Assalamualaikum dan hai semua
2 April: Hari Kesedaran Autisme Sedunia
Tarikh 2 April setiap tahun merupakan Hari Kesedaran Autisme Sedunia. Hari ni bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tapi satu peringatan kecil untuk kita semua supaya lebih memahami, menerima, dan menghargai individu dalam spektrum autisme.
Kadang kita jumpa anak-anak atau orang dewasa yang nampak “lain sikit” mungkin kurang bercakap, suka menyendiri, atau ada rutin tertentu. Hakikatnya, mereka bukan pelik… mereka cuma melihat dunia dengan cara yang berbeza dan itu sebenarnya sesuatu yang istimewa..
Autisme bukan sesuatu yang boleh kita nampak secara luaran je. Ia lebih kepada bagaimana seseorang memproses emosi, memahami komunikasi dan berinteraksi dengan persekitaran.. setiap individu autisme tu unik. Tak sama. Tak boleh disamakan.
Apa yang penting pada hari ni adalah kesedaran. Bukan sekadar tahu perkataan “autisme”, tapi cuba faham:
Mereka mungkin sensitif pada bunyi, cahaya atau sentuhan, cara komunikasi mereka pulak berbeza, bukan tak pandai, mereka juga ada bakat dan kelebihan tersendiri.
Kadang kita ni cepat menilai tanpa tahu cerita sebenar. Padahal, dengan sedikit kesabaran dan empati, kita boleh jadi orang yang buat hari mereka lebih baik




6 Comments
OOOO..baru kak SA tau...tadi pagi Suria FM jemput mereka yang ada anak- anak autism..macam Adam yang popular kat Tik Tok tu...Hari Kesedaran Autism rupanya hari ni...thanks sharing CCL
BalasPadamOrang sekarang semakin ada kesedaran tentang autisme ni
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan anak2 autism ni.
BalasPadamPernah tengok IG Adam Autism tu dan Zarina Zainuddin. Bukan senang juga nak jaga anak Autism ni.
BalasPadamAda 1 keponakan saya yg autism . Tp untungnya orangtua dia cepat tanggap, dan langsung mencari bantuan profesional dari dokter. So, memang cepat diberi terapi lah. Sebagai orangtua, memang harus alert lah, sehingga kalau ada yg tidak biasa dari sikap anak, bisa segera dihandle
BalasPadamMereka adalah orang yang terpilih dan istimewa. Dah dapat spot dekat syurga alhamdulilah.
BalasPadamSemoga sesiapa sahaja yang memiliki keluarga autisme sentiasa dipermudahkan urusan dunia akhirat
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan