REVIEW NOVEL :BUKAN HANYA ADA KITA..






Tajuk: Bukan Hanya Ada Kita.
Penulis: Nazurah Aishah
ISBN: 978-967-0508-12-2
Harga: RM21.00 (Sem. Malaysia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak
Pesanan Online: mulai 10 April 2013





Sinopsis;
Hati ingin selalu bersama kerana dialah bahagia, tetapi dalam dunia ini... Bukan Hanya Ada Kita.

Telah ditakdirkan bahawa aku, Medina akan menjadi isteri kedua kepada Zahrin, biarpun aku telah berikrar tidak akan sekali-kali menyakiti hati perempuan lain sebagaimana hati ibuku.

Dia bahagia yang aku pinjam tanpa izin... dan aku tidak akan menuntut lebih daripada apa yang Aiza dapat. Aku tidak akan menyusahkan Zahrin kerana aku mahu jadi ‘jiwanya yang tenang’.

Salahkah senyum ini pabila ada insan lain yang bersedih? Berdosakah bahagia ini apabila nanti ada insan lain yang menjeruk rasa?

Tidak ada perempuan yang dengan mudahnya reda menerima seorang lagi perempuan dalam hidup suaminya. Dan aku tidaklah terlalu kejam untuk meranapkan kebahagiaan orang lain.

Jika bahagia ini milik kita biarlah kita berteman sampai abadi. Jika ini bukan jalannya biarlah kita dibentangkan pilihan yang mendamaikan.


NAZURAH AISHAH melakar cerita tentang setia, tentang rindu, tentang jujur dalam Bukan Hanya Ada Kita buat mereka yang mengerti bahawa cinta bukan milik kita seorang selamanya.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. seronok membaca ulasan yg awk tulis. sgt positif. jika tak keberakatan bole tak awk buat ulasan ttg e-novel ni.sy tgk e-novel ni mcm best je. da dua minggu jd top 3 dlm ebook cmpetition. tp kalo nk bace kena download dlu la.hehe..btw thanx
    p/s: ini link novel tersebut>>

    http://www.e-sentral.com/search/byid/10841

    BalasPadam
  2. hda pantang nampak novel.hda boleh habiskan satu novel satu malam. thats me. nampak jek cam kasar, tak lyn novel,padahal ! hahaha :D

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan