Assalamualaikum
RESEPI : KARIPAP ROTI GARDENIA BERINTIKAN SARDIN Ada tak kat sini pengemar karipap ? Sini CCL nak share satu resepi mudah untuk pengemar-pengemar karipap. Actually CCL tak da pandai masak sangat, pernah satu ketika dulu try buat karipap ni. Dah try uli-uli doh karipap. Cantik kejadian karipap bila siap goreng alahai keras macam batu . Mungkin portion tepung tak kena gaya so tak menjadi lah karipap .
And now hari ni CCL tunjuk kat korang semua resepi yang paling-paling mudah.tak perlu main dengan tepung. Kali ni buat karipap pakai roti gardenia . Lagi senang sangat takda ambil masa yang la . Jangan tak percaya dengan hanya roti gardenia ni pun korang dah dapat makan karipap
BAHAN-BAHAN
- sardin
- Minyak
- Bawang
- Cili padi
- Roti gardenia
- Kepingan cheese
CARA-CARA
1. Panaskan minyak, masukkan,bawang merah yang dicincang halus, masukkan sardin dan masukkan cili padi. Didihkan seketika dan boleh masukkan dalam bekas dan hancurkan sardin tersebut seperti dalam gambar korang boleh menggunakan sudu ataupun garpu.
2. Roti gardenia tersebut korang wajib giling sehingga nipis macam dalam gambar yer . Takutnya nanti bila korang goreng dalam minyak yang panas takda la dia serap minyak . Make sure giling roti sehingga nipis .
3. Untuk kepilkan karipap korang boleh cuba tekapkan dengan cawan tak pun guna kepil acuan karipap . CCL hanya gunakan acuan karipap untuk kepilkan.
Letakkan roti gardenia yang siap digiling, letak cheese dan sedikit inti sardin.
4. Karipap yang sudah disiap kepilkan. Make sure korang jangan letak inti melebihi had , takut-takut nanti terbuka yer .
5. Panaskan minyak dalam kualli dan masukkan karipap,goreng karipap tidak perlu lama cuma alih-alih biar garing dah boleh angkat. Jangan sampai hangit yer
6.karipap yang dah siap digoreng .tak da serap minyak kalau korang betul-betul nipiskan roti gardenia tersebut.
Selamat mencuba.
24 Ulasan
Cantiknyaa kejadiannya, gebu nampak, mesti sedapnya gigit inti sardin...kesukaan Sis inti sardin....
BalasPadamFirst time juga buat ni .mulanya tekap pakai cawan.. Tapi tak sempat nak mengoreng dh terbuka .so tukar ke acuan karipap
Padamwah. senangnya, ccl.
BalasPadamaida lom la pernah buat karipap dari tepung gitu.
tak pandai! tapi anak2 bertiga ni hah dok la suruh buat karipap.
hmmmm adakah akan berjaya dgn cara ni?
nanti nak cuba lah. rasa nya akan berjaya. janji intinya sedap, kan
Hehe..ala kalau anak2 minta nak breakfast karipap ..menu ni paling cepat
Padamoh guna roti jd karipap
BalasPadamYeahh .cuba la
Padamkretip.okay gak kan buat karipap guna roti dan inti sardin. Tapi tu lah roti putih susah nak dpat sekarang. huhu
BalasPadamYa .boleh je..ni lagi mudah tak payah uli-uli tepung
PadamWah! Senang nak buat karipap kalau begni, tak payah uli-uli tepung lagi.Tq for sharing dik!
BalasPadamYeah .bet tue .jimat masa jimat tenaga ..
Padamwah. So creative. actually once you know the concept... many things can come out from something isn't it... bila baca post ni, rasa macam nak pi cari acuan karipap tu. kat rumah ni x pernah buat karipap sendiri... MIL tiap1 minggu mai hantaq karipap frozen kut cucu2 dia nak makan..
BalasPadamNi karipap paling mudah dan paling jimat masa .yang penting kena ada dua bahan ni . Roti dan sardin
Padamyes! good idea sis. saya pun selalu fail bab buat doh rangup ni. ni guna roti, mmg sgt2 senang. nanti beli sardin, nak buat juga. yeah!!
BalasPadamSelamat mencuba menu yang jimata masa ni
Padamwow..guna roti pun boleh. kreatif ni. tak terfikir plak akak, boleh guna roti..
BalasPadamJemput buat .hehe . Karipap jimat masa dan tenaga
Padamwow..kreatif ni...eh..nanti nak cuba laa...nampak senang kan..kena cari acuan karipap
BalasPadamYeahh .selamat mencuba
PadamKita pernah buat juga Karipap ni guna roti memang sedap dan rangup hehehehe nampak macam kena buat lagi nak puasa ni..
BalasPadamGoreng kejap je lam kuali terus rangup kan .make sure .roti kena nipis
Padamboleh cuba nnt posa nie kan hmmmmm done follow sini
BalasPadamSelamat mencuba
PadamTerbaek. Dari dulu nak cuba buat ni. Blm kesampaian. Hehe
BalasPadamBoleh la cuba berbuka or bersahur . Jimat masa
Padamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan