Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 1

Assalamualaikum dan hai semua 

Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 1 Lepas dengar berita Hatyai banjir teruk, so rakyat-rakyat kena bersedia banjir dari Hatyai akan turun ke negeri Perlis , selalunya macam itulah .. ternyata sangkaan tepat sekali .. last Perlis banjir teruk  tahun 2010 , then tahun ni sekali lagi Perlis banjir 2025 .. ada sesetengah kawasan yang teruk  tapi banjir kali ni memang  banjir memerangkap .. nak tahu sebab apa , stay tune CCL akan cerita day by day sampai hati last banjir surut ..

Hari pertama banjir Perlis memang hujan , hujan lebat tapi alhamdulillah Allah tak kirimkan ribut taufan, kilat guruh ..hanya air hujan sahaja yang jatuh sembah bumi Perlis.. hari ni dah dapat khabar berita kawasan Wang Kelian dah banjir pakej sekali tanah runtuh.ada jalan dah tak boleh lalu, kawasan Gua KelamTasoh ,ArauTiti Tinggi dan Bintong itu memang kawasan yang tiap kali banjir kawasan ni laa kawasan pertama yang akan kena banjir . Banjir cecah paras pinggang.

Petang tu, CCL keluar dobi baju, lepas dobi topup keperluan dapur siap-siap , selesai semua barulah  ronda-ronda kawasan  . Time ni kawasan Repoh, Kawasan kangar dah mula naik air di batas liku tepi jalan utama .. kawasan Bintong dan Titi Tinggi pun air dah naik separuh jalan, dalam pekan Kangar pun dah naik sedikit lagi-lagi berdekatan dengan sungai .. kawasan rumah CCL alhamdulillah kawasan tinggi dan bebas banjir .. lepas ronda-ronda kawasan terfikir esok pagi nak pergi kerja macam mana ..

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Malam tu keluar meronda lagi, meronda tengok jalan mana dah naik air, mencari jalan nak ke tempat kerja esok ni senang nak redah, singgah rumah sepupu CCL pun memang dah naik air , kawasan rendah..

Balik malam terfikir banjir, nak redah macam mana ke tempat kerja , sebab area kawasan nak masuk ke tempat kerja memang rendah, kereta rendah memang tak boleh masuk . Malam tu kawan-kawan yang masih on duty akan update keadaan paras air di kawasan tempat kerja CCL .. memang tidur tak tenang la dibuatnya ..

Cerita day 2 akan bersambung, nak tahu pagi tu CCL redah banjir pergi kerja macam mana ? Tungguuu tauu .. cerita tak menarik sangat pun tapi saja dedikasikan kat sini sebagai kenang- kenangan akan datang ..

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. W'salam CCL.. Teruk sangat banjir di Perlis tahun ini.. Semoga dipermudah segala urusan kepada mereka yang terlibat..

    BalasPadam
  2. Lipis pun banjir baru2 ni cuma tak seteruk 2021 dulu.

    BalasPadam
  3. Boleh dikatakan tahun ni banjir merata tempat. Tempat yang tak pernah kena banjir pun ikut banjir sekali. Bila musim banjir ni kena alert dengan keadaan air sana sini. Dia tahu-tahu naik terus. Risau juga tu kalau nak redah banjir.

    BalasPadam
  4. Banyak kawasan terlibat banjir kali ni. Semoga dipermudahkan urusan semua yang terlibat, nak bersihkan rumah dsbnya

    BalasPadam
  5. Time-time banjir ni, kereta pacuan empat roda boleh la selamat sikit nak meredah air naik atas jalanraya. Ada anak sedara suami di Kelantan cerita masa banjir, sebab kerja nurse, kena pergi kerja juga, naik lori.

    BalasPadam
  6. Betul, syukurlah cuma curahan hujan, tak ada angin ribut kilat semua tu. Kalau tak, mungkin situasi jadi lebih buruk.

    BalasPadam
  7. Allahuakbar..Semoga hari ni makin ok banjir tu...

    BalasPadam
  8. kawan kak linda kerja dekat hospital kangar.. jenuh p kerja musing cari jalan

    BalasPadam
  9. Semoga sentiasa dilindungi Allah

    BalasPadam
  10. mujur ccl terus top up barang makanan kan? benda paling penting buat sebab kalau dah bergenang air sana sini susah nanti

    BalasPadam
  11. Benar2 banjir melanda Perlis..banyakkan bersabar ..hanya mampu simpati jauh nak bantu..

    BalasPadam
  12. Bagus juga tengok tempat mana banjir. Itulah ingatkan CCL cuti sebab banjir.

    BalasPadam
  13. Kalau dah banjir nih, memang sedih dan susah lah nak kemana2. Apalagi kalau terkena rumah sendiri atau tempat kerja 😞. Pernah rasakan jugaaa. Hopefully skr nih dah aman ya kak

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan