DAPAT NOTEBOOK & KEYCHAIN HANDMADE REZEKI JOIN GIVEAWAY BLOGGER MUMMY AYU

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


DAPAT NOTEBOOK & KEYCHAIN HANDMADE REZEKI JOIN GIVEAWAY BLOGGER MUMMY AYU Bulan November yang lepas ada beberapa rakan blogger mengadakan contest , so CCL tidak terlepas peluang untuk sama-sama memeriahkan contest tersebut sama ada Giveaway mahupun segmen yang rakan blogger adakan , ada masa terluang pasti CCL akan turut serta . 


Dalam beberapa contest , alhamdulillah rezeki CCL terselit melalui Giveaway yang Mummy Ayu anjurkan . Seronok juga kadang-kadang join segala contest yang rakan blogger adakan . Selain dapat eratkan silaturrahim , kenal rakan blogger yang baru , dapat juga hadiah tanda kenang kenangan dari rakan blogger . 



hadiah dari blogger,menang contest, notebook , keychain handmade


Notebook dan keychain handmade merupakan pemberian Mummy Ayu hadiah CCL join Giveaway yang dianjurkan . Notebook yang comel designnya dan juga keychain handmade boleh digantung pada beg mekap tak pun beg telekung . 


Terima kasih Mummy Ayu atas pemberian hadiah berikut . CCL doakan semoga Mummy Ayu sekeluarga dimurahkan rezeki seluas lautan didunia . Aamiin.aamiin ..


Korang yang masih belum kenal-kenal blogger Mummy Ayu korang boleh la kunjung ke blog beliau http://mummyayu.blogspot.com



SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM

 Assalamualaikum dan salam sejahtera



SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER


SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM Wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan . Macam-macam cara dan tips dilakukan supaya memastikan diri nampak anggun muda tidak makan usia. Tak naklah umur masih lagi muda tapi wajah nampak tua .Pendek kata tak nak nampak tua . Takut kan ? Memenuhi hasrat wanita yang sentiasa mahukan  wajah yang tampil bermaya dan meremajakan wajah , Safi Malaysia kini memperkenalkan produk penjagaan kulit dengan produk Safi Youth Gold dengan formulasi baharu. Rangkaian baharu antipenuaan dan menganjal Safi Youth Gold dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold.



SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER


Safi Youth Gold memperkenalkan dua item terkini dalam rangkaian yang membantu mengurangkan masalah penuaan kulit seperti dagu berganda & kulit kendur yang berpotensi mengurangkan

keyakinan terhadap wanita moden masa kini iaitu :

-Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser

-Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum



SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER


Fungsi 

➡Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.

➡Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit.

➡Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus

➡Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa.

➡Formulasi tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit.

 

➡Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit:

- Menegangkan kulit

- Meningkatkan keanjalan

- Mengurangkan garis halus & kedutan

- Meningkatkan kelembapan kulit

- Melindungi kulit dari pengoksidaan

- Meningkatkan kehalusan kulit

- Memperbaiki kulit rosak Berdasarkan ujian saintifik & klinikal. 



SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser


SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER


-Pembersih wajah diformulasi dengan 24K serum emas yang lembut dan menganjal. 

-Mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik Super dan formulasi Anti PM2.5 dapat membersih dengan lembut sambil menghidrat secara intensif dan menganjal agar kulit tampak lebih halus, terhidrat dan anjal.



SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER


-Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.


-Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.


-Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.


-Triple Gold – Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.


-Asid Hialuronik Super – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat dengan intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal.



SAFI Youth Gold Lifting Golden-C Duo Serum


SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER

-Formulasi serum ringan dan berkesan yang diperkaya dengan kuasa Aktif Duo Age-Correcting iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3


-memberikan pembaharuan Keremajaan Kulit 7D dengan menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak. 

-Kulit kelihatan lebih tegang seawal 15 minit agar lebih muda, anjal dan berseri.



SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER

-Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.


-Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran berbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.


-Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.


-Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah.


Baca juga : Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum



Kalau korang nak dagu runcing & muka tirus boleh beli sekarang di cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring 

serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada. 



SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER

Lifting    Golden    C    Duo    Serum    (RM59.00)- https://bit.ly/3izM0fm

Lifting    24K    Serum    Cleanser (RM19.80)    - https://bit.ly/3FpssEj



THERMOS VACUUM FLASK DARI BLOGGER FIEZA SANI


Assalamualaikum dan salam sejahtera .



THERMOS VACUUM FLASK DARI BLOGGER FIEZA SANI Awal bulan November , CCL ada terima bungkusan dari Abang J&T . Bungkusan berikut datangnya dari Blogger Fieza Sani . Alhamdulillah rezeki penghujung bulan Oktober lepas , blog CCL tersenarai sebagai Top Comentators Oktober 2021 melalui blog beliau.Sebagai tanda penghargaan , Sis Fieza Sani kirimkan hadiah berupa thermos vacuum flask . Sebenarnya sudah beberapa minggu CCL terima hadiah dari Sis Fieza Sani . Hari ini baru sempat create entri berkenaan tanda terima kasih untuk beliau . 



hadiah dari blogger,MENANG TOP KOMENTATOR, THERMOS FLASK , THERMOS VACUUM FLASK, CUSTOM NAME THERMOS VACUUM FLASK


Ini dia wajah Thermos vaccum flask pemberian sis Fieza Sani . Gabungan warna hitam dan juga warna keemasan yang nampak cantik , elegent dan ekslusif menjadikan flask ni nampak mahal . Jenis tulisan pada flask tersebut sangat cantik menarik dan tertera dengan nama CCL . Design yang simple tetapi sangat menarik dan cantik . Lepas ini boleh la isi air bawa pergi ke office . 


Terima kasih Sis Fieza Sani atas pemberian hadiah tersebut . CCL doakan semoga Sis Fieza Sani sekeluarga dimurahkan rezeki seluas lautan didunia, rezeki seluas langit . Aamiin .aamiin . 


Untuk korang yang belum kenal blogger Fieza Sani . Boleh terjah ke blog beliau . 

https://www.fiezasani.xyz/



"CIKONG PADU" MEMANG BETUL-BETUL PADU


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


"CIKONG PADU" MEMANG BETUL-BETUL PADU Minuman penyejuk badan Lai Chi Kang atau lebih mudah dipanggil dengan nama Cikong semestinya menjadi pilihan ramai, tambah-tambah lagi kalau bulan puasa memang mudah la nak di cari . Tapi kalau bulan biasa memang susah nak jumpa Cikong ni dijual di kedai-kedai makan . Sekarang kalau nak makan ,segala bahan-bahan Cikong ada dijual hanya balik rebuskan sahaja segala bahan-bahan . 



FOOD, FOOD BLOGGER, LAICHIKANG, CIKONG PADU , FOOD REVIEW , LAICHIKANG PENYEJUK BADAN


Petang tadi kisahnya terlalu satu jalan ni , nampak satu khemah tertera dengan "Cikong Padu" hanya menjual cikong . Disebabkan sudah terlalu lama tidak makan. So CCL mencuba cikong padu tersebut . Namanya cikong padu memang kena dengan bahan-bahan yang diletakkan .Ramuan bahan yang diletakkan memang banyak . Memang berbaloi dengan harga satu tupperware bulat tinggi ini berharga RM5 . Memang puas hati dapat beli cikong padu ni. 

SHOPEE 11SEN : CASING HANDPHONE MURAH DENGAN DESIGN COMEL

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


SHOPEE 11SEN : CASING HANDPHONE MURAH DENGAN DESIGN COMEL  Kembali lagi dala slot "shopee murah" . kali ni CCL nak share dengan kotang pembelian barang serendah 11sen .  memandangkan sale bulan 11 iaitu Shopee 11.11 tak lepaskan peluang untuk checkout item yang ada dan berbaloi untuk kegunaan . 


BAGAIMANA MENDAPATKAN DISKAUN DARI SHOPEE,CASING HANDPHONE . CASING HANDPHONE YANG MURAH,CASING TELEFON DI SHOPEE,CASING HANDPHONE MURAH,SHOPEE 11SEN,SHOPEE,SHOPEE 11.11,

kali ini CCL dapat checkout satu casing phone dengan harga 11sen . percaya atau tidak wajiblah percaya . pembelian semasa Shopee 11.11 , free shipping lagi uolss . kalau beli diluar mahu cecah harga RM5 ataupun RM10 . Material silicone dan corak yang simple of course itu pilihan CCL . 


SHOPEE 18SEN : TALI PINGGANG COMEL

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


SHOPEE 18SEN : TALI PINGGANG COMEL Haritu CCL kongsi dengan korang pembelian barang di shopee serendah 18Sen iaitu getah pengikat rambut . Bukan satu barang sahaja tau .. Barang yang kedua CCL dapat checkout dalam shopee sempena shopee 18sen iaitu  tali pinggang.


Tali pinggang murah, tali pinggang comel , racun shopee


Tali pinggang dengan saiz yang agak comel lebarnya .. Material tali pinggang pun setanding dengan harga . , tidak tebal dan tidak nipis  . Kecil molek sahaja saiznya . Boleh gayakan dengan dress ataupun blouse yang sesuai . Pandai gayakan dengan baju mesti ootd jadi cantik . 

SHOPEE 18SEN : GETAH PENGIKAT RAMBUT


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


SHOPEE 18SEN : GETAH PENGIKAT RAMBUT Shopee ni memang tak henti-henti buat Sale  . Geram juga kadang-kadang tu . .18 Oktober lepas shopee ada buat sale 18sen lagi untuk satu barang . Paling best ada penghantaran percuma . So memandangkan 18sen punya pasal , CCL tercheckout satu item iaitu getah pengikat rambut dengan harganya sudah tentu hanya 18sen sahaja . Dengan penghantaran percuma tunggu laa estimated time selama satu minggu barulah barang ni selama mendarat ke Malaysia . 



SHOPEE, SHOPEE 18SEN, SHOPEE HAUL, RACUN SHOPEE,CORAK GETAH IKAT RAMBUT,GETAH IKAT RAMBUT,


Getah pengikat rambut ni banyak design dan warna . Kali ni CCL memilih warna biru bercorakkan polkadot . Materialnya hanya kain biasa, bukan material kain berbulu gebu gebas yer . Sesuai lah dengan harga .  



AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE



Assalamualaikum dan salam sejahtera 



AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE, HARGA CORNETTO LOVE ROSE , CORNETTO LOVE ROSE , REVIEW, PEMINAT AISKRIM , WALLS MALAYSIA , AISKRIM WALLS MALAYSIA , GAMBAR AISKRIM CORNETTO LOVE PEACH


AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE Rata-rata ada yang sudah dapat merasai aiskrim terbaru dari Walls Malaysiaiaitu aiskrim Cornetto Love Rose . Untuk hari ini CCL berjaya juga buat tangkapan aiskrim Cornetto Love Rose . Selalunya out of stock, biasa lah bila baru keluar tengah-tengah panas pulak memang laku keras . tambah lagi dengan design aiskrim yang comel semestinya semua orang tercari-cari akan aiskrim ini . 


Masuk 7-Eleven tempat utama yang ditujui adalah peti aiskrim , Alhamdulillah terisi Aiskrim Cornetto Love Rose dalam peti aiskrim tersebut . So tunggu apa lagi alang-alang stok dah ada di depan mata rugi kalau tak dicuba . So dengan harga Cornetto Love Rose RM3.50 berbaloi juga.


AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE, HARGA CORNETTO LOVE ROSE , CORNETTO LOVE ROSE , REVIEW, PEMINAT AISKRIM , WALLS MALAYSIA , AISKRIM WALLS MALAYSIA , GAMBAR AISKRIM CORNETTO LOVE PEACH

Apa yang membuatkan CCL tertarik nak beli aiskrim Cornetto Love Rose ini adalah sudah semestinya nak tengok design Kelopak bunga Ros pada aiskrim tersebut . Adakah indah khabar dari rupa ataupun betul-betul ada kelopak bunga disebalik wrapping aiskrim tersebut . Yes memang bukan indah dari rupa .tetapi designnya betul-betul kelopak bunga . Memang cantik dan menarik sangat . 


AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE, HARGA CORNETTO LOVE ROSE , CORNETTO LOVE ROSE , REVIEW, PEMINAT AISKRIM , WALLS MALAYSIA , AISKRIM WALLS MALAYSIA , GAMBAR AISKRIM CORNETTO LOVE PEACH


Untuk pengetahuan korang  flavour aiskrim Cornetto Love Rose tersebut adalah peach dan terdapat dua warna iaitu merah jambu dan putih. Ia juga dilengkapi dengan kon aiskrim coklat dan sirap coklat. Pada asasnya, ia adalah tiga lapisan aiskrim iaitu merah jambu (atas), putih (tengah) dan coklat (bawah).


AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE, HARGA CORNETTO LOVE ROSE , CORNETTO LOVE ROSE , REVIEW, PEMINAT AISKRIM , WALLS MALAYSIA , AISKRIM WALLS MALAYSIA , GAMBAR AISKRIM CORNETTO LOVE PEACH


Rasa aiskrim Cornetto Love Rose ini memang sedap dan tak manis sangat , Rasa gabungan sirap bandung dan buah peach memang membuatkan rasanya sedap . Lain dari aiskrim yang lain . Kon aiskrim coklat juga rangup dan penghujung aiskrim korang dapat merasai cairan sos dark coklat yang membuatkan aiskrim tersebut lagi menarik untuk korang cuba . Memang kena dengan selera tekak CCL . 



AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE, HARGA CORNETTO LOVE ROSE , CORNETTO LOVE ROSE , REVIEW, PEMINAT AISKRIM , WALLS MALAYSIA , AISKRIM WALLS MALAYSIA , GAMBAR AISKRIM CORNETTO LOVE PEACH


Korang boleh dapatkan Aiskrim Cornetto Love Rose ini di 7-Eleven , Stesen minyak yang terpilih dan mana-mana rangkaian speedmart yang terpilih . 



MUMMY AYU'S BIRTHDAY GIVEAWAY

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


MUMMY AYU'S BIRTHDAY GIVEAWAY


GIVEAWAY , PLANNER BOOK


Lagi dua bulan InsyaAllah kita semua akan melangkahkan diri ke tahun 2022 , mudah-mudahan tahun hadapan akan memberi sinar baharu untuk kita semua teruskan kehidupan , Apabila melangkah masuk ke 2022 ni , pastinya akan ada diantara korang yang memiliki sebuah 'Planner Book" yang yang membolehkan korang merancang aktiviti harian korang dalam planner book . 

korang belum ada lagi Planner book ? jom sama-sama kita meriahkan 'Mummy Ayu's Giveaway' , ada rezeki jadi pemenang korang akan memiliki sebuah Planner book yang sangat cantik  . 

 nak tahu syarat untuk join Mummy Ayu's Giveaway korang boleh tekan link pada banner yang comel di atas 



JOM SUPPORT LOCAL HERO WITH SHOPEEPAY

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera




JOM SUPPORT LOCAL HERO WITH SHOPEEPAY Hujung minggu korang ke mana ?? Kalau tak ada plan nak ke mana-mana apa kata korang usha-usha Shopee , korang boleh search icon "Deal Near Me " dan "voile" sebabnya hari ini tengah berlangsung kempen "Jom Support Lokal Heroes " untuk menyokong peniaga makanan dan minuman kegemaran tempatan korang. Apa yang harus korang lakukan ialah membeli Voucher ShopeePay dan yang lagi menarik hanya pada 1 sen, dan korang boleh menebus baucar tersebut untuk menikmati harga, pulangan tunai atau potongan harga eksklusif semasa korang membayar dengan ShopeePay di gerai.




BananaBro

Banana Bro !  Nikmati rasa masakan asli India Selatan dengan sentuhan moden dan kontemporari. Dengan Baucar ShopeePay, anda dapat menikmati pulangan tunai RM6 dengan perbelanjaan minimum RM15 dan juga sepinggan cincin sotong emas goreng untuk menemani makanan anda dengan harga hanya RM6.90. Kedua-dua baucar sah selama 7 hari selepas pembelian.




OldTown White Coffee

 Nikmati kombinasi kopi putih dan roti bakar kaya . OLDTOWN White Coffee menawarkan menu makanan kopitiam yang sangat digemari dari roti, mi, nasi hingga makanan barat, minuman, makanan ringan dan pencuci mulut yang akan memuaskan keinginan korang. Jangan terlepas Baucar ShopeePay OLDTOWN yang membolehkan korang menikmati wang tunai RM6 dengan perbelanjaan minimum RM18.




Empire Sushi

Bagi peminat sushi! Empire Sushi memberi korang pulangan tunai RM5 dengan perbelanjaan minimum RM20. Beli Voucher ShopeePay ini dengan harga 1 sen dan tebus dalam masa 7 hari setelah pembelian. Terokai tawaran pakej Empire Sushi lain yang bermula dari RM21 dan pilih set yang akan menggembirakan selera korang.




Krispy Kreme

Krispy Kreme Original Glaze Doughnut (harga asal RM3.20) dengan Baucar ShopeePay! Jika satu tidak mencukupi, korang boleh mendapatkan tiga donat (1 Original Glazed, 1 Assorted, 1 Premium) dengan hanya RM10 dengan Baucar ShopeePay.




Chizu

Nikmati pengalaman minum unik yang berpusat di sekitar keju Jepun berbuih? Korang boleh checkout Chizu untuk minuman Keju Jepun yang terdapat dalam empat perisa teras - Teh Hijau Jasmine, Teh Merah Premium, teh Jepun dan teh bermusim promosi. Ia juga menawarkan Chizu Matcha Soy Cheese dan Chizu Chocolate Soy Cheese dengan harga hanya RM2.90 setiap cawan dengan ShopeePay.



Kempen ini juga memberi peluang kepada  rakyat Malaysia untuk membeli voucher Beli Sekarang & Tebus di Outlet. Dapatkan Domino’s 3 Regular Pizza dengan harga RM29.90 (harga asal RM95.70); satu (1) Nasi Ayam Bariani dari JM Bariani House dengan harga RM15.90 (harga asal RM20.00), Teh Susu Paus Hitam Paus Hitam dengan harga RM6.80 (harga asal RM8.90) dan banyak lagi.


Kempen Jom Support Lokal Heroes berakhir pada 23 Oktober. Untuk menemui peniaga lain yang mengambil bahagian, pergi ke https://shopee.com.my/m/deals-near-me




KEBENARAN RENTAS NEGERI 11 OKTOBER 2021 DAPAT JUGAK JEJAK KAKI BALIK KE KAMPUNG

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


KEBENARAN RENTAS NEGERI 11 OKTOBER 2021 DAPAT JUGAK JEJAK KAKI BALIK KE KAMPUNG Minggu ni agak sibuk sikit dengan kerja di office , sehinggakan blog sedikit terabai untuk 3 4 hari , blogwalking blog kawan-kawan pun tertunda buat sementara waktu . hari ini disebabkan ada sedikit masa terluang so CCL luangkan sedikit masa untuk update entri dan ziarah blog rakan-rakan blogger . Pada 10 Oktober 2021 yang lalu Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan satu berita gembira buat semua rakyat Malaysia . Berita yang ditunggu-tunggu buat saban hari ialah pengumuman kebenaran rentas negeri yang telah diputuskan sendiri oleh Dato Sri Ismail Sabri iaitu dibenarkan pada 11 0ktober 2021 iaitu jatuh pada hari Isnin .


RENTAS NEGERI,KEBENARAN RENTAS NEGERI,CERITA CCL,

syukur alhamdulillah bila dengar berita tersebut , tak lain tak bukan terbayang - bayang akan halaman kampung  11 oktober 2021 jatuh pada hari Isnin dimana hari tersebut merupakan hari 'Offday" untuk CCL , bermakna dalam seminggu CCL akan bercuti pada hari isnin sebagai cuti mingguan . so tak perlu CCL apply cuti untuk balik kampung , memandangkan kampung CCL diseberang negeri sahaja , tak sampai 1jam sudah selamat jejak kaki ke kampung . 


Ramai yang gembira bila dapat berita kebenaran rentas negeri dan ramai juga yang tengah plan untuk bawa keluarga pergi bercuti - cuti  . bagi CCL tak penting lagi untuk plan bercuti ke mana-mana asalkan dapat balik kampung lepaskan rindu family dikampung itu sudah cukup gembira . walaupun keadaan di kampung sudah tetap semeriah dahulu , tetapi CCL akan tetap balik untuk ziarah pusara arwah tok dan juga arwah tokwan yang sudah pergi menghadap illahi . 


RENTAS NEGERI,KEBENARAN RENTAS NEGERI,CERITA CCL,

Aktiviti utama bila sampai dikampung adalah jejakkan kaki ke kawasan kubur , ziarah puasa arwah nyiang , pusara arwah tok dan juga pusara arwah tokwan . pusara - pusara arwah semuanya dalam satu kawasan perkuburan yang sama , arwah nyiang sudah lama meninggal hampir beberapa tahun yang lalu . arwah tok pulak  baru 1 tahun 9 bulan meninggalkan kami semua .arwah tok dikebumikan di tanah perkuburan yang sama cuma seang beberapa buah pusara sahaja dari pusara arwah nyiang.  terbaru CCL sekeluarga kehilangan arwah tokwan pada tahun ini , baru sahaja 3 bulan . 30 oktober ini genap 4bulan arwah tokwan meninggal . bila dah dapat rentas negeri , memandangkan arwah tokwan baru meninggal ini kali ketiga CCL dapat ziarah kubur arwah tokwan . alhamdulillah pusara tokwan dah diletakkan batu nisan tertera dengan nama beliau , rasa sayu pula bila jenguk kesemua pusara . rasa rindu yang tak digambarkan . lepas rindu pada pusara tanpa boleh menatap wajah-wajah mereka . 


SALAM MAULIDUR RASUL 1443H

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

SALAM MAULIDUR RASUL 1443H Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu Tarikh keramat dalam sejarah umat islam di seluruh dunia  iaitu kedatangan Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah yang Allah berikan kepada alam semesta . Pada tahun ini semua umat Islam di seluruh Malaysia sama-sama dapat menyambut sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada hariSelasa 19 Oktober 2021 bersamaan dengan tahun 1443H.

 

MAULIDUR RASUL . MAULUD NASI , AMALAN SEMASA MAULIDUR RASUL , PAHALA BERGANDA ,INFO AGAMA, TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1443H ,

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1443H

‘Manhaj Rabbabni Ummah Berkualiti”

-suatu motivasi kepada ummah untuk meletakkan nilai ‘Rabbani’ iaitu mejadikan Allah SWT segala-galanya dalam mendepani apa jua keadaan dan situasi getir dan sukar . ia diinspirasikan daripada sifat an sikap nabi Muhammad SAW itu sendiri .

-Sifat terpuji Nabi Muhammad SAW yang wajar diikuti ialah bersifat benar dalam semua perkataan dan perbuatan  , bersifat jujur , dipercayai  dab juga bijaksana dalam menyampaikan dakwah .

-Nabi Muhammad SAW seorang pmimpin yang beretika tinggi dengan akhlak yang mulia merangkumi sifat integrity , kejujuran dan Amanah sehingga baginda diberi gelaran Al-Amin .

-Nabi Muhammad SAW juga mengamalkan sikap terbuka dan sentiasa mendengar buah fikiran ramai menerusi konsep ‘syura’

-Nabi Muhammad SAW sangat tawaduk dan sentiasa mengagungkan kehebatan Allah SWT yang menjadikan baginda seorang peminpim yang tidak terpengaruh dengan sifat tamak dan sifat mementingkan diri sendiri dengan kebesaran dunia

-Nabi Muhammad SAW sentiasa menyuruh berbuat kebaikkan dan mencegah kemungkaran .

 

Amalan yang boleh dilakukan sempena sambutan Maulidur Rasul

-berpuasa

-berselawat

-berhimpun di Masjid