Video gol highlight Liga Super Johor Darul Takzim (JDT) vs Pahang 19 April 2013

Pasukan Johor DT terus mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri sepanjang mengharungi saingan liga super apabila menewaskan Pahang 1-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin


pahang vs johor darul takzim live video gol highlight darul takzim jdt vs pahang 19 april 2013


Harimau Selatan tampak garang apabila menguasai permainan keseluruhan babak pertama
Memasuki babak kedua, JDT terus mengasak kubu lawan dan akhirnya, Leonel Nunez berjaya merembat masuk gol pertama, hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-46
Asakan demi asakan terus dilakukan oleh skuad Tok Gajah bagi memburu gol penyamaan sehinggakan nyaris membuatkan pemain pertahanan Johor DT, Kamarul Afiq Kamarudin menjaringkan gol sendiri di minit terakhir, namun bernasib baik kerana tandukannya mengenai palang
Keputusan kekal 1-0 sehingga tamat perlawanan dan kemenangan tersebut melonjakkan kedudukan Harimau Selatan ke tangga teratas liga setakat ini



Catat Ulasan

0 Ulasan