Assalamualaikum dan salam sejahtera .
RESEPI : IKAN BAWAL MASAK SOS CILI THAI | Ada antara korang disini penggemar ikan bawal ? CCL salah sorang pengemar ikan bawal , Ikan bawal memang sedap kalau di goreng garing makan panas- panas . Terliur bukan . Selalunya CCL akan goreng garing aje , tapi hari ni CCL nak bagi menu ikan bawal ni menarik sikit .
Follow resepi di bawah
BAHAN- BAHAN
- ikan bawal
- Bawang merah
- Bawang putih
- Bawang besar
- Sos cili thai
- Garam
- Minyak masak
- Air
- Cili besar
- Daun bawang / daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN .
1. Panaskan minyak . Tumis bawang merah bersama bawang putih yang telah ditumbuk sehingga nampak kekuningan .
2. Masukkan sos cili thai dan masukkan sedikit sahaja air agar sos tidak terlalu melekat ketika memasak. Kalau nak lebihkan kuah boleh masukkan lebih sedikit air.
3. Masukkan sedikit garam secukup rasa , dan masukkan ikan bawal yang telah siap digoreng garing ke dalam kuah bersama bawang besar yang dipotong bulat , cili besar dan masukkan daun bawang ataupun daun ketumbar .
4. Biar kuah tersebut disaluti pada ikan . Siap dan boleh dihidangkan .
Anggaran bahan mengikut kuantiti ikan yang digunakan .
Selamat mencuba .


