Herman Tino Bertanding Calon Bebas Di Parlimen Tanjung Karang




Penyanyi 80-an, Herman Tino bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Tanjung Karang, sekali gus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS.


Calon BN pada parlimen itu ialah Datuk Seri Noh Omar.

Yang pasti anak jati Tanjung Karang yang terkenal dengan lagu dangdut dan lagu jawa Ojo Kesandung itu, menambahkan lagi ‘koleksi’ penyanyi yang masuk bertanding dalam PRU-13 selepas Aishah dan Dayangku Intan.

Pada November 1989, Herman pernah mencetuskan kontroversi apabila dia mengambil keputusan berjalan kaki dari Rawang ke Ipoh, Perak untuk majlis pelancaran albumnya, Apa Dosaku sebagai suatu protes peribadinya terhadap keadaan semasa yang berlaku ketika itu.

Satu fakta yang mungkin juga satu kebetulan, Herman dan Aishah pernah bersama-sama berduet dalam sebuah album.

“Saya rasa ada roh yang baik di sebalik nama Herman Tino. Saya yakin Tuhan restu saya menggunakan nama itu biarpun nama sebenar saya ialah Masrun Tamsi.

“H itu ialah Hasiah iaitu nama emak saya, ER (Erham adik emak saya), MAN (nama cikgu nyanyian saya, AJ Ajman). T ialah Tamsi nama bapa saya, NO (Yusno iaitu anak sulung saya),” katanya dalam satu temubual tidak lama dulu.

-Mynewshub

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. salam..jemput join Makan-Makan Giveaway!

    Byk hadiah yg sedap2..khas dari Umizamira Enterprise ;)


    http://www.miratulreyyah.my/2013/04/makan-makan-giveaway-by-miratul-reyyah.html

    BalasPadam
  2. saya merupakan peminat herman tino..

    BalasPadam
  3. Syg tak pernah dgr pula nama dia ni x)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan