Kebaya Sulam & Batik Pario untuk Tema Klasik P. Ramlee & Saloma

 Assalamualaikum dan hai semua 

Kebaya Sulam & Batik Pario untuk Tema Klasik P. Ramlee & Saloma Annual dinner tahun ni bertemakan Klasik P. Ramlee & Saloma. Dua tahun berturut-turut kena on duty, tapi tahun ni dapat join juga annual dinner .. Sejujurnya, mula-mula CCL plan nak pakai je kebaya batik yang memang dah ada dalam almari. Nak ringkas, tak nak fikir panjang...Tapi biasalah… last minute punya pasal , Entah macam mana terus tergerak hati nak beli kebaya sulam dengan kain batik pario. First time juga CCL ada kebaya sulam, jadi masa try tu risau juga la kalau tak sesuai dengan badan,  Alhamdulillah, mujur muat elok dengan badan, tak perlu alter apa-apa. Terus boleh pakai.


kebaya sulam, kain batik pario, kebaya klasik Saloma, tema klasik P. Ramlee dan Saloma, kebaya untuk annual dinner, kebaya sulam batik, batik pario instant, kebaya klasik moden, baju tema Saloma, idea baju tema klasik

Untuk event annual dinner bertemakan Klasik P. Ramlee & Saloma, sebenarnya tak wajib pun beli set lengkap kebaya dengan kain. Beli asing-asing lagi senang, sebab boleh match ikut citarasa sendiri. Untuk uguys yang mencari kebaya sulam dan kain batik instant pario boleh la ke link shoppe ni ByCikDara Kebaya Pario Batik , bila beli kebaya dan kain batik pario secara berasingan, pilihan jadi lebih banyak. Kita boleh fokus pilih kebaya sulam yang betul-betul berkenan, lepas tu baru cari kain pario yang ngam dari segi warna dan corak.


kebaya sulam, kain batik pario, kebaya klasik Saloma, tema klasik P. Ramlee dan Saloma, kebaya untuk annual dinner, kebaya sulam batik, batik pario instant, kebaya klasik moden, baju tema Saloma, idea baju tema klasik

CCL pilih warna soft mocha lembut, tak terlalu gelap dan memang naikkan vibe klasik. Corak sulam pun nampak kemas, tak sarat, sesuai sangat dengan tema Saloma yang klasik tapi tetap manis dipandang.


kebaya sulam, kain batik pario, kebaya klasik Saloma, tema klasik P. Ramlee dan Saloma, kebaya untuk annual dinner, kebaya sulam batik, batik pario instant, kebaya klasik moden, baju tema Saloma, idea baju tema klasik


Untuk kain pula, CCL guna batik instant pario. Memang mudah betul, sarung je terus siap. Cuma satu benda kena alert  bahagian kain memang terbelah, jadi wajib pakai legging di dalam. Kalau tak, masa berjalan nanti memang boleh nampak betis ..

Overall, CCL memang puas hati dengan pilihan kali ni. Tak sangka kebaya sulam batik pario ni boleh nampak cantik dan sesuai dengan tema klasik...Kadang keputusan last minute tu lah yang jadi pilihan terbaik  . 




Beli Produk Dherbs Set Jimat Premium

 Assalamualaikum dan hai semua

Beli Produk Dherbs Set Jimat Premium Beberapa hari lepas, CCL tercheckout produk Dherbs. .Tak lain tak bukan, sebab ternampak live founder Dherbs sendiri Datuk Aliff Syukri bersama Datin Shahida di Shopee..Sejujurnya memang tak ada dalam planning langsung nak top up skincare untuk bulan ni. Pagi tu lepas settle kerja, saja-saja CCL buka Shopee.. Sekali scroll, ternampak Datin Shahida tengah live. Tengah layan live tu, Datin sedang lelong Set Jimat Premium Dherbs..Kononnya nak tengok saja… tapi biasalah, jari ni pantang nampak lelong ,entah macam mana, tercheckout dan terbeli pula set tu. Tak apa lah, anggap kongsi rezeki dengan Datin Shahida dan Datuk Aliff Syukri. Lagipun tak salah CCL support produk tempatan..

Apa yang ada dalam Set Jimat Premium Dherbs ni?

Dalam satu set, ada 3 produk + 1 free gift:

-Minyak Aura 7 Bunga

-Collagen Jelly Cream

-Snow Tinted Sunscreen

-Lip Plum (Free Gift)

Dherbs Set Jimat Premium, Set Jimat Premium Dherbs, Review Dherbs Set Jimat Premium, Dherbs murah, Dherbs promo, Pengalaman beli Dherbs masa live

Masa mula-mula Datin lelong dalam live, harga set ni RM50...tak lama lepas tu, Datin turunkan lagi harga jadi RM45, yang ni memang tak boleh kawal diri, terus tekan checkout! ..Pantang betul kalau ada sales, lelong dan diskaun macam ni. Lepas tolak voucher apa yang patut, jumlah yang perlu dibayar cuma RM37 sahaja. Jimat kan? Jimat sangat-sangat! 

Kalau beli produk secara loose, memang rasa rugi sikit:

-Minyak Aura 7 Bunga – RM22

-Collagen Jelly Cream – RM22

-Snow Tinted Sunscreen – RM30

-Lip Plum – RM12.90

Total dah berapa tu… memang jauh beza dengan harga set..Kalau dapat grab Set Jimat Premium ni, memang jimat berganda.

Baru nak cuba semua produk Dherbs ni, harap-harap sesuai dengan kulit, kalau serasi, boleh repeat lagi lepas ni..


Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 4 & Day 5

 Assalamualaikum dan hai semua 

Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 4 & Day 5 Ada rakan blogger yang bertanya Perlis banjir lagi ka? Alhamdulillah ..sekarang banjir dah surut .. sebaik sahaja uguys semua baca entri ni  semua tempat dah kembali pulih dari banjir .. CCL baru sempat nak update entri banjir, simpan sini buat kenangan ..

ini entri last tentang banjir  hari ke empat dan hari kelima .


Cerita banjir Perlis Day 4 

Pagi hari keempat banjir melanda Perlis, jalan-jalan dah makin menunjukkan penurunan paras air . Alhamdulillah ..pagi hari tu seusai lepas subuh gerak pergi kerja , pagi tu dah tak naik kereta pickup , tapi van company yang datang untuk pickup staff-staff ..alhamdulillah ..ada yang bertanya kenapa tak naik van company sahaja dari awal banjir melanda kan tak perlu nak redah air banjir .. sebenarnya van company meragam tauu , so risiko kalau nak jalan jauh bahaya balik  . 

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Balik kerja petang tu, redah air banjir , tapi paras dah makin surut alhamdulillah .. 

Cerita banjir Perlis Day 5 

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Seperti kelmarin pergi kerja van company yang pickup pagi tu .. tapi..tapi van pun dah menunjukkan tanda- tanda nazak yerr ..dah berbunyi macam-macam .. risau juga dibuatkan .. lepas van redah kawasan air banjir yang boleh dikatakan ada sesetengah tempat yang masih paras dalam van dah jadi semput-semput . Mujur sempat juga la pergi ambil kawan CCL yang lagi seorang.. dan lagi soeorang lagi kawasan berdekatan tempat CCL kerja juga .. selepas semput-semput masih lagi berkhidmat ya, tiba-tiba dah bagi amaran naik lampu merah pada enjin  ..sekejap nyala sekejap terpadam .. 

Gagahkan juga memandu sampai ke tempat kerja ..alhamdulilah ..tetapi lepas pada tu , van dah tak boleh hidupkan ..maka kena hantar bengkel .. terima kasih van yang berkhidmat untuk staff pagi , petang dan malam selama dua hari .. 

Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 3

 Assalamualaikum dan hai semua 

Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 3 Hari ketiga banjir, pagi tu masuk lewat sedikit , macam biasa tetap kena redah air yang masih lagi di paras paha CCL . Pagi tu redah banjir terpaksa jalan kaki juga la nak masuk ke kawasan tempat kerja, pagi tu mood entah laa nak rasa happy atau nak rasa sedih . Pagi-pagi kena redah banjir ada yang cakap seronok laa .. tapi bagi CCL tak juga ..redah banjir sorang- sorang dalam otak fikir dalam tempoh dua hari ni Allah tengah bagi ujian, ini baru sikit .. mujurlah bukan banjir lumpur yang Allah bagi tidak lagi susah nak berjalan . 

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Tengah- tengah redah sambil melayan perasaan sorang-sorang pagi tu kan , tangan kanan pegang selipar , tangan kiri pulak galas beg pakaian , tiba- tiba entah laa silap langkah terpijak lubang kecil atau longkang hampir- hampir nak jatuh juga laa, sakit juga laa tapak kaki , mujur tak luka .. 

Selamat sampai tempat kerja, basuh-basuh dan tukar pakaian .. sakit tapak kaki tadi masih terasa . Check sekali lagi ok tak ada luka , cuma ada kesan kemerahan .. 

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Cukup jam bekerja, tiba masa untuk balik .. air semakin naik yaa.. tapi hari ni balik petang macam biasa, tak perlu OT . Tumpang kereta pickup yang ambil mangsa banjir untuk hantar ke PPS banjir.. 

Alhamdulillah.  ada orang baik yang sudi membantu . Moga Allah saja yang membalas 

Malam tu tular pulak ada penangkapan dua ekor ular sawa ,tempat yang berbeza tapi tak jauh juga laa dari penangkapan ular sawa yang kelmarin .. saiz pun besar juga .. seram juga kan . 


Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 2

 Assalamualaikum dan hai semua 

 Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 2 Entri ni sambungan  entri Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 1 . Seawal pagi jam 9 redah banjir nak ke tempat kerja .. pagi tu gerak pergi kerja macam biasa dan pergi laluan yang sama .. banjir kali ni lain macam caranya .. bukan apa .. laluan  nak pergi kerja ada kawasan sedikit tinggi dan rendah , so macam terperangkap laluannya .. pagi tu memang tak redah dengan kereta tapi pergi naik moto, silap laluan terpaksa redah juga air banjir walaupun dalam .. 

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

laluan ni boleh lagi lalu dengan moto , tapi air memang semakin naik .


Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Sampai ke tempat kerja laluan depan memang tak ramai berani masuk dengan kenderaan.. CCL turun pun dah hampir paras paha .. so kena cari jalan yang paras air rendah .. barulah jalan kaki redah air banjir masuk ke kawasan tempat kerja .. selamat sampai tempat kerja  kena tukar pakaian pulak .. jadi kalut sikit kan .. 

Pagi tu memang ramai staff yang tak datang kerja terkandas dalam banjir . So nak tak nak CCL kena datang juga laa sebab kawasan rumah memang bebas banjir .. laluan nak ke tempat kerja sahaja yang naiki air .. mujurlah sepanjang banjir beberapa hari ni Allah tak bagi hujan lebat .. hujan tu ada tapi tak setiap hari ..

Sampai tempat kerja settle apa yang patut, sambil-sambil tu ambil angin luar sambil tengok paras air banjir yang semakin meningkat .. masa tu terfikir pulak dalam kepala ni macam mana lah nak balik rumah, memandangkan ada beberapa staff yang tak dapat datang kerja , CCL kena OT sampai ke malam , dalam kepala otak ' ehh malam-malam macam ni nak kena jalan sorang-sorang sampai ke sana bertemankan cahaya lampu tepi jalan' . 


Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Lagi tak balik, lagi tu lah masalah ni dok berputar dalam kepala otak , petang tu pulak CCL ada scroll facebook terbaca berita petang tu juga ada orang berjaya tangkap ular sawa yang saiznya lebih kurang besar juga .. terbayang sekali lagi macam mana kalau balik malam nanti masa redah air banjir tiba-tiba ular sawa tu lalu tepi kaki .. aiii seram di buatnya ..

Malam tu alhamdulillah atas pertolongan hamba Allah yang lalu lalang, tak perlu nak redah air banjir separas paha . Balik kerja malam tu naik kereta pikup , CCL dan kawan CCL naik dan berhenti di kawasan yang tak kena banjir, masing-masing pulang ke rumah .

 

Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 1

Assalamualaikum dan hai semua 

Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 1 Lepas dengar berita Hatyai banjir teruk, so rakyat-rakyat kena bersedia banjir dari Hatyai akan turun ke negeri Perlis , selalunya macam itulah .. ternyata sangkaan tepat sekali .. last Perlis banjir teruk  tahun 2010 , then tahun ni sekali lagi Perlis banjir 2025 .. ada sesetengah kawasan yang teruk  tapi banjir kali ni memang  banjir memerangkap .. nak tahu sebab apa , stay tune CCL akan cerita day by day sampai hati last banjir surut ..

Hari pertama banjir Perlis memang hujan , hujan lebat tapi alhamdulillah Allah tak kirimkan ribut taufan, kilat guruh ..hanya air hujan sahaja yang jatuh sembah bumi Perlis.. hari ni dah dapat khabar berita kawasan Wang Kelian dah banjir pakej sekali tanah runtuh.ada jalan dah tak boleh lalu, kawasan Gua KelamTasoh ,ArauTiti Tinggi dan Bintong itu memang kawasan yang tiap kali banjir kawasan ni laa kawasan pertama yang akan kena banjir . Banjir cecah paras pinggang.

Petang tu, CCL keluar dobi baju, lepas dobi topup keperluan dapur siap-siap , selesai semua barulah  ronda-ronda kawasan  . Time ni kawasan Repoh, Kawasan kangar dah mula naik air di batas liku tepi jalan utama .. kawasan Bintong dan Titi Tinggi pun air dah naik separuh jalan, dalam pekan Kangar pun dah naik sedikit lagi-lagi berdekatan dengan sungai .. kawasan rumah CCL alhamdulillah kawasan tinggi dan bebas banjir .. lepas ronda-ronda kawasan terfikir esok pagi nak pergi kerja macam mana ..

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Malam tu keluar meronda lagi, meronda tengok jalan mana dah naik air, mencari jalan nak ke tempat kerja esok ni senang nak redah, singgah rumah sepupu CCL pun memang dah naik air , kawasan rendah..

Balik malam terfikir banjir, nak redah macam mana ke tempat kerja , sebab area kawasan nak masuk ke tempat kerja memang rendah, kereta rendah memang tak boleh masuk . Malam tu kawan-kawan yang masih on duty akan update keadaan paras air di kawasan tempat kerja CCL .. memang tidur tak tenang la dibuatnya ..

Cerita day 2 akan bersambung, nak tahu pagi tu CCL redah banjir pergi kerja macam mana ? Tungguuu tauu .. cerita tak menarik sangat pun tapi saja dedikasikan kat sini sebagai kenang- kenangan akan datang ..

Top Commentators Of November 2025 : Tahniah Blogger Azhafizah !!!

Assalamualaikum dan hai semua 

Pemenang Top Commentators Of November 2025 : Tahniah Blogger Azhafizah !! Tanpa membuang masa, CCL nak umumkan Top Commentators untuk bulan November! .. Walaupun bulan November ni CCL agak kurang update entri baru.. bulan lepas antara entri yang paling sikit yaa.. hanya dua entri .. tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi singgah, baca dan tinggalkan komen di entri lama mahupun entri yang baru .. Terima kasih sangat–sangat atas sokongan dan kesetiaan uguys semua.

Top Commentators november, top Commentators blog, pemenang top Commentators,senarai top Commentators, cara masuk senarai top Commentators

Untuk bulan November, gelaran Top Commentator jatuh kepada Blogger Azhafizah

Tahniah dan terima kasih sebab sudi terjah tinggal komen .. Sebagai tanda penghargaan, CCL nak kongsi sedikit rezeki dengan pemenang bulan ni .. mohon emailkan detail kepada CCL ya .. di virgoyana61@yahoo.com untuk claim sedikit manis-manis ..

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang masih setia singgah, baca dan komen. Jumpa lagi dalam pengumuman Top Commentators bulan Disember nanti! ..

Harap-harap bulan ni bukan dua entri lagi lah yer ..hahah. 



Top Commentators Of October 2025 : Tahniah Blogger Lydia !!

 Assalamualaikum dan hai semua 

Top Commentators Of October 2025 : Tahniah Blogger Lydia !! Tanpa membuang masa, CCL nak umumkan Top Commentator untuk bulan Oktober! untuk bulan ni, gelaran jatuh kepada Blogger Lydia!


Tahniah diucapkan buat Lydia! Walaupun dua tiga bulan kebelakangan ni CCL agak kurang aktif update blog ,tak sebanyak bulan-bulan sebelumnya.. tapi CCL sangat hargai sebab tetap rajin singgah, baca entri lama dan juga entri baru yang CCL sempat kongsikan..Sebagai tanda penghargaan, CCL nak kongsi sedikit rezeki dengan Blogger Lydia.Boleh emailkan detail ke virgoyana61@yahoo.com

Untuk semua yang masih kekal dalam carta Top 10 Commentators, CCL ucapkan ribuan terima kasih juga, uguys sebenarnya nadi semangat untuk CCL teruskan blogging walaupun sibuk dengan hal lain, komen dan sokongan buat CCL rasa blog ni masih ‘hidup’ dan bernyawa ..

Insya-Allah, CCL akan cuba curi masa untuk terus update entri-entri santai dan berkongsi cerita lagi lepas ni.



Dah Seminggu Melangkah Ke Bulan November

 Assalamualaikum dan hai semua 

Dah Seminggu Melangkah Ke Bulan November Rasa cepat betul masa berlalu, kan? Pejam celik, dah masuk bulan baru. Dah seminggu kita semua dalam bulan November .. Orang lain dah beberapa entri blog untuk bulan November ni kan , CCL baru posting yang pertama .heheh.. 

Banyak benda nak dikongsi sebenarnya, tapi satu-satu dulu laa…Kalau ikut perancangan, CCL nak juga update beberapa entri yang tertangguh sebelum ni, termasuk keputusan Top Commentators Oktober pun belum CCL umumkan walaupun dah screenshot top 10 ujung bulan yang lalu .. Terima kasih juga pada yang masih sudi singgah dan tinggalkan jejak walaupun CCL agak slow update kebelakangan ni ..

Hello november, ucapan bulan november , qoutes of november

Harapan CCL untuk bulan November ni, semoga semuanya dipermudahkan urusan kerja, kehidupan, dan apa jua yang sedang diusahakan oleh kita semua. Semoga juga datang kembali semangat rajin untuk menulis dan blogwalking macam dulu-dulu. Kadang hilang sekejap mood, tapi bila dah mula menaip… rasa seronok tu datang balik.

Terima kasih buat semua yang masih setia singgah walaupun blog ni naik turun update-nya. CCL doakan bulan ni membawa banyak rezeki, ketenangan, dan berita gembira untuk kita semua.Jumpa lagi di entri seterusnya nanti.. yang tu baru CCL umumkan siapa Top Commentators Oktober!..

Beli Adjustable Space Untuk Locker

 Assalamualaikum dan hai semua

Beli Adjustable Space Untuk Locker Locker pun dah siap berwajah baru, so sekarang masuk fasa CCL nak deko-deko pulak. Hehe..asalnya plan nak buat tema ala-ala aesthetic gitu tapi cancel je lah..dah lari warna kan.., janji ada locker sendiri untuk letak barang pun dah cukup membahagiakan ..

adjustable space,  adjustable rack,  susun barang dalam locker,  deko locker,  idea deko simple,  locker baru,  deko pejabat , rak boleh laras

Kali ni CCL beli adjustable space untuk pasang dalam locker. Senang gila nak guna tak payah skru, tak payah lekat-lekat bagai. Just ketatkan kiri kanan dalam ruang locker je, siap! Mula-mula macam tak percaya jugak, “eh ketat macam tu je tak jatuh ke kalau letak barang banyak?” Tapi memang tak jatuh pun sebab dia grip kuat, janji adjust betul-betul ngam.

adjustable space,  adjustable rack,  susun barang dalam locker,  deko locker,  idea deko simple,  locker baru,  deko pejabat , rak boleh laras

CCL beli dua, so dapat la bahagi ruang jadi tiga tingkat atas, tengah, bawah. Yang CCL punya ni saiz 30x40cm, tapi boleh laras ikut ruang. Best sebab bukan untuk locker je, nak guna dalam almari baju pun boleh, almari dapur pun sesuai. Cuma kalau untuk almari, elok ambil yang panjang sikit dari ni..Harga pun murah je, RM12 satu. Boleh la kan untuk sesi deko-deko kecil-kecilan ..


Locker Lama Dah Makeover! Sekarang Pinky-Pinky Gitu !

 Assalamualaikum dan hai semua 

Locker Lama Dah Makeover! Sekarang Pinky-Pinky Gitu ! Sambungan lagi kisah locker CCL yang dah lama tertangguh nak siap ni .. sebelum ni bermain teka teki tentang pemilihan warna locker .. ramai juga yang menjawab teka teki tersebut .. tengkiu juga untuk uguys semua ..

makeover locker , locker baru warna pink , locker cat baru , locker opis pink,  locker CCL, makeover , DIY cat locker , projek makeover locker

Taraaaa! Inilah dia wajah baru si locker CCL and team ... pinky-pinky uolls! ..Tak jadilah impian CCL nak buat tema aesthetic kononnya..Untuk geng lelaki tuu… tabahkan hati ya.. Asalkan boleh simpan barang, kira okey la kan. Locker baru, semangat pun baru!

makeover locker , locker baru warna pink , locker cat baru , locker opis pink,  locker CCL, makeover , DIY cat locker , projek makeover locker

Satu tin cat je cukup untuk makeover satu locker ni. Cat luar dalam terus, nampak macam baru keluar kedai tau. Hehe, berseri betul bila tengok hasilnya ..Lepas siap cat tu, memang tak sabar nak tengok hasil akhir bila kering. Sekali tengok, eh bukan main berseri! Macam locker baru beli dari kedai tau.. Kalau dulu nampak kusam, calar sana-sini… sekarang dah jadi glow up terus. Siap ada yang datang tanya, “weh, ni locker baru ka?” padahal hasil cat CCL dan team..yang penting sekarang locker dah siap, semua pun boleh simpan barang masing-masing..

Apa pun, projek cat locker ni kira berjaya la walaupun tema aesthetic tak jadi..yang penting semua bagi kerjasama.. ada yang tolong pegang, ada yang tolong kipas, ada juga yang tolong tengok je dari jauh (konon bagi semangat)..Sekurang-kurangnya locker lama yang dah kusam tu dah berwajah baru, nampak ceria bila lalu depan. Kalau mood kerja tengah sendu pun, tengok locker pinky-pinky ni terus boleh senyum sikit ..ehh tiberrrr ..


Dah Beli Cat Untuk Locker

 Assalamualaikum dan hai semua ..

Dah Beli Cat Untuk Locker Sebaik je entri ni CCL publish , ketahuilah locker dalam opis CCL dah siap sepenuhnya berwajah baru!  Sebenarnya entri ni memang CCL sengaja lambatkan sikit nak publish, kasi drama sikit gituuu ..


Locker office, locker lama wajah baru, cat locker lama, deko locker lama , makeover locker, projek mengecat locker, cara cat locker lama

Untuk pemilihan warna, majoriti team perempuan yang tentukan warna cat kali ni. Tapi yang peliknya, walaupun CCL ni pun perempuan, warna pilihan CCL lain sikit arah dia ..Haa rasa-rasa korang boleh teka tak warna apa yang team CCL pilih? .. CCL memang dah lama idamkan tema minimalist, warna lembut-lembut, yang tenang mata memandang. Tapi… korang teka dulu laaa sebelum CCL reveal nanti ..

Sebelum mula mengecat, semestinya kenalah buat kerja asas dulu ..kikis cat lama yang dah mengelupas, gosok karat-karat dengan kertas pasir, lap semua debu sampai bersih baru sapu cat baru. Barulah hasilnya smooth & kemas, puas hati bila tengok! ..Satu tin cat je cukup untuk bahagian luar dan dalam locker ni. Jimat dan hasil pun not bad langsung!

So… agak-agak korang, warna apa yang jadi pilihan kali ni? ..Teka dulu sebelum CCL tunjuk hasilnya nanti.. 


Nak Makeover Locker Terpakai

 Assalamualaikum dan hai semua 

Nak Makeover Locker Terpakai Beberapa minggu lepas tempat kerja CCL ada buat penggantian barang lama dengan yang baru. Salah satunya locker pekerja untuk simpan barang  .. Locker ni bukan banyak pun, ada dalam 5 buah je, dan tak semua pekerja dapat guna. Dari dulu CCL memang tak pernah ada locker sendiri pun, sebab biasanya hanya department tertentu je yang terpilih dapat guna locker ni.

Beberapa locker lama di tempat kerja CCL dapat nafas baru! Dari karat dan kusam, nak diserikan semula dengan projek kecil makeover DIY, Locker lama di

Bila pihak pengurusan buat penggantian baru-baru ni, locker lama yang masih elok tu tak terus dibuang. Diorang bagi peluang untuk department lain yang perlukan ambil je yang recycle. Jimat, kan? Walaupun locker recycle,keadaan locker pun sebenarnya masih okay, Tapi serius, walaupun rupa luar dia nampak kusam, struktur dia masih kukuh tau! Pintu semua masih boleh buka tutup dengan elok, cuma ada la karat sikit kat bahagian bawah dan ada satu dua kemek kecil.. Tapi kalau cat balik, confirm nampak fresh macam baru keluar dari kedai..cayalahh !!

Sekarang locker tu dah pun berpindah tempat ke kawasan baru.. siap letak elok dalam ofis. Cuma bila fikir balik, nanti nak cat semula kena keluarkan balik locker tu, sebab takut bau cat kuat sangat kalau cat dalam ofis. Jadi buat masa sekarang, biarlah dulu kat situ. Tunggu masa sesuai baru kita buat makeover penuh..

Kalau ikut hati memang dah lama nak start makeover locker ni. Tapi biasalah, bila kerja ofis banyak, niat nak buat projek kecil-kecilan ni asyik tertunda je. Kadang lepas waktu kerja dah penat, terus tangguh ke hujung minggu... hujung minggu pun entah ke mana   


Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni – Langit Biru Cantik Betul !!

 Assalamualaikum dan hai semua 

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni – Langit Biru Cantik Betul !! Pagi ni bila buka pintu, terus nampak langit yang cantik, perghh lawa betul !! .. warna biru lembut dengan cahaya matahari yang malu-malu nak keluar .. Suasana tenang gila burung pun dah start buat konsert pagi berlawan dengan seruan moto dan kereta yang lalu ditepi jalan ni .   Angin pagi ni memang lain macam, sejuk tapi best. Rasa macam taknak sibuk fikir apa-apa, nak chill je sambil hirup udara segar.. Suasana macam ni memang buat rasa nak duduk luar rumah lama-lama.. layan vibe pagi ni sampai matahari betul-betul naik .

Beberapa Gambar View Pagi Tadi , Lawa Kan Langit Pagi Ni, Sambil Layan Udara Segar, Sempat Snap Gambar , Pemandangan Pagi Yang Tenang,  Langit Biru, Matahari Baru Nak Muncul ,View Simple Tapi Menenangkan  ,Moment Pagi Yang Sempat Dirakam ,Sinar Matahari Lembut, Langit Pun Manis Warnanya ,Suasana Pagi Yang Buat Rasa Tenang Gila

Beberapa Gambar View Pagi Tadi , Lawa Kan Langit Pagi Ni, Sambil Layan Udara Segar, Sempat Snap Gambar , Pemandangan Pagi Yang Tenang,  Langit Biru, Matahari Baru Nak Muncul ,View Simple Tapi Menenangkan  ,Moment Pagi Yang Sempat Dirakam ,Sinar Matahari Lembut, Langit Pun Manis Warnanya ,Suasana Pagi Yang Buat Rasa Tenang Gila

Beberapa Gambar View Pagi Tadi , Lawa Kan Langit Pagi Ni, Sambil Layan Udara Segar, Sempat Snap Gambar , Pemandangan Pagi Yang Tenang,  Langit Biru, Matahari Baru Nak Muncul ,View Simple Tapi Menenangkan  ,Moment Pagi Yang Sempat Dirakam ,Sinar Matahari Lembut, Langit Pun Manis Warnanya ,Suasana Pagi Yang Buat Rasa Tenang Gila

Beberapa Gambar View Pagi Tadi , Lawa Kan Langit Pagi Ni, Sambil Layan Udara Segar, Sempat Snap Gambar , Pemandangan Pagi Yang Tenang,  Langit Biru, Matahari Baru Nak Muncul ,View Simple Tapi Menenangkan  ,Moment Pagi Yang Sempat Dirakam ,Sinar Matahari Lembut, Langit Pun Manis Warnanya ,Suasana Pagi Yang Buat Rasa Tenang Gila

Sambil layan view tu, sempat tangkap beberapa gambar view pagi ni. Cantik sangat, rasa rugi kalau tak simpan moment ni..tengok langit, tarik nafas panjang, dan senyum sendiri.. Kadang bila tengok langit luas tu, rasa semua masalah pun kecil je. Macam langit tu bisik, “relax lah, semua akan okay.” 


Moment macam ni memang jarang dapat, sebab hari biasa sibuk dengan kerja, dengan rutin harian. Tapi bila ada masa macam ni, memang nikmat betul. Tenang kepala, ringan hati.

Beberapa Gambar View Pagi Tadi , Lawa Kan Langit Pagi Ni, Sambil Layan Udara Segar, Sempat Snap Gambar , Pemandangan Pagi Yang Tenang,  Langit Biru, Matahari Baru Nak Muncul ,View Simple Tapi Menenangkan  ,Moment Pagi Yang Sempat Dirakam ,Sinar Matahari Lembut, Langit Pun Manis Warnanya ,Suasana Pagi Yang Buat Rasa Tenang Gila

Beberapa Gambar View Pagi Tadi , Lawa Kan Langit Pagi Ni, Sambil Layan Udara Segar, Sempat Snap Gambar , Pemandangan Pagi Yang Tenang,  Langit Biru, Matahari Baru Nak Muncul ,View Simple Tapi Menenangkan  ,Moment Pagi Yang Sempat Dirakam ,Sinar Matahari Lembut, Langit Pun Manis Warnanya ,Suasana Pagi Yang Buat Rasa Tenang Gila


Sekarang ni CCL sambil taip entri pun masih terasa bau pagi tu. Harap hari ni terus jadi hari yang baik penuh dengan vibe positif dan senyuman ..



Top Commentators Of September 2025 : Tahniah Blogger Rawiwa !!

 Assalamualaikum dan hai semua 

Top Commentators Of September 2025: Tahniah Blogger Rawiwa !! Dah pun masuk 4 hari bulan Oktober … baru hari ni CCL sempat umumkan juara Top Commentators untuk bulan September. Hehe, walaupun agak terlambat sikit, jangan risau… sebelum September berakhir CCL dah sempat screenshot senarai Top 10 Commentators.

Top Commentators September 2025, Senarai Top Commentators Blog, Blogger paling aktif komen September, Pengumuman Top Commentators Blog

Juara Top Commentators September jatuh kepada… Blogger Rawiwa...Wahh nampaknya blog CCL ada pencalonan baru kali ni! Terima kasih banyak kerana sudi singgah, baca dan tinggalkan komen di blog CCL yang kadang-kadang macam chipsmore… kejap ada, kejap hilang 😅.

Kepada akak Rawiwa, boleh email detail pada CCL di virgoyana61@yahoo.com, supaya CCL dapat poskan hadiah kecil sebagai tanda penghargaan. Tahniah sekali lagi! 

Tak lupa juga ucapan terima kasih & tahniah kepada semua Top 10 Commentators September serta rakan-rakan blogger lain yang konsisten tinggalkan jejak setiap bulan. Kehadiran dan komen uguys semua buat blog CCL ni  terus hidup dan ceria...




Misi Kemanusiaan Gaza: Dana RM7 Juta Dibuka oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia

 Assalamualaikum dan hai semua

Misi Kemanusiaan Gaza: Dana RM7 Juta Dibuka oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia Tengahari tadi, sambil scroll Facebook, ternampak perkongsian di wall Nadhir Al- Nuri. Isu yang tengah hangat diperkatakan sekarang, tak lain tak bukan  tentang misi Gaza.

Misi kemanusiaan Gaza, Sumud Flotilla 2025, Bantuan ke Gaza, Dana RM7 juta Gaza, Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, jom kita sama-sama ambil peluang untuk hulurkan sumbangan. Setakat tengahari tadi, dana baru mencapai 71%, iaitu sekitar RM3.5 juta daripada sasaran penuh RM5 juta. ..Alhamdulillah, berita gembira! CCL tumpang gembira , Dana sasaran RM5 juta untuk misi kemanusiaan Sumud Flotilla ke Gaza akhirnya berjaya dicapai. 

Misi kemanusiaan Gaza, Sumud Flotilla 2025, Bantuan ke Gaza, Dana RM7 juta Gaza, Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Tapi perjuangan belum selesai. Sekarang, Persatuan Cinta Gaza Malaysia telah membuka sasaran dana baharu sebanyak RM7 juta. Dana tambahan ini sangat penting untuk menampung kos perjalanan, logistik dan juga bantuan kemanusiaan yang lebih besar untuk rakyat Palestin.

Misi kemanusiaan Gaza, Sumud Flotilla 2025, Bantuan ke Gaza, Dana RM7 juta Gaza, Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Bayangkan, sumbangan kita boleh jadi sebahagian daripada misi besar ini. Semoga Allah permudahkan perjalanan mereka dan terima segala usaha kita yang kecil ini sebagai saham akhirat. Yang berniat ikhlas nak beri sedikit sumbangan boleh ke https://donate.infakpalestin.com/order/form/sumudnusantara

Misi kemanusiaan Gaza, Sumud Flotilla 2025, Bantuan ke Gaza, Dana RM7 juta Gaza, Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Alhamdulillah,walaupun laluan yang dilalui bukanlah mudah. Perjalanan ke Gaza bukan perjalanan biasa. Ia perjalanan penuh risiko, tapi itulah jalan yang mereka pilih demi membawa bantuan buat rakyat Palestin.. Perjalanan ke Gaza bukan mudah. .. ada beberapa anak kapal yang telah ditawan oleh pihak Israel.. Tapi tak mematahkan semangat kru dan sukarelawan lain untuk terus membawa bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza. Perjuangan ni memang penuh risiko, tetapi mereka tetap berani mengharunginya demi saudara seagama dan demi kemanusiaan


Hai Oktober

 Assalamualaikum dan hai semua 

Hai Oktober  

Permulaan Oktober 2025 dengan kisah santai blogger – cabaran sibuk September, demam & hilang suara, cuti pendek release tension, serta training sistem e-invoice."


Dah 3 hari masuk bulan Oktober. Pejam celik pejam celik, tak lama lagi nak hujung tahun 2025 dah pun. moga setiap hari yang terisi segala aktiviti mendapat keberkatan dari Allah SWT ... Mood nak menulis blog baru pun datang balik. Bulan September memang bulan paling sibuk… sibuk kerja, sibuk dengan macam-macam hal. Kadang rasa stress sampai tahap nak burnout. Ditambah pula dengan sakit badan, demam beberapa hari, lepas tu first time hilang suara dua hari. Memang ambil masa jugalah untuk rehat sebelum sambung kerja semula.. Nasib baik sempat juga curi masa pergi bercuti kejap  outstation, jalan-jalan, makan-makan. Lepas tu rasa lega sikit, dapat buang segala tekanan kerja.

Permulaan Oktober 2025 dengan kisah santai blogger – cabaran sibuk September, demam & hilang suara, cuti pendek release tension, serta training sistem e-invoice."

Masuk 1 Oktober, kembali ke ofis macam biasa. Walaupun tengok jadual bulan ni penuh setiap minggu, harap dapat hadap dengan tenang tanpa stress.. Cerita pasal kerja, masih lagi dalam fasa training sistem baru e-invoice tu. Fuhh… memang complicated betul. Last-last boss decide tak nak teruskan dulu, pakai balik sistem lama. Diorang nak buat survey dulu sebelum finalize. Alhamdulillah lega sangat ..

Apa pun, welcome Oktober! Harap bulan ni lebih tenang, lebih banyak senyum, dan lebih banyak rezeki. 


Sepasang Telekung Siti Khadijah

Assalamualaikum dan hai semua

Sepasang Telekung Siti Khadijah Hari ni CCL nak share satu berita gembira… CCL dapat hadiah kecemasan dari blogger Kak Notie! Hehe..sebenarnya ini hadiah khas daripada giveaway yang Kak Notie anjurkan hari tu ..  Giveaway tu konsep dia siapa cepat, dia dapat. Haaa gituu… dan yang menariknya, CCL adalah peserta paling terakhir join yang terkeluar dari landasan .. sebab apa terkeluar landasan .. Kak Notie hanya cari 10 peserta sahaja .CCL peserta yang ke-11 .. Alhamdulillah rezeki masih ada sebab Kak Notie sudi terima penyertaan CCL. Terima kasih banyak ya Kak Notie..


Dah banyak hari parcel ni dah selamat sampai, cuma CCL baru sempat keluarkan entri hari ni. Bila buka bungkusan tu… masyaAllah, sepasang telekung Siti Khadijah warna putih terselit lace yang cantik di setiap hujung. Simple tapi tetap nampak eksklusif. Tak sarat corak, minimalist dan kemas ..memang kena sangat dengan citarasa CCL.

Lepas ni bolehlah CCL pakai telekung pemberian Kak Notie setiap kali solat. InsyaAllah, semoga doa-doa yang dipanjatkan dalam telekung ini turut mengalir pahala untuk Kak Notie juga.

Eh Kak Notie, ada anjurkan Giveaway Saham Akhirat 2.0 .. siapa cepat dia dapat ..so uguyss pergi join cepat ..  yang belum pernah singgah ke ruangan blog kak Notie . Boleh laa singgah https://sajesuka-suka-notie.blogspot.com/

Sekali lagi, terima kasih Kak Notie atas hadiah istimewa ini.