Assalamualaikum dan salam sejahtera .
RESEPI : IKAN BAWAL MASAK SOS CILI THAI | Ada antara korang disini penggemar ikan bawal ? CCL salah sorang pengemar ikan bawal , Ikan bawal memang sedap kalau di goreng garing makan panas- panas . Terliur bukan . Selalunya CCL akan goreng garing aje , tapi hari ni CCL nak bagi menu ikan bawal ni menarik sikit .
Follow resepi di bawah
BAHAN- BAHAN
- ikan bawal
- Bawang merah
- Bawang putih
- Bawang besar
- Sos cili thai
- Garam
- Minyak masak
- Air
- Cili besar
- Daun bawang / daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN .
1. Panaskan minyak . Tumis bawang merah bersama bawang putih yang telah ditumbuk sehingga nampak kekuningan .
2. Masukkan sos cili thai dan masukkan sedikit sahaja air agar sos tidak terlalu melekat ketika memasak. Kalau nak lebihkan kuah boleh masukkan lebih sedikit air.
3. Masukkan sedikit garam secukup rasa , dan masukkan ikan bawal yang telah siap digoreng garing ke dalam kuah bersama bawang besar yang dipotong bulat , cili besar dan masukkan daun bawang ataupun daun ketumbar .
4. Biar kuah tersebut disaluti pada ikan . Siap dan boleh dihidangkan .
Anggaran bahan mengikut kuantiti ikan yang digunakan .
Selamat mencuba .
12 Ulasan
Kalau tukar ikan, okey kot kan CCL..cara masak simple tapi ikan bawal tu saya tak berapa suka..boleh try resipi ni tapi tukar ikan.. ;)
BalasPadamsimple tapi menyelerakan...
BalasPadamSedapp.. nak cari calon isteri dulu tolong buat kan :p
BalasPadamSedap ni... Fevret 😍
BalasPadamsedapnyaaa sis! boleh try niii
BalasPadamikan bawal digoreng garing, perghhh... sodap hingga menjilat jari 😍😍😍
BalasPadamSedap ikan bawal masak sos cili.. feveret kita org ni..
BalasPadamFeveret ni, makan nasi panas panas, cicah sambal belacan fuhhh!
BalasPadamalamak sedapnya,,, tapi saya tak makan ikan bawal. nanti nak try ngn ikan kembong lah
BalasPadamsedap nampak tu.. kalau guna ikan lain boleh ni.. ingat lagi pesan ma kita yang buat masakan air tangan ni berbeza hihihihi..
BalasPadamapa yang sedap sngt niiii. berseleraaaa.. ikan garing2 pulakk. fuhh.. hehe
BalasPadammasakan yang mudah tapi sangat sedap dan lazat. GV suka resepi ringkas macam ini. Terbaik kak CCL. :D
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan