Ending Of July


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Ending Of July Haihh, rasanya baru masuk bulan Julai , tiba hari ni dah penghujung bulan Julai yer .. Rasa macam sekejap sangat . Esok pulak kita semua bakal melangkah ke bulan baru iaitu Ogos. Nak tak nak kehidupan kena teruskan selagi Allah masih beri nafas dan kesihatan yang sihat sejahtera . 


Rentetan perjalanan hidup sepanjang bulan Julai ni agak mencabar , lagi-lagi tahap kesihatan CCL agak down juga bulan ni , tapi alhamdulillah kembali pulih seperti sediakala .. Kena speedy recovery untuk tubuh badan . Tak nak semata-mata bergantung sangat pada ubat . Takut nanti badan jadi lemah asyik bermanja dengan ubat.



Berkaitan kerja, syukur alhamdulillah bulan ini ada pengalaman baru , alhamdulillah , Allah permudahkan segala urusan pekerjaan . Untuk sales marketing bulan ini tidak sepadu sales bulan Jun .. Kalau bulan Jun tiap minggu ada event ..tapi bulan Julai ada juga masa rehat ..sempat juga la ambil cuti  dua tiga hari untuk rehat badan . Rehat otak . Rehat minda . Yer lah sekali sekala badan ,otak , dan minda perlu juga untuk rehat . Asyik bekerja , letih badan pun hilang tenaga . .


Rindu pula nak pergi travel jauh-jauh sikit dalam beberapa hari . Nak long vacation sekali sekala tu seronok juga . InsyaAllah cari time yang tidak padat dengan kerja . 


Happy end of July gaiss . .semoga bulan Ogos yang bakal datang dilimpahkan dengan rezeki seluas lautan, dan dipermudahkan segala urusan .



Kelebihan Surah Al-Kauthsar

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Kelebihan Surah Al-Kauthsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


AGAMA , INFO , SURAH AL-KAUTHSAR, KELEBIHAN SURAH AL-KAUTHSAR, AYAT PENDEK SURAH AL-KAUTHSAR

Pelbagai kelebihan terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Tahniah !! Status Permohonan Google Adsense Berjaya .


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Tahniah !! Status Permohonan Google Adsense Berjaya . Sebagai seorang blogger sudah semestinya ada impian untuk jana pendapatan melalui blog . Kalau dulu ya memang create akaun blog semata-mata hanya untuk diari online harian, suka kongsi apa-apa cerita di lama blog . Tapi bila tahu dari rakan-rakan, blog juga boleh mendatangkan duit melalui saluran yang betul so takkan tak nak cuba kan ..CCL pun buat research . 


Sepanjang guna akaun blog ni , 3 kali CCL tukar nama blog sekali link blog . Dan akhirnya CCL memutuskan untuk stay maintain dengan nama blog yang sedia ada sekarang ni iaitu CikCappuccinoLatte. Walaupun dah lama terjebak dalam bidang blog . CCL masih lagi 50% - 50% untuk memakai domain sendiri . Hari tu ada terbaca entri blogger Atiqah Najihah mengenai domain blog beliau . Lepas baca , ada juga perasaan ingin cuba untuk pakai domain sendiri .akhirnya sampai ke hari ni blog CCL belum lagi memutuskan untuk beli domain . InsyaAllah satu masa akan datang blog akan ada domain juga . 


Rentetan perjalanan Adsense

Oh berbalik kepada tajuk, dua tahun lepas iaitu tahun 2020 , CCL beranikan diri untuk membuat permohonan untuk Google Adsense . Malangnya bukan senang juga untuk menunggu permohonan Google Adsense diapprove oleh pihak sana . Lama juga tau !! Ikut nasib dan rezeki masing-masing . Macam blog CCL  buat permohonan Google Adsense pada tahun 2020, itu pun masih tidak berjaya sebab ada kriteria-kriteria yang tidak lepas . So kena betulkan dahulu apa yang Google Adsense nak , kadang-kadang rasa giveup jugak la dengan Google Adsense ni . Tapi tak putus asa untuk buat rayuan permohonan Google Adsense ni . Dan akhirnya pada tahun 2021 bertarikh 30 Julai 2021 akhirnya status permohonan Google Adsense berjaya ..


ADSENSE , JANA PENDAPATAN MELALUI ADSENSE , TIPS ADSENSE , GOOGLE ADSENSE ,CERITA CCL, STATUS PERMOHONAN GOOGLE ADSENSE, DAFTAR GOOGLE ADSENSE, APA ITU GOOGLE ADSENSE, GAGAL MOHON GOOGLE ADSENSE , DUIT DARI GOOGLE ADSENSE

Tahun 2021 akhirnya status permohonan Google Adsense berjaya ! 

Bila check akaun Gmail sekali terkejut jugak laa bila nampak perkataan "status permohonan akaun anda berjaya" . Syukur alhamdulillah, sedih dan gembira memang tak dapat digambarkan . Alhamdulillah walaupun blog tidak mempunyai domain , CCL cuba juga untuk mohon Google Adsense . Alhamdulillah terima kasih Allah walaupun penantian tu agak lama dapat juga merasa blog bekerjasama dengan Adsense . 


Apa yang membuatkan Google Adsense Approved

Tak nafikan bukan mudah nak jana pendapatan dengan Google Adsense ni . Perlu buat research dengan otai-otai blog . Sentiasa cari ilmu berkaitan dengan Adsense ni . Antara salah satu yang boleh dikatakan perkara yang paling penting untuk Google Adsense approved adalah sentiasa menjaga konten blog , dari segi penulisan dan isi kandungan yang bermanfaat 


Antara sebab gagal untuk mohon Google Adsense

-konten yang tidak memadai @ tidak mencukupi 

-usia blog terlalu muda 

-template blog tidak responsive

-navigation yang tidak jelas

- ada banyak gambar dalam konten yang copyright

-kadar trafik blog yang masih rendah 


Alhamdulillah hari ni genap setahun Google Adsense bersama blog CCL . Income dari Adsense pun semakin hari semakin naik , kadang banyak dan kadang sedikit sahaja . Alhamdulillah setiap hari ada dari zero sahaja . Umpama satu ayat sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit . Doakan CCL sentiasa ada idea yang boleh memberi konten yang bermanfaat dan doakan CCL mampu keluarkan duit dari Adsense . Aamiin..aamiin 


Bagi korang , if blog korang belum diterima oleh pihak Google Adsense, usah risau dan jangan putus asa ok . Sentiasa buat research perbaiki apa yang Google Adsense suka . InsyaAllah . 



Tema Sambutan Maal Hijrah 2022 / 1444H

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tema Sambutan Maal Hijrah 2022 / 1444H Bulan Muharam adalah permulaan bagi kalendar Umat Islam mengikut kalendar hijrah.Awal Muharram atau Maal Hijrah dan amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi takwim hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.


INFO , MAAL HIJRAH 1444H , MAAL HIJRAH 2022, AWAL MUHARAM 2022, TEMA MAAL HIJRAH 2022, CUTI TAHUNAN TAHUN 2022 , SENARAI CUTI TAHUNAN 2022

Tema Maal Hijrah 2022 / 1444H

Tema Maal Hijrah bagi tahun 2022 / 1444H adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.

Mighty White : Butterscotch Cheese Bun

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Mighty White : Butterscotch Cheese Bun CCL jarang-jarang sekali beli roti dari keluaran Mighty White . Tapi sejak CCL cuba Butterscotch Cheese Bun dari Mighty White terus jatuh cinta . Selalunya kalau nak beli roti of course la pilihan utama dari keluaran Gardenia .tapi Gardenia memang tetap pilihan di hati . Kelembutan roti tiada tandingannya . Acewahh ..


FOOD, BUTTERSCOTCH CHEESE BUN, MIGHTY WHITE , ROTI MIGHTY WHITE , MIGHTY WHITE BUTTERSCOTCH CHEESE BUN , REVIEW, HARGA ROTI , HARGA ROTI MIGHTY WHITE , HARGA ROTI BUTTERSCOTCH CHEESE BUN


Dah rasa ke Butterscotch Cheese Bun ? 

Hahh hari tu masa beli barang kat salah satu pasaraya ni , CCL ternampak Butterscotch Cheese Bun  . Ada pun satu pek sahaja tinggal di rak bahagian letak roti . .tengok punya tengok ehh rasa teringin pulak nak rasa . Nampak macam menarik gandingan butterscotch bersama cheese parut . So apa lagi campak je dalam troli . Nampak tak time beratur nak bayar barang-barang sempat lagi tau tambah barang makanan dalam troli . Hahahhaa.. Bab makanan tak boleh berkira sangat . Asal teringin nak makan beli je . 


Sesudah sampai di rumah , tak,buang masa dah terus bancuh segelas nescafe of course la air kesukaan CCL , koyak je plastik roti tersebut so dapat la rasa roti tersebut . Memang lembut dan,of course la rasanya sama dengan nama yang diberikan . Roti bun, di atasnya disapukan butterscotch dan ditaburkan cheese parut kemudian diorang masukkan ke dalam oven untuk bakar . Wahhh rasanya memang sangat ngammm .. Memang sedap sangat ..


Tapi itulah keluaran Butterscotch Cheese Bun dari Mighty White ni rasanya limited . Tak semua kedai yang ada . Nak beli pun ada hari-hari tertentu . Harga pun berpatutan juga .


Ehh ! Kat tempat korang ada jumpa tak Butterscotch Cheese Bun ni ? 


Beli Betik Potong RM1



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


Beli Betik Potong RM1 Selalu kalau keluar pergi bercuti ke mana-mana tempat, of course la wajib singgah mana-mana RnR . Selain ke toilet, aktiviti yang kedua adalah beli jajan, makanan yang mengenyangkan dan tak lupa juga buah-buah potong . Hahh memang wajib tau . Al-kisahnya dua tiga hari ni memang teringin buah betik , cari punya cari mujur ada yang jual betik potong ni .terus ambil tiga potong ..kalau nak beli sebiji terus takut membazir , kalau tak sempat habiskan sebiji takut betik akan rosak dan masam .. So CCL hanya beli sepotong betik ni hanya RM1 sahaja . Tempat korang masih lagi harga RM1 juga ke ? 


CERITA CCL, BETIK , KHASIAT BETIK , BUAH BETIK , BETIK PANJANG , TANAMAN BETIK


Betik ni bagus untuk kesihatan tubuh badan , sebabnya ia sarat dengan vitamin dan mineral . Tambah pula isinya oren kemerahan memang penuh dengan khasiat la . Sedikit info untuk korang juga pengambilan betik ni juga kaya dengan vitamin C , Satu potong ada lebih 150% vitamin C  sekaligus dapat membantu menghapuskan lendir , kahak dan melegakan sinus . 


Yang lagi menarik tentang betik ni ia mengandungi kandungan serat air yang tinggi . So korang yang mana ada masalah sembelit ,kembung perut memang amat digalakkan untuk makan betik untuk melancarkan sistem penghadaman  . 


So sebenarnya banyak lagi khasiat-khasiat yang ada pada buah betik ni . So korang jangan lupa sekali sekala makanlah buah betik . 



Selesa Betul Pakai Mini Dress Batik Dari Calla Batik


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selesa Betul Pakai Mini Dress Batik Dari Calla Batik Siapa cakap muslimah yang bertudung tak boleh pakai mini dress . Kalau kena dengan gaya , tertutup aurat , tak ketak insyaAllah boleh je nak pakai . Cuma kena pandai gayakan . Baru-baru ni CCL cuba mini dress batik dari Calla batik . Bila sebut mini dress ni sudah tentunya tangan pendek dan dressnya pula paras lutut ,so pakaian macam ni kalau nak pakai kat rumah sesuai la , kalau nak keluar tu korang terpaksa la gayakannya dengan baju inner dan juga seluar . Pandai gaya mesti nampak cantik .



REVIEW , CALLA BATIK , MINI DRESS BATIK DARI CALLA BATIK, MINI DRESS CORAK BATIK , BELI PAKAIAN DI CALLA BATIK ,

REVIEW , CALLA BATIK , MINI DRESS BATIK DARI CALLA BATIK, MINI DRESS CORAK BATIK , BELI PAKAIAN DI CALLA BATIK ,

Material mini dress batik dari Calla Batik memang sangat selesa

✔ material cotton yang sangat sejuk dan selesa

✔ corak batik yang sangat cantik 

✔ mini dress batik yang sangat loose tidak ketat

✔ sesuai dipakai di rumah 

✔ sesuai dipakai semasa percutian di tepi pantai

✔ sangat mudah digayakan



Sebenarnya banyak lagi koleksi yang ada di Calla batik ni , so korang yang berminat boleh la terjah laman sosial media untuk membuat pembelian. Nak beli pakai sendiri mahupun nak beli hadiahkan pada kawan-kawan pun sangat sesuai lagi-lagi kalau ada yang tengah merancang percutian di tepi pantai bersama keluarga mahupun kawan kawan apa set pakai mini dress batik dari Calla Batik ni , confirm OOTD letopss . 


Ig : Calla Batik 

Lazada: https://s.lazada.com.my/s.VBY7P



3 Jam Masuk Office, Akhirnya Tewas


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . 


3 Jam Masuk Office, Akhirnya Tewas Salam Aidiladha semua . Mood raya korban lagi tak ?? Ala kira aci lah kan .. Belum cukup seminggu lagi . So tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha . Banyak korban tahun ni ? Balik kampung tak raya ni ?? 


CCL beraya di Perlis , Suami terpaksa korban balik raya di Perlis, memandangkan tak dapat cuti panjang,  raya kedua dah kena masuk kerja . CCL pulak raya ketiga baru masuk kerja , dah tahun ni giliran CCL untuk bercuti , so tak boleh sia-siakan peluang yang ada . Nak raya pulak tunggu la dua tahun lagi baru sampai giliran CCL pulak . Lama benau haaa .. 


Semalam , aidiladha hari yang keempat baru masuk office . Itu pun masuk office sempat juga la in komputer, godek-godek file apa yang patut , sempat settle beberapa kerja dalam masa tiga jam saja tiba-tiba dunia jadi gelap sementara .. Ahhh sudah .. Ni situasi yang paling CCL tak suka apabila terjadinya kat tempat kerja . Serius benci sangat . 


Tengah-tengah buat kerja , settle apa yang patut bukan berdiri selama 3 jam , dalam masa 3 jam tu sempat la curi-curi duduk sekejap tiba-tiba CCL dah rasa satu macam keadaan . Cuba bertahan dan bertahan akhirnya tewas . Sekelip mata dunia tiba-tiba jadi hitam berputar 360 darjah . Bayangkan tengah sihat tiba-tiba saja Allah nak tarikh nikmat sihat tu buat seketika waktu . Memandangkan CCL banyak kali juga pernah jadi situasi macam ni so dah boleh agak . Bukan sebab banyak makan daging korban ya . CCL pun tak tahu tiba-tiba penyakit darah rendah serang lagi . 


Kali ni , CCL tak sempat jatuh pengsan seperti sebelum-sebelum ni , sempat juga gagahkan diri untuk duduk, sekaligus CCL capai panadol yang ada dalam bag sebagai painkiller . Rehat seketika untuk tenangkan diri  minum air putih banyak dalam pada masa yang sama berpeluh satu badan ni ha .. Punca darah rendah lagi mungkin kurang makan sayur rasanya . Kena jaga lagi pemakanan seimbang . 


Selesai makan panadol, tenangkan diri ingatkan dah kuat . Rupanya tidak kali ni tewas lagi . Siap pakej dengan muntah teruk . Aduhh first time kot muntah dalam office , mujur tak berselerak atas karpet lantai office, sempat lari muntah ke dalam tong sampah . Berselerak sikit la muntah tu kena tudung . Nak tak nak CCL memang kena balik rumah la, makin teruk jadinya . Muntah bukan biasa-biasa . Beberapa kali muntah keluar segala makanan yang dimakan tengahari tu , sampai pedih anak tekak ni dibuatnya . 




Antara simpton dan gejala yang CCL alami 
-pening 
-loya dan muntah
-kepala rasa berpusing 
-lemah 
-penglihatan jadi kelam 
- berpeluh satu badan 
-kulit jadi pucat 
-raya dahaga 
-rasa kebas satu badan dan mengeletar

Bila dah kerap kali terkena simpton ni dah boleh agak darah agak rendah dalam tubuh badan  salah satu faktor mungkin kurang minum air putih , pemakanan yang tidak seimbang . Sekarang masih lagi rasa berat kepala  . Doakan CCL sihat seperti sediakala . 


Bye Bye June Yang Sangat Padat Dengan Kerja

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Bye Bye June Yang Sangat Padat Dengan Kerja Pejam celik , pejam celik hari raya dah nak tiba  . Tiap waktu tiap detik pastinya amat berharga . Bersama - sama keluarga tercinta dan juga sanak saudara . Eh ternyanyi serangkap lagu si Iman Troye pulak .. Tapi tak salah juga kan ., beberapa hari je lagi kan kita semua nak menyambut hari raya Aidiladha . Ok tak lupa juga pejam celik , pejam celik kita semua dah genap separuh tahun 2022 . Dah masuk bulan Julai pun . Rasa sekejap masa berlalu pergi . 



Bulan lepas memang jadual kerja amat-amat padat . Setiap hari boleh dikatakan ada event . Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi tak boleh merungut . Memang mencapai target sales untuk bulan ni , tapi itu la terpaksa juga korbankan masa . Kadang sampai tak cukup rehat . Memang orang cakap kerja biar berpada-pada . Tapi itulah hakikatnya kena habiskan kerja  untuk elakkan timbunan kerja hari ke hari lagi bertambah . 


So disebabkan itu juga , CCL tak sempat nak ziarah blog rakan-rakan lain . Entri blog untuk bulan June pun update sedikit sahaja . Sempat menaip mana yang mampu . Sebenarnya banyak entri yang belum dipublishkan . Doakan CCL mampu keluarkan satu entri blog untuk setiap hari . 



Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia Melalui MyEzyCover

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia Melalui MyEzyCover Hari ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia yang diberi nama myezycover.com untuk penjawat awam.


INFO , RENEW INSURANS KENDERAAN , MYEZYCOVER , INSURANS KENDERAAN MYEZYCOVER , BAYAR ANSURANS INSURANS KENDERAAN , MANFAAT MYEZYCOVER, DAFTAR MYEZYCOVER,

MyEzyCover.com akan memberi manfaat kepada 1.6 juta penjawat awam dan memudahkan urusan memperbaharui insurans kenderaan dengan boleh membuat bayaran secara ansuran sehingga 10 bulan . MyEzyCover.com tawar pelbagai manfaat untuk lindungi kenderaan daripada kemalangan, bencana alam termasuk banjir, tanah runtuh.Selain itu , ia program ini juga berlandaskan konsep patuh syariah Qardhul Hasan, iaitu pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba.


Penjawat awam tetap dan bertaraf kontrak, layak memohon skim Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia dengan syarat, nisbah hutang tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan.


Program insurans ini pertama kali dilaksanakan untuk penjawat awam secara digital dalam talian dan boleh diperoleh dalam tempoh lima minit. Kerajaan telah rangka pelbagai program, inisiatif untuk penjawat awam yang berdepan dengan cabaran kelangsungan hidup pasca pandemik.


Berikut tiga langkah mudah untuk memperbaharui insurans kenderaan melalui https://myezycover.com.my


INFO , RENEW INSURANS KENDERAAN , MYEZYCOVER , INSURANS KENDERAAN MYEZYCOVER , BAYAR ANSURANS INSURANS KENDERAAN , MANFAAT MYEZYCOVER, DAFTAR MYEZYCOVER,