Rancangan masakan realiti yang telah menobatkan Dr. Fazley sebagai juara pada musim yang pertama kini semakin mendapat sambutan yang hebat. Setelah tercetusnya pelbagai konflik dan kontroversi dari rancangan yang melibatkan lebih dari 14 orang artis pada musim yang pertama, tahun lalu.
Kini Saluran Hiburan Melayu Utama Malasyia, Astro Ria terus komited untuk membawakan rancangan hiburan yang mampu memberikan kepuasan kepada setiap pelanggannya. Rancangan yang mampu memenuhi selera dan kehendak segenap lapisan masyarakat ini terus membawakan lebih ramai pilihan selebriti dengan pelbagai kerenah dan cerita yang tersendiri. Rancangan MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua ini bakal menemui penonton pada setiap hari Sabtu hingga Selasa pada jam 9 malam bermula 20 April 2013 di saluran 104.
Musim kedua ini akan membariskan selebriti-selebriti terkenal seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Sharifah Shahora, Syanie Hisham, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Micheal Ang, Norish Karman, Radhi OAG, Sathiya, Kenchana Devi, Celina Khor, Afiq Muiz, Cat Farish, Yassin Yahya, Aliza Abdullah (Enot), Sabhi Sadhi, Lydiawati, Keroz Nazri, dan Syura.
Masing-masing telah pun ditugaskan untuk bersaing demi mengumpul dana buat badan kebajikan yang mereka wakili. Konsepnya masih sama dengan musim yang pertama di mana, setiap peserta yang tewas di peringkat penyingkiran akan menyumbangkan wang yang telah terkumpul ke badan kebajikan yang mereka wakili. Pertarungan mental dan fizikal ketika menghadapi cabaran ketika di dapur selain dari percubaan untuk menonjolkan bakat dan kebolehan di dalam bidang masakan adalah gelagat yang bakal kita saksikan untuk musim yang kedua ini.
Rancangan ini digunakan sebagai platform untuk terus berhibur dan beramal di samping dapat meringakan beban badan-badan kebajikan yang mereka wakili. Masih mengekalkan Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu sebagai pengkritik dan juri tetap, rancangan yang akan bersiaran selama 10 minggu ini menambah bilangan epsiodnya dari 26 episod ke 40 episod untuk musim yang terbaru.
Rancangan MasterChef musim kedua ini, Panasonic masih lagi menjadi penaja utama rancangan ini dan stesen radio ERA fm akan bertindak selaku rakan radio rasmi dan Murai.com sebagai portal rasmi. Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan rancangan yang akan memaparkan kemahiran artis-artis kita memasak di dapur sambil beramal dan membantu badan-badan kebajikan yang telah mereka wakili bermula pada 20 April ini, jam 9.00 malam, di ASTRO RIA!
2 Ulasan
tolak che ta n zain.. huahuahua.. :P
BalasPadamtak sabar nak nengok malam ni.. weeweee.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan