapat lelapkan mata dan dia pergi berjalan kaki ke kawasan kemalangan yang dia alami oleh mendiang suami dan anaknya. Semasa dia ke sana, dia menyaksikan sebuah kemalangan kereta, dia cuba menyelamatkan mangsa kemalangan, cuba menahan kereta yang lalu lalang tapi tak ada kereta yang berhenti. Meera kembali ke kereta dia yang rosak, untuk mengambil botol air tetapi dia lupa dia tak bawa kunci kereta, sekembalinya dia ke tempat kemalangan kereta tadi, kereta tersebut hilang. Bukan mangsa je hilang, kereta pun hilang. Pelik. Meera membuat laporan polis dan minta polis menyiasat mengenai kemalangan tersebut.
Pelik dengan misteri kemalangan kereta tersebut, Meera cuba menyiasat , rupanya kemalangan tersebut ada kaitan dengan kemalangan yang di alami oleh mendiang suami dan anaknya.
Filem ni sesuai di tonton seisi keluarga. Duit mampu mengubah diri manusia yang berprinsip, dahulunya sangat mementingkan maruah, kini bila jadi hamba duit, maruah diri tergadai. Macam macam perasaan bila menonton filem ni, ada babak sedih, ada babak rasa nak maki je
Assalamualaikum & salam sejahtera
Sarung Bantal Serendah RM10 Dari Cotton Valley Selamat malam, cantik kan sarung bantal baru ni . al-kisahnya CCL menyopping sarung bantal pulak ,teracun live shopee asal tengok harga pun murah design pun cantik - cantik terus la grab . Tak boleh move on dengan design sarung bantal yang cantik ni , design minimalist ala-ala design yang ada pada IKEA gitu . Disebabkan cadar tak bercorak so CCL decide untuk membeli sarung bantal yang bercorak supaya naikkan seri lagi dalam bilik tidur.
layan live shopee dari seller Cotton Valley ni maka tersangkut la tiga design sarung bantal yang berbeza corak . oh harga setiap design sarung bantal RM6 .walaupun murah tetapi jahitan sarung bantal tetap kemas tau , dalam satu set ni dapat dua helai sarung bantal . packaging pun cantik tau . ini kalau nak bagi hadiah untuk kawan-kawan pun boleh . Material sarung bantal ni cotton yang sangat selesa .
design abstrak . gabungan garisan melintang dan bulat atau dot-dot .
design daun . gabungan warna putih dan grey
design daun dan bunga , latar belakang warna dusty green .
if hangpa pun suka tukar-tukar sarung bantal boleh la shopping di shopee Cotton Valley . Pelbagai design yang cantik-cantik ada yang boleh buatkan hangpa juling biji mata nak memilih .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Agong Dan Permaisuri Agong Tunjuk Bakat Sebagai Pembaca Berita Melalui Buletin Diraja TV3 Tengah bersembang-sembang dengan kawan-kaean satu office CCL dapat info mengatakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuat kemunculan istimewa di slot khas Buletin Diraja pukul 8 malam tadi di saluran TV3. CCL pun mula-mula seakan tidak percaya, so tertunggu-tunggu la detik 8malam . Oh rupanya khabar berita tersebut memang betul-betul ada.
Seri Paduka Baginda berdua tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit dan menyampaikan laporan berkenaan ternakan ikan patin di Pahang.
Lucu pula bila Agong dan Permaisuri baca berita pasal diri sendiri yang buat lawatan di Media Prima.Comel Agong dan Permaisuri baca berita. Agong nampak profesional tapi Permaisuri macam susah nak tahan gelak.
Dah lama tak tengok berita, tapi bila tahu ada Agong baca berita terus buka TV3.
Assalamualaikum & salam sejahtera
Giveaway Sampul Raya Rare 2024
Giveaway kali ini datang dari Blogger Cuya . Syarat-syarat penyertaan pun cukup mudah . Hadiah sudah semestinya sampul raya yang rare sekali .. nak tahu design-design sampul raya boleh la godek-godek dalam entri tersebut . Semuanya cantik-cantik .
Mana tahu ada rezeki menang sampul raya rare ni boleh laa guna time raya nanti kan ..
So hangpa jom la ramai-ramai support Giveaway yang berlangsung selama 2 minggu ni .. tekan banner hijau kat atas okeyh .