Assalamualaikum dan hai semua
Lirik Lagu Jiwa Yang Mengalah | Bellestrelle ft Harry AI Team
Assalamualaikum dan hai semua
Makan Tengahari Di Street Food Padang Besar Weekend kali ni tak ada aktiviti yang padat sangat, so kami pun ambil peluang jalan-jalan ke Padang Besar.. Pergi sana memang tak target nak shopping apa-apa pun. Tapi biasalah... bila dah sampai Padang Besar, mesti terbeli juga jajan-jajan yang dijual kat sana.. Sambil tu nak tengok juga perkembangan terbaru kawasan Padang Besar sekarang..
Dah puas berjalan, perut pun mula lapar..CCL singgah lunch dekat Street Food Padang Besar.. Mak dan ayah CCL order nasi goreng ikan masin. CCL sempat rasa sesudu... eh sedap juga! Tak kedekut bahan , rasa dan memang kena dengan selera..
CCL dengan adik pulak order nasi daging bakar Dannok. Untuk menu ni, bagi CCL rasanya biasa-biasa ja.. Perapan daging tu tak berapa meresap dan tak berapa juicy macam yang diharapkan. Tapi satu yang memang kena puji, sos daging bakar dia memang sedap. Cicah dengan daging tu memang menambah juga.
Lepas habis makan nasi, CCL order pulak set udang galah bakar. Yang ni memang approve !! .. Isi udang fresh dan rasa manis dan sedap. Lagi-lagi bila cicah dengan sos dia, memang tak cukup seekor rasanya.
Last menu, tak lengkap kalau tak ada dessert.. CCL order pulut mangga sebagai dessert Tengahari ni .. Yang ni pun memang sedap! Pulut dia lembut dan berlemak, makan pulak dengan mangga yang manis. Memang ngam dan puas hati.
Alhamdulillah... syukur atas rezeki hari ni. Dapat luangkan masa dengan family ..
Assalamualaikum dan hai semua
18 Julai 2024 - 18 Julai 2026 | Genap Dua Tahun Masa Berlalu
Semalam 18 Julai 2026 genap dua tahun arwah tokwan dikebumikan di sini ..pagi tadi lepas balik briswalk singgah sekejap kat sini .. Kubur arwah tok dan arwah tokwan sebelah ayah CCL ni dekat saja dengan rumah. Laluan nak pergi kerja pun memang lalu kawasan perkuburan tu, so memang senang laa nak singgah kejap sedekahkan Al-Fatihah.
Arwah tok dan tokwan CCL meninggal pada tahun yg sama 2024 ..arwah tok meninggal pada bulan Mac, arwah tokwan pulak meninggal pada bulan julai ..satu tempat pusara yg sama, baris yang sama ..cuma kubur arwah tok selang beberapa kubur dari kubur arwah tokwan ..kalau nak ziarah memang senang la nak cari .
Bila tengok kawasan perkuburan sekarang, makin hari makin bertambah pusara baru.. Sedar tak sedar, hidup ni memang sementara kan .. yang tinggal hanyalah doa daripada anak cucu..
Al-Fatihah untuk arwah tokwan .. Al-Fatihah untuk arwah tok ..Semoga roh mereka dicucuri rahmat
Assalamualaikum dan hai semua
Drama TV3 | Yes ! Captain Zul Aaryan Uguys peminat drama adaptasi novel, jangan lupa saksikan Drama terbaru 'Yes! Captain Zul Aaryan' yang akan mula disiarkan melalui slot Akasia TV3 bermula 10 Julai 2026.. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel karya Wnfhanna dan menggabungkan gandingan pelakon Anna Jobling serta Jazmy Juma sebagai watak utama..Kalau uguys suka drama bertemakan enemies to lovers, kahwin paksa dan kisah cinta yang penuh dengan konflik, drama ni memang wajib masuk dalam senarai tontonan!
Drama Yes! Captain Zul Aaryan
Episod: 30
Tarikh Tayangan: 10 Julai 2026
Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Adaptasi Novel: Wnfhanna
Penulis Skrip: Rozie Rashid & PGR Team
Pengarah: Nizam Zakaria
Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon Drama Yes! Captain Aaryan
Anna Jobling sebagai Zara Andrea
Jazmy Juma sebagai Zul Aaryan
Nafiz Muaz sebagai Hazwan
Daniel Fong sebagai Bahri
Natasha Sass sebagai Rania
Adriana Ghafar sebagai Salwa
Esma Daniel sebagai Dato' Abraham
Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Melinda
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Zul Azhar
Kuza Muzani sebagai Puan Sri Zulaikha
Balkisyh Semundur Khan
Yusuf Bahrin
Tony Eusoff
Lagu Tema (OST) Drama Yes! Captain Aaryan
Lumangad Oku Dika
Penyanyi: Ryenald Guntabid
Sinopsis Drama Yes! Captain Zul Aaryan
Segalanya bermula dengan satu salah faham di Lapangan Terbang Melbourne yang membuatkan Zul Aaryan dan Zara Andrea saling membenci. Takdir kemudian menemukan mereka sekali lagi apabila Andrea menaiki pesawat yang dipandu oleh Aaryan.
Keadaan menjadi lebih rumit apabila Andrea mempunyai satu bukti yang mampu mengancam kerjaya Aaryan sebagai juruterbang. Demi melindungi reputasinya, Aaryan berusaha mendapatkan semula bukti tersebut sehingga mencetuskan lebih banyak perselisihan antara mereka.
Tanpa diduga, keluarga mengambil keputusan untuk menjodohkan mereka. Walaupun membantah, mereka akhirnya bersetuju berkahwin dengan satu syarat iaitu perkahwinan tersebut hanya berlangsung selama sebulan. Persoalannya, adakah perkahwinan kontrak itu benar-benar akan berakhir selepas sebulan, atau perasaan cinta mula hadir tanpa disedari?
Pada uguys yang dah baca novelnya, mesti tak sabar nak tengok macam mana jalan cerita ini disiarkan di TV. Sama-sama kita nantikan perkembangan kisah Zul Aaryan dan Zara Andrea sepanjang 30 episod nanti.
Assalamualaikum dan hai semua
7 Julai 2026 | Hai Baby Rayfaa Aqeela
Sambungan dari cerita si Rania dah jadi kakak .. Seperti yang sedia maklum dalam entri sebelum ni , 5 Julai 2026 Mama Rania dah selamat bersalin baby girl .. alhamdulillah Mama Rania dan dikbaby pun sihat . So petang 6 Julai baru boleh discharge settle urusan semua kan .. hari ketiga, memandangkan CCL offday , Mama Rania pun dah boleh balik rumah, so CCL ke rumah Mama Rania ..
Gambar hari ketiga dikbaby .. snap gambar ni hantar dekat Mak dan adik CCL, masa ni diorang masih di Tanah Suci .. Entri Mak dan Adik CCL tunai umrah ke tanah suci belum buat lagi .. one by one ehh .. muka dikbaby kena letak sticker jap ..hehee.lepas beberapa bulan CCL reveal muka dikbaby ya ..
Rayfaa Aqeela nama yang diberi . Membawa maksud penyayang, baik hati & yang terbaik
Semoga dikbaby Rayfaa Aqeela diberikan kesihatan yang baik, moga menjadi anak solehah yang cerdik pandai dan tak banyak meragam .. aamiin
Assalamualaikum dan hai semua
Selesai 50 Episod Drama Dendam Seorang Mentua
Last CCL follow drama Dendam Seorang Madu yang dilakonkan oleh Redza Rosli , Sweet Qismina & Hannah Delisha .. memang CCL follow episod by episod .. Drama lain pun ada juga tengok tapi tak follow semua ..tak sempat yer .. but baru-baru ni CCL ada follow drama Dendam Seorang Mentua uang dilakonkan oleh Dato Yusry , Dato Aaron Aziz , Intan Ladyana , Chaca Maembong & Tracei Sinidol .. first thing tengok sebab lakonan oleh Yusry KRU & Aaroon Aziz .. pastu follow drama ni sampai episod terakhir ..50 episod uguys.. bebal betul la tengok drama ni ..
Sebab apa CCL cakap bebal.. jalan cerita dan plot twist tue berulang-ulang .. kisah hubungan keluarga menantu & mentua yang penuh dengan pengkhianatan..dendam dengan keluarga sampai membunuh, gila kuasa & gila harta sampai sanggup tikam belakang adik beradik & kawan sendiri . Isu harta dan hak penjagaan anak. Isu cinta yang tidak kesampaian ..
Dah tengok sampai ke pertengahan episod, mula mengeluh dalam hati, bila lahh cerita ni nak habis ..berbaki beberapa episod lagi kan .. nak kena hadap scene-scene bergaduh..pastu berbaik.. bergaduh .. tapi layan juga laa sebab Aaron Aziz berlakon .. di pertengahan episod watak Dato Muzaffar yang dilakonkan oleh Dato Yusry dah tamat disebabkan dalam episod watak tu Dato Muzaffar meninggal & watak Karl yang dilakonkan oleh Aaron Aziz digantikan sampai habis episod ..
Uguys ada layan tak drama Dendam Seorang Mentua .. ? Haishhh yang sebelum ni tajuk drama Dendam Seorang madu, pastu kali ni Dendam Seorang Mentua .. coming soon drama dendam seorang menantu pulak eh ..hehehe ..macam-macam laa kan ..
Assalamualaikum dan hai semua
5 Julai 2026 | Rania Dah Jadi Kakak
Alhamdulillah syukur tepat tarikh 5 Julai 2026, Rania dah naik pangkat jadi kakak .. Mama Rania dah selamat bersalin di Hospital Kangar pada tengahari tersebut . Alhamdulillah, bersalin kali ni cukup mudah . Awal tu Mama Rania memang target nak bersalin pada 30 June, sama dengan birthday Rania, tapi dikbaby masih lagi selesa dalam perut mama dia, so dokter extand masa lagi seminggu ..
Pukul 3 pagi macam , Mama Rania dah turun tanda, dah rasa sakit kemudian terus pergi hospital .. tapi belum lagi nak bersalin , tengah main dengan contraction .. so dokter bagi balik rumah dulu .. pukul 10 pagi rasa sakit , sekali lagi pergi hospital , dokter dah check pembukaan Mama Rania dah 5cm .. so tunggu masa dikbaby nak keluar ..
Alhamdulillah dalam pukul 1 lebih sebelum azan Zuhur mama Rania dah selamat bersalin .. bersalin anak kedua kali ni cukup mudah, mama rania tak perlu tahan sakit contraction tu lama ..
Abah Rania Whatsapp, Mama Rania dekat hospital dah turun tanda nak bersalin, masa ni CCL kat tempat kerja ..lepas kerja pergi Kangar Jaya Mall (KJM), ronda-ronda window shopping pastu jam 4.40 tengok wayang cerita Khadam ..hahh menyempat lagi kan..
Balik pun dah malam, barulah baca Whatsapp dari abah dan mama Rania , dikbaby dah selamat ..baby girl juga kali ni !! ..tapi yang surprise tue masa scan dikbaby malu nak tunjuk jantina lelaki atau perempuan .. so masing-masing teka baby girl .. tapi barang baby beli warna dan corak unisex .. kalau dapat baby boy or girl dedua boleh pakai .. rupanya dikbaby girl ..ada baju-baju yang boleh recycle pakai Rania dulu ni ..yang masih lagi elok ..
6 Julai, petang Mama Rania dan dikbaby dah boleh balik rumah .. Alhamdulillah semuanya ok tiada kuning . Semoga dikbaby sihat dan cepat membesar ..
Assalamualaikum dan hai semua
Briskwalk 4 Julai | Pace 7KM Dah lama rasanya CCL tak update pasal briskwalk kat blog ni.. Last rasanya sebelum puasa hari tu. Lepas tu senyap je kan .. bukan CCL dah berhenti briskwalk tau.. rutin ni tetap pergi macam biasa, cuma tak sempat nak buat entri saja ..Biasanya dalam seminggu mesti dua tiga kali keluar briskwalk. Kalau rajin sikit, boleh jadi tiga atau empat kali seminggu. Ikut keadaan, cuaca dan mood juga la.
Pace pun masih lebih kurang sama macam sebelum ni. Selalunya dapat sekitar 7KM, .. throwback result briskwalk 4 Julai haritu pun dapat 7.34KM dengan masa 1jam 51minit .. masa ni memang gagahkancbadan juga untuk habiskan track tersebut. Memang tak larat sangat-sangat ..kalau hari badan rasa ringan sikit boleh la cecah 8KM. Timer pula memang tak pernah sama. Ada hari laju sikit, ada hari perlahan sikit. Biasalah kan, stamina kita pun ada naik turun..nak dapat pace 10km kena stamina tinggi lagi kan ..walaupun briswalk kemampuan badan kita tak sama macam orang lain ..yang penting kita bergerak bagi keluar peluh dari badan..
Tak kisah sangat kalau pace tak selaju orang lain. Yang penting konsisten tiap-tiap minggu, itu pun dah kira satu pencapaian. Mudah-mudahan lepas ni stamina CCL makin baik dan boleh buat rekod 10KM pulak .
Assalamualaikum dan hai semua
Birthday Mak Tahun Ini Dapat Hadiahkan Umrah
Hari ni, 9 Julai, genap usia baharu buat insan yang paling CCL sayang. Selamat Hari Lahir, Mak!
Tahun ni sambutan hari lahir mak lain sikit.. sebab kami sekeluarga berjauhan. Walaupun tak dapat sambut sama-sama, CCL tetap rasa seronok dan tenang sebab mak CCL sekarang ni tengah menunaikan umrah di tanah suci .
Alhamdulillah, tahun ni juga CCL dan adik dapat sponser mak tunai ibadah umrah. Bagi CCL, tahun ni hadiah hari lahir yang paling istimewa dan paling bernilai yang pernah CCL berikan pada mak sepanjang hidup CCL untuk mak yang dah banyak berkorban untuk CCL sekeluarga..
Sebenarnya mak CCL dah pun berangkat ke Tanah Suci pada 2 Julai yang lalu. Insya-Allah, beberapa hari lagi mak akan berangkat balik ke Malaysia. Semoga segala ibadah mak diterima Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan pulang dengan membawa umrah yang mabrur.
Selamat Hari Lahir sekali lagi, Mak. Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tak pernah putus buat anak-anak.Semoga Allah SWT panjangkan usia mak dalam keberkatan, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, melimpahkan rezeki, serta sentiasa memelihara dan membahagiakan mak di dunia dan di akhirat...Semoga mak CCL pulang dengan selamat dan memperoleh umrah yang mabrur..
Selamat hari lahir buat mak!
Assalamualaikum dan hai semua
Bulan lepas dah la kurang update entri blog, tak sempat nak singgah dan godam komen tau ..Masa pun agak terhad, jadi banyak blog yang CCL tak sempat singgah.
Tupp tuppp ada rezeki .. CCL terpilih top komen bulan jun melalui Blog Faa .. memang tak jangka langsung .. tapi itulah bila rezeki datang .. kalau dah namanya rezeki, memang tak pernah salah alamat.
Dua tiga hari lepas, parcel daripada Faa pun selamat sampai ke tangan CCL. Terima kasih banyak-banyak Faa atas hadiah yang Faa kirimkan .. Nak tahu apa hadiah yang CCL dapat? Stay tune ya, nanti CCL kongsi dalam entri seterusnya.
Oh ya, hadiah Top Komen beberapa bulan lepas daripada Akak SA dan Blog Etuza pun dah selamat sampai juga.. Cuma buat masa ini CCL masih belum berkesempatan untuk update entri mengenainya. Insya-Allah nanti CCL kongsikan satu persatu.
Assalamualaikum dan hai semua
Juara Ruang Komen Jun 2026 | Blogger NA
Alhamdulillah, untuk Juara Ruang Komen bulan Jun telah dimenangi oleh Blogger NA dengan 39 komen!
Walaupun sepanjang bulan lepas CCL hanya sempat publish 9 entri sahaja, Blogger NA tetap gigih "menggodam" entri-entri lama dan tinggalkan komen - komen. Terima kasih banyak kerana sudi singgah, membaca serta memeriahkan ruangan komen di blog CCL. . Seperti biasa, mohon emailkan butiran untuk proses pengeposan hadiah do email virgoyana61@yahoo.com
Tahniah juga diucapkan kepada Top 10 Pengomen yang berjaya tersenarai dalam carta bulan Jun. Terima kasih kerana sentiasa setia singgah dan meninggalkan komen di setiap entri. Semoga kita terus saling menyokong dunia blog dan bertemu lagi dalam carta bulan hadapan!
Bulan Julai pulak siapakah yang bakal menempah gelaran juara ruangan komen blog CCL ..
Assalamualaikum dan hai semua
Blog Archive June 2026 | 78K Pageview & 9 Journalist
Alhamdulillah, masuk bulan baru dah. Bulan Mei yang lepas blog ni sempat cecah 88K pageviews,untuk bulan Jun ni pulak lagi turun ya Pageview sebanyak 78.7 . Kurang update. .
Bulan Jun dapat keluarkan 9 Journalist . Paling sikit antara bulan- bulan ya ..
Tak kisahlah berapa angka sekalipun, yang paling best bila masih ada yang setia singgah baca entri lama dan entri baru. Terima kasih banyak-banyak buat semua yang tak pernah jemu support blog CCL ..Semoga rezeki blog ni terus murah dan terus berkembang.
QOUTES
ABOUT ME



































































