Assalamualaikum dan salam sejahtera
Beli Anak Pokok Sandpaper Dalam Shopee Minggu lepas pergi kenduri kesyukuran adik beradik CCL, alhamdulillah majlis meriah. Cuaca pun elok, makanan pun sedap lengkap semuanya. Tapi yang paling mencuri perhatian CCL sebelah rumah jiran adik beradik CCL tu adalah pokok bunga dekat halaman rumah!
Ya, serius. Pokok sandpaper tu berdiri megah di tepi pagar, berbunga ungu kebiruan yang sungguh memikat. Daun dia kasar sikit bila pegang . CCL baru tahu itu sebab digelar sandpaper vine. Bunganya berjuntai cantik, ala-ala bunga lavender versi tropika. Memang sesuai sangat dijadikan pokok hiasan tepi pagar atau pergola. Macam pokok ni pun, dia panjat elok atas pagar besi. Cantik betul!
Rasa macam pergi kenduri tapi balik dengan semangat berkebun. Terus Google nama pokok, harga, dan kat mana nak beli.. memang tak boleh tahan rasa nak tanam sendiri. Info yang sepupu bagitahu benih pokok sandpaper ni ada pada bunganya . Selepas bunga bertukar keperangan , dalam kelopak bunga akan ada biji benih pokok dan boleh disemai . Terus pasang niat nak tanam satu di rumah tapi tak nak anak benih . Nak cari anak pokok , sebab apa tak nak biji benih? Sebab CCL ni jenis kurang sabar tunggu pokok naik. Kalau boleh, beli terus yang dah ada daun, ada batang. Lagi cepat naik, lagi cepat berbunga, lagi cepat puas hati ..
Jadi CCL pun memulakan operasi mencari anak pokok Sandpaper dalam Shopee. taip "anak pokok sandpaper", keluar banyak juga. Harga sekitar RM10 hingga RM30, bergantung saiz dan seller. Sebelum nak beli pastikan baca review dan pilih yang hantar guna bubble wrap atau pos laju pokok, bukan lipat masuk parcel .
Lepas scroll Shopee, akhirnya jumpa seller yang jual anak pokok, siap ramai bagi review bagus. Terus tekan 'Add to cart', Seller tu dari Kedah . So bila difikirkan kalau nak buat penghantaran tidaklah mengambil tempoh masa yang lama dari Kedah ke Perlis . Anak pokok yang CCL pilih adalah saiz S yang berharga sepasu RM10 . Sempat juga laa add to cart dan checkout dua pasu anak pokok sandpaper . Bila tengok rating dari customer yang pernah beli sebelum ni semuanya rating bagus-bagus . Tunggu je lahhh parcel tu sampai .









































