cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

 Assalamualaikum dan hai semua 

10 Mac 2026 | 2 Tahun Tanpa Raut Wajah Susuk Badan Arwah Tok Hari ni 10 Mac 2026..Hampir-hampir juga CCL terlupa tarikh ni. Tarikh yang menyimpan satu kenangan yang sangat mendalam dalam hidup CCL.. Pada tarikh inilah CCL kehilangan arwah tok, mak kepada ayah CCL.

Pemergian arwah tok , ziarah pusara, waktu terbaik ziarah kubur, doa untuk arwah,

Pagi tadi sebelum pergi kerja, CCL sempat singgah ziarah pusara arwah tok. Lepas rindu sikit. Walaupun hakikatnya CCL tahu… yang dapat dilihat sekarang cuma tanah dan batu nisan sahaja..Tak ada lagi raut wajah arwah tok, tak ada lagi suara arwah tok yang suka membebel itu ini.. yang tinggal sekarang cuma kenangan..Kalau rindu, hanya gambar yang boleh ditatap...kalau teringat, hanya pusara yang boleh CCL ziarahi.

Hari ni genap dua tahun pemergian arwah tok. CCL masih ingat lagi saat tu. Arwah tok pergi beberapa hari sebelum Ramadan tiba. Memang terasa sayu sangat waktu tu..Semoga arwah tok ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diberikan ketenangan di sana.

Al-Fatihah buat arwah tok..Moga tenang di taman syurga..

Assalamualaikum dan hai semua 

Rupa Puding Karamel , Menjadi Ke Tidak ? Semalam sebelum nak tidur, CCL sempat masuk dapur sebab teringat dah beberapa hari adik lelaki CCL request nak makan puding karamel...Puding ni memang antara dessert favourite adik dengan CCL juga.. Lepas tengok ramai cuba resepi daripada Khairul Aming tu, CCL pun teringin juga nak buat. Tapi bila pergi cari bahan, cheese pula rata-rata out of stock. Jadi malam tadi CCL buat saja guna apa yang ada. Semua bahan lengkap kecuali cheese. Maka terjadilah puding karamel tanpa cheese. Kira menderhaka sikitlah dengan resepi KA tu. Hehe. 

Masa tengah buat puding karamel sorang-sorang di dapur, tiba-tiba teringat pula kenangan lama. Dulu masa arwah tokwan CCL masih ada, setiap kali bulan puasa mesti hampir setiap minggu arwah akan beli puding karamel untuk cucu-cucu dia makan. Sekarang arwah tokwan dah tak ada… jadi jaranglah nak makan puding karamel. Bukan tak boleh beli, boleh saja. Cuma kadang risau kalau terbeli puding karamel yang bau hanyir telur.

Baca sini juga : Resepi Puding Karamel Khairul Aming

Jadi kali ni atas permintaan adik, CCL gagahkan juga buat sendiri. Sambil-sambil tu terkenang memori lama dengan arwah tokwan. Tiba-tiba rasa rindu pula. Apa khabar lah arwah tokwan di sana..

puding karamel, puding karamel khairul aming, cara mudah buat puding karamel, puding karamel tanpa hanyir telur, resepi Khairul Aming

Bancuhan puding karamel tu CCL tuang dalam bekas yang ada.. Muat-muat saja dalam periuk pengukus.. Lepas tu kena kukus dan tunggu sampai siap. Bila dah cukup masa dan buka penutup periuk kukus… CCL tengok pun macam tertanya-tanya dalam hati, jadi ke tidak ni? Harap-harap menjadi lah ya.

puding karamel, puding karamel khairul aming, cara mudah buat puding karamel, puding karamel tanpa hanyir telur, resepi Khairul Aming

Lepas tu bagi sejuk sikit sebelum masukkan dalam peti ais. Sekarang tak sabar pula nak tunggu esok. Macam mana lah rupa dan kejadian puding karamel CCL ni nanti. Jadi cantik ke… atau sebaliknya? 
Assalamualaikum dan hai semua 

Spaghetti Bolognese | Khairul Aming

spaghetti Bolognese Khairul Aming, resepi spaghetti Bolognese, resepi Khairul Aming, resepi sos Bolognese, sos spaghetti Bolognese,

Bahan-bahan untuk spaghetti Bolognese 
  • Spaghetti 
  • Daging kisar beku
  • 1 batang seleri
  • 1 ulas bawang holand
  • 1 lobak merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 tin tomato puri
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 1 sudu oregano
  • 1 sudu chili flakes 
  • Garam
  • Lada hitam
  • 1 helai daun salam
  • 1 kiub pati lembu
  • Taburan keju parmesan 

Cara membuat spaghetti Bolognese versi Khairul Aming 

spaghetti Bolognese Khairul Aming, resepi spaghetti Bolognese, resepi Khairul Aming, resepi sos Bolognese, sos spaghetti Bolognese,

- hancurkan daging kisar, goreng daging kisar tanpa minyak sehingga sedikit garing ..

spaghetti Bolognese Khairul Aming, resepi spaghetti Bolognese, resepi Khairul Aming, resepi sos Bolognese, sos spaghetti Bolognese,

- untuk sos, masukkan saleri, bawang holand, lobak merah dan bawang putih dalam chopper dan tumis sehingga sedikit layu 

-masukkan tomato puri bersama 2 biji tomato yang dikisar halus . 

spaghetti Bolognese Khairul Aming, resepi spaghetti Bolognese, resepi Khairul Aming, resepi sos Bolognese, sos spaghetti Bolognese,

- masukkan satu sudu oregano, chili flakes, sedikit garam dan serbuk lada hitam . Masukkan sehelai daun salam daun kiub pati lembu ..tambah sedikit air dan gaul sehingga masak dan pecah minyak ..

spaghetti Bolognese Khairul Aming, resepi spaghetti Bolognese, resepi Khairul Aming, resepi sos Bolognese, sos spaghetti Bolognese,

-sos Bolognese siap dihidangkan bersama spaghetti ..taburkan sedikit cheese parmesan . 

Assalamualaikum dan hai semua 

Pretzels | Khairul Aming

Pretzels, cara mudah bust pretzels, resepi pretzels sukatan cawan, pretzels Khairul Aming, resepi Khairul Aming, resepi pretzels lembut

Bahan-bahan untuk pretzels 
  • 1 sudu yis
  • ¼ cawan gula perang 
  • 4 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • Garam kasar
  • Mentega cair

Cara membuat pretzels Khairul Aming 

Pretzels, cara mudah bust pretzels, resepi pretzels sukatan cawan, pretzels Khairul Aming, resepi Khairul Aming, resepi pretzels lembut

Pretzels, cara mudah bust pretzels, resepi pretzels sukatan cawan, pretzels Khairul Aming, resepi Khairul Aming, resepi pretzels lembut

Pretzels, cara mudah bust pretzels, resepi pretzels sukatan cawan, pretzels Khairul Aming, resepi Khairul Aming, resepi pretzels lembut

  1. Campurkan 1 ¼ cawan air, yis dan gula perang bersama tepung gandum . Uli sehingga menjadi doh . Biarkan doh mengembang  selama 30 minit 
  2. Potong doh tersebut memanjang atau ikut citarasa sendiri
  3. Rendamkan potongan doh tadi ke dalam campuran 1 cawan air dengan soda bikarbonat . Tabukan sedikit garam kasar ke atas doh lalu bakar dalam ketuhar dengan suhu 250óc selama 5minit  
  4. Nak nampak pretzels berkilat sapukan  pretzels yang siap dibakar tadi dengan mentega cair
  5. Pretzels tadi siap dihidangkan bersama coklat Nutella mahupun makan bersama sos cheese .

 Assalamualaikum dan hai semua 

Bumi Perlis Hujan

Sekian lama bumi Perlis tak boleh berpisah dengan cuaca hangat lit-lit . Panas terik dari pagi sampai ke petang, kadang rasa bahangnya sampai menusuk ke kulit. Nak keluar rumah pun kena fikir dua tiga kali,... Tapi petang ni lain pula ceritanya. Alhamdulillah… hujan rahmat turun mencurah-curah membasahi bumi Perlis. Sekali dengan dentuman manja guruh di langit..bagi tanda yang hujan kali ni memang betul-betul nak turun. Hujan lebat, basah betul jalan dan halaman rumah.

doa ketika hujan lebat, doa ketika hujan, bumi perlis hujan, hujan di perlis,

Paling best mestilah bau hujan tu. Bau tanah, bau jalan tar yang kena air hujan tu memang ada aura tersendiri. Automatik rasa segar, tenang, dan nyaman.. Panas yang seharian terasa macam terus hilang dibawa angin hujan.

Selepas lama bumi Perlis disimbah panas terik, akhirnya Allah turunkan juga hujan sebagai penyejuk...Alhamdulillah… terima kasih Allah atas hujan rahmat ini. Semoga bumi Perlis terus dilimpahi keberkatan

Assalamualaikum dan hai semua 

Chocolate Mousse | Khairul Aming

chocolate Mousse, resepi chocolate Mousse Khairul Aming, resepi chocolate Mousse, dessert chocolate Mousse, cara mudah buat chocolate Mousse,

Bahan-bahan untuk chocolate Mousse 
  • ½ cawan cooking cream 
  • 2 cawan coklat chip
  • 1 kotak whipping cream 

Cara membuat chocolate Mousse versi Khairul Aming 

chocolate Mousse, resepi chocolate Mousse Khairul Aming, resepi chocolate Mousse, dessert chocolate Mousse, cara mudah buat chocolate Mousse,

Panaskan cooking cream, lalu campurkan coklat cip daun gaul sehingga coklat cip cair dan adunan menjadi pekat . Lalu sejukkan adunan tersebut.

chocolate Mousse, resepi chocolate Mousse Khairul Aming, resepi chocolate Mousse, dessert chocolate Mousse, cara mudah buat chocolate Mousse,

Putarkan whipping cream sehingga mengembang , lalu campurkan dengan adunan coklat tadi yang telah disejukkan . Tuang ke dalam cawan lalu sejukkan selama beberapa jam  

Selamat mencuba 

 Assalamualaikum dan hai semua 

Misi Pencarian Serbuk Kacang Hijau & Kacang Badam Cincang

Masuk je minggu kedua Ramadan, timeline dah penuh dengan cerita kuih raya, deco rumah, langsir baru… tapi CCL steady dulu. Persiapan baju raya pun CCL sekeluarga belum decide nak beli warna apa .. Tahun ni CCL buat keputusan besar sikit ..tak beli kuih raya, 100% nak buat sendiri dengan mak dan adik.. Bukan apa, harga kuih raya sekarang memang boleh tahan. Satu balang pun dah macam harga lauk seminggu. Jadi daripada beli banyak-banyak, baik kita buat sendiri. Lagi puas hati, lagi jimat, lagi ada moment manis dalam dapur sama-sama.

Hari tu singgah pasaraya konon nak beli sikit-sikit dulu barang asas. Buttercup masuk troli, cornflakes, esen vanilla, serbuk koko, kacang tanah, minyak sapi… semua ambil sikit demi sikit. .Tapi bila CCL cari serbuk kacang hijau dengan kacang badam cincang… rak kosong! Memang ramai betul dah start baking awal nampaknya. Nak singgah kedai bahan kek khas tu pun tengok orang beratur panjang. Terus rasa macam… takpelah nak balik cari dalam Shopee.. 

Balik rumah terus buka Shopee. Nasib baik jumpa stok. Serbuk kacang hijau tinggal tiga je masa tu. Tanpa fikir panjang, terus checkout.

serbuk kacang hijau , tepung kacang hijau , harga serbuk kacang hijau 1kg, kacang almond, kacang badam , badam cincang, kacang badam cincang, badam ,

✔️ Serbuk kacang hijau 1kg – RM24.90

✔️ Kacang badam cincang 500g – RM14.90

Alhamdulillah, dua-dua dah selamat sampai. Rasa lega lain macam bila bahan penting dah ada depan mata.

Sekarang ni tinggal nak susun jadual je. Bila nak start projek kuih raya dengan mak dan adik. Biasanya part paling seronok bukan masa makan… tapi masa proses tu. Tepung berterabur sikit, oven bunyi “ting!”, sambil sembang cerita lama-lama.

Tapi persoalannya… CCL nak buat kuih apa sebenarnya dengan serbuk kacang hijau dan badam cincang tu .. cuba uguys teka .. 

Assalamualaikum dan hai semua 

Udang Masak Tempoyak Petai | Khairul Aming

Udang masak tempoyak petai Khairul Aming, udang masak tempoyak petai, udang masak tempoyak, udang masak tempoyak Khairul Aming, resepi Khairul Aming,

Bahan Udang Masak Tempoyak Petai
  • Udang 
  • Serbuk kunyit
  • 4 tangkai cili besar
  • 8 tangkai cili padi 
  • 1 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (diketuk)
  • ⅓ kotak santan
  • 2 helai daun limau purut
  • ½ kiub pati ayam 
  • 2 sudu tempoyak
  • Petai

Cara membuat udang masak tempoyak petai versi Khairul Aming 

Udang masak tempoyak petai Khairul Aming, udang masak tempoyak petai, udang masak tempoyak, udang masak tempoyak Khairul Aming, resepi Khairul Aming,

- Gaul udang bersama garam dan kunyit . Goreng dalam minyak panas sehingga udang tersebut kekuningan .

Udang masak tempoyak petai Khairul Aming, udang masak tempoyak petai, udang masak tempoyak, udang masak tempoyak Khairul Aming, resepi Khairul Aming,

- masukkan cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang besar ke dalam chopper lalu tumiskan bahan tersebut bersama sebatang serai .

- masukkan sedikit santan dan air, gaul rata sehingga sedikit mendidih . Masukkan daun limau purut, kiub pati ayam dan juga garam gula.

Udang masak tempoyak petai Khairul Aming, udang masak tempoyak petai, udang masak tempoyak, udang masak tempoyak Khairul Aming, resepi Khairul Aming,

- tambah dua sudu tempoyak. Tumis sehingga pecah minyak .

- masukkan udang dan petai , gaul sebati dan siap untuk dihidangkan 

Assalamualaikum dan hai semua 

Tauhu Sumbat Crispy | Khairul Aming

tauhu Sumbat Crispy Khairul Aming, tauhu sumbat Crispy, resepi Khairul Aming, resepi tauhu sumbat, tips goreng tauhu jadi crispy, tauhu goreng, tauhu

Bahan-bahan tauhu sumbat crispy 
  • Tauhu
  • 2 sudu tepung beras 
  • 2 sudu tepung bestari 
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cili kisar
  • ⅓ cawan sos thai
  • ½ cawan tepung jagung
  • 2 ketul gula melaka (dihiris)
  • Garam & gula
  • Lobak merah, sengkuang , timun dan taugeh (disagat)

Cara membuat tauhu sumbat Crispy versi Khairul Aming 

tauhu Sumbat Crispy Khairul Aming, tauhu sumbat Crispy, resepi Khairul Aming, resepi tauhu sumbat, tips goreng tauhu jadi crispy, tauhu goreng, tauhu

- potong tauhu menjadi segi tiga . Gaulkan tepung beras dan tepung bestari dengan sedikit garam dan secawan air . Rendam tauhu ke dalam air bancuhan tepung tersebut . 

tauhu Sumbat Crispy Khairul Aming, tauhu sumbat Crispy, resepi Khairul Aming, resepi tauhu sumbat, tips goreng tauhu jadi crispy, tauhu goreng, tauhu

tauhu Sumbat Crispy Khairul Aming, tauhu sumbat Crispy, resepi Khairul Aming, resepi tauhu sumbat, tips goreng tauhu jadi crispy, tauhu goreng, tauhu

- Untuk sos, kisarkan bawang putih, cili kisar, sos thai , tepung jagung dengan 3 cawan air . Kisar sehingga halus . Masak sehingga sos tersebut nampak pekat . Boleh masukkan garam & gula ..

tauhu Sumbat Crispy Khairul Aming, tauhu sumbat Crispy, resepi Khairul Aming, resepi tauhu sumbat, tips goreng tauhu jadi crispy, tauhu goreng, tauhu

- Goreng tauhu. Renjiskan air tepung supaya tauhu kelihatan lebih rangup . Biarkan dauhu sedikit sejuk boleh hiriskan sedikit tauhu

- lobak merah, sengkuang dan timun disagat .. gaul semua bersama taugeh . Bahan tersebut kemudiannya disumbat ke dalam tauhu goreng tadi .. 

Siap dihidangkan 

 Assalamualaikum dan hai semua 

Shopee Live 1 Pagi |Checkout Tumbler ZUS Edisi Raya 2026!

Tumbler ZUS edisi raya 2026, tumbler frozee ZUS edisi raya 2026, coffee cup ZUS edisi raya 2026, harga diskaun tumbler ZUS edisi raya, tumbler ZUS,

Kalau sebut ZUS Coffee ni memang susah nak buat-buat tak nampak bila lalu live dia 🤭 Lagi-lagi bila keluar edisi raya… memang auto rasa “eh comel laaa” walaupun jam dah pukul 1 pagi! .. sebenarnya cerita ni dua hari lepas… waktu orang lain dah lena dibuai mimpi, CCL pula mata segar bugar tak ada tanda-tanda nak tidur. Biasalah, tangan pun mula laa scroll dan slide live dekat Shopee..Tengah-tengah slide tu… eh eh tersangkut pulak dekat live ZUS! Admin yang tengah live tu bukan biasa-biasa, tengah promote Tumbler ZUS Edisi Raya 2026..Memang dugaan sungguh..

Tumbler ZUS edisi raya 2026, tumbler frozee ZUS edisi raya 2026, coffee cup ZUS edisi raya 2026, harga diskaun tumbler ZUS edisi raya, tumbler ZUS,

Sebenarnya sebelum ni CCL dah nampak tumbler raya ni masa live TikTok Pin Yang. Tapi waktu tu masih berjaya tahan diri. Konon nak tunggu keluar dekat Shopee… mana tahu ada voucher, ada diskaun, boleh jimat sikit. Kita ni bukan tak nak, cuma strategi kena ada nak beli belah ni kan .. nak-nak musim raya ni banyak duit nak dilaburnya ..

Koleksi Tumbler Frozee ZUS Raya 2026 & Koleksi Coffee Cup ZUS Raya 2026

Tumbler ZUS edisi raya 2026, tumbler frozee ZUS edisi raya 2026, coffee cup ZUS edisi raya 2026, harga diskaun tumbler ZUS edisi raya, tumbler ZUS,

Untuk koleksi tumbler frozee ada tiga warna signature biru, pink dan hijau.Corak dia jenis glossy emboss, timbul-timbul gitu. Pegang mesti rasa premium weh.

Tumbler ZUS edisi raya 2026, tumbler frozee ZUS edisi raya 2026, coffee cup ZUS edisi raya 2026, harga diskaun tumbler ZUS edisi raya, tumbler ZUS,
Selain tumbler, ada juga koleksi coffee cup versi raya. Warna pun sama biru, pink dan hijau. Design dia lebih simple tapi tetap ada corak glossy emboss.

Harga asal satu tumbler RM79..Tapi masa live tu CCL guna voucher sempena 3.3… terus dapat harga RM49! ..Haa yang ni memang CCL tak fikir panjang dah. Terus checkout satu.. Anggap je lah ni sebagai self rewards  untuk bulan ni ..Harga daripada RM79 turun RM49, beza RM30 kot… memang rasa berbaloi sangat..Rasa macam nak checkout semua sekali. Tapi mujur sempat pujuk diri sendiri.suka..Memang rambang mata dibuatnya.

Baju raya pun belum beli lagi… kalau dah sakan beli tumbler, kang bajet bulan ni lari jauh ..Nak tahu warna apa CCL pilih? Hehe… uguy teka dulu ..Team biru?, Team pink? atau team hijau??

 Assalamualaikum dan hai semua 

Wordless Wednesday | Gerhana Bulan 13 Ramadan 1447H

Gerhana bulan , solat sunat Gerhana bulan, cara solat sunat Gerhana bulan, doa ketika gerhana bulan, solat hajat gerhana bulan,

Siakap Stim Bersantan | Khairul Aming

Siakap stim bersantan khairul aming, ikan siakap stim, ikan siakap stim bersantan, resepi Khairul Aming, menu ikan siakap, ikan siakap stim

Bahan untuk siakap stim bersantan 
  • Ikan siakap
  • 5 batang serai 
  • Hirisan halia
  • Daun limau purut
  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • Halia sebesar ibu jari 
  • Akar ketumbar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili padi
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 sudu sos ikan
  • Garam & gula
  • Sos cili thai
  • Perahan limau nipis

Cara penyediaan siakap stim bersantan versi Khairul Aming 

Siakap stim bersantan khairul aming, ikan siakap stim, ikan siakap stim bersantan, resepi Khairul Aming, menu ikan siakap, ikan siakap stim

Siakap stim bersantan khairul aming, ikan siakap stim, ikan siakap stim bersantan, resepi Khairul Aming, menu ikan siakap, ikan siakap stim

  1. Kelar ikan siakap di bahagian perut ikan, sumbatkan dua batang serai , halia dan daun limau purut  . Kelar pada bahagian badan ikan,lalu kukus selama 15minit mengikut saiz ikan . 
  2. Campurkan hirisan lengkuas, halia,serai, bawang putih, cili serta masukkan juga akar ketumbar dan daun limau purut 
  3. Masukkan satu kotak santan beserta air .. masak sehingga sedikit mendidih
  4. Tambah gula dan garam . Masukkan satu sudu sos ikan , serta tambahkan air lebihan kukusan ikan siakap tadi .. 
  5. Tuangkan kuah yang siap dimasak ke atas ikan , letakkan sos thai cili dan perahan limau nipis 

Sedia dihidangkan 

 Assalamualaikum dan hai semua 

Juara Ruang Komen Februari 2026 : Blogger Roziah @ Cie !! Alhamdulillah… selesai sudah misi ruang komen bulan Februari. Dan seperti yang dijanjikan, inilah dia insan bertuah yang paling rajin meninggalkan jejak kasih di blog sepanjang bulan lepas.. Juara Ruang Komen Februari 2026 jatuh kepada Blogger Roziah @ Cie

Top Commentators, pemilihan top Commentators, juara ruang komen, pemilihan juara ruang komen , juara ruang komen februari 2026

Memang tak dinafikan, setiap kali publish entri… nama Kak Cie antara yang paling kerap muncul di ruangan komen. Konsisten, supportive dan tak pernah untuk tinggalkan komen di setiap entri posting CCL.. Memandangkan Kak Cie dah ada nombor WhatsApp CCL, Kak Cie boleh terus tinggalkan nama penuh, alamat & nombor telefon supaya CCL senang nak uruskan penghantaran hadiah.

Terima kasih sangat-sangat atas sokongan yang tak pernah putus. Dunia blog ni hidup sebab adanya interaksi macam ni. Bila ada yang sudi singgah, baca dan tinggalkan komen, memang rasa dihargai sangat. Semoga ukhuwah sesama blogger terus erat dan sama-sama kita meriahkan dunia penulisan ni dengan aura positif .

Sekali lagi tahniah Kak Cie! ..Nanti CCL uruskan hadiah ya.. Untuk u guys yang belum kenal Kak Cie, boleh la singgah ke laman blog beliau di Blog Roziah Muhammad Nor...Banyak perkongsian menarik, cerita santai harian, resepi, travel dan macam-macam lagi. Confirm tak menyesal singgah… sekali pergi, mesti jadi pembaca setia ..

Terima kasih juga buat semua yang tersenarai dalam carta Top 10 tangga terawal bagi pencarian Juara Ruang Komen Februari...CCL sangat hargai setiap satu komen yang ditinggalkan. Tanpa uols semua, ruangan komen takkan meriah macam ni .. Walaupun hanya seorang dinobatkan sebagai juara, yang lain tetap juara dalam blog CCL . 

Teruskan support, singgah dan tinggalkan jejak. Mana tahu bulan depan rezeki milik uguys yang lain pulak . .

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (83)
    • ▼  Mac (29)
      • Tembikai Rose Sparkling | Khairul Aming
      • Biskut Raya 2026 | Samperit Susu
      • Biskut Raya 2026 | Chocolate Cornflakes Chruncy
      • Semaian Biji Benih Tembikai Susu
      • Moreh Satay Lepas Jalan Bazar
      • Biskut Raya 2026 | Biskut Makmur
      • Jus Tembikai Oren | Khairul Aming
      • Udang Masak Tempoyak Petai| Khairul Aming
      • Biskut Raya 2026 | Biskut Mazola Kacang Peas
      • Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
      • Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Na...
      • Wordless Wednesday | Backdrop Raya
      • 10 Mac 2026 | 2 Tahun Tanpa Raut Wajah Susuk Bada...
      • Rupa Puding Karamel , Menjadi Ke Tidak ?
      • Spaghetti Bolognese | Khairul Aming
      • Pretzels | Khairul Aming
      • Bumi Perlis Hujan
      • Chocolate Mousse | Khairul Aming
      • Misi Pencarian Serbuk Kacang Hijau & Kacang Badam ...
      • Udang Masak Tempoyak Petai | Khairul Aming
      • Tauhu Sumbat Crispy | Khairul Aming
      • Shopee Live 1 Pagi, Tercheckout Tumbler ZUS Coffee...
      • Wordless Wednesday | Gerhana Bulan 13 Ramadan 1447H
      • Siakap Stim Bersantan | Khairul Aming
      • Juara Ruang Komen Februari 2026 : Blogger Roziah @...
      • Aiskrim Goreng | Khairul Aming
      • Mineral Bubble 0² & Collagen Plus Bird Nest
      • Gulai Ayam Padang | Khairul Aming
      • Hadiah Screenshot Pageview Blog Kak Cie Dah Sampai!
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (473)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (62)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

SUBSCRIBE & FOLLOW

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

BLOGLIST

  • Bola Katok
    Beli air kotak White Peach Tea dari Yeo's.
  • Drawing the Words
    Terima Parcel Kejutan Daripada Kak Notie
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Menu Berbuka 27 Ramadan 1447H
  • Blog Begins At Forty
    March 17, 2026
  • SURIA AMANDA
    Iftar Delicacies Distribution & Salam Raya By GCEO
  • cikcappuccinolatte
    Tembikai Rose Sparkling | Khairul Aming
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: PEREMPUAN MENGIDAM :.
  • Nieyl's Life Story
    2 kotak sampai dekat rumah
  • KakmimDotCom
    Menu Sungkei 26 Ramadan
  • Sii Nurul
    Terima Hadiah dari Blogger Etuza
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Line tak ada
  • Hidup Itu Indah
    Cucur Udang Juadah Berbuka Puasa
  • Mulan
    BILA RESAH, INGAT SAAT INDAH
  • Ciktom
    Rakam Kenangan Raya Anda di The Empire Studio – Studio Baru di Pulai Perdana
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Duit raya
  • Coffee Break With Me
    Progress Larian #4
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

MOST VIEWED POST

  • PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2018
  • Semaian Biji Benih Tembikai Susu
  • Moreh Satay Lepas Jalan Bazar
  • SALAM AIDILFITRI DARI BLOGGER CIKCAPPUCCINOLATTE
  • RUTIN GOSOK KAKI MENGGUNAKAN SKRUB ST.IVES
  • Biskut Raya 2026 | Chocolate Cornflakes Chruncy
  • KACANG BUNCIS GORENG SOS TIRAM
  • Biskut Raya 2026 | Biskut Makmur
  • Biskut Raya 2026 | Biskut Mazola Kacang Peas
  • Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming

MARCH 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte