Assalamualaikum dan Salam sejahtera
5 syarat untuk join Giveaway diatas
- buatkan entri berkaitan GA tersebut
- follow blog / FB / Instagram / Twitter bonda zalifah
Hadiah menanti pemenang
- 4 keping poskad animasi aidilfitri untuk 4 orang pemenang
tarikh tamat GA
bagaimana nak join GA kat atas ?
- boleh terjah SINI atau tekan banner yang cantik kat atas
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
hai uolls ..happy weekend day and happy mothers day in the world .. petang hujung minggu ni sempat jugak CCL taip entri baru ..curi jugak masa sedikit untuk update blog disebabkan blog dah tiga or empat hari tak terupdate .. hah hari nieyh hati terasa gembira tak terkata ..CCL try check nuffnang alhamdulillah bulan mei ini melekat jugak satu iklan CPC ..berbanding bulan april yang lalu ..langsung tidak melekat ..harap - harap pihak nuffnang teruskan lagi kasi iklan untuk blog sendu CCL ni ..
iklan kali ni pihak nuffnang kasi dari 'blackmores vital shine '. nampaknya blackmores ada mengeluarkan produk yang baru ..Produk blackmore vital shine ini merupakan produk yang sesuai untuk penjagaan rambut,terutama untuk kaum wanita ..Al-maklum la kaum wanitakan rambut pun panjang-panjang belaka , of course la kena penjagaan rambut yang rapi .
blackmores vital shine ini merupakan bahan - bahan yang berkhasiat , untuk penjagaan diri kita semestinya kita semua memilih bahan-bahan serta produk yang bagus bukan ? so gabungan yang ada dalam produk ini seperti ekstrak rebung , ekstrak biji sekoi ,ekstrak teh putih dan bukhtorn laut . semua bahan sesuai menyihatkan rambut . So untuk mengetahui lebih lanjut boleh terjah laman web https://www.blackmores.com.my/products/vital-shine
assalamualaikum dan salam sejahtera
segmen bloglist datang lagi ... opss segmen pencarian bloglist ni bukan CCL yang anjurkan ..tapi datangnya dari blogger kinah nazari .. blogger kinah tengah mencari untuk bloglist beliau .. so CCL rajinkan tangan adakan entri ini ..mudah-mudahan blog CCL terpilih unutk dimasukkan ke dalam bloglist blogger kinah .. al-maklum la blog CCL blog sendu , tapi aktif
syaratnya mudah ..
- follow blog kinah
- like fbpage
- buatkan entri berkenaan
tarikh tamat segmen pada 14 Mei 2017 .
pada yang nak join rajin-rajinkan jari anda klik banner kat atas
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
SEGMEN BLOGLIST BLOG TIARA SAPPHIRE segmen bloglist datang lagi .kalau tadi CCL baru sahaja join segmen pencarian bloglist dari si blogger kisahjuju.com . So kali ni CCL terpandang segmen yang baru dari si blogger Tiara Sapphire .. tengah mencari bloglist ..
Syarat yang mudah
- Follow blog Tiara Sapphire
- Masukkan blog Tiara Sapphire ke bloglist masing-masing ..
Segmen ini bakal berakhir 8Mei 2017
So pada yang nak join boleh tekan pada banner .
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
RESEPI SANDWICH TELUR CHEESE Resepi yang bersiaran kali ini tersangatlah mudah , CCL pasti ramai yang padai membuat resepi yang cukup simple ini .Tetapi atas kerajinan CCL kongsi jugak resepi ini untuk uolls semua . Baiklah hari ini CCL akan kongsikan satumenu sarapan pagi dan boleh juga dijadikan menu di petang hari .. 'Sandwich Telur Cheese'
Bahan-bahannya :
5 biji telur ayam ~ rebus dan sejukkan terlebih dahulu
70gm mentega
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
kepingan cheese
1 buku roti putih sandwich
Cheese hancur *Apa jua jenis yang hancur
Cara Penyediaan
1. hancurkan telur, cheese dan mentega sehingga sebati
2. taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam
3. sapukan adunan telur ke atas roti dan letakkan sekeping cheese di atasnya lakukan sehingga habis
potong dua/ menyerong. Siap! Kalau nak lagi sedap boleh bakar, tapi kalau tak nak pun tak pe..bakar di dalam ketuhar selama 5 minit atau keperanga..angkat dan hidangkan!
selamat mencuba
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
JADIKAN ALLAH FIRST LOVER ALLAH Entri kali ini CCL berkisarkan tentang 'first lover ' atau pun orang yang pertama yang uolls sayang - menyayang ..ataupun lebih lagi dikenali macam someone special la.. Bila ada yang bertanya siapa someone special di hati CCL ? Meskipun saat ini hati CCL belum lagi dimiliki oleh kaum Adam ..tapi bagi CCL tetap meletakkan Allah sebagai cinta hati pertama di dalam hati di dalam hidup CCL . Bila CCL meletakkan Allah SWT pada carta yang paling tertinggi dalam hati CCL, maka CCL akan melihat masalah-masalah yang mendatang hanyalah sebagai satu perkara yang kecil sahaja.Kerana CCL sedar, CCL masih ada DIA Yang Maha Besar untuk membantu.
Walau tersungkur jatuh atau lemah berkali-kali bila dilanda ribut Ujian, CCL akan bangkit kembali meneruskan perjalanan.Sebab apa ? Sebab 'First Love' CCL tadi lah yang bagai menyuntik kembali kekuatan dan semangat kita yang mulai meruntum goyah.Cuba bayangkan, apa yang terjadi seandainya kita semua anggap Makwe atau Pakwe kita sebagai Cinta yang paling utama ?Lalu Cinta Allah diketepikan ?Huh !..Tak perlu bayangkan.Sebab sekarang pun mungkin ada yang tengah lalui perkara itu kan ?Kita,Yang sering melebihkan Cinta Nafsu semata.Sedang Cinta Yang Esa hanya dibiar merata.
" Ya Rabb, ampunkan kami. "
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
TIPS KENAL RUPA BENTUK MANGGA HARUMANIS Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis.Buahnya berbau harum dan isinya tebal kekuningan serta rasanya enak.walaupun harganya meningkat setiap tahun tapi orang ramai sanggup berlabur duit dan sanggup beratur panjang emata-mata nak membeli mangga harumanis ini .
Musim harumanis adalah sekitar bulan April sehingga Mei atau awal Jun ..memandangkan sekarang dah pun masuk awal April ..sesetengah pokok para pekebun ada yang sudah berbuah . Biasanya hasil buah akan habis sebelum masuk bulan Jun , Hahhh laku tak laku Harummanis ni .. hehe .. walaupun ramai yang cuba menanam pokok Harumanis di laur negeri Perlis , tapi hasilnya tidak menjadi seperti tumbuh subur , tidak berbuah , rasa tidak manis ..Salah satu sebabnya terpengaruh dengan faktor cuaca dan tanah ..
Di sini CCL kongsikan sedikit rupa bentuk mangga harumanis dari Perlis ini, Agar para pembeli tidak tertipu dengan penjual-penjual ditepi jalan .. Mangga harumanis ini rupanya hampir sama dengan Mangga Sala. So pembeli semestinya kena kenal rupanya betul-betul.
So uolls yang nak merasa mangga harmanis ni.boleh-boleh terjah negeri Perlis ini.sekarang musim harumanis .
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
BAGAIMANA CARA TERBAIK UNTUK SIMPAN IKAN SUPAYA TAHAN LAMA DAN KEKAL SEGAR ? Selamat berhujung minggu ..Pergi pasar pada pagi hari ni, beli ikan lebih sikit. Bila simpan dalam peti ais tahu-tahu saja isinya dah jadi lembik dan baunya pun kurang enak. Kalau masak, confirm hilang rasa manisnya.So hari ni pakcik yang jual ikan kat pasar tue kasi CCL satu tips untuk menyimpan ikan .
Macam mana sebenarnya cara terbaik untuk simpan ikan supaya tahan lama dan kekal segar walaupun disimpan lama? Pertama sekali, korang hanya perlu menyiang ikan dan pastikan isi perutnya semua dah dibuang. Kemudian korang ambil surat khabar dan bungkus ikan tersebut di dalamnya. Tak perlu dibersihkan ikan yang telah disiang tadi dengan air.
Apabila korang membersihkan ikan dengan air dan baru disimpan, itulah yang sebenarnya yang membuatkan ikan cepat busuk kerana isinya lembap dengan air. Isi ikan juga mudah hancur.
Selepas ikan dibalut dengan surat khabar tu, bolehlah korang simpan dalam peti ais seperti biasa. Korang juga boleh meletakkan hirisan lemon atau limau di dalam balutan ikan itu. Selain kekal segar, ikan juga akan berbau harum dan tidak hanyir.korang boleh mengeringkan ikan dengan tisu dapur sebelum disimpan.
Ini sedikit tips CCL dapat pagi tadi dari pakcik penjual ikan di pasar .Sebenarnya banyak lagi tips-tips penyimpanan ikan ni. Tak salah tips macam CCL kongsi untuk kebaikkan bersama .
Assalamualaikum..
NAK DAPATKAN BUKU MOMEN2 MATLUTFI | ada yang peminat MatLuthfi kat sini ? Kalau korang peminat MatLuthfi yang popular di laman sosial media di youtube tu dijemput join Giveaway ni .sebabnya tuan blogger Giveaway ni nak hadiahkan pada pemenang sebuah buku Catatan Matluthfi . Bukan buku catatan biasa ..tapi dari segi gaya penulisan dia yang sempoi dan tak bosan bila membaca..buku ni kalau tak salah CCL dah lama release tahun 2015 .. belum sempat CCL pegang dan baca buku tersebut ..CCL join mana tahu aa rezeki CCL menang buku ni kan ..
Dalam Giveaway ni jugak bukan buku catatan MatLuthfi saja menanti para pemenang . Tapi topup rm5 untuk 2 pemenang .. maei kita support blogger-blogger .. yang penting syaratnya cukup simple ..
Nak join klik
SINI. Giveaway ni berlangsung selama sebulan bakal tamat pada 29 April 2017 .
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
RESEPI 'SPAGHETTI DONUT' ADAKAH BOLEH POPULAR DI MALAYSIA ? | Bagi korang yang sangat
menyukai 'spaghetti' dan pada masa yang sama jugak menyukai hidangan 'donut' . Pernah tak korang terfikir bagaimana kedua-dua makanan barat ini digabungkan menjadi satu resepi . CCL terpandang dalam laman media sosial tentang makanan ini ,maka terciptalah satu resepi yang dinamakan '
Spaghetti Donut'. Wah,sah-sah terasa di syurga dunia bila dapat makan makanan yang unikmacam ini . Semakin lama sudah semakin kreatif otak pemikiran manusia ni haa.Tabik spring !!!! Pada yang cipta resepi spaghetti donut ini.Maybe, lepas ni donut nasi lemak,nasi ayam,satay pulak akan muncul.heheh pelik-pelik kan.
Kalau ditanya
dimana jualnya Spaghetti Donut ini. Semestinya bukan di Malaysia, tapi menu sebegini sudah
terkenal di luar negara,mana tidaknya yang mencipta resepi ini pun memang berasal daei luar negara . Kalaulah Spaghetti Donut ini diluaskan di pasaran Malaysia, semestinya CCL takkan lepaskan peluang untuk merasai menu ini . Sengaja CCL share mengenai Spaghetti Donut ini, untuk buka rakyat Malaysia menu sebegini semestinya wujud dengan kehadiran idea-idea kreatif .Mungkin akan ada rakyat Malaysia akan tercari-cari
resepi spaghetti donut yang unik ini . Tak salah kalau kita mencuba sesuatu resepi yang baru yang dianggap pelik .
Spaghetti Donut . Makanan yang
diolah dengan gabunggan spaghetti dan sosnya, dipanggang sehingga garing dengan
bentuk bulat menyerupai donut . Mungkin ada sesetengah pihak mengatakan gabungan spaghetti donut ni macam tak kena . Tapi uolls kena faham
bentuk je donut, rasanya tetap savory ..Amboihh amboiih bertulis macam CCL dah pernah merasakan ? Heheh .. tak macam donut biasa .. spaghetti donut ni dia rasa sensasi .. amboiii sensai masin plus rangup gitu ... Tak sabar rasanya menunggu spaghetti donut ni dijual di Malaysia .