Drama Nusyuz Berkiblat Cinta

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Drama Nusyuz Berkiblat Cinta merupakan arahan sutradara Hadith Omar, dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Nadhir Nasar dan Shaza Bae, ditayangkan pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 3 April hingga 15 Mei 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


DRAMA , NUSYUZ BERKIBLAT CINTA, DRAMA NUSYIZ BERKIBLAT CINTA , SINOPSIS DRAMA NUSYUZ BERKIBLAT CINTA , EPISOD PENUH DRAMA NUSYUZ BERKIBLAT CINTA , FULL EPISOD NUSYUZ BERKIBLAT CINTA , DRAMA TERBARU 2022


Nusyuz Berkiblat Cinta

Episod: 7

Tarikh Tayangan: 3 April 2022

Waktu Siaran: Ahad, 9:00-11:00 malam

Rangkaian: Astro Ria

Skrip: Rozie Rashid

Pengarah: Hadith Omar

Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd

Pelakon: Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar, Shaza Bae, Sabhi Saddi, Tengku Kamalia, Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha, Mak Wan, Aznah Hamid, Jalaludin Hassan, Rahim Omar, Ikhwan Khairudin, Rahman Hamid



Watak Pelakon

Emma Maembong sebagai Hawa

Fikry Ibrahim sebagai Adam

Nadhir Nasar sebagai Erfhan

Shaza Bae sebagai Safiana

Dayana Roza sebagai Khadijah

Sabhi Sadhi sebagai Zarul

Yaya Maembong sebagai Aisyah

Ako Mustapha sebagai Arman

Aznah Hamid sebagai Hajah Asmah

Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Haji Aris

Mak Wan sebagai Puan Fatimah

Tengku Malia sebagai TJ

Ikhwan Khairudin sebagai Amir


Lagu Tema (OST)

Naim Daniel - Mainan


Sinopsis Nusyuz Berkiblat Cinta

Mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, dan Erfhan dan Safiana.Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tidak tunduk sedikitpun pada suaminya.


Hawa menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam dan Adam hingga Adam sanggup mengenepikan keluarga dan kawan-kawannya demi Hawa. Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa.Malang sekali, keadaan tidak berubah untuk Safiana apabila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan.Patutkah Adam dan Safiana terus kekal dalam perkahwinan masing-masing? Adakah Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik?



Tembikai Laici Sparkling Resepi Khairul Aming


Assalamualaikum dan salam sejahtera  



Tembikai Laici Sparkling Resepi Khairul Aming Buah tembikai memang mempunyai banyak khasiatnya. Selain dimakan begitu sahaja, ia juga dibuat jus minuman yang sedap dan menyegarkan. Bulan puasa  ni, korang bolehlah cuba buat air Tembikai Laici Sparkling sebagai minuman sewaktu berbuka. Lebih jimat berbanding beli di bazar ramadhan nanti.walaupun minuman ini sangat simple namun ia cukup membahagiakan anak tekak. Terutamanya jika dinikmati waktu cuaca panas.



RESEPI , RESEPI TEMBIKAI LAICI SPARKLING , AIR TEMBIKAI LAICI SPARKLING , TEMBIKAI LAICI SODA ,RESEPI KHAIRUL AMING, TEMBIKAI LAICI PADU , AIR TEMBIKAI LAICI SEDAP



Bahan-bahan 

-tembikai 

-1 tin laici 

-gula 

-ais kiub 

-air 

-daun pudina 

-limau nipis 

-air sparkling / soda bikarbonat 


Cara penyediaan air tembikai laici sparkling 


1.Masukkan tembikai yang sudah dipotong ke dalam blender bersama sedikit air dan juga masukkan satu tin laici serta air laici 

2.Masukkan sedikit perahan air limau nipis dan beberapa helai daun pudina untuk ekstrak masam dan mint  serta masukkan sedikit gula dan blend sehingga halus 

3. Masukkan ais kiub ke dalam jug, tambahkan juga tembikai yang sudah dipotong dadu kecil serta sedikit hirisan limau nipis . Tuangkan jug tembikai yang siap di blend ke dalam jug

4.Dan akhir sekali jangan lupa masukkan air sparkling untuk tambahkan lagi kesegaran dalam minuman . Kalau tak ada air sparkling boleh juga digantikan dengan air soda bikarbonat . 

Selamat mencuba



Tealive : Strawberry Pudding Smoothie

 Assalamualaikum dan salam sejahtera . 



TEALIVE : STRAWBERRY PUDDING SMOOTHIE Kawan CCL cakap yang air Tealive Strawberi Pudding Smotthie tu sedap nak sangat. So nak tak nak terus terjah Tealive untuk cuba menu ni . Air yang CCL beli ni harganya RM8.90 untuk saiz Large. Untuk yang tak tau, Tealive dah mula bagi straw kertas yang keras dan mudah lerai untuk air keluaran diorang. Bukannya pasal tak sayang pokok tapi sebab sayangkan penyu kat laut yang asyik mati akibat tercekik straw plastik.


 Tealive : Sparkling Pink Guava Roselle Jelly


REVIEW , FOOD , TEALIVE ,TOP TEN MINUMAN TEALIVE, STRAWBERY PUDDING SMOTTHIE , TEALIVE STRAWBERY PUDDING SMOTTHIE ,BEST TEALIVE DRINK,CARA ORDER TEALIVE MELALUI FOODPANDA,MENU TEALIVE,


Sedap ke Strawberi Puding Smotthie ? 

Hirupan pertama terus memberi kelegaan pada tekak, sekaligus mengaktifkan deria rasa CCL. Air dia rasa masam-masam manis. Macam korang makan Aiskrim Strawberry, cuma bezanya yang ni dia blend sekali dengan Coconut Jelly dan Fresh Milk sikit. Sedap pasal rasa manis dia tak terlalu ketara dan susu tu bagi rasa lemak untuk seimbangkan rasa. Tearista dia cakap diorang gunakan kuantiti gula yang paling minimum sekali. Jadi tak boleh nak kurang lagi. 


Baca juga : Tealive Marigold Jelly Sago


Cebisan Puding Caramel dia tu bila korang tersedut sekali, menghasilkan rasa lemak manis. Rasanya lebih kurang macam dadih yang orang jual seringgit kat dalam cawan tu. Memang kombinasi yang lengkap pasal ia merangkumi semua rasa. Cuma tak bolehlah nak minum selalu kalau nak jaga kesihatan. 


DRAMA TV3 : 7 HARI MENCINTAIKU 3

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 



DRAMA TV3 : 7 HARI MENCINTAIKU 3 Peminat drama 7 hari mencintaiku 3 semestinya tidak sabar menunggu kemunculan drama ini di kaca tv. Nantikan drama 7 Hari Mencintaiku 3 karya Siti Rosmizah di slot Akasia TV3 bermula 16 April, setiap hari pukul 6.58 petang. Drama 35 episod arahan Jamal Khan, dibintangi Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wafariena Roslan, Reen Rahim, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.


DRAMA , 7 HARI MENCINTAIKU 3 , DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU , SINOPSIS DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3 , FULL EPISOD DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3 , TONTON ONLINE DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3,



Tayangan 7 Hari Mencintaiku 3

Episod: 35

Tarikh Tayangan: 16 April 2022

Waktu Siaran: Isnin-Ahad, 6:58 petang

Rangkaian: Akasia TV3

Skrip: Siti Rosmizah

Pengarah: Jamal Khan

Produksi: SR One Sdn Bhd



Watak Pelakon drama 7 hari mencintaiku 3

Shukri Yahaya sebagai Khuzairi

Siti Saleha sebagai Mia Adriana

Kazar Saisi sebagai Pak Samad

Liza Abdullah sebagai Mak Leha

Syazwan Zulkifly sebagai Helmi

Wan Sharmila sebagai Sofi

Jaja Iliyes sebagai Nadia

Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain

Bil Azali sebagai Zaidi

Faye Kusairi sebagai Syakila

Jasmin Hamid sebagai Zarina

Anne Abdullah sebagai Mak Andak   

Nur Dhia Irdina sebagai Alisa

Shaharuddin Thamby sebagai Dato Johari

Sean Lee sebagai Dr Adam

Reen Rahim sebagai Fatin Husna

PU Azman sebagai Taufik

Azza Elite sebagai Kak Piah

Dayang Areeda sebagai Maimunah

Ezad Lazim sebagai Husin

Razman Mahayuddin sebagai Burhan

Silfeny Osman sebagai Azura



Lagu Tema (OST) drama 7 hari mencintaiku 3

Lagu: Kaulah Syurga

Penyanyi: Khai Bahar & Lia Aziz

Komposer : Asfan shah

Penulis Lirik : Siti Rosmizah



Sinopsis drama 7 Hari Mencintaiku 3

Rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak mereka. 


Pada masa yang sama, Pak Samad sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakannya daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari.



Cara Mohon ePemula RM150 Untuk Golongan Belia Dan Pelajar

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


 

Cara Mohon ePemula RM150 Untuk Golongan Belia Dan Pelajar Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa pula insentif untuk golongan belia dan pelajar menerusi Bajet 2022 yang lepas dan kini Kerajaan telah mengumumkan program ePemula. Melalui program eStart atau ePemula ini, golongan belia atau pelajar sepenuh masa di IPT layak menerima bantuan berupa kredit e-Tunai bernilai RM150. Bantuan dalam bentuk kredit eTunai ini bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini kerajaan juga ada mengumumkan ePenjana dan eBelia dengan mengenakan konsep yang sama iaitu eTunai.



INFO , INFO SEMASA , CARA MOHON EPEMULA RM150 , SYARAT KELAYAKKAN MOHON EPEMULA RM150 , TARIKH MOHON EPEMULA ,BANTUAN BELIA E-PEMULA,BANTUAN BELIA EPEMULA RM150, EPEMULA


Apa Itu ePemula

Program ePemula ini merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan oleh Kerajaan sebelum ini menerusi Bajet 2022. Ianya bertujuan meringankan beban kewangan belia yang sekali gus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai (cashless) menerusi aplikasi eWallet. Program ini dijangka akan memanfaatkan sekitar dua juta rakyat Malaysia dengan jumlah peruntukan RM300 juta.



Syarat Untuk Mendapatkan ePemula

Kerajaan telah menetapkan (2) syarat bagi melayakkan anda menerima kredit e-Tunai RM150 ini iaitu :

Ianya terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (iaitu mereka lahir pada tahun 2002 hingga 2004)

Selain itu, ada juga layak sekiranya anda pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar

Data belia akan disemak silang dengan institusi pengajian tinggi tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan



Bila Tarikh Permohonan Atau Tebus ePemula

Permohonan boleh dibuat bermula 11 April 2022 (bermula 8 pagi) sehingga 1 Jun 2022. Sekiranya diluluska, kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit melalui 4 eWallet yang berdaftar iaitu ShopeePay, GrabPay, BigPay dan Touch 'n Go eWallet.



Cara Mohon ePemula RM150

Bagi melayakkan korang menerima kredit RM150 tersebut,korang perlu guna salah satu eWallet yang disenaraikan seperti dibawah.Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu penyedia eWallet sahaja. Dah tuntut atau tebus sekali, tak boleh tebus guna eWallet lain pula.



- Cara Mudah Tebus ePemula RM150 Melalui ShopeePay

Cara Mudah Mohon ePemula RM150 Melalui Touch n GO eWallet

Cara Mudah Tebus ePemula RM150 Melalui GrabPay

Cara Mudah Tebus ePemula RM150 Melalui Bigpay





Cara Mudah Tebus ePemula RM150 Melalui GrabPay


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


INFO , INFO SEMASA ,CARA TEBUS BANTUAN RM150,CARA MOHON EPEMULA RM150, DAFTAR GRABPAY , CARA MOHON EPEMULA MELALUI GRABPAY , EPEMULA RM150 GRABPAY ,BANTUAN KERAJAAN,BANTUAN BELIA EPEMULA RM150,



 Upgrade Dan Tebus RM150

Bagi melayakkan korang untuk mohon dan tebus ePemula RM150, korang terlebih verify dengan upgrade GrabPay wallet.


Baca juga : Syarat Untuk Memohon ePemula RM150 Melalu eWallet Bermula 11 April 2022


1.  Sekiranya sudah selesai download dan daftar akaun Grab, korang klik pada Payment
2.  Masukkan nama penuh berserta no. MyKad dan halaman seterusnya klik pada "Upgrade Wallet"

3.  Upload gambar MyKad bersama-sama selfie muka korang

4.  Masukkan butiran peribadi seperti yang diminta dan proses pengesahan hanya mengambil masa 2-3 hari sahaja

5.  Jika sudah verified, korang boleh mula tebus ePemula RM150 dengan klik pada banner di halaman utama


Untuk info lanjut berkaitan ePemula GrabPay, anda boleh rujuk pautan www.grab.com/my/campaign/epemula/



Cara Mudah Tebus ePemula RM150 Melalui Bigpay

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


INFO , INFO SEMASA , CARA DAFTAR BIGPAY , CARA MOHON EPEMULA RM150 , CARA MOHON EPEMULA RM150 MELALUI BIGPAY , EPEMULA MELALUI BIGPAY  , BANTUAN KERAJAAN , BANTUAN BELIA EPEMULA RM150 ,TEBUS EPEMULA RM150,

 Cara Mudah Tebus ePemula RM150 Melalui Bigpay


Daftar BigPay

1.  Download aplikasi BigPay dan mula daftar dengan klik pada butang "Sign Up"

2.  Pilih Malaysia dan masukkan nombor telefon dan kod pengesahan

3.  Tetapkan password dan kemudian tetapkan butiran diri yang diminta termasuk alamat rumah

4.  Pada bahagian referral code, masukkan kod 0LMZHKVZ3T untuk dapatkan RM10 secara percuma. Selesai!


Baca juga : Syarat Untuk Memohon ePemula RM150 Melalu eWallet Bermula 11 April 2022


Verify Dan Tebus RM150

Bagi melayakkan korang untuk mohon dan tebus ePemula RM150, korang perlu verify atau sahkan akaun BigPay 


1.  Masuk semula ke aplikasi BigPay dan upload gambar MyKad berserta selfie muka untuk proses verifikasi

2.  Kemudian korang perlu topup RM20 sebagai permulaan. Nilai tersebut bukan yuran dan ianya akan masuk ke akaun BigPay korang .

3.  Setelah selesai, korang boleh pergi pada bahagian Payments > ePemula dan mohon RM150 dengan klik pada "Apply Now"



Untuk info lanjut berkaitan ePemula BigPay, korang boleh rujuk pautan www.bigpayme.com/epemula.


Cara Mudah Mohon ePemula RM150 Melalui Touch n GO eWallet


Assalamualaikum dan salam sejahtera


INFO , INFO SEMASA , CARA TEBUS EPEMULA MELALUI TOUCH N GO EWALLET , TEBUS EPEMULA MELALUI TOUCH N GO , EBELIA EPEMULA RM150 , TOUCH N GO EWALLET , TEBUS EPEMULA RM150 ,BANTUAN KERAJAAN E-PEMULA RM150,

 Cara Mudah Mohon ePemula RM150 Melalui Touch n GO eWallet



Daftar Touch 'n Go eWallet

1.  Download aplikasi TnG eWallet dan klik "Sign Up" untuk mendaftar

2.  Masukkan no. telefon berserta kod OTP yang dihantar melalui SMS

3.  Kemudian tetapkan no. pin untuk digunakan setiap kali buat pembayaran

4.  Jangan lupa untuk lengkapkan butiran peribadi yang diminta seperti nama, mykad, email dan sebagainya.



Upgrade Akaun Premium Dan Tebus RM150

Bagi melayakkan korang untuk mohon dan tebus ePemula RM150, korang perlu verify dengan upgrade akaun TnG eWallet ke akaun premium


Baca juga : Syarat Untuk Memohon ePemula RM150 Melalu eWallet Bermula 11 April 2022


1.  Buka aplikasi TnG eWallet dan pergi ke Profile > Account Verification

2.  Kemudian upload gambar MyKad anda bersama-sama selfie muka anda. Proses pengesahan mengambil masa 48 jam

3.  Jika sudah disahkan, anda boleh mula tebus ePemula RM150 dengan klik pada banner pada halaman utama


Untuk info lanjut berkaitan ePemula Touch 'n Go eWallet anda boleh rujuk pautan www.touchngo.com.my/somethingnew/



Cara Mudah Tebus ePemula RM150 Melalui ShopeePay

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


INFO , CARA TEBUS E-PEMULA RM150 MELALUI SHOPEEPAY , E-PEMULA RM150 SHOPEEPAY , CARA MUDAH TEBUS E-PEMULA DI SHOPEE ,BANTUAN BELIA E-PEMULA,BANTUAN KERAJAAN E-PEMULA RM150, CARA MEMOHON E-PEMULA RM150, E-PEMULA RM150

Cara Mudah Tebus ePemula RM150 Melalui ShopeePay


Daftar ShopeePay

1.  Download aplikasi Shopee dan kemudian perlu aktifkan ShopeePay

2.  Masuk semula ke aplikasi Shopee dan klik pada ikon "eWallet ShopeePay"

3.  Kemudian terus daftar dengan klik pada "Set Up ShopeePay"

4.  Masukkan butiran diri seperti nama penuh dan no. mykad

5.  Akhir sekali tetapkan 6-digit pin ShopeePay anda yang akan digunakan setiap kali untuk buat bayaran

6.  Selesai! Korang dah boleh mula menggunakan ShopeePay


Baca juga : Syarat Untuk Memohon ePemula RM150 Melalu eWallet Bermula 11 April 2022


Verify Dan Tebus RM150

Bagi melayakkan korang untuk mohon dan tebus ePemula RM150, korang terlebih dahulu perlu verify atau sahkan akaun ShopeePay


1.  Pergi ke aplikasi Shopee dan klik pada ikon ShopeePay

2.  Klik "Verify Now"

3.  Upload gambar MyKad korang berserta selfie muka bagi proses pengesahan yang hanya mengambil masa 24 jam sahaja

4.  Jika sudah verified atau disahkan, anda boleh terus tebus ePemula RM150 DISINI atau klik pada ikon ePemula pada halaman Shopee


Untuk info lanjut berkaitan ePemula ShopeePay, korang boleh rujuk shopee.com.my/m/epemula



Syarat Untuk Memohon ePemula RM150 Melalui eWallet Bermula 11 April 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


INFO,INFO SEMASA, BANTUAN BELIA E-PEMULA, CARA MOHON BANTUAN E-PEMULA MENERUSI E-WALLET , CARA MOHON E-PEMULA RM150, SYARAT MOHON E-PEMULA RM150 , BANTUAN KERAJAAN E-PEMULA RM150 , LANGKAH MEMOHON E-PEMULA RM150


Syarat Untuk Memohon ePemula RM150 Melalui e-Wallet Bermula 11 April 2022 Kerajaan kini telah mengumumkan para belia berusia 18 tahun sehingga 20 tahun, dan juga pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT), boleh melakukan permohonan untuk kredit sebanyak RM150 melalui dompet digital bermula esok, 11 April 2022, dibawah program e-Pemula.


INFO,INFO SEMASA, BANTUAN BELIA E-PEMULA, CARA MOHON BANTUAN E-PEMULA MENERUSI E-WALLET , CARA MOHON E-PEMULA RM150, SYARAT MOHON E-PEMULA RM150 , BANTUAN KERAJAAN E-PEMULA RM150 , LANGKAH MEMOHON E-PEMULA RM150


Korang boleh melakukan permohonan melalui dompet digital yang menyertai inisiatif ini, iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan juga Touch ’n Go eWallet.


Dibawah inisiatif ePemula ini, selain daripada kredit RM150 daripada kerajaan, penyedia dompet digital ini juga akan menawarkan insentif tambahan dalam bentuk pulangan tunai, baucar, mata ganjaran dan sebagainya.


Tempoh pendaftaran program ini adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022. Kredit yang diterima perlulah dibelanjakan sebelum 10 Jun 2022 kelak.


Berikut merupakan syarat untuk penerima ePemula:


-mencapai umur 18 ke 20 tahun pada 2022 (lahir pada tahun 2002 hingga 2004)

-pelajar sepenuh masa diperingkat diploma, atau SKM4, dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar. Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar.