Assalamualaikum dan hai semua
Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 2 Entri ni sambungan entri Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 1 . Seawal pagi jam 9 redah banjir nak ke tempat kerja .. pagi tu gerak pergi kerja macam biasa dan pergi laluan yang sama .. banjir kali ni lain macam caranya .. bukan apa .. laluan nak pergi kerja ada kawasan sedikit tinggi dan rendah , so macam terperangkap laluannya .. pagi tu memang tak redah dengan kereta tapi pergi naik moto, silap laluan terpaksa redah juga air banjir walaupun dalam ..
Sampai ke tempat kerja laluan depan memang tak ramai berani masuk dengan kenderaan.. CCL turun pun dah hampir paras paha .. so kena cari jalan yang paras air rendah .. barulah jalan kaki redah air banjir masuk ke kawasan tempat kerja .. selamat sampai tempat kerja kena tukar pakaian pulak .. jadi kalut sikit kan ..
Pagi tu memang ramai staff yang tak datang kerja terkandas dalam banjir . So nak tak nak CCL kena datang juga laa sebab kawasan rumah memang bebas banjir .. laluan nak ke tempat kerja sahaja yang naiki air .. mujurlah sepanjang banjir beberapa hari ni Allah tak bagi hujan lebat .. hujan tu ada tapi tak setiap hari ..
Sampai tempat kerja settle apa yang patut, sambil-sambil tu ambil angin luar sambil tengok paras air banjir yang semakin meningkat .. masa tu terfikir pulak dalam kepala ni macam mana lah nak balik rumah, memandangkan ada beberapa staff yang tak dapat datang kerja , CCL kena OT sampai ke malam , dalam kepala otak ' ehh malam-malam macam ni nak kena jalan sorang-sorang sampai ke sana bertemankan cahaya lampu tepi jalan' .
Lagi tak balik, lagi tu lah masalah ni dok berputar dalam kepala otak , petang tu pulak CCL ada scroll facebook terbaca berita petang tu juga ada orang berjaya tangkap ular sawa yang saiznya lebih kurang besar juga .. terbayang sekali lagi macam mana kalau balik malam nanti masa redah air banjir tiba-tiba ular sawa tu lalu tepi kaki .. aiii seram di buatnya ..
Malam tu alhamdulillah atas pertolongan hamba Allah yang lalu lalang, tak perlu nak redah air banjir separas paha . Balik kerja malam tu naik kereta pikup , CCL dan kawan CCL naik dan berhenti di kawasan yang tak kena banjir, masing-masing pulang ke rumah .





8 Ulasan
Takutnyaaaa...=(
BalasPadamalhamdulillah, selamat sampai rumah...Alhamdulillah juga ada hamba Allah naik pikup tu.. memang seram la, musim banjir, bukan manusia je nak selamatkan diri.haiwan2 lain pun sama juga
BalasPadamSemoga urusan dipermudahkan. Seram tengok makhluk tu.
BalasPadamKesiannya dah banjir pon kena pergi kerja. Moga Allah merahmati selalu
BalasPadamAlhamdulillah, ada orang baik tolong tumpangkan naik pickup. Air naik pun tetap bekerja, CCL.
BalasPadamHari tu dekat Manjung pun ada orang jumpa ular sawa dekat garaj rumah, ia lalu dalam air banjir. Nasib baik anak je. Tapi anak pun, ngeri juga tengok.
Rumah Cie pun tak kena banjir tapi jalan nak ke tempat kerja tu berlapis2 banjir. Jadinya kalau banjir besar memang tak lepas nak pergi kerja. Kalau team kejurutawatan memang kena redah banjir, kena naik bot la, naik lori la. Seram pulak nampak sawa tu.
BalasPadamTinggi tu air paras peha. Syukurlah baliknya naik pikup, lebih selamat. Seram membayangkan ular tu dalam air banjir.
BalasPadamSeram tengok ular tu...
BalasPadamBanjir pun kena datang kerja ye. Apapun syukur semuanya selamat
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan