Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cara Memohon Nombor Giliran JPJ di JPJEQ Seiring dengan kecanggihan dan kemodenan teknologi, kini semuanya menjadi lebih mudah. Tadi nak pergi JPJ, rupanya nak ambil nombor giliran pun dah guna apps eh sekarang ni ? Gigih search dekat google sebab tak pernah tahu . Rupanya sejak tahun lepas lagi dah start guna apps tu . Tadi nampak macam ramai juga yang tak tahu tentang aplikasi baru dari JPJ ni iaitu sistem memohon nombor giliran di JPJ melalui aplikasi JPJeQ .
Dok ingat ka nak kena isi borang tunggu lama, rupa-rupanya salah.Cuma download apps JPJeQ kemudian nanti scan saja bila dah sampai. Kemudian akan dibawa ke mesin layan diri, masukkan ic, nombor kenderaan, kemudian bayar
Aplikasi tersebut bertujuan untuk memastikan pelanggan sentiasa selesa dan berpuas hati semasa mendapatkan perkhidmatan.Sekarang ni dah semakin banyak cawangan adakan sistem penggiliran JPJeQ bagi memudahkan urusan di kaunter.
Mana mana nak guna apps JPJeQ ni ?
Kalau korang ada nak berurusan dekat JPJ, boleh install siap siap apps ‘JPJeQ’. Then lepas dah install, korang scan QR code je untuk dapatkan nombor giliran.
Dalam apps tu, korang boleh check cawangan JPJ yang terdekat. Then pegi cawangan JPJ tu & scan QR code. Pilih perkhidmatan mana yang korang nak berurusan & nanti korang akan dapat notification nombor giliran.
For me apps ni bagus sebab kita boleh track no giliran kita dalam phone je. Means tak perlu nak tunggu beratur bersesak kat situ. Boleh pegi tempat lain dulu. Sebab kalau nombor giliran kita dah nak sampai/dipanggil, kita akan dapat notification.
Secara ringkasnya, korang hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran korang .So korang tak perlu berbaris dan menunggu.
4 Ulasan
Tq for sharing.
BalasPadamBagusnya ada apps begini.
Bertambah mudahlah urusan ada apps begini...
BalasPadamThank you for sharing.. Moga kerja di JPJ bertambah cepat dan mudah :D
BalasPadamYe, memang bagus ada apps. Memudahkan pengguna. Tapi bagi mereka yang kurang faham dengan apps ni mungkin akan jadi merumitkan.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan