Assalamualaikum dan salam sejahtera
TIPS MUDAH KETIKA MENGORENG MASALODEH / KUIH VADEY AGAR TIDAK HANCUR Masalodeh atau dikenali sebagai kuih vadey ni merupakan salah satu makanan tradisi india . Dah lama teri2ndin nak makan . So ada masa lapang kat umah, memandangkan bahan pun ada so better buat sendiri . Percubaan pertama buat masalodeh ni alhamdulillah menjadi walaupun diawalnya takut jugak . Takut adunan hancur lebur time mengoreng , tapi alhanmdulillah CCL berjaya buat tanpa hancur lebur .
Tips agar masalodeh / kuih vadey tidak hancur lebur
- Adunan kacang dhal harus dimesin halus.
- Adunan yang telah dikisar tidak boleh terlalu kering
- Goreng dalam minyak yang penuh dan betul - betul panas .
Bahan - bahan untuk membuat masalodeh rangup dan sedap
- Kacang dhal
- Jintan manis
- Bawang merah
- Daun kari
- Garam
- Cili kering
- Minyak
Cara membuat masalodeh / kuih vadey
1. Rendam kacang dhal semalaman
2. Cili kering, bawang merah dan daun kari dimayang harus ikut kuantiti kacang dhal.
3. Kacang dhal yang sudah disejat air lalu dimesin halus dan dicampurkan ke dalam ramuan yang sudah disediakan.
4. Gaul rata, dan tambahkan sedikit garam .pastikan purata kacang dhal yang dimesin halus haruslah banyak dari kacang dhal yang dikisar kasar.
5. Bulatkan dan leperkan doh.jangan terlalu nipis agar tidak keras semasa goreng.
6. Panaskan minyak , dan masukan perlahan-lahan masalodeh ke dalam kuali dengan api yang sederhana . Alih-alihkan masalodeh dan siap untuk dimakan.
7 Ulasan
Sekali je pernah buat. Haha
BalasPadamTak pernh buat, selalu klo nk mkn..mintk mk buatkn sebb x yakin bole terbntuk cantik..hihi
BalasPadamsemalm baru tengok sugu punya vadeh dia buat. sedapnya
BalasPadamSedap nie..bkalau ada yang kasar2 kacang dia buat lagi ohsem..
BalasPadamkalau mak sy sll tolak pakai senduk.. jadi bentuk kan.
BalasPadammacam bergedil punya step last2 tu.. hee
BalasPadamKenapa vadey yg saya buat digoreng jadi hancur berderai
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan