Ambil Kuih Raya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Ambil Kuih Raya  Petang semalam lepas balik dari balai , settle kerja dekat office terus bergegas balik nak ke rumah Kak Lia , dah janji dengan kak Lia sebenarnya untuk ambil kuih raya yang CCL dah tempah penghujung Januari lepas , tapi tu lah ada hal yang tak boleh nak dielakkan  hampir-hampir pukul 5 petang jugak la sampai ke rumah kak Lia . Lingkungan pukul 4 hingga 5 petang tu jalan memang sesak sikit la tambah lagi menjelang raya ni . 


Disebabkan kak Lia ada hal, kak Lia ada beritahu CCL kuih raya yang ditempah kak Lia letak atas sofa luar . Sampai di hadpaan rumah Kak Lia , rupanya ada beberapa lagi pelanggan dia yang belum datang ambil kuih raya ..banyak plastik juga la mujur la kak lia asingkan dan siap labelkan nama .kalau tidak risau tertukar dengan order orang lain .



Disebabkan tak sempat nak jumpa kak Lia, tercari-cari mana la CCL nak selit duit raya untuk anak kak Lia , si Aafiyah .. last-last selit jer la dekat tingkap ni . Asalkan jatuh ke dalam rumah yerr . 



Mula lah tengok-tengok .. Sebab hampir terlupa berapa jenis kuih raya order dengan kak Lia . Total bajet untuk kuih raya ni RM180 ni pun kak Lia dah bagi diskaun , memang setiap kali beli kuih raya dengan dia , kak Lia sentiasa bagi diskaun, berniaga sambil bersedekah . Mencucah-curah rezeki dia .dah tu dia bagi CCL satu balang kuih batang buruk . Ya Allah murahkanlah rezeki Kak Azlia , majukanlah bisnesnya .. aamiin 


Malam, dapat Whatsapp dari kak Lia . Mujur sampul duit raya tu selamat walaupun diselit di celahan cermin tingkap . Heheh . 

Settle kuih raya, nak kira-kira bajet-bajet kek , serunding dan ketupat pulak ni . 




Pasang Langsir Raya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pasang Langsir Raya Tahun lepas tak tukar langsir raya, langsir sedia ada masih elok diguna . Tahun ni mak CCL decide untuk tukar langsir raya . Penangan tengok dekat Tiktok, mak CCL minta adik CCL orderkan untuk pasang raya ni . 

Langsir, langsir raya, design langsir moden, design langsir bunga , langsir murah

Harga sehelai langsir ni murah bawah RM10 mak CCL bagitau . Kualiti kain pun ok tak nipis sangat tak tebal sangat . Design pun lawa .pandai juga mak CCL pilih ni . Satu bahagian tingkap ni kena guna 3 helaian kain langsir , barulah nampak alunan yang cantik . Langsir ni kalau nak basuh guna mesin basuh pun ok, sebab tak tebal sangat kain tu, kalau langsir sebelum ni kain agak tebal juga kalis cahaya sikit , tapi nak basuh guna mesin basuh kena letak sehelai deni sehelai kalau nak betul-betul bersih . 

Balik kerja beberapa hari lepas tengok langsir dah bertukar wajah . Hasil pemasangan mak bersama adik CCL . Langsir berwajah baru .. 

You guys dah tukar langsir ? Atau pakai langsir yang sedia ada ? 



Projek Baju Raya Terpakai 3.0

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Projek Baju Raya Terpakai 3.0

Sedekah baju terpakai, tempat pengumpulan baju terpakai, projek baju raya terpakai

Setiap tahun PKWR Tambun Tulang  akan adakan Projek Baju Raja Terpakai 3.0 . Dah 3 tahun program ni berjalan dengan jayanya . Tahun pertama CCL dapat join . Tahun kedua tak dapat join sebab lambat hantar . Tahun ni kali ketiga CCL join semula . Tarikh penghantaran baju terpakai ni dari 19 Mac 2025 sehingga 28 Mac 2025 . So tak nak lepaskan tarikh tu , CCL dah hantar baju-baju terpakai yang masih elok . Bagus juha program begini dijalankan at least dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk beli persiapan raya . 

Sedekah baju terpakai, tempat pengumpulan baju terpakai, projek baju raya terpakai

Sepatutnya baju-baju ni nak bagi tahun lepas, tapi tak sempat , simpan  dalam plastik supaya tak perlu basuh lagi . Setelah puas buat spring cleaning almari , dapat la CCL kurangkan sedikit baju-baju yang ada . Semuanya masih boleh dipakai lagi, why not kita sedekahkan .sebab setiap kali raya masih mampu untuk beli baju raya, nak sedekah kena bagi baju yang masih elok tanpa koyak sana sini . Alhamdulillah dapat laa bagi satu bag baju kurung dan satu bag lagi ada baju tshirt, blouse dan juha skirt . Semua masih lagi elok . Cuma CCL dah tak nak pakai .. 

Next tahun depan nak bagi tudung pulak . Banyak tudung design - design yang dah jemu nak pakai tapi masih lagi dalam keadaan yang elok . Lagi banyak shawl . Sebab sekarang dah kurang nak pakai shawl malas nak berlilit-lilit . Lebih selesa lakai tudung bawal . 

Bagus sekali sekala program macam ni diadakan . At least ada juga tempat CCL nak sedekahkan kepada pihak yang memerlukan . Kalau nak buang macam tu rasa lagi sayang sebab pakaian semua elok .  Terlupa nak snap tempat pengumpulan baju-baju  . Banyak juga tahun ni . Boleh pilih baju lelaki, baju perempuan , baju kanak- kanak semua ada . 



Menu 25 Ramadan : Sambal Ayam & Labu Kuning Sayur Manis

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu 25 Ramadan : Sambal Ayam & Labu Kuning Sayur Manis


Menu sejenis-sejenis . Satu menu sayur dan satu menu lauk . Memang tak pandai nak makan banyak-banyak jenis lauk . Ikan goreng wajib untuk ayah CCL .. dah beberapa hari  buat cili potong, letak bawang dan  kicap dan perahkan sikit limau nipis . Nak buat sambal belacan ,terlupa beli belacan walhal dah beberapa kali singgah kedai tetap terlupa nak beli belacan . 

Menu 25 Ramadan 
  • Ikan goreng
  • Labu kuning sayur manis
  • Sambal ayam
  • Cili kicap

Juadah kuih-muih beli di gerai tepi jalan . Malas nak bersesak dengan orang ramai di bazar . Cuma popia bergedil tu sahaja adik CCL yang buat . 

  • Popia bergedil
  • Popia basah
  • Tepung talam
  • Apam puri inti kastard
Alhamdulillah atas rezeki . 


Menu 24 Ramadan : Ikan Kembung Masak Pindang & Kacang Buncis Goreng

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu 24 Ramadan : Ikan Kembung Masak Pindang & Kacang Buncis Goreng


Menu 24 Ramadan menu simple, sedap dan mengenyangkan . Menu ni 100% air tangan mak . CCL balik kerja pun dah lewat petang . Sempat singgah beli air dan beberapa jenis kuih sahaja . Tak sempat nak potong-potong bahan untuk masak dekat dapur . 

Mood memang kelaut , entah macam-macam kerja nak diselesaikan . Balik kerja pun just release stress sekejap, tidur sekejap malas nak serabutkan otak dengan masalah yang belum ada kata putus . Kadang-kadang kita follow SOP yang betul pun tetap keadilan tak berpihak pada kita . Malas nak bebel panjang . 

Menu 24 Ramadan 
  • Ikan kembung masak pindang 
  • Kacang buncis goreng 
  • Ikan goreng 
  • Cili kicap
  • Apam coklat 
  • Kuih keria 
  • Apam pisang 
Alhamdulillah atas nikmat rezeki yang Allah bagi hari ni .. 



Menu Berbuka 23 Ramadan : Gulai Daging Batang Pisang & Kerabu Taugeh

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka 23 Ramadan : Gulai Daging Batang Pisang & Kerabu Taugeh

Salam 23 Ramadan , hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan bakal melabuhkan tirainya . Sekejap sahaja waktu berjalan dah di ujung waktu . Macam biasa hari ni berbuka dengan family di rumah . Mama dan abah Rania datang berbuka puasa di rumah CCL . So berkumpul ramai-ramai buka puasa sekali . 


Menu 23 Ramadan 
  • Ikan bakar 
  • Gulai daging batang pisang 
  • Kerabu taugeh
  • Cili potong kicap 
  • Air asam picit bersama tembikai

Gulai daging batang pisang dan air asam tembikai tu air tangan mama Rania yang bawa kan . CCL buatkan kerabu taugeh , manakala Mak CCL sediakan juadah ikan bakar serta cili kicap potong . Menu simple dan mengenyangkan.


Antara juadah kuih 

  • Roti john 
  • Cucur udang
  • Popia bergedil 
  • Onde-onde buah melaka
  • Kuih tako 
  • Kek batik
Semua juadah kuih muih ni beli . Hanya popia bergedil sahaja air tangan adik perempuan CCL 

Alhamdulillah atas nikmat rezeki yg diberikan . 


Menu Berbuka 22 Ramadan :Ayam Goreng Kunyit , Kailan Sos Tiram & Kerabu Bunga Betik

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka 22 Ramadan :Ayam Goreng Kunyit , Kailan Sos Tiram & Kerabu Bunga Betik

Entri dua tiga hari lepas yang tak sempat nak update . Ramadan yang ke-22 berbuka puasa dengan family di rumah .. 


Menu berbuka 22 Ramadan 
  • Sambal ikan 
  • Ikan sepat goreng
  • Ikan kembung goreng
  • Kailan tumis sos tiram
  • Kerabu bunga betik 
  • Ayam masak kunyit 
Air tangan mak dan juga air tangan CCL.. CCL masak dua menu sahaja kailan tumis sos tiram dengan kerabu bunga betik . Menu lain air tangan mak CCL . 

Juadah kuih muih . Semua ni beli sahaja 

  • Apam gula hangus 
  • Kuih koci
  • Apam coklat 
  • Lepat manis 

21 Ramadan Berbuka Di Elissa Garden Titi Gajah Alor Setar

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

21 Ramadan Berbuka Di Elissa Garden Titi Gajah Alor Setar Imbas kembali cerita hari sabtu lepas, curi-curi masa yang ada untuk berbuka puasa di luar . Masing-masing kerja, masing-masing off day tak sama hari so decide untuk pergi hari sabtu . Kali ni bukan berbuka di Dataran Masjid Zahir Alor Setar .. risauuu nanti bentang tikar hidang makanan tiba-tiba hujan dah dua kali kerja nak angkut sana sini .. so decide untuk berbuka di Elissa Garden, Titi Gajah Alor setar .. 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Buffett Ramadan di Elissa Garden ni bertemakan Arabic.  Siap ada arca seekor unta lagi di sudut pintu masuk ke hall Elissa Garden ni .


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Harga untuk buffet Ramadan di Elissa Garden ni sangat berpatutan . Harga normal RM75  untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak serta warga emas sebanyak RM45 .. sebelum CCL nak pergi sini menang dah booking sehari awal .. so dapat la harga 'early bird voucher' RM69  untuk dewasa  dan untuk kanak-kanak serta warga emas dapat diskaun RM39 .. memang berbaloi kalau tempah awal kan . CCL booking untuk dua dewasa sahaja .. booking awal harga pun jimat . 

Antara senarai juadah berbuka yang Elissa Garden sediakan . Setiap minggu menu akan bersilih ganti . So time CCL pergi dapat menu ni . Makanan memang banyak , berbaloi dengar harga yang CCL bayar .. makanan semua sedap-sedap . 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

CCL suka dengan deko dalam hall ni , siap ada pokok-pokok menghijau ..rambah lagi ada pokok kurma memang bertambah laa tema Arabic yang diorang buat ni .. ni section bahagian dalam hall , tak banyak snap gambar, 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Ni section luar hall, boleh request sama ada nak makan indoor hall atau outdoor hall . dedua vibes dalam dan luar cantik dan selesa sangat . 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Bahagian dessert . Rambang mata kalau lalu dekat sini ..banyak dessert yang ada dari pencuci mulut, kuih tradisional, kek dan sebagainya .. cantik food presentation ni  nampak menarik . 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Ni pulak bahagian jeruk , ada candy dan juga jelly serta beberapa jenis air yang tersedia .. 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Ni bahagian yang dinanti-nanti oleh semua pengunjung . Kambing golek !! Kambing golek !! Terliur terus tengok kambing tergolek ni haa .. ada staff diorang yang serve kan kambing golek nii . Kambing dia perfect memang sedap .. rasa juicy .. lembut 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Keadaan dalam hall Elissa Garden . CCL booking indoor , selesa ada aircond dapat juga dengar liveband .. 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Cantik pokok hijau dalam hall ni .. pokok hidup tau korang .. bukan artificial ..


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Taraaa..sambil-sambil menjamu selera ada juga alunan muzik dan lagi dari liveband ni . So memang mendayu-dayu laaa . Kiri kanan pokok kurma .. 


Elissa garden hall, buffet ramadan elissa garden, elissa garden titi gajah alor setar, buffet ramadan di alor setar , buffet ramadan 2025,

Tempat ootd, cantik kan .. 

Majoriti berbuka puasa sini memang sangat berpuas hati , kawasan yang sangat selesa walaupun ramai orang tak ada la crowded sangat . Makanan , dessert semua sedap , fasilitis yang ada tandas dan juga surau memang cukup-cukup selesa . 

Tips nak merasai semua makanan yang tersedia ambil dalam kuantiti yang sedikit . Barulah berbaloi dengan apa yang kita bayar , takkan lah makan nasi dengan beberapa lauk pauk sahaja lepas tu dah kenyang, makanan-makanan lain belum jamah lagi ..rugi kan ..rugi kan .. ambil kuantiti sedikit janji semua makanan kita dapat rasa .. 

Alhamdulillah untuk rezeki .. 






Menu 20 Ramadan : Ikan Tongkol Masak Cuka , Ayam Goreng Rempah & Sayur Pak Choy

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu 20 Ramadan : Ikan Tongkol Masak Cuka , Ayam Goreng Rempah & Sayur Pak Choy


20 Ramadan ,semalam berbuka puasa kat tempat kerja . Seperti biasa bawa Tupperware yang ada compartment macam ni senang nak asingkan makanan . Semua menu ni kafe kat tempat kerja sediakan .. just ambil sahaja serba sedikit menu yang dihidangkan . 

Menu 20 Ramadan 

  • Ikan masak cuka
  • Ayam goreng rempah 
  • Sayur pak choy goreng 
  • Sambal belacan & timun 
  • Tembikai 
  • Kuih keria & kuih cara manis 
  •  Air keladi 

Alhamdulillah  untuk rezeki hari ni . 


Kronologi Kenaikan Harga Eco-Shop

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kronologi Kenaikan Harga Eco-Shop


- 2003: Eco-Shop mula beroperasi di sebuah kedai kecil di Gemas, Johor dengan konsep “kedai RM2,” menawarkan semua barang pada harga RM2.

- 2009 - MAC 2015: Rangkaian Eco-Shop berkembang ke serata negara, dan harga kekal RM2.00 tanpa sebarang kenaikan.

- APRIL 2015: Buat pertama kali harga naik kepada RM2.12 selepas pelaksanaan GST 6%.

- JUN 2018: Harga kembali kepada RM2.00 selepas GST dimansuhkan oleh kerajaan baru.

- OKTOBER 2018: Langit tak selalunya cerah, harga naik kepada RM2.10 selepas SST diperkenalkan.

- NOVEMBER 2021: Harga naik kepada RM2.20 di Semenanjung Malaysia, RM2.40 di Langkawi, Sabah, dan Sarawak.

- JUN 2022: Harga naik lagi kepada RM2.40 di Semenanjung Malaysia, RM2.60 di Langkawi, Sabah, dan Sarawak.

- 14 APRIL 2025: Harga dinaikkan kepada RM2.60 di seluruh Semenanjung Malaysia bagi menampung peningkatan kos operasi dan mengekalkan kualiti produk.

Jiwa Tersenyum Tapi Hati Berkeping-Keping

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Pernah tak tengok pohon yang masih berdiri tegak, rendangnya seakan meneduhkan siapa pun yang berlindung di bawahnya? Tapi kan siapa sangka akarnya telah lapuk, perlahan dimakan waktu, menunggu angin kencang untuk merobohkannya dalam sekali hempasan....

Begitulah luka yang tersembunyi, hancur namun tak kasat mata. Ada jiwa yang tersenyum, tapi hatinya telah berkeping-keping. Ada seseorang yang tertawa di tengah keramaian, padahal di dalam dadanya sepi merajam. Ada rumah yang nampak kukuh, tapi di dalamnya hanya suara sunyi yang berbicara. 



Tidak semua kehancuran berwujud , kadangkan ia adalah diam yang panjang, mata yang kosong, atau langkah yang terasa berat meski kaki terus melangkah.  

Hidup mengajarkan bahawa hancur bukan selalu tentang pecahan yang berserakan. Kadang ia adalah harapan yang pudar perlahan, impian yang tak lagi bersayap, atau hati yang retak tanpa suara. 

Tetapi dari kehancuran yang tak terlihat, seseorang belajar bertahan, merangkai dirinya kembali, menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Sebab tak semua luka berdarah, setiap luka tetap memiliki cerita.


Menu Berbuka 14 Ramadan : Sotong Goreng Kunyit, Sayur Pak Choy Sos Tiram & Sotong Goreng Tepung

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka 14 Ramadan : Sotong Goreng Kunyit, Sayur Pak Choy Sos Tiram & Sotong Goreng Tepung Hari ni cuti dapat la berbuka puasa di rumah dengan family .  Hari ni juadahnya agak penuh meja sedikit ya 

Menu 14 Ramadan 

  • Ikan gerut bakar
  • Air asam tomato
  • Sotong goreng tepung
  • Sotong goreng kunyit
  • Sayur pak choy sos tiram
  • Kuih cara manis & pulut sekaya bakar 
  • Popia basah

Kuih-muih beli di gerai tepi jalan . Menu lain semuanya live dari dapur . air tangan CCL sotong goreng tepung & sayur pak choy goreng sos tiram . Menu lain air tangan mak CCL yang masakkan . 



Air tembikai & teh bunga . Dedua CCL buat sendiri, blend tembikai  dan tambah sedikit air gula . Teh bunga tu pula CCL beli air kotak yeos teh bunga pastu campur dengan rendaman getah anggur, bunga kekwa, dan kembang semangkuk .. 

Alhamdulillah rezeki untuk hari ni kenyang . 

Menu Berbuka 13 Ramadan : Kopi Saigon & Roti John

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka 13 Ramadan : Kopi Saigon & Roti John Entri ni sepatutnya dipublishkan semalam . Letih punya pasal so malam ni lah baru publish kan . Sepatutnya semalam berbuka dekat rumah , di sebabkan last minit ada on call dari boss kena set up event sebab tak cukup staff so dengan redha hati kena tolong juga apa yang patut . Sibuk ke sana ke mari , lewat juga la jenguk menu apa yang disediakan di kafe . Menghampiri pukul 7.10 petang baru lah langkah ke kafe , tengok lauk disediakan tidak memikat hati CCL , lagi-lagi menu ikan keli . Memang tak makan ..  

So berbuka dulu , minum air dan makan buah tembikai . Fikir-fikir nak order Grabfood pun fikir diorang pun mesti nak berbuka juga .lagi pun kejap lagi dah nak balik . 

Kopi saigon, roti john

Pukul 8 malam baru order kopi Saigon melalui Grabfood . Kalau haritu Zus tanya tak rindu dia ker?? Of course laa rindu , tapi tu laa tertarik dengan kopi saigon pulak .. next day la kita order Zus . Roti john tu alhamdulillah rezeki kawan CCL bagi , dia di invite oleh company CCL untuk live band semalam. kebetulan dia bagi . Semoga murah rezeki beliau yang tak pernah putus-putus kongsi rezeki . 


Alhamdulillah untuk rezeki yang ada hari ini .



Eh !! Rindu I Tak ?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Eh !! Rindu I Tak ? Semalam kan Lepas berbuka tadi tiba-tiba bunyi tinggg ada notification masuk . Yess ! Notification tersebut dari Zus Coffee . 

Boleh pulak Si Zus Coffee ni tanya ' Eh , Rindu I Tak ?' hehehee . Boleh buat CCL tersenyum sorang-sorang pulak kan .. haishhh Zus ni memang suka nak pancing coffee lover macam CCL ni kan .. 

Dah hampir-hampir dua minggu tau sepanjang bulan Ramadan ni CCL tinggalkan Zus . Oh No ! bukan terus tinggal yer, sepanjang Ramadan ni tak teringat pulak dengan Zus ni . Mungkin bulan puasa sama kot, kalau pergi bazar terliur tengok air balang yang para peniaga jual . 

Sengaja kan hantar notification macam tu nak bagi CCL ingatkan si Zus ni . Kalau bulan tak puasa dalam seminggu tu tiga atau empat kali laa hirup Zus Coffee ni . Kerja banyak , stress, ngantuk, semuanya minum Zus . 

Menjawab persoalan Zus . Of course i rindu you Zus . Hahaha 


Menu Berbuka 12 Ramadan : Kari Ayam & Kentang

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka 12 Ramadan : Kari Ayam & Kentang



Kalau nampak setup bekal makan macam ni sudah semestinya berbuka puasa di tempat kerja . Menu hari ni pun simple . ada beberapa jenis menu juga disediakan di kafe . Cuma CCL tertarik menu ni sahaja . Malas nak ambil banyak-banyak lauk nanti kangg tak habis membazir . 

Menu 12 Ramadan 

  • Nasi putih
  • Kari ayam kentang 
  • Sambal belacan & timun 
  • Tembikai 
  • Jus epal 
Alhamdulillah untuk rezeki hari ni .. 


Menu Berbuka Puasa 11 Ramadan : Ikan Bakar & Sayur Campur

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka Puasa 11 Ramadan : Ikan Bakar & Sayur Campur


Hari ni 11 Ramadan berbuka puasa di rumah dengan family . Menu simple sahaja hari ni .. 

Menu 11 Ramadan 

  • Ikan bakar
  • Sayur campur 
  • Air asam tomato
  • Murtabak 
  • Popia bergedil & sambal kicap

Simple dan kenyang perut . Banyak -banyak lauk pun tak nak juga takut membazir . Ohh popia bergedil dan sambal kicap tu adik CCL buat . First time try buat popia bergedil tu, rasa not bad , approve sebab sedap .smabal kicap pun cukup rasa 

Alhamdulillah untuk rezeki hari ni
Uguys berbuka apa hari ni ?, 


'Support System' Bukan Dari Sudut Duit, Tapi Dari Sudut Motivasi & Inspirasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Sehari dua ni CCL realize satu perkara tentang kejayaan,  perhatikan antara faktor kejayaan  orang-orang yang hebat pernah CCL jumpa dia bukan tentang betapa bersungguhnya dia dalam usaha sesuatu semata-mata tetapi faktor lain yang mendorong dia untuk berjaya adalah “support system” 



Support system bukan dari sudut duit tetapi dari sudut motivasi, inspirasi dan idea. CCL rasa tiga support system ini dah sangat padu untuk seseorang itu berjaya dalam apa yang dia usahakan 

Contoh senang faham, bila kita ada idea untuk buat sesuatu dan cerita kepada orang yang tak percaya dengan idea yang kita ada, secara tak langsung idea yang kita yakin 100% akan jadi tiba2 jadi 50/50 sebab “believe system” kita dah masuk virus asbab idea kita di tolak oleh orang yang tak percaya pada kita

Berbeza kalau idea tersebut kita cerita kepada “support system” kita, mesti akan ada penembahan idea atau adjustment supaya idea tersebut akan jadi lagi gempak dan boleh di realisasikan

Support system, mungkin boleh jadi family dan kawan-kawan, bergelumang lah dengan orang yang akan support dan bantu kita untuk terbang lebih tinggi bukan orang yang tarik kita lebih jauh ke bawah

begitulah.. 


Menu Berbuka Puasa 10 Ramadan : Nasi Kerabu Daging Bakar

 Assalamualaikum dan salam sejahtera  

Menu Berbuka Puasa 10 Ramadan : Nasi Kerabu Daging Bakar Dah seminggu lebih kita semua berada dalam bulan puasa . Rasa cepat masa berputar berlalu pergi berganti hari . Puasa tahun ni  mood nak update menu-menu berbuka memang lambat sikit . Mood kelaut . 


Hari ni hari ke 10 kita semua berpuasa . Baru ada mood rajin nak snap gambar berbuka . Bukan untuk menunjuk-nunjuk apa yang CCL makan , tetapi ni sebagai rujukan dan idea untuk uolss nak masak sebelum berbuka . Dah beberapa hari berbuka dekat office . So menu tak ada la terhidang penuh meja . 

Menu berbuka 10 Ramadan 

  • Teh ais 
  • Nasi kerabu daging bakar 
  • Tembikai & kurma 
Menu beli dekat bazar Ramadan . Mujur sedap- sedap belaka . Alhamdulillah atas rezeki yang Allah turunkan . 


Genap Setahun Pemergian Arwah Tok

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Genap Setahun Pemergian Arwah Tok



Tarikh keramat 18 Mac 2024 dan hari ni genap setahun pemergian arwah tok CCL . Rasa macam baru sahaja arwah tok pergi meninggalkan kami semua . Tupp..tupp dah cukup setahun .. Allahuakbar rindu rasanya celoteh arwah tok semasa beliau masih ada di muka bumi . 

Rindu tak terungkap . Hanya ada kenangan yang masih diingat , gambar untuk ditatap sebagai pengubat kerinduan  . Hanya tinggal pusara berbatu nisan sebagai rumah baru arwah tok . 

Salam Ramadan tok , semoga arwah tok gembira di taman syurga , moga Allah ampunkan segala dosa-dosa tok semasa di dunia .. 


Al-Fatihah 



Duit Sikit, Happy La Dengan Cara Sikit

Assalamualaikum dan salam sejahtera
 
Kalau kita tunggu sampai duit tebal baru boleh happy, confirm susah la. Nak kumpul duit jadi banyak pun, asyik stress, pressure, mood swing, bergaduh, masam muka kau kata aku, aku kata kau macam tak best jugak.

Emosi tiap orang dalam rumah memang berlainan ikut apa yang dihadapi.Tapi kalau tunggu “duit banyak” baru boleh lepak, release tension, ambil me time, family time, confirm lambat la semua benda. Lepas tu, tiap-tiap orang burnout, terus jadi tak harmoni.



Duit ni, guna ka tak guna ka, tetap habis .tak melekat pun kat tangan, walaupun tak keluar mana-mana, ada je dalam rumah. Duit sikit, kita belanja sikit..duit banyak, kita belanja macam-macam. Takat mana yang ada, adjust je aktiviti yang boleh kita buat.

kalau tak keluar mana-mana untuk reset kepala. Sekecil-kecil perbelanjaan pun, dah cukup untuk hilangkan tekanan, reset dan refresh badan… sama macam isi minyak kereta, jalan-jalan.

Nak Self Rewards Pakai Rantai Tangan Butterfly .. Tapii ..

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Nak Self Rewards Rantai Tangan Butterfly .. Tapii ..  Beberapa hari lepas CCL ada tengok live salah satu kedai Emas ni , ralit tengok diorang punya staff review bangle, review cincin , dan review rantai tangan  . Sebelum-sebelum ni memang teringin nak beli satu bangle , tapi bila difikirkan balik tangan CCL ni kecik entah sesuai ke tidak pakai bangle kan . Kalau nak cari pun memang kena cari saiz kecil ngamm ngamm dengan tangan .. time diorang review rantai tangan tu , CCL terbekenan laa satu design ni , bagi CCL memang design tu sangat limited . 

Rantai tangan butterfly, rantai tangan love batu, emas 916, kenali emas 916, cuci emas 916,

Design ni la yang CCL maksudkan tu .. rantai tangan batu butterfly . Tertarik tengok design rantai tangan ni .. harga bawah tiga ribu .. nilai emas sekarang ni memang tinggi hampir mencecah RM380 - RM400 untuk 1 gram . Panjang rantai tangan ni adalah 17.5CM . CCL pun mula PM staff jewels ni .. 

apa yang menyedihkan CCL 

Rantai tangan butterfly, rantai tangan love batu, emas 916, kenali emas 916, cuci emas 916,

Rantai tangan ala-ala bangle tu tak boleh resize kepada 16CM, tetapi masa dalam live jewels tersebut ada maklum rantai tangan tersebut boleh resize .. 

Rantai tangan butterfly, rantai tangan love batu, emas 916, kenali emas 916, cuci emas 916,

Ya saiz tangan CCL memang kecik .. 16CM . Hahaha . Lagi-lagi nak cari cincin pun saiz yang molek-molek . sebab tu bila ada design yang limited ni , ketepikan mahal tu sedikit anggap itu sebagai self rewards . Tapi bukan rezeki CCL untuk memilik rantai tangan butterfly tersebut .. ini kalau boleh resize memang terus beli tanpa fikir panjang . 


Rantai tangan butterfly, rantai tangan love batu, emas 916, kenali emas 916, cuci emas 916,

Ni pun salah satu design yang CCL berkenan juga . Lebih kurang sama cuma design ni design love batu . Panjang rantai tangan ni 18CM . Harga bawah 4 ribu , mahal sedikit berbanding design butterfly tu . Panjang rantai tangan ni pun 18CM . 

Mampu tengok , tak mampu miliki lagi sebab dedua tak boleh resize . Terfikir pasal rantai tangan ni sampai ke bawa mimpi yerr.

Korang last beli emas 916 ni bila ??