Happy Deepavali 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Happy Deepavali 2022 Selamat bercuti dan Happy Deepavali untuk semua . Selepas 2 tahun tak dapat tengok orang buat kolumm deepavali akibat covid, so tahun ni tak lepas peluang untuk tengok Kak Selvi create kolumm Deepavali dari awal sampai kolumm tersebut siap . Memang setiap tahun dan tiap kali Deepavali , CCL paling excited nak tengok kolumm Depavali hasil tangan Kak Selvi, setiap tahun menantikan design-design yang  cantik .

CERITA CCL, HAPPY DEEPAVALI, DEEPAVALI 2022, KOLUMM DEEPAVALI

CERITA CCL, HAPPY DEEPAVALI, DEEPAVALI 2022, KOLUMM DEEPAVALI

Alhamdulilah , tahun ni berpeluang lagi melihat Kak Selvi create Kolumm , saiz kolumm ni besar sedikit dari tahun-tahun lepas dengan menggunakan 30kg beras dan memakan masa hampir 6jam juga la untuk siapkan .. Kalau ditanya CCL tolong juga ka ? Tolong tengok jer , tak confident nak join untuk tolong create sama-sama takutnya nanti bercampur-campur tone warnannya . Pandai gabungkan warna dan pandai masukkan tone warna auto kolumm akan jadi cantik tau .. Kalau nak tahu kulomm ni pun Kak Selvi buat seorang diri tanpa bantuan sesiapa . Tiap-tiap tahun pun macam tu . 


Happy Deepavali  .

Kelebihan Roselle Untuk Kulit Wajah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Kelebihan Roselle Untuk Kulit Wajah Apa itu Roselle ? Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Roselle amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan.


Kelebihan Roselle Untuk Kulit Wajah


TIPS KECANTIKKAN, POKOK ROSELLE, BUAH ROSELLE, KEBAIKKAN ROSELLE, PRODUK ROSELLE, CARA TANAM POKOK ROSELLE, BUAH ROSELLE, TANAMAN ROSELLE, BUNGA ROSELLE, JUS ROSELLE, JEM ROSELLE, LADANG POKOK ROSELLE


1. Anti Penuaan

Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan roselle akan kelihatan lebih muda dan berseri wajahnya.


2. Baiki Tona Kulit  

Untuk masalah kulit yang tidak sekata, hiperpigmentasi, bintik-bintik gelap dan perubahan warna, roselle berfungsi sebagai ubat segera. Kehadiran AHA (Alpha Hydroxy Acids) termasuk asid sitrik dan malik mempunyai sifat pengelupasan yang kuat yang menyuburkan sel-sel dengan memperbaiki tona dan warna kulit.


3.Memudarkan Jeragat

Kehadiran vitamin C yang tinggi dalam Roselle juga membolehkan jeragat pudar. 


4.Pelembab Semulajadi

Kelopak roselle mempunyai kandungan lendir yang tinggi dan sifat ini menjadikan bunga roselle sebagai pelembap yang mengagumkan untuk kulit wajah. 


5.Membersihkan pori

Sifat surfaktan semulajadi roselle membantu dalam membersihkan kulit secara mendalam tanpa menghilangkan minyak semulajadinya. AHA dalam roselle menanggalkan sel-sel mati, kulit mengelupas pada permukaan dan membersihkan pori-pori dengan menjadikan kulit kelihatan segar.



Ubi Keledek Menjadi Cucur Keria

 Assalamualaikum & salam sejahtera

Ubi Keledek Menjadi Cucur Keria Dah beberapa hari hajat nak buat cucur leria ni tak tercapai . Kadang balik kerja letih, rehat badan kemalasan mengatasi tahap kerajinan so postpone niat nak buat cucur keria . Ubi keledek dah beberapa hari masih terperam dalam peti sejuk. Petang ni CCL gagahkan jua diri nak buat cucur keria . Ni merupakan kali pertama CCL akan buat cucur keria hadil dari pembelajaran youtube . Dah,beberapa video cucur keria yang CCL tengok dalam youtube . Harap-harap menjadi la. Kalau tak menjadi tak ker rugi bahan-bahan . 

Bahan yang diperlukan sangat ringkas , iaitu ubi keledek, tepung gandum, tepung ubi,tepung gandum, soda, gula dan air. 

RESEPI, CUCUR KERIA, RESEPI CUCUR KERIA, CUCUR KERIA RANGUP, CUCUR KERIA  RANGUP DAN LEMBUT , CUCUR KERIA GULA MELAKA, RESEPI MUDAH CUCUR KERIA,

First time buat memang ada serba sedikit yang CCL langgar pantang iaitu terrebus ubi keledek sampai terlalu masak dan lembik. Selepas ubi keledek direbus dan dilenyekkan kena tunggu ubi tersebut sejuk sedikit barulah boleh masukkan tepung gandum , soda dan juga tepung ibu . Tepung gandum juga tak boleh letak banyak cukup sekadar adunan tersebut menjadi doh . Kalau terlebih banyak cucur keria akan jadi keras . CCL juga masukkan sedikit soda supaya tekstur cucur keria menjadi sedikit kembang dan juga satu sudu besar tepung ubi menjadikan cucur keria rangup diluar lembut di dalam .

Mulanya risau juga takut cucur keria tidak menjadi disebabkan rebus ubi keledek yang terlalu empuk . Setelah siap digoreng alhamdulillah tekstur cucur keria menjadi elok . Tak keras dan juga tak lembik . Lain gembira lah kan . 

So sebelum nak sira air gula, hangpa kena pastikan cucur keria yang dah siap digoreng dibiarkan sejuk seketika  supaya tekstur gula yang melelat pada cucur keria nanti tidak mudah cair . Apabila dah sejuk boleh la panaskan kuali masukkan gula dan sedikit air kacau,sehingga gula larut serta sedikit air gula menjadi pekat boleh la hangpa masukkan cucur keria dan salut kan kesemuanya  . Nak lagi tahan sira air gula pada cucur keroa korang masukkan sedikit tepung jagung semasa kacau air gula bersama cucur keria tersebut dan boleh tutup api dapur, kacau sehingga air gula betul-betul melekat pada cucur keria . 

Alhamdulillah first time buat memang menjadi . Bila buat sendiri boleh makan sepuas-puas sampai kenyang . 




Lirik Lagu Serpihan Rindu Nyanyian Tajul

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Lirik Lagu Serpihan Rindu Nyanyian Tajul


LAGU SERPIHAN RINDU, LAGU SERPIHAN RINDU NYANYIAN TAJUL , SERPIHAN RINDU TAJUL, LIRIK LAGU SERPIHAN RINDU, KOD GITAR LAGU SERPIHAN RINDU,  LAGU SERPIHAN RINDU BY TAJUL , LIRIK LAGU 2022


Cerita cinta indah 

Hilang entah kemana 

Ketika ku beralah 

Kau pun mendua 


Tak mudah perpisahan 

Untuk ku melafazkan 

Namun kau merelakan 

Cinta terluka 


Tergamaknya engkau 

Melupakan semuanya

Kau hancurkan jua 

Mimpi-mimpi Kita 


Ooo..ooo 

Meronta-ronta hati  Cuba mengatakan 

Semua ini hanyalah permainan jiwa 

Kau memilihnya kau tak Setia 

Aku tak percaya 


Mengapa dari dulu kau serahkan cinta 

Dan khianati aku yang tulus menanti

Kau bidadari berlalu pergi 

Rindu tinggal lah serpihan 


Tergamaknya engkau 

Melupakan semuanya

Kau hancurkan jua 

Mimpi-mimpi Kita 


Ooo..ooo 

Meronta-ronta hati  Cuba mengatakan 

Semua ini hanyalah permainan jiwa 

Kau memilihnya kau tak Setia 

Aku tak percaya 


Mengapa dari dulu kau serahkan cinta 

Dan khianati aku yang tulus menanti

Kau bidadari berlalu pergi 

Rindu tinggal lah serpihan 




Musim Hujan , Musim Demam

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Musim Hujan , Musim Demam Rata-rata negeri di Malaysia ni dah tiba musim tengkujuh , Perlis tak ketinggalan juga tau .. Kadang seharian berhujan, kalau tak pagi hujan, petang pulak hujan .. Sedikit sebanyak tetap terkena tempias air hujan .Musim-musim hujan ni ramai pulak yang mengalami demam selsema, termasuk CCL yang dah 2 hari mengalami demam selsema . Entah berjangkit rakan opis ataupun terkena tempias air hujan . Bila antibodi badan lemah senang saja dapat penyakit kan . 


Petang tu sebelum balik kerja CCL dah rasa sikit sakit tekak, badan panas dan bersin beberapa kali tanda nak demam selsema . Balik dari kerja terus rebus air barli dengan harapan panas dalam badan dapat berkurangan . Malam tu rasa sakit tekak yang teramat sangat ibarat tekak kena toreh dengan pisau . Hangpa boleh bayangkan sakit tu macam mana . Pedih yang amat pedih sehinggakan nak makan mahupun nak telan air liur pun tak mampu nak telan . Selera makan lagi lah, badan pun  rasa panas sepanasnya . Bila check suhu badan 38c . Tinggikan suhu badan .


So malam sebelum nak tidur CCL gagahkan diri makan ubat , minum air suam secukupnya dan makan Hurix Honey Lemon untuk kurangkan sedikit rasa sakit tekak . Selsema jangan dicakaplah . 


Baca juga : Jenis-jenis ubat selsema


Pagi keesokkannya bangun nak pergi kerja alhamdulillah panas badan dah menurun, cuma sakit tekak dan selsema masih berbaki lagi . Gagahkan juga bersiap-siap untuk pergi kerja . Kadang sakit ni bukan boleh dilayan sangat , makin dilayan makin rasa lemah satu badan tau ..


Balik dari kerja, barulah singgah farmasi untuk beli beberapa barang . Waktu CCL singgah satu farmasi tiada orang dengan harapan CCL boleh borong ubat-ubat yang sesuai . Boleh stand by letak kat rumah kalau-kalau sakit . Tak sampai seminit CCL toleh belakang Ya Allah ramai pulak yang beratur dalam farmasi tersebut . Pembawa rezeki kot rasanya kan .. Alhamdulillah aamiin.aamiin


Cerita CCL, demam, demam selsema, cara atasi demam, cara atasi selsema, cara atasi batuk, ubat selsema, ubat batuk, ubat demam

Tangan terus capai inhaler habuan sesak pernafasan hidung CCL sedut je inhaler berangin tu . Beli candy himalaya salt, sedap candy ni perisa lemon yg berangin manis-manis masin . CCL capai juga koolfever mana tahu malam nanti suhu badan naik boleh la tempek di dahi  . Difflam berperisa blackcurrant pun dicapai, dapat membantu membunuh bakteria-bakteria jahat di dalam mulut, sekaligus dapat atasi batuk . Akhirnya sampai di kaunter barulah cakap nak ubat selsema . Kira-kira dan bayar terus beredar dari situ . Sebab masih ramai lagi pelanggan rata-rata banyak yang demam dan selsema . 

On the way keluar dari farmasi , masih lupa barang yang nak dibeli, iaitu air sarang burung dan air cap badak . Ikhtiar untuk sejukkan suhu badan, malas nak berpatah balik, so terus beredar dari situ .


Hari ni alhamdulillah, sakit tekak dah mula hilang, suhu badan mula normal yang tinggal hanyalah selsema . Doakan ya .. Musim-musim hujan ni memang banyak yang demam .


Allah tarik kejap nikmat makan , Allah tarik kejap nikmat sihat tubuh badan .





Serawa Biskut Tawar

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Serawa Biskut Tawar Selamat pagi hangpa semua dan Salam Maulidur Rasul . Ada yang tengah bercuti almaklum la kan cuti minggu mesti ada yang pergi bercuti memandangkan Maulidur Rasul jatuh pada hari Ahad so hari Isnin mesti pakat-pakat yang bercuti kan .. Selamat bercuti . Jarang nak update entri blog pagi-pagi ni . Disebabkan ada idea yang kunjung tiba terus taip dan publish la ..curi-curi masa ..

SERAWA BISKUT TAWAR, SERAWA BISKUT KERING, RESEPI, FOOD, RESEPI SERAWA BISKUT TAWAR, CARA MUDAH BUAT SERAWA, SERAWA ROTI

Sarapan apa pagi ni ?? Pagi ni CCL makan serawa biskut tawar . Hangpa pernah makan serawa biskut tawar ?? CCL  first time cuba rasa serawa yang diletakkan biskut tawar sehingga megembang macam ni , bila nak makan tak ada la sampai lembik dan hancur lebur bersama kuah serawa tu . Tak pasti biskut apa yang diletakkan dalam serawa ni yang pasti bukan biskut kering empat segi tu .Memang sedap, lagi sedap makan panas-panas kan . Memang layan la ..

Actually, serawa biskut tawar ni pun jiran CCL yang bagi . So try rasa memang sedap..


Set Shellout RM20 Di Seafood Mat Rock Derr 2 JR, Kuala Perlis


 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Set Shellout RM20 Di Seafood Mat Rock Derr 2 JR, Kuala Perlis Kalau datang Perlis , nak tau kat mana nak cari port makan shellout yang sedap dan murah ? Yang bestnya dekat sini semua seafood segar-segar belaka dan set shellout dihidangkan bersama kepah, ketam, sotong, dan udang . Memang syurga lah buat penggemar makanan seafood ni . Nak tau kat mana ? Korang boleh terjah " Seafood Mat Rock Derr 2 JR , Pulau Ketam Kuala Perlis".



Set Shellout untuk seorang makan RM20 ? Biar betul 


SHELLOUT, SHELLOUT MURAH , SHELLOUT PERLIS, SET SHELLOUT SEDAP, PORT MAKAN SHELLOUT DI PERLIS, PORT MAKAN SHELLOUT DI UTARA , SHELLOUT DI KUALA PERLIS, FOOD, TOURISM PERLIS,

Hangpa mesti tak caya kan .. Yes ! Memang betul di Mat Rock Derr 2 ni korang boleh dapatkan set shellout dengan harga RM20 .. Wahh murah bukan ? Mesti hangpa tertanya-tanya murahnya set shellout ni , depa bagi menu apa dalam satu set tu .. Hahh kalau hangpa nak tau satu set shellout yang berharga RM20 ni hangpa akan dapat satu dulang shelout bersama satu pinggan nasi putih dan juga disediakan tea o ais . Hahhh jimat tak jimat bagi hangpa ?? 



Set shellout RM20 boleh makan tiga atau empat orang 


SHELLOUT, SHELLOUT MURAH , SHELLOUT PERLIS, SET SHELLOUT SEDAP, PORT MAKAN SHELLOUT DI PERLIS, PORT MAKAN SHELLOUT DI UTARA , SHELLOUT DI KUALA PERLIS, FOOD, TOURISM PERLIS,


Yang paling terkejut set shellout saiz s yang berharga RM20 ni boleh makan dalam tiga atau empat orang . Memang banyak shellout seafood yang dia letakkan . Memang berbaloi tau . CCL pergi dengan suami, mujur order satu set sahaja untuk shellout ni , kalau order sorang satu, mau penuh perut nak menghabiskan semua tu . Disebabkan set shellout hanya dapat satu pinggan nasi dan segelas tea o ais so CCL tambah satu pinggan nasi bersama segelas tea o ais untuk suami . Oh lupa nak bagitahu hangpa shellout yang CCL makan ni shellout masak pedas, memang sedap dan serasi dengan citarasa tekak . Cuma biasa la pedas tu memang rasa, kalau tak rasa pedas tak diberi nama shellout masak pedas .. Tak gituu pulak kan ..


Oh untuk makan malam kat sini bukan shellout sahaja yang ada di atas meja untuk santapan , ada juga menu-menu lain yang sedap !! Tunggu next post tau .


Ok untuk korang yang mencari port makan shellout terbaik kat negeri Perlis ni . Rugi kalau korang belum try makan dekat sini .harga pun berbaloi tau .


Seafood Mat Rock Derr 2 jr 

Kampung Seberang Alor 02000 Kuala Perlis 

Buka dari jam 5.30 petang - 11.30 malam 

Beroperasi setiap hari kecuali hari isnin 


Sepagi Settle Urusan Di Bank

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sepagi Settle Urusan Di Bank Dah masuk bulan Oktober ya, terus teringat kedua-dua kad bank Rimau dan bank Sotong dah hampir expired . Last boleh guna untuk bulan ni sahaja . So nak elakkan dari terlupa, renew awal la senangkan . 



CERITA CCL, CARA PENUKARAN KAD BANK, CARA GUNA MESIN PENUKARAN KAD MAYBANK, CARA TUKAR KAD BANK YANG DAH EXPIRED, MAYBANK, CIMB BANK, MAYBANK2U, CIMBCLICKS


Siap awal pagi 8.40 dah bertolak ke Maybank . Maybank buka jam 9 pagi . So pergi awal taknak bersesak-sesak dengan orang ramai . Sesampai sahaja di sana orang ramai dah beratur menunggu giliran masing-masing . Awal betul korang kan . Disebabkan CCL pergi atas penukaran kad yang baru ada yang tertanya-tanya "eh Maybank cawangan Kangar tak ada mesin auto untuk penukaran kad bank ? "  jawapannya ada jer, ya kalau buat penukaran kad baru melalui mesin memang cepat just isi maklumat, boleh pilih design kad dan dah siap . Tunggu 10 minit dah boleh buat pengeluaran wang . Jimat masa dan tenaga . CCL pun dah 2 kali juga cuba guna mesin tersebut , disebabkan masalah number pin invalid so CCL terpaksa jumpa dengan staff Maybank terus . Terpaksa beratur ikut giliran . 


Selepas dah jumpa staff Maybank dan isi beberapa borang, CCL diberitahu oleh staf tersebut mungkin kegagalan masukkan nombor pin melebihi 3 kali berturut-turut ianya akan autolock . Setelah staff tersebut membaikpulih auto lock tersebut . CCL pergi semula ke mesin penukaran kad, malangnya gagal lagi . Entah no pin yang rasanya . Kembali ke staff Maybank tersebut , CCL terpaksa renew nombor pin baru sekaligus tukar kad baru memandangkan kad dah hampir expired . CCL terpaksa beratur sekali lagi menunggu gelaran tiba, . Mujur lah tak lama . Nombor giliran pun dipanggil . Selesai renew nombor pin dan kad baru . Ohh sebelum terlupa kalau korang keliru dengan nombor pin ATM korang, dan korang nak renew semula nombor pin tersebut Maybank akan kenakan charge sebanyak RM12 tau. Macam CCL alhamdulillah tak perlu bayar charge tersebut disebabkan kad bank pun dah nak expired . Apa-apa pun terima kasih staf Maybank Kangar . 


Sehabisnya urusan di Maybank Kangar, CCL bergerak pula ke CIMB Kangar atas urusan yang sama . Ramai juga orang disana . 


Untuk penukaran kad bank CIMB , kat sini tiada penggunaan mesin untuk penukaran kad baru , so CCL kena isi borang untuk penukaran kad, dah siap boleh ambil nombor giliran dari security guard dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil . Setelah selesai dapat kad baru kena pergi ke mesin untuk penukaran nombor pin ATM bank yang baru . Alhamdulillah selesai . .


Untuk urusan penukaran kad jangan lupa korang perlu bawa IC korang bersama kad bank yer . 



ZS Sweet Kitchen : Crepe Nutella & Crepe Nutella+Oreo


 Assalamualaikum dan salam sejahtera


ZS Sweet Kitchen : Crepe Nutella & Crepe Nutella+Oreo La ni tengah viral macam-macam dessert ,kalau singgah mana-mana vendor makanan memang wajib ada laa . Bila dah jadi dessert viral ramai yang akan cari . Salah satunya ialah crepe . Crepe ni salah satu dessert pancake yang nipis  diperbuat daripada gabungan beberapa jenis tepung , dimasak senipis mungkin dan diletakkan pula dengan whipping cream bersama inti-inti yang lain . 


Bila dah rata-raya kedai ada jual crepe dengan pelbagai filling yang ada CCL pun teringin juga nak cuba . Sebab tak pernah cuba, so why not untuk cuba . Rasanya sedap ke tak sedap . Nak tunggu trip ke Kieda Crepe kat Penang dengan kenangan yang beratur ramai-ramai tunggu giliran untuk beli crepe viral tu memang lambat lah nak boleh makan . So CCL terjah la salah satu kedai dessert di Perlis ni iaitu ZS Sweet Kitchen yang terletak di Guar Sanji . Kalau nak pi kedai ni mudah sahaja, landmark dia dekat dengan Hub J&T Guar Sanji . Memang betul-betul tepi jalan besar .


CREPE, RESEPI CREPE, CREPE VIRAL, CREPE NUTELLA, CREPE VIRAL , KIEDA CREPE, RESEPI MUDAH CREPE, CREPE KULIT LEMBUT, RESEPI CREPE LEMBUT, CREPE GEBU, RESEPI KULIT CREPE
Sampai saja di sana, CCL terus pergi ke chiller yang terisi beberapa jenis crepe . Antaranya crepe nutella , crepe nutella+oreo, crepe durian, crepe blueberi dan crepe strawberi. So disebabkan tak pernah cuba crepe , CCL hanya beli dua filing sahaja . Takut juga kalau-kalau tak kena dengan citarasa tekak ni .


Crepe Nutella 


CREPE, RESEPI CREPE, CREPE VIRAL, CREPE NUTELLA, CREPE VIRAL , KIEDA CREPE, RESEPI MUDAH CREPE, CREPE KULIT LEMBUT, RESEPI CREPE LEMBUT, CREPE GEBU, RESEPI KULIT CREPE

CREPE, RESEPI CREPE, CREPE VIRAL, CREPE NUTELLA, CREPE VIRAL , KIEDA CREPE, RESEPI MUDAH CREPE, CREPE KULIT LEMBUT, RESEPI CREPE LEMBUT, CREPE GEBU, RESEPI KULIT CREPE

Sebut saja nutella , CCL yakin ramai yang suka , dan ni merupakan crepe nutella yang paling laris . Rasa whipping cream dan nutella memang seimbang sangat. Filling nutella memang banyak , kiranya puas la makan sebiji crepe tu . Rasa macam aiskrim pun ada juga . Dalam satu bekas ni ada 3 ketui crepe dengan harga RM10 . Memang berbaloi beli rasa pun sedap . Yang penting tak rasa muak . 


Crepe Nutella + Oreo


CREPE, RESEPI CREPE, CREPE VIRAL, CREPE NUTELLA, CREPE VIRAL , KIEDA CREPE, RESEPI MUDAH CREPE, CREPE KULIT LEMBUT, RESEPI CREPE LEMBUT, CREPE GEBU, RESEPI KULIT CREPE

CREPE, RESEPI CREPE, CREPE VIRAL, CREPE NUTELLA, CREPE VIRAL , KIEDA CREPE, RESEPI MUDAH CREPE, CREPE KULIT LEMBUT, RESEPI CREPE LEMBUT, CREPE GEBU, RESEPI KULIT CREPE
Gabungan whipping cream , serbuk oreo dan nutella memang sedap sangat , tapi gabungan filling ni menjadikan crepe ni agak manis sikit berbanding crepe oreo tadi , tapi jangan risau tak muak boleh lagi diterima oleh tekak . Sedap .. Dalam satu bekas ni ada 3 ketui cerep dengan harga RM12 


Lepas rasa crepe ni , CCL rasa macam nak cuba crepe-crepe yang lain pulak . Korang penggemar crepe tak ?