Assalamualaikum dan hai semua
Sampul Raya 2026 Tahun ni sempat juga CCL beli sampul duit raya cantik , walaupun last minute sikit .. Seperti biasa, tempat pilihan mestilah Shopee.. mudah, cepat dan murah!.. CCL jumpa sampul raya murah ni dengan harga yang sangat berbaloi, 5 keping tak sampai RM3 pun, memang berbaloi sangat dengan kualiti yang dapat.
Boleh beli di link ini . Kalau nak cerita pasal material, memang puas hati..Kertas jenis glossy, tapi tak ada lah nampak tebal ,dan bukan jenis yang mudah renyuk tu .. tak nampak murah walaupun harga bajet.. Design pula memang kena dengan taste CCL tahun ni.. CCL pilih corak bunga-bunga comel dengan latar warna soft yellow.
Bahagian belakang sampul pun tak kurang menarik,terselit pantun 4 kerat yang simple vibes-vibes raya
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudi lah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.
Memang kena sangat dengan vibes Aidilfitri ..bulan untuk bermaafan dan eratkan silaturrahim.
Tahun ni pula CCL tak sempat nak tukar duit raya..Jadi guna je lebihan duit raya tahun lepas.Malam raya baru kalut isi sampul standard lah tu kan..
Tak kisah lah sampul mahal ke murah, berapa kuantiti duit raya .. asalkan cantik dan ikhlas untuk memberi .




12 Comments
Cantik sampul tu..berkenan kak SA...
BalasPadamsweet je corak dia
BalasPadamSimple tapi nice sampul dia.
BalasPadamYang penting kualiti bagus itu yg kita mahukan
Keikhlasan itu yang utama, sikit atau banyak memberi:)
BalasPadamComey ler sampul raya tu =D
BalasPadamingatkan tadi sampul raya pon ade cop halal jakim,,, rupenye bukan... hehehe
BalasPadamMemang cantik. Teringat blogger Aphizha ada reka sampul raya apabila tengok sampul raya CCL beli.
BalasPadamYa betul itu asalkan ikhlas memberi.
cantik sampulnya tu. kakcie pun tahun ni beli dari shopee je sampul raya.
BalasPadamlawanya sampul tu...nak beli awal la untuk tahun depan.. hihihi
BalasPadamnie pun cantiks jugak... he he he
BalasPadamSetujuuu, motifnya sangaaaat lah maniiiiis kak. Bunga2, belum lagi warna pun lembut. 👍👍. Effort juga yg buat sampai menyelitkan pantun
BalasPadamCantiklah sampul tu.. sweet je design dan kaler nya.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan