Kehilangan Dua Orang Dalam Sebulan, Hanya Doa Mengiringi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kehilangan Dua Orang Dalam Sebulan, Hanya Doa Mengiringi Dalam masa tak sampai sebulan, Allah uji dengan kehilangan dua adik beradik terdekat... Baru saja hati CCL ini cuba kuat dengan pemergian sepupu, pagi tadi kira-kira jam 9.30 pagi, mak sepupu ( Makjang Jah) pula dijemput pulang ke negeri abadi. Allahuakbar, berat sungguh rasa hati ini...

Arwah Makjang Jah memang dah lama sakit, asyik keluar masuk hospital... ada kencing manis & penyakit tiga serangkai. Mata pun semakin kabur, tak nampak dengan jelas. Beberapa hari lepas Makjang Jah masuk hospital dan ditidurkan. Pagi tadi CCL dapat panggilan Makjang Jah dah tak ada... Hilanglah seorang lagi adik beradik terdekat..

alfatihah buat arwah, pemergian insan tersayang, kehilangan dalam keluarga, arwah sepupu, arwah makjang jah, doa untuk arwah, penyakit tiga serangkai


Sedih memang sedih. Baru saja kehilangan sepupu, kini maknya pula pergi. Tinggallah pakjang & adik bongsu Zarif selepas pemergian dua orang tersayang. Moga mereka berdua terus kuat menghadapi ujian Allah ini.

Baca juga : Pemergian Arwah Sepupu di Usia Muda

Semoga arwah Makjang Jah & arwah sepupu CCL, Mat Zahier, ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Semoga dipermudahkan urusan akhirat mereka di sana. Mohon jasa baik semua untuk sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah sepupu & Makjang Jah. 


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Alfatihah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Salam takziah.

    BalasPadam
  2. Innnalillahiwainnailaihirojiun..alfatihah...

    BalasPadam
  3. I feel you.... turut berduka

    BalasPadam
  4. Salam takziah buat seluruh keluarga.
    Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT 🤲🏻

    BalasPadam
  5. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    BalasPadam
  6. Al fatihah

    Semua akan kembali kesana Alam Abadi

    Ciknur pun 2 org terdekat telah kembali
    Semua meningatkan kita yg hidup

    BalasPadam
  7. Allahuakbar begitu besar dugaan kehilangan 2 orang tersayang. Semuga mereka ditempatkan bersama orang yang soleh. Alfatihah

    BalasPadam
  8. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

    BalasPadam
  9. Innalilahi wainnailaihi rojiun. Saya ikut berduka cita kak CCL ... Sedihnya, jadi ini ibu dari sepupu kakak yg meninggal kemarin yaaa. Tak terbayang perasaan keluarga yg harus kehilangan 2 orang dalam waktu berdekatan 😭.

    Semoga almarhumah diampuni segala kesalahan, dilapangkan kuburnya, dan diterima amal kebaikan beliau semasa hidup 🙏

    BalasPadam
  10. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎
    Salam takziah. Allahuakbar. Berat sungguh ujian ini. Kehilangan 2 orang ahli keluarga dalam waktu terdekat sangatlah terasa.

    BalasPadam
  11. Innalillahiwainnailaihirojiun bt arwah.. memang tak kuat kalau dlm setahun kehilangan beberapa org ahli keluarga. Raya tahun depan mesti rasa sedih

    BalasPadam
  12. Al-Fatihah. Memang berat kehilangan beberapa orang. Moga Allah beri kekuatan pada Pak Jang dan anaknya yang tinggal.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan