Assalamualaikum dan salam sejahtera
POPIA PISANG COKLAT RANGUP SEMUDAH 3 BAHAN Hari ni CCL nak share dengan korang satu resepi yang sememangnya mudah dan sangat sedap . Boleh dijadikan juadah untuk berbuka, menu sarapan pagi mahupun menu petang hari .
Pernah makan popia dalamnya berintikan pisang dan coklat ? Hah jarangkan orang jual digerai-gerai . Kalau teringin nak makan , bahan serta cara penyediaannya cukup ringkas .
BAHAN-BAHAN POPIA PISANG COKLAT RANGUP
- Kulit popia
- Pisang
- Nuttela / coklat bar cadbury
- Minyak
CARA PENYEDIAAN POPIA PISANG COKLAT RANGUP
1. Sediakan beberapa keping kulit popia.CCL gunakan dua keping kulit popia dalam setiap gulungan .
2. Sapukan nutella atas permukaan kulit popia dan letakkan pisang yang telah dipotong .
3. Nak lagi sedap korang boleh letakkan coklat bar cadbury, nanti bila dh siap goreng coklat bar tersebut akan cair dalam mulut timr korang makan .
4. Gulungkan popia dan gamkan hujungnya bersama bancuhan tepung jagung supaya kulit popia betul-betul melekat .
5. Biarkan sebentar dalam beberapa minit, barulah digoreng dalam minyak yang penuh dan api yang sederhana . Goreng balik-balikkan dan siap dihidang .
Assalamualaikum
RESEPI : KARIPAP ROTI GARDENIA BERINTIKAN SARDIN Ada tak kat sini pengemar karipap ? Sini CCL nak share satu resepi mudah untuk pengemar-pengemar karipap. Actually CCL tak da pandai masak sangat, pernah satu ketika dulu try buat karipap ni. Dah try uli-uli doh karipap. Cantik kejadian karipap bila siap goreng alahai keras macam batu . Mungkin portion tepung tak kena gaya so tak menjadi lah karipap .
And now hari ni CCL tunjuk kat korang semua resepi yang paling-paling mudah.tak perlu main dengan tepung. Kali ni buat karipap pakai roti gardenia . Lagi senang sangat takda ambil masa yang la . Jangan tak percaya dengan hanya roti gardenia ni pun korang dah dapat makan karipap
BAHAN-BAHAN
- sardin
- Minyak
- Bawang
- Cili padi
- Roti gardenia
- Kepingan cheese
CARA-CARA
1. Panaskan minyak, masukkan,bawang merah yang dicincang halus, masukkan sardin dan masukkan cili padi. Didihkan seketika dan boleh masukkan dalam bekas dan hancurkan sardin tersebut seperti dalam gambar korang boleh menggunakan sudu ataupun garpu.
2. Roti gardenia tersebut korang wajib giling sehingga nipis macam dalam gambar yer . Takutnya nanti bila korang goreng dalam minyak yang panas takda la dia serap minyak . Make sure giling roti sehingga nipis .
3. Untuk kepilkan karipap korang boleh cuba tekapkan dengan cawan tak pun guna kepil acuan karipap . CCL hanya gunakan acuan karipap untuk kepilkan.
Letakkan roti gardenia yang siap digiling, letak cheese dan sedikit inti sardin.
4. Karipap yang sudah disiap kepilkan. Make sure korang jangan letak inti melebihi had , takut-takut nanti terbuka yer .
5. Panaskan minyak dalam kualli dan masukkan karipap,goreng karipap tidak perlu lama cuma alih-alih biar garing dah boleh angkat. Jangan sampai hangit yer
6.karipap yang dah siap digoreng .tak da serap minyak kalau korang betul-betul nipiskan roti gardenia tersebut.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI : SAMBAL TELUR PECAH
BAHAN-BAHAN
- minyak masak
- Cili kering
- Bawang merah
- Bawang putih
- Air asam jawa
- Belacan
- Garam/gula
- Air
- Telur
CARA-CARA
1. Blendkan cili kering, bawang putih
2. Panaskan minyak, dan masukkan bahan-bahan yang diblend tadi . Masak sambal tersebut sehingga betul-betul masak.
3. Masukkan sedikit gula , garam ,air asam jawa dan juga sedikit belacan, masak sebati sehingga sambal pecah minyak
4. Pecahkan telur ke dalam kuah sambal dan masukkan sedikit air
5. Kacau-kacau bahagian putih telur sehingga nampak sedikit hancur, biar sebati dengan kuah
6. Dah siap ! Sambal telur pecah . Pecah telur iku citarasa korang macam CCL hanya hancurkan telur putih sahaja, telur kuning dibiarkan separuh masak .
Selamat mencuba
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI RENDANG PEGAGA selalu korang dengar rendang daging ajer kan . Hari ni nak kongsi dengan korang satu menu yang agak pelik sikit . Rendang pegaga. Senang sahaja rupanya dan rasanya benar sedaaaap! Dan seperti biasa nak juga ubah demi kesedapan diri sendiri.
Rendang Pegaga.
2-3 ikat pegaga,
1 genggam ikan bilis,
1 batang serai muda,
1/2kg santan segar,
2 inci kunyit hidup,
20 biji cili padi,
1 sudu besar kerisik.
1 sudu kecil garam.
Cara-caranya
1. Tumbuk ikan bilis yang telah dibasuh dengan lumat,
2. Kisarkan santan bersama kunyit hidup, cili padi , serai . Panaskan kuali dan tuangkan bahan yang telah dikisar tadi .
3. Api sedang - sedang sahaja yer , masukkan ikan bilis . Masukkan daun pegaga beserta batangnya . Kacau rata .
4. Masukkan sedikit kerisik dan garam, kacau sehingga kering dan pecah minyak
Dah siap !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI SIAKAP KENGSOM BERSAYUR
BAHAN-BAHAN
- siakap@kerapu
- air asam jawa
-1 biji limau nipis
- nenas
-kangkung
BAHAN-BAHAN YANG DIKISAR
- cili merah 2 biji ( buang biji )
- cili api 15 biji
- 1 inci kunyit hidup
- 1 biji bawang besar
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1 inci belacan
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar kedalam periuk sekali nenas yang dipotong masak sehingga mendidih
2. masukkan air asam jawa... Perasakan dgn garam gula secukup rasa.
3.kemudian masukkan ikan siakap masak ikan sehingga betul- betul masak .
4. masukkan kangkung n sedikit perahan air limau nipis.
5.tutup api dan siap dihidangkan .