Finalize Kerja Awal Bulan September, Hadap Sistem Baru

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Finalize Kerja Awal Bulan September, Hadap Sistem Baru

Bila masuk bulan baru, automatik meja kerja pun penuh dengan fail lama campur fail baru. Kadang-kadang CCL rasa macam tak cukup tangan nak buat semua. Tapi biasalah, itu memang lumrah kerja kat opis nii .. Ada masa sibuk sampai tak sempat nak angkat telefon, ada masa pula boleh tarik nafas panjang sebab kerja agak reda. Dua tiga hari kebelakangan ni memang CCL berkawan rapat dengan kertas kerja yang satu nii . Hari ni nak finalize semua list supaya tak serabut kepala. Awal bulan September ni bila tengok semula jadual kerja, memang nampak esok dah mula sibuk. Lepas tu ada masa bertenang sekejap, tapi ikut nasib juga. Kalau dapat kertas kerja yang baru CCL kena hadap la jugak kan. Nak tak nak, dah nama pun kerja..

kerja pejabat, jadual kerja, sistem baru pejabat, training sistem baru, tugasan kerja harian, finalize dokumen, laporan bulanan, fail kerja,

Bulan ni agak mencabar sebab CCL & semua staff kena mula guna sistem baru di tempat kerja. Masa training sistem baru haritu, trainer sempat ajar sikit-sikit je. Tak habis sepenuhnya. Jadi, semua staff kena ulangkaji sendiri. CCL sendiri baru sempat tengok rupa sistem tu dua kali saja, selebihnya memang tak sempat nak curi masa.

Awal bulan biasanya lebih banyak melibatkan penyusunan jadual kerja CCL nak kena pastikan semua tugasan ikut timeline.Penyediaan report bulanan pula selalu boss CCL yang uruskan , berkaitan Fail pelanggan / dokumen syarikat selalu jadi penyumbang utama pening kepala CCL . Kena teliti satu per satu .. Awal bulan seperti biasa ada briefing atau meeting kecil-kecil nak kena recap balik apa yang dah archive tahun lepas , apa yang belum archive . Mujur hari ni boss CCL masuk sekejap jenguk-jenguk keadaan di opis walaupun hari ni boss masih lagi mood cuti .. 


Pagi tadi pula, dapat WhatsApp dari trainer sistem. Katanya, jangan key in sebarang data sebab pihak teknikal nak reset semula. Maknanya minggu ni akan ada tarikh rasmi bila semua staff kena mula guna sistem baru tu..Tak dinafikan, bila fikir-fikir balik, awal bulan memang penuh dengan macam-macam tugasan. Tapi kalau dah settle awal, hati pun rasa lebih tenang. Harapnya bila mula guna sistem baru nanti, semuanya jadi lebih mudah dan cepat. kerja pun lancar . 

Kerja-kerja ni nampak remeh, tapi kalau tangguh sehari dua boleh jadi berganda banyaknya. Itu yang buat CCL ambil pendekatan "buat terus, jangan tunggu." Bila semua kerja pejabat dah settle awal, barulah boleh buat kerja lain dengan lebih tenang . Tak gitu kann .. 

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Bila start mula guna sistem baru maka akan muncullah macam-macam masalah.

    BalasPadam
  2. If tgh sibuk nak pergi bilik air pun tertangguh - tangguh...

    BalasPadam
  3. tukar sistem ni memng pening sikit. lagi2 bila kita tak sempat belajar secara mendalam sangat huhu

    BalasPadam
  4. Saya pernah mengalami tempoh berubah sistem ni. Yang buat kecewanya dari kerja mudah jadi berbelit-belit. Daripada kena cetak sikit jadi bertambah daily/monthly report kena cetak. Ingatkan bertukar paperless.

    BalasPadam
  5. Terpaksalah bersahabat baik untuk settlekan kerja kan. Bila sistem baru ni mesti pening dan agak lambat sikit. Kena bersabar banyaklah gitu kan Lyana. Semoga dipermudah urusan kerja semuanya.

    BalasPadam
  6. Semoga dipermudahkan urusan CCL bekerja, ya.

    BalasPadam
  7. Betul tu..jangan bertangguh..lagi² memang itu yang selalu kita buat, sepatutnya dah boleh susun kerja kita..moga dipermudah urusan CCL..aamin

    BalasPadam
  8. Selamat melaksanakan kerja dengan baik..tahniah ya

    BalasPadam
  9. Betul..dpt kerja buat terus. Yg pertama supaya tak lupa, dn yg kedua tak stress dgn perkataan last minute

    BalasPadam
  10. Benda baru memang ambil masa. Betul jangan tangguh kerja kalau boleh terus buat.

    BalasPadam
  11. betul tu.kerja yang sikit kalau biar nanti bertimbun. kelam kabut jadinya

    BalasPadam
  12. Seharusnya memang begini. Tapi terkadang dari teknisi ada saj yg nak mereka reset ulang atau nak improve lagi. Jadi memang hrus ikut kata mereka juga kan. Harap2 setelah sistem baru selesai, memang bisa mempermudah pekerjaan di sana ya kak

    BalasPadam
  13. Paling x suka tukar system......

    BalasPadam
  14. Sekarang ini mesti dah sesuaikan/biasakan diri guna sistem baru kan.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan