CARA MUDAH AKTIF DEBIT CARD CIMB UNTUK ONLINE PURCHASE


Assalamualaikum dan salam sejahtera



INFO, CIMB , CMB CLICKS, MASALAH CIMB CLICKS, DEBIT CARD CIMB CLICKS,CARA AKTIF DEBIT CARD CIMB CLICKS, CARA AKTIF DEBIT CARD UNTUK PEMBELIAN ONLINE, DEBIT CARD DISABLE FOR ONLINE PURCHASE, DEBIT CARD CIMB CLICKS ENABLE FOR ONLINE PURCHASE, CARA PEMBELIAN ONLINE MENGGUNAKAN DEBIT CARD



CARA MUDAH AKTIF DEBIT CARD CIMB UNTUK ONLINE PURCHASE  Zaman sekarang ini semuanya dihujung jari , nak beli barang , nak bayar bill, dan macam-macam lagi segalanya dihujung jari . Mudah bukan ? Tapi mak sure debit card korang ada duit yang mencukupi , aktif tanpa sebarang masalah barulah semua urusan berjalan dengan lancar sekaligus menjimatlan masa korang . 


Tetapi kalau debit card korang buat hal itu satu masalah jugak, semua kerja terpaksa ditangguhkan . So hari ni CCL nak tanya korang pernah tak debit card korang jadi deactive ? walhal debit card tue sentiasa korng guna untuk sebarang transaksi pembayaran mahupun pembelian online


Dua hari lepas, debit card CCL problem untuk pembelian online . Pada hari yang sama jugak CCL guna debit card cimb bank untuk transaksi pembayaran, settle semua bayaran bill yang ada , barulah jari-jari CCL godek-godek apps shopee untuk membuat transaksi pembelian online menggunalan debit card yang sama . 


Eh tiba-tiba shopee cakap "ops bayaran gagal " . Eh tiba-tiba gagal . Oklah try buka akaun CIMB Click untuk check baki yang ada dalam akaun mana tahu tidak mencukupi dari jumlah yang nak di online purchase tu . .ok dah betul-betul confirm amaun yang ada dalm akaun lebih dari mencukupi . Oklah CCL try submit payment untuk barang tu sekali lagi. Lagi sekali "ops bayaran gagal " halamak dah kenapa ni !!
Dan tiba-tiba terima SMS dari CIMB macam yang tertera kat bawah ni .


INFO, CIMB , CMB CLICKS, MASALAH CIMB CLICKS, DEBIT CARD CIMB CLICKS,CARA AKTIF DEBIT CARD CIMB CLICKS, CARA AKTIF DEBIT CARD UNTUK PEMBELIAN ONLINE, DEBIT CARD DISABLE FOR ONLINE PURCHASE, DEBIT CARD CIMB CLICKS ENABLE FOR ONLINE PURCHASE, CARA PEMBELIAN ONLINE MENGGUNAKAN DEBIT CARD


Ok CCL ikut je arahan seperti yang diarahkan dalam SMS tu . Banyak kali jugak try tapi no respone dari pihal CIMB . Ok husnudzon mungkin ambil sedikit masa untuk solvekan . Hari berikutnya try submit payment tapi gagal jugal then sekali lagi terima SMS yang sama . Geram jugak padahal dah ikut step yang disampaikan berulang kali tapi no respone .




So macam mana CCL settlekan masalah debit card CIMB untuk online purchase ni ?
Cara paling mudah dan korang tak payah tertunggu- tunggu .Call CIMB +60362047788 dan bercakap dengan pegawai perbankan, cakap je korang ada masalah Debit Card untuk pembelian online tidak aktif . So nak minta aktifkan . Tapi korang kena siap sedia dengan soalan-soalan yang pegawai perbankan akan tanya . 


Antara soalan-soalan yang pegawai perbankan tanya kepada CCL adalah 

  • Bagitahu number ic
  • Adakah akaun ini akaun persendirian ataupun kongsi dengan sesiapa
  • Baki jumlah yang ada dalam akaun bank korang
  • Tarikh transaksi terakhir serta jumlah transaksi terakhif yang korang buat .

Hahh ! Dengan menjawap 4 soalan ni.  korang just tunggu dalam 10 ke 15 minit . Ok done .pegawai perbankan dah settle masalah tersebut , dan debit card dah terus aktif untuk pembelian online  tanpa tunggu lama-lama . 


So korang diluar sana yang ada problem yang sama macam CCL just terus call +60362047788 . Mudah dan cepat . 


2 ulasan:

  1. Thanks untuk info ini 😊

    BalasPadam
  2. Kai guna debit card bank islam pun tak boleh guna tapi bila guna fpx tu boleh pulak. Tapi tak call bank islam lagi 😂

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Adbox

@templatesyard