Baju Pengantin Muslimah Ala K-Pop


Mengambil inspirasi pakaian tradisional Korea Selatan dikenali sebagai Hanbok atau Choson-ot untuk Korea Utara serta kegilaan masyarakat terhadap filem serta drama Korea memberi idea kepada pereka serta pemilik Udaimatunnur, Ismail Abd Rahman.

Dia menghasilkan rekaan pakaian pengantin Korea berkonsepkan Malaysia dengan mengambil ciri-ciri Hanbok seperti gabungan warna ceria merah dan putih berpotongan gaun kembang yang disesuaikan untuk pengantin Muslimah.

Pakaian yang dipersembahkan bersempena Festival Fesyen Islam (IFF) ini mengambil konsep pesona timur dengan gambaran lima gadis jelita yang turun dari gunung Fuji. Menariknya, setiap padanan disertakan perhiasan seperti kipas berbulu serta payung kertas yang unik dan menawan yang menjadi identiti dalam penggayaan wanita Korea


Potongan gaun kembang dengan juraian pada tangan serta hadapan baju direka mengikut tradisi masyarakat Korea namun Ismail menggabungkan ciri tradisional menerusi jahitan manik bunga sakura menggunakan kristal dan Swarovski bagi menampakkan keindahan busana pengantin. Ikatan pada pinggang seperti tali pinggang besar menggunakan rona merah menjadi pelengkap kepada gaya pengantin k-pop.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. canteknye! dahlah hda minat korea! omoooo >.<

    BalasPadam
  3. hanbok mungkin related dengan kdrama, tapi dengan kpop berbeza.. [kpop tu muzik korea moden, hanbok tu pakaian tradisional] - so kat mana asal "ala kpop" tu ekk? :3 anyway, cantik dress tu :)

    BalasPadam
  4. maybe utk pengantin srkg kan...demam kpop blm abis lg ni...hihi

    BalasPadam
  5. dress ni mmg cantik ^^ tapi , sayangg , tak menutup aurat dengan sempurna .

    BalasPadam
  6. ni bukan ala k-pop,tapi j-pop,ni macam kimono,cume tudung tak payahlah buat cam tu kan...

    BalasPadam
  7. lain je.. bagus kekal tradisi malaysia je, lgi cantik kut :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan