KITSUI WHITIE SNOW : KEJELITAAN BERMULA DARI DALAM Kulit lebih cerah dalam masa 7 hari !

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


KITSUI WHITIE SNOW : KEJELITAAN BERMULA DARI DALAM Kulit lebih cerah dalam masa 7 hari ! Pernah tak setiap kali cuba macam-macam produk penjagaan muka untuk hilangkan jerawat dan kulit kusam tapi tak ada kesan? Kadang rasa macam nak "give-up" tau. Korang tau tak sebenarnya bukan 100% salah produk atau produk tu yang tak bagus  tetapi badan kita terlalu banyak toksin yang menyebabkan darah kita menjadi kotor.Orang cakap ambiklah produk apa pun memang susah nak serap, itu yang terjadinya kurang berkesan. Jadi, kita haruslah jaga usus yer!


Tau tak rahsia untuk mendapatkan kulit cantik bermula daripada dalaman kita. Jika dalaman kita bersih automatik luaran juga akan nampak bersih dan cantik. Jadi macam mana nak dapatkan kulit yang cantik? Pertama sekali kita perlu detoks. Tujuan detoks ini adalah untuk mencuci usus dan toksin dalam darah. Bahan-bahan toksin yang diserap masuk ke dalam badan perlu dibuang! .


CCL nak kongsi dengan korang semua satu lagi produk keluaran Kitsui yang dapat membantu korang dalam masalah tersebut iaitu Kitsui Whitie Snow.






Menariknya Kitsui Whitie Snow ini adalah diformulasikan lengkap dengan formula seperti Prebiotic + Probiotic 10 Billion CFUs per sachet seperti vitagen yang dapat mempercepatkan lagi proses penghadaman pemakanan sekaligus menyihatkan usus korang .
Usus yang bersih pastinya  akan menjadikan kulit lebih cerah dan sihat dengan 2 kandungan yang hebat seperti NIACINAMIDE dan VITAMIN C pencerah kulit yang paling berkesan dan selamat digunakan .






 Gabungan semulajadi Kitsui Whitie Snow 

-ProBiotic

-PreBiotic 175ME

-Vitamin C 

-Vitamin B3 / Niacinamide

-Grape Seed Extract 

-Frutafit IQ Inulin

-DermaNia




Kitsui Whitie Snow diformulasikan khas untuk korang yang mengalami masalah 

-keradangan kulit

-usus yang tidak sihat

-enzima

-kulit sensitif

-sistem imunisasi badan rendah

-kulit kusam dan berjerawat 

-ketidakhadaman





Manfaat Kitsui Whitie Snow kepada pengguna

-menjadikan sistem penghadaman makanan lebih baik 

-penyerapan nutrisi dalam badan lebih cekap 

-usus lebih sihat dan bersih

-menjadikan kulit wajah lebih cerah dan cantik 

-memudarkan parut jerawat serta bekas luka 

-mengurangkan masalah kulit seperti ekzima


baca juga : kitsui coffee xslim untuk kurus






Produk keluaran ini turut mendapat anugerah Super Health Brand Asia Pacifik tau. Produk keluaran mereka adalah 100% semulajadi dan mempunyai kelulusan GMP. Jadi korang boleh amalkan dengan rasa selamat.Kitsui juga diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan disahkan HALAL oleh JAKIM.





Kitsui Whitie Snow bebas bahan berbahaya.Kitsui diperbuat daripada 100% bahan halal semulajadi dan tiada sebarang bahan larangan seperti bebas hormon, tiada pengawet , bebas dari bahan kimia , tiada gluten dan GMO






Cara pengambilan Kitsui Whitie Snow

Setiap sachet ni boleh diminum dengan mencampurkan 150 ml air sejuk ataupun suam. Kalau sesiapa ada shaker tu boleh juga pakai shaker, barulah sebati sikit. Rasa kitsui ni tersangat sedap sehingga rasa tak cukup kalau minum satu sachet tu. Rasanya seolah-olah manis buah Berry dan wangi seperti manis manis strawbery.  Korang boleh jer minum 1 - 2 sachet sehari tapi sebaiknya diambil waktu pagi dan malam .


baca juga: Kitsui whitenin bb & kitsui vitamin c




Testimoni selepas mencuba Kitsui Whitie Snow

Selepas seminggu konsisten dengan Kitsui Whitie Snow , proses untuk membuang pada setiap pagi amat lancar tanpa perlu rasa sembelit . Walaupun sepanjang hari bekerja,  badan tetap rasa cergas dan tidak mudah letih . Walaupun baru sahaja mengambil Kitsui Whitie Snow tetapi CCL dah mula rasakan hasilnya .










Korang nak kan kulit yang cantik, ia harus bermula dengan menjaga kesihatan usus.Jangan lupa untuk cuba Kitsui Whitie Snow.




Kitsui website : https://kitsui.com.my/

Kitsui Official Shopee Mall : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq?smtt=0.0.9

Kitsui Official Instagram : https://www.instagram.com/kitsuimalaysia/

Kitsui Official Tiktok : https://www.tiktok.com/@kitsuimalaysia




Jadi apabila kita detoks badan kita akan lebih sihat dan kulit akan cantik.

#Kitsui #KitsuiLovers #KitsuiWhitieSnow #WhitieSnow #Watsonsmalaysia #Guardianmalaysia



ROTI GARDENIA QUICKBITES BLACK FOREST DENGAN KISMIS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



ROTI GARDENIA QUICKBITES BLACK FOREST DENGAN KISMIS Semalam CCL ada cerita mengenai roti Gardenia QuickBites Karamel Masin . So hari ini ada satu lagi gardenia QuickBites yang CCL akan kongsikan iaitu Gardenia QuickBites Black Forest bersama kismis . 


FOOD , GARDENIA, GARDENIA BLACK FOREST , ROTI GARDENIA BLACK FOREST,HARGA ROTI GARDENIA, ROTI GARDENIA QUICKBITES BLACK FOREST KISMIS , GARDENIA QUICKBITES


Dari segi ban roti berwarna coklat  . Tidak ada rasa pahit dan tidak berbau hangit pada ban roti tersebut . Di dalam ban roti ni juga terselit beberapa ketulan kismis . 


Dari segi tekstur inti black forest agak creamy . Dapat rasa inti tersebut dari blueberry dicampurkan dengan whipping cream . So agak muak jugak bagi CCL kalau makan banyak-banyak . Kuantiti inti dalam roti agak banyak tak macam kuantiti inti pada karamel masin tu agak sedikit . 


So CCL sudah cuba untuk kedua-duanya .Something like new tetapi  Ianya tidak menepati citarasa dan selera CCL .



ROTI GARDENIA QUICKBITES KARAMEL MASIN


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


ROTI GARDENIA QUICKBITES KARAMEL MASIN Siapa kat sini peminat Karamel , tak kisahlah sama ada karamel itu diletakkan di dalam makanan mahupun minuman, bagi korang yang peminat pada karamel wajib cuba kan . . baru ni , eh tak ada baru sangat kan Gardenia Malaysia ada lancarkan dua roti berperisa baru selepas pelancaran pelancaran roti gardenia pandan coconut yang sangat mendapat sambutan hangat . Tidak lepas peluang kali ini Gardenia Malaysia keluarkan roti gardrnia quickbites karamel masin



FOOD REVIEW , ROTI GARDENIA , GARDENIA KARAMEL MASIN , ROTI GARDENIA QUICKBITES KARAMEL MASIN ,HARGA ROTI GARDENIA,, REVIEW , FOOD,


Tertarik juga untuk cuba roti gardenia bites karamel masin ni , di awal-awal tu memang susah sikit nak dapat , biasa laa bila baru keluar mesti ramai yang tertarik untuk cuba . Begitu juga dengan CCL . Teruja juga untuk cuba roti karamel masin ni . 


Dari segi tekstur pada ban roti , warna ban roti sedikit keperangan dan rasa sedikit pahit , nak kata hangit  itu tak pasti , tapi bila makan dapat rasa sedikit kepahitan . 


Dari segi tekstur dan rasa inti karamel masin dalam roti tersebut not bad juga la . Pipping inti karamel masin dalam roti amat sedikit , walaupun sedikit tetapi dapat juga rasa sedikit inti karamel masin tu, ianya tidak terlalu masin dan tidak terlalu manis . 


Bila digabungkan sekali inti karamel masin itu ke dalam roti , dapat hilangkan sedikit rasa kepahitan pada ban roti tersebut 


Roti Gardenia QuickBites Karamel masin tidak begitu menepati citarasa CCL , tetapi masih lagi boleh dimakan . 

REVIEW I VASELINE DEODORANT DRY SERUM


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


REVIEW I VASELINE DEODORANT DRY SERUM Apabila disebut salah satu produk kecantikan dan penjagaan badan iaitu "vaseline" pastinya ramai yang akan terbayang akan  kebaikan vaseline petroleum jelly yang mampu memberi pelbagai kebaikan untuk merawat anggota badan ,begitu juga dengan losyen tangan dan juga losyen badan . Tidak ketinggalan juga vaseline juga ada produk untuk penjagaan badan iaitu deodorant


Fungsi utama deodorant adalah sebagai anti bakteria  yang dapat mengurangi bau badan . Bagaimanapun pemilihan jenis deodorant juga sangat penting bagi memastikan korang selesa untuk memakai dan tidak meninggalkan kesan pada baju . 


BEAUTY , VASELINE , VASELINE DRY SERUM, VASELINE DEODORANT DRY SERUM ULTRA BRIGHT, DEODORANT VASELINE ,  REVIEW, REVIEW VASELINE DEODORANT


CCL nak kongsi dengan korang antara salah satu deodorant keluaran Vaseline iaitu Vaseline Deodorant Dry Serum Ultra Bright yang diformulasikan dari GlutaCollagen , Vitamin B3 dan niacinamide serum bagi memberikan kulit bawah lengan lebih putih seperti yang diidamkan



Kandungan utama vaseline deodorant dry serum ultra bright 


BEAUTY , VASELINE , VASELINE DRY SERUM, VASELINE DEODORANT DRY SERUM ULTRA BRIGHT, DEODORANT VASELINE ,  REVIEW, REVIEW VASELINE DEODORANT

Water, Aluminum Chlorohydrate, Glyceryl Stearate, Glycerin, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Stearyl Alcohol, Niacinamide, Steareth-20, Perfume, Cetearyl Alcohol, Cyclopentasiloxane, Dimethicone Crosspolymer, Titanium Dioxide, Steareth-2, Pentaerythrityl Tetra-di-t-butyl Hydroxyhydrocinnamate, Petrolatum, Collagen Amino Acids, Glutathione



Kelebihan vaseline deodorant dry serum ultra bright 


BEAUTY , VASELINE , VASELINE DRY SERUM, VASELINE DEODORANT DRY SERUM ULTRA BRIGHT, DEODORANT VASELINE ,  REVIEW, REVIEW VASELINE DEODORANT

-mengandungi  GlutaCollagen ,Vitamin B3,  Niacinamide serum yang cepat diserap ke dalam kulit untuk ketiak yang kelihatan lebih cerah , kering  dan segar sepanjang hari .

-terbukti secara klinikal dapat memperbaiki  dan menyuburkan kulit ketiak .

-didatangkan dalam formula ringan  yang cepat meresap ke ketiak .

-ketiak kelihatan lebih cerah 

-menutupi  bau peluh dan bau badan selama 48jam

-tiada paraben

-tiada alkohol 




Cara penggunaan vaseline deodorant dry serum ultra bright


BEAUTY , VASELINE , VASELINE DRY SERUM, VASELINE DEODORANT DRY SERUM ULTRA BRIGHT, DEODORANT VASELINE ,  REVIEW, REVIEW VASELINE DEODORANT

Packaging deodorant ni sangat unik . Ianya berbentuk tiub , so cara penggunaannya memang sangat mudah . Ianya hanya tiub bukan jenis roll-on mahupun spray . So korang hanya perlu picitkan dalam kuantiti yang sedikit pun sudah memadai ke bahagian letak dan ratakan  deodorant ini di bahagian ketiak . 


Untuk korang yang inginkan Vaseline deodorant dry serum ultra bright ini korang boleh dapatkan di rangkaian drugstore guardian dan watsons juga di supermarket yang berdekatan . 



SOTONG MASAK KARI MERAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 



RESEPI , AYAM BRAND , PES KARI MERAH AYAM BRAND , SOTONG MASAK KARI MERAH


SOTONG MASAK KARI MERAH Hari tu CCL ada kongsi dengan korang semua satu resepi dari produk Ayam brand . Kalau korang belum terjah entri CCL resepi " udang masak kari hijau bersama kentang" boleh singgah di Link ini



RESEPI , AYAM BRAND , PES KARI MERAH AYAM BRAND , SOTONG MASAK KARI MERAH


Hari ni CCL nak share dengan korang satu lagi resepi menggunakan pes kari merah dari Ayam Brand . Memang sangat mudah untuk memasak . 


Sotong masak kari merah 


RESEPI , AYAM BRAND , PES KARI MERAH AYAM BRAND , SOTONG MASAK KARI MERAH


Bahan-bahan

-sotong

-pes kari merah 

-minyak masak 

-air 

-gula/garam 


Cara membuat 

1.Tumiskan pes kari merah sehingga naik bau . 

2.Masukkan sedikit air sehingga mendidih lalu masukkan sotong . Boleh tambah perasa gula dan garam . 



Siap untuk dihidangkan . Pelbagai menu yang korang boleh olah menggunakan pes kari merah . 



PERISTIWA DAN AMALAN DI BULAN REJAB

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 



PERISTIWA DAN AMALAN DI BULAN REJAB Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam tahun Hijrah dan memiliki keutamaan yang penting dalam Islam. Bulan ini juga dipanggil sebagai bulan Mikraj kerana pada bulan ini terdapat peristiwa Israk dan Mikraj. Oleh itu, agama Islam menuntut umatnya untuk menghidupkan bulan ini dengan amalan-amalan ibadat. Bulan Rejab juga antara bulan yang dimuliakan oleh Islam dengan amalan sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan. 


Keistimewaan bulan Rejab


Salah satu daripada keistimewaan bulan Rejab ialah bulan ini merupakan salah satu daripada bulan Haram dalam Islam. Bulan Haram bermaksud bulan Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan Rejab. Bulan ini dihormati dalam agama Nabi Ibrahim A.S dan orang Arab amat memuliakan bulan ini dengan tidak dibenarkan untuk berperang dalam bulan ini.



INFO, BULAN REJAB, DOA BULAN REJAB, PERISTIWA BULAN REJAB, AMALAN DI BULAN REJAB, KEISTIMEWAAN BULAN REJAB, PAHALA DI BULAN REJAB


Masyarakat Arab sangat memuliakan bulan haram sekalipun dalam kehidupan mereka dipenuhi dengan kebodohan dalam penyembahan berhala. Mereka juga melarang sama sekali daripada berperang dalam bulan tersebut. 


Tatkala Islam datang, Islam masih lagi memuliakan bulan Haram dengan diberikan pahala yang besar bagi orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat, tetapi Islam memansuhkan peperangan dalam bulan ini melalui firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 9.


Bulan Rejab juga merupakan bulan yang diiktiraf oleh Allah sebagai bulan Allah


Peristiwa bulan Rejab


Banyak peristiwa penting di bulan Rejab yang berlaku dalam sejarah antaranya:


(1) Peristiwa Isra’ Mikraj.


Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W telah diperjalankan oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat Baginda Rasul.


(2) Penghijrahan pertama ke Habsyah.


Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda Rasulullah S.A.W, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang Islam.


(3) Peperangan Tabuk.


Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).


(4) Imam Syafie meninggal dunia.


Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.


(5) Pembebasan kedua Baitul Maqdis.


Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan kembali Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.



Amalan sunnah di bulan Rejab


keutamaan bulan Rejab, ianya terdapat beberapa amalan yang dituntut untuk dilakukan pada bulan Rejab ini. Ringkasnya, terdapat beberapa amalan sunat yang dituntut untuk diperbanyakkan pada bulan Rejab ini, iaitu menghidupkan dengan Qiamullail seperti solat sunnah, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat ke atas Nabi S.A.W, dan berdoa. Manakala siang hari bulan Rejab pula dituntut untuk berpuasa dan bersedekah. Pada asasnya semua amalan ini boleh dihidupkan di sepanjang bulan Rejab.


Seseorang boleh mengamalkan kesemua amalan ini dan tidak menentukan bahawa mesti dilakukan pada bulan Rejab dan apa yang lebih penting amalan tersebut semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Bagi tujuan mengamalkan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya meningkatkan amal soleh dan sebagai bekalan menuju Allah S.W.T.

UDANG MASAK KARI HIJAU BERSAMA KENTANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera



RESEPI, PES KARI HIJAU , PES KARI HIJAU AYAM BRAND , AYAM BRAND MALAYSIA , UDANG MASAK KARI HIJAU , UDANG MASAK KARI HIJAU BERSAMA KENTANG


UDANG MASAK KARI HIJAU BERSAMA KENTANG Nak masak dengan mudah tanpa perlu sediakan banyak bahan-bahan , tanpa perlu potong-potong bahan . Nak masak tapi sangat - sangat rushing kejar masa ke sana ke sini ? Jangan risau Ayam Brand telah mengeluarkan satu produk terbaru iaitu pes masakan . Dengan adanya pes masakan ini semua kerja menjadi mudah dan dapat selesaikan masalah di atas dengan cepat . 



RESEPI, PES KARI HIJAU , PES KARI HIJAU AYAM BRAND , AYAM BRAND MALAYSIA , UDANG MASAK KARI HIJAU , UDANG MASAK KARI HIJAU BERSAMA KENTANG


CCL dah cuba pes kari hijau keluaran ayam brand ini . Memang best sebab jimat masa dan tak perlu potong apa-apa bahan . Nampak tekstur pes kari hijau yang telah dikisar halus korang hanya perlu tumis sampai naik bau sahaja . So apa menu yang CCL dah cuba dengan menggunakan pes kari hijau ayam brand ini 



Udang masak kari hijau bersama kentang .


RESEPI, PES KARI HIJAU , PES KARI HIJAU AYAM BRAND , AYAM BRAND MALAYSIA , UDANG MASAK KARI HIJAU , UDANG MASAK KARI HIJAU BERSAMA KENTANG


Bahan-bahan

-udang

-pes kari hijau ayam brand

-kentang

-air

-santan

-minyak masak

-gula/garam


Cara membuat

1.Tumiskan pes kari hijau sehingga naik bau .

2.masukkan air dan masukkan kentang, masak sehingga ubi kentang empuk .

3.Masukkan udang ke dalam bahan yang telah ditumis tadi .

4.Masukkan santan untuk menaikkan lagi rasa pes kari hijau tersebut dan letakkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa masing-masing . 


Siap untuk dihidangkan . Pelbagai menu yang korang boleh olah menggunakan pes kari hijau . 



LAUTAN POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


LAUTAN POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI Beberapa minggu lalu viral satu lokasi pemandangan yang sangat cantik terletak di Sungai Petani, Kedah . Memang sudah menjadi kebiasaan ramai setiap kali terdapat satu destinasi baru yang cantik, semua orang akan berpusu-pusu sehingga tidak mahu melepaskan peluang ingin ke sana.


TRAVEL , LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , LOJI KUMBAHAN JALAN BAKAR SAMPAH PADANG NAHU , POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI KEDAH , GAMBAR POKOK KELADI BUNTING


Siapa sangka sebuah loji kumbahan yang terletak di Sungai Petani, Kedah boleh berubah menjadi begitu cantik apabila ia dihiasi dengan  pokok keladi bunting yang sedang berbunga kembang sekaligus menarik perhatian orang awam termasuk CCL . 


Bila tengok semua gambar-gambar yang instagramable shot di loji kumbahan tersebut , hati terus meronta-ronta nak pergi sana. Memandangkan jarak dari Perlis ke Sungai Petani tidaklah mengambil masa terlalu lama, so weekend lepas CCL ajak suami ke Sungai Petani . Ramai yang cakap loji kumbahan ni sangat busuk , so nak tahu tahap kebusukkan loji tersebut sekaligus nak bergambar di tepi loji yang tasik ni , gagahkan juga ajak encik suami untuk ke sini . 


Sampai di loji kumbahan ini juga sudah jam menghampiri 5.30 petang . Keadaan cuaca juga amat mendung , syukur juga tak hujan , kalau tidak memang tidak berpeluang lah nak bergambar di sini . Orang Sungai Petani semestinya tahu kewujudan loji kumbahan ni , kalau korang yang travel dan nak singgah ke sini korang boleh sahaja waze " Texas Chicken Sungai Petani" . Ianya terletak betul-betul berhadapan Texas Chicken Sungai Petani .



TRAVEL , LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , LOJI KUMBAHAN JALAN BAKAR SAMPAH PADANG NAHU , POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI KEDAH , GAMBAR POKOK KELADI BUNTING


Sewaktu , CCL sampai sana , ada juga orang yang sedang bergambar di loji tersebut , mujur tak ramai dapat juga CCL dan suami menyelit di setiap sudut untuk mencari angle yang cantik . Memang banyak komen di media sosial mengatakan kawasan itu berbau busuk . Busuknya sampai melekat ke baju . .betul ke ?  Apabila CCL sendiri yang jejak kaki ke sana , barulah tahu keadaan yang sebenarnya . Bau loji kumbahan ini tidaklah sebusuk sampai tidak boleh bernyawa, bau tu kadang-kadang lalu sepintas lalu dibawa angin . 

Demi mendapatkan gambar yang cantik , ala-ala tengah bercuti di oversea , ku gagahkan juga . 



TRAVEL , LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , LOJI KUMBAHAN JALAN BAKAR SAMPAH PADANG NAHU , POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI KEDAH , GAMBAR POKOK KELADI BUNTING


Disebabkan keadaan cuaca yang mendung , hasil tangkapan  gambar lautan pokok keladi bunting tidak menghasilkan warna ungu , sebaliknya warna putih ,bunga pokok keladi bunting tidak sebegitu kembang sebab datang pun dah petang kan  tetapi ia tetap nampak menarik untuk dipandang. 



TRAVEL , LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , LOJI KUMBAHAN JALAN BAKAR SAMPAH PADANG NAHU , POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI KEDAH , GAMBAR POKOK KELADI BUNTING


Memang banyak komen di media sosial mengatakan kawasan itu berbau busuk

Ada yang cakap sebenarnya loji kumbahan ini bukanlah loji najis , sebaliknya loji kumbahan sisa-sisa kilang yang disalahgunakan . Tempat itu sebenarnya adalah sebuah tasik semula jadi yang telah disalah guna sebagai lokasi pembuangan sisa-sisa kilang berhampiran. Apa-apa pun loji ini tetap nampak menarik untuk dipandang kerana ia ditumbuhi dengan pokok keladi bunting



Lokasi : Loji kumbahan , Jalan bakar sampah Padang Nahu (berhadapan Texas Chicken Sungai Petani)




SINGKIRKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD DI SEKITAR HIDUNG DENGAN BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE PEEL OFF MASK


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 



BEAUTY , GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA, BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE EEL OFF MASK , BLACKHEAD, WHITEHEAD, TIPS KECANTIKKAN , TIPS HILANGKAN WHITEHEAD



SINGKIRKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD DI SEKITAR HIDUNG DENGAN BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE PEEL OFF MASK Siapa sini ada masalah blackhead dan whitehead yang terkumpul pada hidung , tambah lagi-lagi di tepi-tepi hidung  .bila tengok segala blackhead dan whitehead menapak je kat hidung tu rasa geram je nak picit-picit sampai keluar . Tapi kalau terlalu picit takut pulak nanti akan bagi kesan pada kulit , kulit akan melecet . So dengan adanya satu produk Baby Bright Gudetama Egg White Peel Off Mask 

memang sangat - sangat berkesan untuk atasi masalah tersebut , tak perlu korang nak picit-picit lagi .Ia  mempunyai 2 bahan berkuasa daripada Kuning Telur dan Putih untuk memberikan penyingkiran sempurna kekotoran dan sisa berminyak.



Bahan utama dalam Baby Bright Gudetama Egg White Peel Off Mask 


BEAUTY , GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA, BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE EEL OFF MASK , BLACKHEAD, WHITEHEAD, TIPS KECANTIKKAN , TIPS HILANGKAN WHITEHEAD


-Ekstrak kuning telur

-Ekstrak albumin

-Vitamin C

-Witch Hazel 

-Hyaluronic Acid 

-Ekstrak lendiran siput



Fungsi utama Baby Bright Gudetama Egg White Peel Off Mask 


BEAUTY , GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA, BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE EEL OFF MASK , BLACKHEAD, WHITEHEAD, TIPS KECANTIKKAN , TIPS HILANGKAN WHITEHEAD

-menyingkirkan kotoran dan sisa minyak  yang terkumpul dalam liang pori

-mengecilkan liang-liang pori 

-mengekalkan kelembapan kulit 

-menghilangkan blackhead dan whitehead 




Cara penggunaan Baby Bright Gudetama Egg White Peel Off Mask 


BEAUTY , GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA, BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE EEL OFF MASK , BLACKHEAD, WHITEHEAD, TIPS KECANTIKKAN , TIPS HILANGKAN WHITEHEAD

Basahkan disekitar kawasan hidung , dan tampalkan egg white peel off mask  . Biarkan selama 15 minit, kemudian boleh tanggalkan secara perlahan-lahan , time tu korang boleh nampak seberapa banyak blackhead ataupun whitehead yang terkumpul di sekitar hidung .



Kesan selepas penggunaan Baby Bright Gudetama Egg White Peel Off Mask 


BEAUTY , GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA, BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE EEL OFF MASK , BLACKHEAD, WHITEHEAD, TIPS KECANTIKKAN , TIPS HILANGKAN WHITEHEAD

Seminggu dua kali wajib tampal peel off mask pada hidung, whitehead pada hidung dan ditepi-tepi hidung tidak la terlalu banyak. Tetapi disebabkan pemakaian mekap pada setiap hati wajib cuci muka sebersihnya . Kalau tak cuci dengan bersih maka segala kekotoran akan berkampung di liang liang pori dan akan menyebabkan pori tersumbat sekaligus akan menyebabkan punca utama kepada blackhead dan whitehead. Memang best guna peel off mask dari gudetama ni , kesannya sangat kuat untuk menarik segala sisa kotoran yang ada pada liang pori . Sekaligus dapat membersihkan liang pori .