Assalamualaikum dan hai semua
Claim ShopBack 2025 : Dapat RM45
Cerita penghujung Disember 2025 yang CCL tak berkesempatan nak kongsikan sebelum ni. Biasalah, bila nak clear gambar dalam galeri telefon, baru perasan ada cerita yang tertinggal .. ceritanya penghujung tahun lepas CCL sempat cashout duit daripada ShopBack sebanyak RM45. Nampak macam tak banyak, tapi bagi CCL rasa seronok sebab hasil kumpul sikit-sikit daripada pembelian online.
Menurut recap dalam apps, CCL berjaya kumpul cashback selama 50 hari. Kiranya konsisten juga laa klik dan beli melalui ShopBack. Patutlah apps siap panggil “Cashback champ”
Dalam yearly recap tu juga tunjuk jumlah cashback tahun tersebut sekitar RM41 (sebelum cukupkan jadi RM45 untuk cashout). Bila dah melepasi minimum withdraw RM10, memang tak tunggu lama terus tekan butang withdraw
Sebenarnya akaun ShopBack CCL dah lama tak aktif. Last guna tahun 2021. Masa tu berjaya kumpul RM10 je, tapi tak sempat cashout. Sudahnya amount tu expired begitu ja.. Tambah pula waktu tu storage telefon lama CCL dah penuh, jadi banyak apps terpaksa dipadam termasuk ShopBack.
Masuk Februari 2025 barulah teringat nak download semula apps tu. Dari situ CCL mula kumpul balik cashback hasil pembelian online. Tak sangka dari Februari sampai Disember boleh cecah RM45 juga.
Bila dah cukup amaunt yang rasa berbaloi, terus je cashout tanpa tunggu lama..ambil masa seminggu bekerja juga untuk masuk ke dalam akaun bank ..kalau dah kumpul tu eloklah cepat-cepat cashout. minimum withdraw ialah RM10..Jangan tunggu lama sangat. Mana tahu nanti expired lagi, memang menangis tak berlagu.
Kebanyakan cashback datang daripada pembelian di Shopee. Memang situ paling kerap CCL guna. foodpanda pun ada juga, tapi tak sekerap Shopee.
Bagi CCL, apps cashback ni macam kita beli barang macam biasa, tapi ada pulangan sikit. Lama-lama jadi juga duit. RM45 tu bolehlah buat tambah beli barang dapur atau belanja diri sendiri sikit.
Uguys pernah guna cashback ?










9 Comments
Dulu pernah guna... tp mungkin expired dah juga.... lgipun storage phone dah penuh.. tak dapat nak letak banyak apps sangat
BalasPadamCCL cakap akan expired, cepat cepat kita cashout. ada RM 100 boleh cashout jadi cashout sekarang
BalasPadamCashback yang expired tu boleh try mintak semula. Kakcie hari tu pernah buat tapi lupa dah step. Banyak kali jugak dah cashout.
BalasPadamPernah guna jugak dulu. Tapi bertahun dah uninstall lepas ciput je dapat. 😂
BalasPadamWah banyak juga tu dapat. Tak pandai lah nak guna 😄😄
BalasPadamsetiap kali nk shopping online atau book hotel, saya memang guna shopback. tapi so far kalau book benda2 berkaitan travel ni yg dapat banyak. hotel tak sampai RM100 pun, tapi dpt cashback RM6.
BalasPadambaru ni saya beli phone rege sampai RM3k, dpt cashback RM2 je. dasar shopee kedekut!
tak pernah guna cashback ni
BalasPadamSaya dah lama pakai shopback. Daan sampai saat ini dah mengumpulkan IDR16juta kurang lebih RM 3700 Something. Kenapa banyak, sebab saya sering traveling. Dan cashback paling besar dari shopback itu ada di platform booking hotel. Traveloka, tiket, booking .com etc.
BalasPadamSo tiap ada teman yg nak booking hotel, biasa saya bantu utk booking, jadi saya bisa dpt cashbacknya 😍😄. Apalagi tiap saya traveling, pasti pesan hotel dari shopback.
Cash back sebesar itu tapi saya dah tarik beberapa kali. Biasanya untuk tambah2 budget traveling 😄
JD kalau Kakak sering pesan hotel, pastikan dari shopback juga 😁
Macam pernah dengar tapi tak pernah buat. Ada apss ni kadang buat penuhkan memori phone
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan