cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

 Assalamualaikum dan hai semua 

Bekal Hari Ni | Pajeri Nenas & Udang Masak Kunyit Hari ni bawa bekal lagi! Cuaca petang pun asyik hujan, nak order Grab pun rasa macam risau keselamatan abang Grab. Tambah pula hujung-hujung bulan ni, gaji pun belum masuk lagi. Hahaha! Jadi, bekal dari rumah lah yerr .. 


Pajeri nenas, udang goreng kunyit, ulam bendi, ulam terung bakar, sambal belacan, menu lauk kampung

Hari ni nak kata menu meriah, tak adalah meriah mana pun. Sekadar menu biasa-biasa, janji perut kenyang dan dapat makan dengan selera. Ada bawa pajeri nenas yang memang menjadi menu favourite CCL. Kalau ada pajeri nenas ni, memang bertambah selera makan.. Selain tu, CCL sempat juga buatkan udang masak kunyit. Tak lupa ikan kembung goreng sebagai lauk tambahan. Kalau dah ada lauk-pauk macam ni, memang cukup dah.. yang paling penting, sambal belacan tu wajib ada! Lagi-lagi kalau ada ulam-ulaman macam terung bakar dengan bendi. 

Alhamdulillah, rezeki hari ni.


 Assalamualaikum dan hai semua 

Astro Prima | Drama Menantu Tanpa Reda Kali ni CCL nak kongsi satu lagi drama Melayu yang menghiasi slot drama di Astro Prima. Drama yang dimaksudkan ialah Menantu Tanpa Reda, sebuah drama adaptasi daripada drama popular China berjudul Nursing Our Love.. Bila dengar tajuk Menantu Tanpa Reda, mesti ada yang tertanya-tanya kan, apakah kisah yang bakal dipaparkan dalam drama ni? Adakah berkisar tentang konflik antara menantu dengan keluarga mentua, atau ada kisah lain yang lebih menyentuh perasaan? 

Info Drama Menantu Tanpa Reda

Episod: 60
Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 8:00 malam
Saluran: Astro Prima 105
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Pengarah: Uchee Fukada & Ejump Mohd
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Barisan Pelakon Drama Menantu Tanpa Reda
Sweet Qismina sebagai Suzila
Yana Samsudin sebagai Suhana
Amar Baharin sebagai Zariq
Areef Amran sebagai Zack
Aleza Shadan sebagai Salmiah
Jasper Supayah sebagai Melissa
Kazar Saisi sebagai Manap
Hanna Aqeela sebagai Orkid
Hafidzuddin Fadzil sebagai Zul
Fazren Rafi sebagai Hilman
Faa Zaini sebagai Mei


Drama viu, drama menantu tanpa reda, sinopsis drama menantu tanpa reda, tonton online drama menantu tanpa reda



Sinopsis Drama Menantu Tanpa Reda

Mengisahkan kehidupan sebuah keluarga, di mana Salmiah berdepan ujian apabila kedua-dua anaknya Zariq dan Zack memilih untuk berkahwin dengan pasangan yang tidak mendapat restunya.

Keadaan itu sekali gus mencetuskan pelbagai konflik dalam hubungan antara ibu, anak dan menantu, khususnya apabila pilihan hati bertembung dengan kehendak keluarga.

Persoalannya, mampukah hubungan kekeluargaan terus dipertahankan apabila perkahwinan yang dibina tidak mendapat reda seorang ibu?

Demi memburu kebahagiaan setelah gagal dalam rumah tangga, dua beradik Suhana dan Suzila terpaksa merentasi tembok penolakan keluarga, sementara Zariq dan Zack bergelut memperjuangkan cinta pilihan hati demi sebuah penerimaan dan reda yang sukar digapai. Mampukah cinta tanpa reda memberi sinar bahagia pada mereka?


 Assalamualaikum dan hai semua 

Viu | Drama Bayangan Dendam Hai semua! Korang tengah cari drama baru tak? Kali ni CCL nak kongsi sedikit tentang drama terbaharu terbitan Viu Original yang bertajuk Bayangan Dendam .. Drama yang mula ditayangkan pada 22 Oktober 2026 ni menampilkan barisan pelakon seperti Nadhir Nasar, Erysha Emyra dan Sophia Albarakbah. Kalau uguys  suka drama yang penuh dengan konflik percintaan, pengkhianatan dan misteri kematian, rasanya drama ni boleh masuk dalam senarai tontonan..

Info Drama Bayangan Dendam

  • Platform: Viu
  • Tarikh tayangan: 22 Oktober 2026
  • Jumlah episod: 12 episod
  • Waktu siaran: Setiap Khamis dan Jumaat, pukul 12 tengah hari
  • Pengarah: Helmi Yusof
  • Syarikat produksi: Global Film Station Sdn Bhd
  • Lagu tema (OST): Dendam Dalam Luka – Ernie Zakri

Barisan pelakon Drama Bayangan Dendam

 Nadhir Nasar sebagai Farhan, Erysha Emyra sebagai Ariana dan Sophia Albarakbah sebagai Melissa. Turut membintangi drama ini ialah Emelda Rosemila, Yusuf Bahrin, Mia Nasir, Faha Azhar dan Azlan Mokhtar.


Drama viu, drama bayangan dendam, sinopsis drama bayangan dendam, tonton online drama bayangan dendam, full episode drama bayangan dendam


Sinopsis Bayangan Dendam

Kisah bermula apabila Melissa meminta sahabat baiknya, Ariana, untuk memerhatikan teman lelakinya, Farhan, sepanjang Farhan melanjutkan pelajaran di luar negara. Kebetulan pula Ariana belajar di universiti yang sama, jadi dia bersetuju untuk membantu Melissa.. Tapi siapa sangka, daripada sekadar menjalankan tugas sebagai seorang sahabat, Ariana akhirnya jatuh cinta dengan Farhan. Aduh, lain yang dirancang, lain pula yang jadi! ..

Pengkhianatan dua insan yang dipercayainya membuatkan Melissa terpaksa menerima kenyataan pahit. Hubungan antara mereka bertiga semakin rumit, lebih-lebih lagi apabila Ariana mula mengesyaki Farhan dan Melissa masih mempunyai hubungan sulit. keadaan menjadi semakin misteri apabila Melissa ditemukan meninggal dunia dan kematiannya pada awalnya disyaki sebagai kes bunuh diri.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku kepada Melissa? Adakah kematiannya berpunca daripada kisah cinta tiga segi ini, atau ada rahsia lain yang masih tersembunyi? 

Mesti penonton tertanya-tanya siapa yang sebenarnya bersalah dan apa yang berlaku di sebalik kematian Melissa.


Assalamualaikum dan hai semua!

Bekal Hari Ni | Pasta Goreng , Ikan Masak Cuka & Kerabu Kembali lagi dengan entri bekal apa hari ni..Untuk bekal hari ni, CCL sediakan dua menu.. Satu untuk makan petang, satu lagi untuk makan malam. Maklumlah, kalau dah masuk kerja dan kena tunggu sampai malam, memang eloklah sediakan bekal siap-siap. Tak adalah nanti bila perut dah lapar baru tercari-cari nak makan apa. 


bekal apa hari ni, menu simple untuk bekal, ikan masak cuka, pasta goreng, kerabu taugeh pegaga, menu bekal ke tempat kerja, buah jambu

Untuk menu petang, CCL bawa pasta goreng sebagai alas perut..CCL sempat juga goreng beberapa batang crabstick. Makan pula dengan sos Thai.. Simple sahaja kudapan petang CCL kan .. Untuk makan malam pulak, CCL bawa nasi putih bersama ikan masak cuka dan kerabu taugeh campur pegaga.. Kalau bekal semalam semuanya hasil air tangan mak CCL, hari ni bertukar giliran pulak. Menu kali ni hasil air tangan CCL sendiri.. Dah selesai makan menu utama, CCL bawa buah jambu untuk pencuci mulut. Sekurang-kurangnya ada juga buah untuk dijadikan pelengkap bekal hari ni.

Begitulah menu bekal CCL untuk hari ni..


 Assalamualaikum dan hai semua 

Bekal Hari Ni | Daging Berlado & Sambal Terung Lama dah rasanya CCL tak update entri pasal bekal makanan yang dibawa ke tempat kerja. Bukannya tak ada bekal, tapi kadang-kadang tu mood nak ambil gambar memang tak mai.. Bila tak ada gambar, rasa macam tak lengkap la nak buat entri kan? Walaupun sekadar cerita menu bekal makan ..


Daging berlado, daging masak kunyit, daging masak berlado, sambal terung, terung masak sambal, sambal terung dan bilis , bekal hari ini,


Hari ni teringat pula nak snap gambar bekal sebelum makan.. Bekal hari ni ada daging berlado dan sambal terung. Kedua-duanya air tangan mak CCL. Menu simple jerr .. Tak perlu lauk yang mahal-mahal pun, asalkan kena dengan selera, memang nikmat makan.

Daging berlado tue makan dengan nasi putih panas. Sambal terung pulak jadi menu kedua .. pencuci mulut, CCL bawa beberapa hirisan buah epal..

Okaylah, itu sahaja cerita bekal CCL untuk hari ni. Nanti kalau rajin ambil gambar lagi, adalah sambungan entri Bekal Hari Ni  lepas ni. Kalau mood rajin datang, kita update. Kalau mood ke laut, faham-faham sajalah ya! Hahaha...

 Assalamualaikum dan hai semua 

Sambal Nyet Bilis Khairul Aming Dah Sampai! Awal 5 Oktober yang lepas, CCL ada share cerita berjaya battle combo Sambal Nyet Bilis Khairul Aming. Tapi biasalah, combo yang CCL dapat tu pre-order tau!. Faham sangat dengan lambakan order yang masuk, mestilah team KA perlukan sedikit masa untuk uruskan semua pesanan sebelum boleh dipos kepada pelanggan. Jadi, CCL pun kenalah bersabar menunggu parcel sampai ke rumah.


Sambal nyet bilis khairul aming, harga sambal nyet bilis khairul aming, sambal nyet bilis, review sambal nyet bilis, rasa sambal nyet bilis,

Alhamdulillah, dua hari lepas akhirnya Sambal Nyet Bilis yang ditunggu-tunggu dah selamat sampai.. Yeayyy! Sekali berjaya battle, terus dapat combo 4 botol Sambal Nyet Bilis.. Paling best, harga masa battle tu CCL dapat 4 botol dengan harga RM43 sahaja! Berbaloi jugalah sebab dapat harga combo macam ni.. Dalam parcel tu, ada terselit sekali sekeping postcard daripada Khairul Aming. Bolehlah simpan buat kenangan..


Sambal nyet bilis khairul aming, harga sambal nyet bilis khairul aming, sambal nyet bilis, review sambal nyet bilis, rasa sambal nyet bilis,

Setiap botol Sambal Nyet Bilis ni berat bersih 180g.. Mujurlah sepanjang proses penghantaran, tak berlaku sebarang kejadian botol pecah atau sambal bocor.. Dari segi pembungkusan pulak ,team KA balut setiap botol dengan bubble wrap yang agak tebal. Walaupun parcel CCL tak diletakkan dalam kotak, balutan bubble wrap tu membantu melindungi produk sepanjang perjalanan..Lega hati CCL bila buka parcel dan tengok semuanya selamat..


Sambal nyet bilis khairul aming, harga sambal nyet bilis khairul aming, sambal nyet bilis, review sambal nyet bilis, rasa sambal nyet bilis,

Macam produk makanan yang lain, Sambal Nyet Bilis ni pun ada label yang memaparkan maklumat produk, termasuk senarai ramuan dan cara penyimpanan.Bagi CCL, maklumat macam ni memang penting supaya kita tahu apa yang terkandung dalam produk yang dibeli. Cara penyimpanan pun kena ambil perhatian supaya sambal boleh disimpan dengan betul selepas dibuka.


Sambal nyet bilis khairul aming, harga sambal nyet bilis khairul aming, sambal nyet bilis, review sambal nyet bilis, rasa sambal nyet bilis,

Kalau tengok pada label balang, ada penerangan ringkas tentang Sambal Nyet Bilis yang diinspirasikan daripada cita rasa orang lama. Gabungan beberapa bahan utama ini dikatakan menghasilkan aroma harum dan rasa yang membangkitkan nostalgia.. Sedikit cerita tentang penghasilan Sambal Nyet Bilis yang menggabungkan cili hijau segar, ikan bilis, tomato dan belacan. Menarik juga bila produk makanan bukan sekadar ada nama dan ramuan, tetapi turut berkongsi inspirasi di sebalik rasanya.

Sekarang ni tinggal satu perkara saja yang belum selesai, iaitu nak buka botol dan rasa sendiri macam mana Sambal Nyet Bilis Khairul Aming ni..Macam mana pulak rasanya? Pedas menyengat ke, cukup rasa bilisnya atau ada keistimewaan tersendiri?InsyaAllah, dalam entri seterusnya CCL akan kongsi feedback selepas makan Sambal Nyet Bilis Khairul Aming. Baru boleh cerita pengalaman sendiri, kan?

Uguys yang dah pernah cuba Sambal Nyet Bilis ni, apa pendapat uguys? Sedap ke tak? Jomlah kongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen. CCL nak baca juga! 


 Assalamualaikum dan hai semua 

Ooobun | Roti Serunding Ayam Bersalut Telur

Sebelum sebelum ni CCL pernah cuba roti keluaran Ooobun, tapi kali ni nampak macam roti biasa, tapi bila nampak perkataan Serunding Ayam Berperisa Mala Pedas, terus rasa macam menarik pulak nak mencuba.. 

Baru-baru ni CCL cuba Roti Ooobun serunding ayam bersalut telur Dalam satu bungkusan ni ada roti yang disalut dengan telur dan diisi dengan serunding ayam. Yang buatkan roti ni nampak lain sikit ialah serunding ayamnya yang mempunyai rasa Mala Pedas.

Roti ooobun, roti ooobun serunding ayam, ooobun serunding ayam, review roti ooobun, review roti ooobun serunding ayam

Baru buka bungkusan roti ni ada satu aroma wangian dalam roti tersebut, mungkin aroma pati vanila pada salutan telur untuk hilangkan bau hanyir ..Rasa macam mana? Untuk CCL, kombinasi roti , serunding ayam , salutan telur ni memang agak unik. Roti dia lembut, serunding ayam pulak macam terlebih rasa manis ..pedas tu tak ada la pedas sangat , just rasa ujung-ujung jerr..

Nak repeat lagi ?? mungkin tidak sebab tidak melepasi citarasa CCL ..bau aroma wangian pati vanila yang kuat & roti rasa sedikit manis .. 

Ada siapa-siapa dah pernah cuba roti OOOBUN ni? Kalau pernah, uguys rasa sedap tak? 


 Assalamualaikum dan hai semua 

Dapat Battle Sambal Bilis Nyet Khairul Aming (KA)

Lama duk tunggu bila Khairul Aming (KA) nak restock sambal bilik nyet .. battle pertama di platform Tiktok masa tu memang tak beli, just tengok diorang battle sahaja kebetulan masa KA launch produk sambal bilis nyet CCL pulak tengah on duty ..

Second launch sambal bilis nyet di platform Shoppe, CCL join tapi gagal untuk paymet ..entah sistem glitch atau camner.. memang dah terpantas tapi masih ada lagi yang pantas.


sambal bilis nyet, sambal bilis khairul aming, sambal bilis KA, produk Khairul Aming, cara mudah battle sambal bilis nyet, resepi sambal bilis nyet,

2 Oktober CCL restock semula sambal bilis nyet di platform Shopee CCL berjaya battle walaupun lambat .. KA restock pukul 8malam .. CCL terlambat 15 minit ..tapi alhamdulillah kali ni berjaya juga battle ..


sambal bilis nyet, sambal bilis khairul aming, sambal bilis KA, produk Khairul Aming, cara mudah battle sambal bilis nyet, resepi sambal bilis nyet,

KA buka combo 4 sambal bilis nyet harga asal RM64 .. lepas berjaya CCL checkout dan tolak coins dan voucher dari Shopee dapat laa CCL checkout dengan harga RM43.49


sambal bilis nyet, sambal bilis khairul aming, sambal bilis KA, produk Khairul Aming, cara mudah battle sambal bilis nyet, resepi sambal bilis nyet,

Masa live tu, KA umumkan ada 3 pembeli terpantas yang berpeluang dapat tiket ke F1 dan juga cash RM1,000.. Lepas tu, untuk pembelian ke-3,000 hingga ke-20,000 pula, setiap pembelian yang berada pada angka ke-1,000 layak menerima wang tunai RM1,000..Haaa… mana tahu kan, kot-kot ada rezeki CCL kali ni. Moga-moga ada rezeki CCL menang RM1,000 tu. Aminnn..Tapi kalau tak menang pun sekurangnya CCL dah berjaya battle Sambal Bilis Nyet ..

Ohh haa, sambal bilis nyet ni pre-order tauu ..so CCL terpaksa tunggu parcel dari KA ..Nanti bila dah sampai, kita tengok pula macam mana rasa Sambal Bilis Nyet ni.




 Assalamualaikum dan hai semua 

Juara Ruang Komen September 2026 | Blogger Notie

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu… Anugerah Ruang Komen CCL bagi bulan September 2026!.. Setiap bulan CCL suka tengok siapa yang rajin singgah dan tinggalkan komen dekat entri-entri yang CCL tulis, tak kisah lahh entri baru ataupun entri yang lepas-lepas .. Bukan apa, seronok bila tengok komen, ada je yang sudi menyembang, bagi pendapat ..

top commentators, cara masukkan widget top commentators dalam blog, juara ruang komen julai 2026, widget top commentators

Juara Ruang Komen September 2026 dengan 12 komen , Blogger Akak Notie berjaya mengungguli carta bulan September. Terima kasih banyak-banyak Kak Notie sebab rajin singgah blog CCL dan tinggalkan komen.

Macam biasa, juara takkan dibiarkan  dengan tangan kosong..CCL ada sedikit hadiah penghargaan untuk Kak Notie sebagai tanda terima kasih sebab sudi singgah dan meriahkan ruang komen CCL, boleh emailkan detail ke virgoyana61@yahoo.com . 

Terima kasih juga kepada semua yang singgah dan tinggalkan komen, CCL hargai semuanya.. Blogger-blogger yang tak tersenarai pun jangan risau… mungkin bulan depan rezeki uguys pulak.. Kena rajin-rajin singgah CCL ya! 

Sekali lagi, tahniah buat Kak Notie selaku Juara Ruang Komen September 2026! ..Jumpa pula kita dalam Carta Ruang Komen Oktober 2026 nanti. Siapa agaknya bakal rampas takhta Notie? 

 Assalamualaikum dan hai semua 

Blog Archive September 2026 | 70K Pageview & 6 Journalist

Hi Oktober, seperti biasa entri pertama dalam setiap awal bulan ni adalah CCL nak share journey blog archive untuk setiap bulan walaupun archive setiap bulan tak adalah banyak mana kan .. at least tahu naik turun pageview blog .. kalau bulan lepas blog archive dapat capai 96K Pageview manakala enrti yang CCL kongsikan sebanyak 11 entri ..ehhh banyakkk nauuu .hahaha .. 

Blog archive, Pageview blog, archivement blog, pencapaian blog, cara dapat Pageview blog, prestasi bulanan blog

Blog archive, Pageview blog, archivement blog, pencapaian blog, cara dapat Pageview blog, prestasi bulanan blog

Okey untuk blog archive September ni lagi menurun ... Pageview sebanyak 70K sahaja !!

Blog archive, Pageview blog, archivement blog, pencapaian blog, cara dapat Pageview blog, prestasi bulanan blog

Part journalist, CCL hanya sempat keluarkan 6 entri jer .. haihhh punya laa ada 30 hari dalam sebulan .. sempat 6 entri jerrr ??? 

Anyway terima kasih banyak-banyak untuk rakan blogger yang tak jemu-jemu singgah ke blog CCL .. maaf buat sementara waktu ni CCL tak berkesempatan nak blogwalking blog rakan blogger lain .. InsyaAllah CCL akan cari satu masa untuk ziarah uguys semua ya .. 




 Assalamualaikum dan hai semua 

Filem | The Fox King (Semusim Lara)

Kalau korang peminat filem yang jalan ceritanya lebih kepada drama, hubungan kekeluargaan dan konflik perasaan, boleh laa cuba tengok filem yang satu ni.. The Fox King (Semusim Lara) merupakan filem usahasama Malaysia dan Indonesia yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 17 September 2026.

 Assalamualaikum dan hai semua 

Wordless Wednesday | Nombor Pendaftaran Istimewa Siri H

wordless wednesday, nombor Pendaftaran siri H, bidaan tertinggi nombor plat siri H, bidaan paling banyak nombor plat siri H, nombor plat siri H,

wordless wednesday, nombor Pendaftaran siri H, bidaan tertinggi nombor plat siri H, bidaan paling banyak nombor plat siri H, nombor plat siri H,


 Assalamualaikum dan hai semua 

Drama Viu | The Hidden Hand ( Dia Perempuan Sialan) Uguyss ada drama baru dekat Viu .. nampak macam menarik untuk masuk dalam watchlist CCL. Kali ni genre seram + misteri + dendam pula. Tajuknya The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan).. Drama ni mula ditayangkan pada 18 September 2026 sebanyak 12 episod. 


Platform viu, drama viu, drama the hidden hand, drama dia perempuan sialan, tonton online drama the hidden hand, sinopsis drama the hidden hand

Pelakon Drama The Hidden Hand ( Dia Perempuan Sialan)

Antara pelakon yang membintangi drama ni ialah Meerqeen sebagai Syawal, Caitlin Halderman sebagai Riska, Hannah Delisha sebagai Nerina dan Umie Aida sebagai Puan Sri Asyikin.. Turut membintangi drama ni ialah Farah Ahmad, Amerul Affendi, Nadya Syahera, Nadia Aqilah, Ismail Yaacob, Ruminah Sidek dan Fiza Tijani.


Platform viu, drama viu, drama the hidden hand, drama dia perempuan sialan, tonton online drama the hidden hand, sinopsis drama the hidden hand

Sinopsis Drama The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)

Drama ni mengisahkan tentang Riska, seorang wanita yang menyimpan dendam terhadap sebuah keluarga kerana didakwa menjadi punca kehancuran hidup ibunya.. Disebabkan nak melaksanakan rancangan balas dendam, Riska menyusup masuk ke dalam keluarga tersebut dengan menyamar sebagai pembantu rumah.

Pada awalnya semuanya nampak macam satu rancangan yang sudah disusun dengan kemas. Tapi bila Riska mula mengenali keluarga tersebut dengan lebih dekat, perasaan dia sendiri mula bercampur-baur..Ada rasa kesian, ada konflik dalam diri dan pada masa yang sama niat asal untuk membalas dendam masih belum hilang.

Yang buatkan cerita ni semakin seram, Riska turut menggunakan ilmu hitam untuk membantu melancarkan rancangan dendamnya.. Tapi biasalah kan… bila dah mula bermain dengan benda-benda macam ni, lain pula jadinya.. Entiti yang dipanggil itu seolah-olah tidak mahu melepaskan sesiapa dengan mudah.

Jadi persoalannya, mampukah Riska menyelesaikan rancangan dendamnya? Atau akhirnya dia sendiri yang akan terperangkap dengan kuasa gelap yang dipanggil?

Kalau uguys memang peminat drama seram yang ada elemen dendam, rahsia keluarga, ilmu hitam dan misteri, boleh masukkan drama ni dalam watchlist.. Uguys ada yang dah mula tengok The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)? Best tak?


 Assalamualaikum dan hai semua 

Juara Ruang Komen Ogos 2026 | Blogger Syaz Rahim

First of all, minta maaf atas kelewatan untuk CCL umumkan Juara Ruang Komen bagi bulan Ogos 2026. Sebenarnya CCL dah screenshot keputusan ni pada awal bulan September lagi… cuma macam biasalah, screenshot dah ada, entri pula yang tak sempat nak tulis.. Ok, tak nak bebel panjang-panjang… jom kita tengok siapa yang berjaya menduduki Top 10 Ruang Komen CCL untuk bulan Ogos 2026.

top commentators, cara masukkan widget top commentators dalam blog, juara ruang komen julai 2026, widget top commentators

Seperti yang uguys nampak, tangga pertama dimenangi oleh Blogger Fanny. Tahniah akak! ..Tapi memandangkan Akak Fanny nun jauh di Indonesia, CCL pun fikir-fikir juga tentang urusan nak postage hadiah nanti. Jadi, untuk bulan Ogos ni CCL decide untuk memilih juara ruang komen di tangga kedua, iaitu Blogger Syaz Rahim

Tahniah akak Syaz..  Terima kasih banyak-banyak singgah dan tinggalkan komen dekat blog CCL. Kepada akak Syaz, boleh emailkan detail kepada CCL di virgoyana61@yahoo.com untuk urusan CCL pos sedikit hadiah tanda penghargaan. Tak besar mana pun hadiahnya, sekadar tanda terima kasih sebab sudi support blog CCL..

Dan tak lupa juga, tahniah dan terima kasih kepada Top 10 yang tersenarai untuk bulan Ogos..Terima kasih sebab masih sudi singgah, baca entri-entri CCL dan tinggalkan komen..

Untuk bulan September pula…CCL nak kongsi hadiah dengan siapa pulak eh?..Kita tunggu dan tengok siapa yang paling rajin singgah ruang komen bulan ni. Hehehe…


Assalamualaikum dan hai semua 

Astro Ria | Drama Sumpahan Mencintai Uguys… ada drama baru  masuk slot MegaDrama di Astro Ria ..Drama terbaru Sumpahan Mencintai  adaptasi daripada novel karya Ieya Sya yang bakal menemui penonton bermula 14 September 2026. Drama ni akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria, terbitan Radius One Sdn Bhd ni pula diarahkan oleh pengarah yang memang tak asing lagi dengan drama-drama penuh emosi, Rashid Sibir.

Barisan pelakon drama Sumpahan Mencintai 

Untuk barisan pelakon, antara yang bakal menghidupkan watak dalam drama ni ialah Niezam Zaidi sebagai Zakief, Siti Hariesa sebagai Akiera dan Nafiez Zaidi sebagai Zarif, selain Yuna Rahim, Uyaina Arshad, Dilla Ahmad dan ramai lagi.

drama sumpahan mencintai, tonton online drama sumpahan mencintai, novel sumpahan mencintai, sinopsis drama sumpahan mencintai, tonton live drama

Sinopsis Drama Sumpahan Mencintai

Drama ni mengisahkan tentang Akiera atau Kiera yang hidupnya berubah selepas dia terkena kata-kata 'sumpahan' daripada ibunya sendiri.Tiga tahun berlalu dan kehidupan Akiera benar-benar berubah. Tiada lagi tawa seperti dahulu, sebaliknya hanya senyuman palsu yang menyembunyikan penderitaan serta satu rahsia besar yang dipendamnya..  

Selepas kematian ibunya, Akiera akhirnya pulang ke kampung halaman untuk memohon kemaafan. Tapi kepulangannya bukanlah disambut dengan tangan terbuka.. Mak Ngah pula marah kerana Akiera tidak pulang ketika pengebumian ibunya. Keadaan bertambah rumit apabila Akiera terpaksa berhadapan dengan Zakief, lelaki yang menyimpan dendam dan kebencian yang mendalam terhadapnya.

Zakief menyalahkan Akiera atas segala yang berlaku tanpa mengetahui pengorbanan dan penderitaan sebenar yang selama ini ditanggung oleh wanita itu.

Sumpahan Mencintai membawa lakonan padu daripada Niezam Zaidi dan Siti Hariesa menerusi drama 24 episod yang sarat dengan kisah sumpahan, dendam dan rahsia keluarga.. Bagi uguys yang suka drama penuh emosi, memang boleh masukkan drama ni dalam watchlist. Lagi-lagi bila jalan ceritanya perlahan-lahan membuka segala rahsia dan kebenaran yang selama ni disimpan.. Apa sebenarnya yang berlaku kepada Akiera? Kenapa Zakief begitu membenci dan menyimpan dendam terhadapnya? 

Nampaknya kena tengok episod demi episod untuk tahu bagaimana segala persoalan dan rahsia akhirnya terungkai. 


 Assalamualaikum dan hai semua 

Blog Archive August 2026 | Pageview 96k Views & 11 Journalist

Dah masuk 2 minggu kita semua dalam bulan September, baru CCL sempat nak recap Blog Archive bulan Ogos. . Biasalah… kadang-kadang bukan tak nak update, tapi masa tu yang macam tak cukup-cukup. Tahu-tahu dah pertengahan bulan baru teringat, ehhh, blog archive bulan lepas belum buat lagi kan .. announcement untuk top comment bulan ogos pun CCL belum umumkan lagi .. 

Blog archive, Pageview blog, archivement blog, pencapaian blog, cara dapat Pageview blog, prestasi bulanan blog

Blog archive, Pageview blog, archivement blog, pencapaian blog, cara dapat Pageview blog, prestasi bulanan blog

Untuk bulan Ogos ni, pageview blog memang agak turun merundum jugaklah. .Sepanjang 31 hari bulan Ogos, CCL dapat 96K pageview.. Kalau nak dibandingkan dengan bulan-bulan sebelum nie, memang nampak penurunan yang agak ketara. Tapi tak apalah… pageview ni ada masa naik, ada masa turun..

Blog archive, Pageview blog, archivement blog, pencapaian blog, cara dapat Pageview blog, prestasi bulanan blog

Untuk Journalist bulan Ogos pulak, tak banyak sangat CCL update.. Ada 11 entri sahaja yang sempat CCL terbitkan sepanjang bulan tu. 11 pun 11 lah kan… daripada langsung tak ada entri, sekurang-kurangnya masih ada cerita yang berjaya masuk dalam blog. .Apa yang berlaku, apa yang menarik perhatian, apa yang rasa nak simpan sebagai kenangan… kita tulis kan ..

Tenkiu uguys yang masih sudi singgah, baca entri dan tinggalkan komen dekat blog CCL..Walaupun pageview turun, walaupun entri tak banyak, tapi bila nampak masih ada yang datang berkunjung… 

Assalamualaikum dan hai semua 

Lunch | Nasi Putih & Sambal Udang

sambal udang, resepi sambal udang manis, resepi sambal udang, nasi putih sambal udang, resepi mudah sambal udang, resepi udang

Tengahari ni bekal dari kafe, tapau dan letak dalam bekas tupperware ni sebelum naik makan dalam office.. Untuk menu hari ni CCL ambil sambal udang sahaja. Memandangkan bekas compartment tupperware ni ada dua ruang je, memang ngam sangat laaa sebelah untuk nasi, sebelah lagi untuk lauk. Cukuplah macam tu, tak perlu ambil banyak-banyak. Nanti kalau tak habis, membazir pula kan.. Tambah sikit timun dengan tomato atas tu.. Simple je lunch hari ni, tapi alhamdulillah kenyang perut. 

Uguys lunch apa tengahari ni? 


 Assalamualaikum dan hai semua 

Kuih Karas & Cucur Peneram Dua tiga hari lepas, CCL dapat kuih karas dan cucur peneram daripada regular customer.. Memang setiap kali dia turun ke Perlis, dia akan maklumkan dekat CCL. Tak cukup dengan tu, mesti ada buah tangan yang dibawa untuk CCL. Alhamdulillah… dapat customer yang baik macam ni pun salah satu rezeki juga kan..


kuih karas, cucur peneram, kuih tradisional melayu, senarai kuih tradisional melayu, jenis kuih tradisional melayu, resepi kuih karas,

Kali ni dapat pula kuih tradisional, kuih karas dan cucur peneram. Dua-dua memang sedap! Uguys pernah makan tak dua kuih ni? Kuih karas tu rangup-rangup  manakala cucur peneram pula ada rasa manis gula merah yang tersendiri  ..tapi tak ada la terlampau manis .. Tapi kalau nak pilih antara dua ni, cucur peneram tetap jadi favourite CCL!  Kalau tiba-tiba teringin nak makan, CCL selalu beli dekat pasar tadi. Lagi best kalau dapat makan masa masih panas-panas… memang crunchy!

Terima kasih banyak-banyak buat regular customer CCL yang tak pernah lupa bawa buah tangan setiap kali datang ke Perlis. 

 Assalamualaikum dan hai semua 

Jus Avokado Niat asal CCL pergi ke C-Mart hari tu nak beli buah laici. Tapi biasalah kan… bila dah teringin nak beli, pergi tengok atas rak sekali out of stock pula.. Haihh Bila tak beli, bukan main banyak lagi laici atas rak. Bila dah teringin, hilang entah ke mana.. Jadi, tukar planlah. CCL nampak buah avokado pula atas rak. Sebenarnya CCL tak pernah rasa buah avokado ni. Selama ni cuma dengar orang cakap buah avokado ni rasanya lemak-lemak..


Jus avokado, buah avokado, harga buah avokado, jus avokado sedap, jus avokado berlemak, harga jus avokado, resepi jus avokado berlemak

Disebabkan rasa nak cuba, CCL beli dua biji dulu. Sebiji pun dah RM5 tau! Jadi beli dua biji cukuplah untuk rasa-rasa dulu..Balik rumah, terus CCL jadikan buah avokado ni jus avokado. Belah buah tu, sekali nampak bijinya… besar betul! ..Biji avokado ni kalau semai, boleh hidup tak?.. Ada uguys pernah cuba semai biji avokado?


Jus avokado, buah avokado, harga buah avokado, jus avokado sedap, jus avokado berlemak, harga jus avokado, resepi jus avokado berlemak

Untuk buat jus, CCL guna isi buah avokado .. CCL guna sebiji dulu, susu cair, sedikit air dan susu pekat. Lepas tu masa blend, CCL masukkan sikit ais kiub. Jadi lebih kurang ala-ala smoothie gitu.. Satu biji avokado rupanya boleh juga buat lebih kurang tiga cawan. Dapatlah CCL bagi mak dan adik CCL sorang satu cawan.

Dan rasanya? Memang sedap.. Rasa lemak-lemak avokado tu memang ada, tambah pula dengan susu dan sedikit manis daripada susu pekat. Bila minum sejuk-sejuk, memang ngam!


 Assalamualaikum dan hai semua

Doorgift Sachet Tea & Jem Strawberi Petang semalam CCL pergi kenduri kawan. Macam biasa, bila dah selesai makan dan selesai berjumpa dengan tuan rumah, satu benda yang CCL mesti tertunggu-tunggu… doorgift!.. Bukan apa, seronok juga tengok apa yang tuan rumah pilih untuk bagi kepada tetamu. Kadang-kadang lain majlis, lain pula jenis doorgift yang kita dapat kan ..

doorgift kenduri, doorgift bajet murah, doorgift murah, doorgift sachet teh, doorgift minimalist, packaging doorgift, senarai doorgift untuk kenduri

Kali ni punya doorgift memang minimalist sangat. Kecil, simple dan comel. Tuan rumah bagi satu sachet teh bersama jem strawberi.. Nampak simple kan? Tapi bila dah dikemaskan dalam packaging yang cantik, terus nampak menarik. CCL tengok pun rasa macam, eh comelnya! ..dua-dua pun boleh guna.. Teh boleh bancuh minum pagi , jem strawberi pulak boleh makan dengan roti untuk sarapan. Jadi tak adalah doorgift tu sekadar jadi hiasan sajakan ..sangat berguna ..

Sekarang ni memang banyak idea doorgift yang kreatif.. Tak semestinya kena keluarkan bajet yang besar untuk bagi doorgift kepada tetamu. Barang yang simple pun boleh nampak eksklusif kalau packaging dibuat dengan cantik dan kemas.. Lagipun tetamu datang untuk meraikan hari bahagia tuan rumah. Doorgift kecil ni kira macam tanda terima kasih sebab hadir jemputan kenduri .. Anyway selamat pengantin baru buat Syed & Alin.. 

Uguys kalau pergi kenduri, jenis yang excited jugak tak nak tengok doorgift apa yang bakal dibawa balik? 

Assalamualaikum dan hai semua 

Mini Luggage Pemberian daripada Blogger Suria Amanda Bulan Mac 2026 yang lalu, CCL terpilih sebagai Top Komen di ruangan blog akak Suria Amanda (SA). Boleh baca entri Menang Top Komen Mac di Blog SA ..sampai sekarang CCL belum sempat nak update tentang hadiah yang CCL terima daripada akak SA ni.. Sebenarnya hadiah ni dah lama sampai dan CCL pun dah beberapa kali guna. Memang sangat berguna bila nak travel ! 

mini luggage comel, mini luggage murah, luggage travel kecil, mini Luggage makeup, luggage ringan dan praktikal, hadiah bajet, mini Luggage comel

Taraa... Akak SA hadiahkan CCL  mini luggage warna peach. Comel sangat warnanya! CCL memang suka sangat-sangat. Siap ada scarf ribbon yang diikat cantik pada pemegang luggage tu..Saiz mini luggage ni lebih kurang 14cm dan walaupun nampak kecil, jangan pandang sebelah mata tau. Ruang dalamnya agak luas dan boleh isi macam-macam keperluan travel..


mini luggage comel, mini luggage murah, luggage travel kecil, mini Luggage makeup, luggage ringan dan praktikal, hadiah bajet, mini Luggage comel

Pemegangnya pula sangat selesa sebab menggunakan material silicone yang lembut. Nak pegang lama-lama pun memang akan rasa selesa ..


mini luggage comel, mini luggage murah, luggage travel kecil, mini Luggage makeup, luggage ringan dan praktikal, hadiah bajet, mini Luggage comel

Bahagian zip pun CCL suka sebab sangat smooth bila dibuka dan ditutup. Material luggage ni pula tebal, nampak tahan lasak dan kalis air. Memang sesuai dibawa berjalan.


mini luggage comel, mini luggage murah, luggage travel kecil, mini Luggage makeup, luggage ringan dan praktikal, hadiah bajet, mini Luggage comel

Yang menariknya, dalam mini luggage ni ada tiga compartment. Ada bahagian berzip dan ada juga yang terbuka, jadi senang nak asingkan barang-barang..Boleh letak macam-macam keperluan kecil seperti mini sejadah, telekung, tudung, pakaian dalaman, makeup dan toiletries. Banyak juga benda boleh sumbat dalam ni..


mini luggage comel, mini luggage murah, luggage travel kecil, mini Luggage makeup, luggage ringan dan praktikal, hadiah bajet, mini Luggage comel

Selain tu, luggage ni siap ada sleeve di bahagian belakang, jadi boleh sangkut pada pemegang luggage besar. Memang travel friendly sangat! ..Pendek kata, walaupun saiznya mini, kegunaannya memang maksimum..

Terima kasih banyak-banyak akak SA atas hadiah yang comel dan sangat berguna ni. CCL suka sangat!..

Korang yang nak cuba jadi Top Komen di blog akak Suria Amanda, bolehlah terjah blog beliau dan rajin-rajin tinggalkan komen. Mana tahu rezeki korang pula dapat hadiah menarik macam CCL ni..

Terima kasih sekali lagi akak SA! ..



 Assalamualaikum dan hai semua 

Mesra Bites | Kek Strawberry Swiss Roll 

Mesra bite, kek slices mesra bite, kek strawberry swiss roll, strawberry swiss roll, kek strawberi gulung, produk makanan mesra petronas

Lepas cuba Kek Marble Butter dan Kek Pandan Swiss Roll, kali ni CCL cuba pula Kek Strawberry Swiss Roll daripada Mesra Bites.. Seperti biasa… sedap!! ..Kek gulung yang lembut dengan jem strawberi di dalam tu memang ngam! Rasa manisnya pun tak terlalu kuat, jadi memang sesuai sangat kalau nak makan sambil cicah dengan kopi. 

Harga pun murah je, RM1.70 sepotong. Berbaloi kan? CCL suka konsep jual kek secara slice macam ni sebab kita boleh cuba dulu setiap flavour. Kalau sedap, boleh repeat lagi. Kalau kurang kena dengan tekak, tak adalah rasa rugi sangat kan..betul tak ??

Tapi setakat ni, ketiga-tiga flavour yang CCL dah cuba semuanya CCL approve!..

Untuk uguys yang nak cuba, bolehlah cari Mesra Bites di stesen minyak Petronas berdekatan. Mana tahu ada flavour lain yang menarik untuk dicuba juga..

Uguys, dah pernah cuba Kek Strawberry Swiss Roll ni?


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (174)
    • ▼  November (3)
      • Sushi Empire In Box
      • Juara Ruang Komen Oktober 2026 | Blogger Adnil Linda
      • Blog Archive October 2026 | 54K Pageview & 10 Jour...
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (14)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (11)
    • ►  April (23)
    • ►  Mac (33)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (472)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (61)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

JUARA RUANG KOMEN JAN-DIS 2026

  • SAJE SUKA-SUKA
    Perth - Hari ke 2 - Ladang strawberry
  • SURIA AMANDA
    Lepak Berdua Di Yoki Cafe & Eatery Seremban
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Family Gathering Santai & Sambutan Birthday Julai-Disember Penuh Meriah
  • Sii Nurul
    Pengalaman Mengambil Lesen Memandu Kereta Kelas DA di Kudat
  • Drawing the Words
    Stylista Is In The House
  • D'Cat Queen
    MENIKMATI CENCARU DAN CUMI DI ZAM IKAN BAKAR CYBERJAYA
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Mencuba Kopi Saigon
  • My Name Is Faa
    #43 Terima Kasih Cik Cappucino Latte (CCL) !

BLOGLIST

  • cikcappuccinolatte
    Sushi Empire In Box
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: POV - ASKAR PENCEN :.
  • Blog Begins At Forty
    November 2, 2026
  • Nieyl's Life Story
    Pengumuman Top Komentator Oktober 2026
  • Coffee Break With Me
    Makan Tengahari di Boat Noodle
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Blog archive - October 2026
  • SURIA AMANDA
    Lepak Berdua Di Yoki Cafe & Eatery Seremban
  • Hidup Itu Indah
    Selamat Menduduki Peperiksaan UPKK
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Family Gathering Santai & Sambutan Birthday Julai-Disember Penuh Meriah
  • Mulan
    ALHAMDULILLAH. HOME SWEET HOME.
  • Sii Nurul
    Pengalaman Mengambil Lesen Memandu Kereta Kelas DA di Kudat
  • KakmimDotCom
    Tapi Sayang...
  • Drawing the Words
    Stylista Is In The House
  • Blog Sihatimerahjambu
    Makan Malam di Gastrohub Nilai
  • Ciktom
    CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 BRINGS THE ROAR OF 100 LAMBORGHINIS FROM PUTRAJAYA TO SEPANG
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Maggi goreng, sandwich telur dan rumusan Ogos
  • Bola Katok
    Singgah ZUS lagi beli air ube.
  • Manis Strawberi
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST VIEWED POST

  • Astro Prima | Drama Menantu Tanpa Reda
  • Bekal Hari Ni | Pajeri Nenas & Udang Masak Kunyit
  • Lirik Lagu Jiwa Yang Mengalah | Bellestrelle ft Harry AI Team
  • Blog Archive October 2026 | 54K Pageview & 10 Journalist
  • HOMEMADE GARLIC BUTTER SPREAD SUPER DUPER EASY JIMAT MASA DAN TENAGA
  • Juara Ruang Komen Oktober 2026 | Blogger Adnil Linda
  • Viu | Drama Bayangan Dendam
  • 5 TIPS BISNES ONLINE UNTUK NEWBIE
  • Sushi Empire In Box
  • CEK NUFFNANG BAGI TAHUN 2017 SELAMAT SAMPAI

COMING SOON

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte