10 Mac 2026 | 2 Tahun Tanpa Raut Wajah Susuk Badan Arwah Tok

 Assalamualaikum dan hai semua 

10 Mac 2026 | 2 Tahun Tanpa Raut Wajah Susuk Badan Arwah Tok Hari ni 10 Mac 2026..Hampir-hampir juga CCL terlupa tarikh ni. Tarikh yang menyimpan satu kenangan yang sangat mendalam dalam hidup CCL.. Pada tarikh inilah CCL kehilangan arwah tok, mak kepada ayah CCL.


Pemergian arwah tok , ziarah pusara, waktu terbaik ziarah kubur, doa untuk arwah,


Pagi tadi sebelum pergi kerja, CCL sempat singgah ziarah pusara arwah tok. Lepas rindu sikit. Walaupun hakikatnya CCL tahu… yang dapat dilihat sekarang cuma tanah dan batu nisan sahaja..Tak ada lagi raut wajah arwah tok, tak ada lagi suara arwah tok yang suka membebel itu ini.. yang tinggal sekarang cuma kenangan..Kalau rindu, hanya gambar yang boleh ditatap...kalau teringat, hanya pusara yang boleh CCL ziarahi.

Hari ni genap dua tahun pemergian arwah tok. CCL masih ingat lagi saat tu. Arwah tok pergi beberapa hari sebelum Ramadan tiba. Memang terasa sayu sangat waktu tu..Semoga arwah tok ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diberikan ketenangan di sana.

Al-Fatihah buat arwah tok..Moga tenang di taman syurga..



11 Comments

  1. Al-Fatihah..semoga roh arwah Tok CCL dirahmati allah swt dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..amin...

    BalasPadam
  2. Al fatihah. Semoga arwah tok ditempatkan bersama orang² beriman 🤲🏻

    BalasPadam
  3. Al-fatihah. Seronoknya dpt jmp arwah tok. Sy both side langsung x sempat jmp. Arwah opah alik arwah abah pegi masa sy masih study dkt kolej. Arwah opah alik arwah mak pegi waktu sy pregnantkn che mek 5 bulan. Dah almost 17yrs xde sosok mereka di aidilfitri.

    BalasPadam
  4. alfatihah...

    akak ada tok dan nenek sebelah mak je. sebelah ayah dah takda

    BalasPadam
  5. Subahanallah..kreatif hari raya kad..alfatihah buat yang telah pergi..

    BalasPadam
  6. Terima kasih ke laman blog saya..dalam komen dah teratas tu dek..usaha selalu..pasti ada rex=zeki..

    BalasPadam
  7. Alfatihah buat atok..tiada sesiapapun yang kekal di Dunia kan..so tak perlu bangga dan sebaginya..

    BalasPadam
  8. rindu pada yang takde ni sangat2 sakit. kakcie dah takde semua tok nenek dan juga kehilangan mak ayah. semoga roh mereka semua dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

    BalasPadam
  9. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman

    BalasPadam
  10. Sayu nak sambut syawal tak lama lagi bila orang yang kita sayang dah tak ada. Alfatihah kepada arwah tok CCL.

    BalasPadam
  11. Maaf kak CCL, Tok itu maknanya Grandfather kan yaa?

    Sedih sangat jika ditinggal kan orang yg tersayang. Macam rindu, tapi dah tak bisa ketemu... Paham lah rasanya seperti apa

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan