Sepasang Telekung Siti Khadijah

Assalamualaikum dan hai semua

Sepasang Telekung Siti Khadijah Hari ni CCL nak share satu berita gembira… CCL dapat hadiah kecemasan dari blogger Kak Notie! Hehe..sebenarnya ini hadiah khas daripada giveaway yang Kak Notie anjurkan hari tu ..  Giveaway tu konsep dia siapa cepat, dia dapat. Haaa gituu… dan yang menariknya, CCL adalah peserta paling terakhir join yang terkeluar dari landasan .. sebab apa terkeluar landasan .. Kak Notie hanya cari 10 peserta sahaja .CCL peserta yang ke-11 .. Alhamdulillah rezeki masih ada sebab Kak Notie sudi terima penyertaan CCL. Terima kasih banyak ya Kak Notie..


Dah banyak hari parcel ni dah selamat sampai, cuma CCL baru sempat keluarkan entri hari ni. Bila buka bungkusan tu… masyaAllah, sepasang telekung Siti Khadijah warna putih terselit lace yang cantik di setiap hujung. Simple tapi tetap nampak eksklusif. Tak sarat corak, minimalist dan kemas ..memang kena sangat dengan citarasa CCL.

Lepas ni bolehlah CCL pakai telekung pemberian Kak Notie setiap kali solat. InsyaAllah, semoga doa-doa yang dipanjatkan dalam telekung ini turut mengalir pahala untuk Kak Notie juga.

Eh Kak Notie, ada anjurkan Giveaway Saham Akhirat 2.0 .. siapa cepat dia dapat ..so uguyss pergi join cepat ..  yang belum pernah singgah ke ruangan blog kak Notie . Boleh laa singgah https://sajesuka-suka-notie.blogspot.com/

Sekali lagi, terima kasih Kak Notie atas hadiah istimewa ini.



Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Alhamdulillah..rezeki CCL .Linda punya tinggal dekat rumah Tronoh..senang lah bila balik sana,tak payah nk bawa telekung dah

    BalasPadam
  2. Tahniah CCL!
    Akk peserta ke-10, sipi² je :)

    BalasPadam
  3. Whoaa..Bestnya hadiah diaaa...Tahniah...Ada rezeki CCL di situ
    Nanti nk try giveaway baru ni..hehehe..

    BalasPadam
  4. tahniah CCL , cantik telekung SK rezeki sangat kan :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Sebelum tutup carta komen nampak ccl dan kebetulan memang ada lebih apa kata hadiahkan buat ccl. Kite happykan orang lain Insya Allah nanti Allah hepeykan kite. Alhamdulillah CCl suka.

    BalasPadam
  6. Itulah nama nya rezeki.. kecemasan pun dpt telekung siti khadijah.. tahniahhh

    BalasPadam
  7. Baguuus warna putih. Saya belum ada mukena warna putih begini. Tapi jadi teringin. Mukena SK ini baguuus dan nyaman. Sebab saya punya juga , tapi warna biru. Tak kuatir dagu terlihat dan rambut keluar. Pas dj wajah

    BalasPadam
  8. Kalau dah rezeki tak ke mana. Tahniah! 👏

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. Semuga bermanfaat buat CCL.

    BalasPadam
  10. MasyaAllah alhamdulillah rezeki CCL.. mungkin juga sbb bg brg yg Nina paling nak sgt. Hehehe..

    BalasPadam
  11. masyaAllah hadiah best sangat kan ccl. nombor bertuah tu nombor 11. alhamdulillah

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah. Tercapai hasrat Notie untuk mencari saham akhirat.

    BalasPadam
  13. Yeay sama warna dapat dengan saya. Dah gunakan ke?

    BalasPadam
  14. alhamdulillah..moga murah rezeki kak notie, berkongsi rezeki....

    BalasPadam
  15. Tahniah CCL, semoga murah rezeki Kak Notie kan

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan