cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Dapat Checkout Sambal Nyet & Daging Dendeng Khairulaming Di Platform Shopee  Pagi semalam sengaja jalan-jalan cuci mata di apps Shopee . Sedang jalan-jalan eh tersangkut pula pada daging dendeng Khairulaming . Sebenarnya CCL dah dua kali terlepas battle untuk beli daging dendeng ni . Kesian kan .. first masa Khairulaming baru release daging dendeng ni di platform Tiktok . Berebut weii . Berapa minit sold out terus .. CCL kecundang juga laa .. kali kedua Khairulaming release daging dendeng di platform Shopee . Yeahhh ! Sekali lagi terlepas .. mampu add to cart dan gagal untuk checkout . Item sold out . 

Kecewa kejap !! Lepas tu dah malas nak battle-battle . Pujuk hati kalau ada rezeki insyaAllah dapat la merasa daging dendeng Khairulaming ni . 

Sambal nyet , daging dendeng, sambal nyet Khairulaming, daging dendeng Khairulaming, resepi sambal nyet, resepi daging dendeng Khairulaming

Pagi semalam memang rezeki betul la , gatal tangan pergi tekan gambar daging dendeng ni . Sebenarnya ada jer personal Shoper yang jual . Tapi harga sedikit mark-up . So  CCL pun mula intip seller tersebut . Rupa-rupanya memang dari official Shopee Khairulaming sendiri . Khairulaming dah restock produk beliau gaissss .. sambal nyet & daging dendeng .. 

Sambal nyet , daging dendeng, sambal nyet Khairulaming, daging dendeng Khairulaming, resepi sambal nyet, resepi daging dendeng Khairulaming

CCL pun ada lagi, tanpa membuang masa terus add to cart dan terus buat payment , checkout !! Yes alhamdulillah akhirnya berjaya juga .. susah betul nak merasa produk Khairulaming ni ..kena berebut ..tapi alhamdulillah hari ni rezeki .. dapat Checkout 1 botol sambal nyet beserta 2 pack daging dendeng .

Rasa tak sabar nak tunggu sambal nyet & daging dendeng ni sampai .. 

Disaat korang dan korang yang dah pernah merasa, CCL baru nak cuba . Harap-harap menepati selera tekak CCL 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Serigama, produk serigama, serigama gel gamat, serigama jeli gamat, serigama minyak urut gamat aromaterapi, produk gamat emas tulen, ekstrak gamat


Serigama 100% Ekstrak Gamat Emas Tulen Korang CCL nak kongsi satu produk dengan readers blog CCL . Korang pernah dengar tak produk 'Serigama' . Produk Serigama ni sangat baik tau untuk kesihatan dalaman dan juga luaran . Serigama mempunyai gabungan tiga produk utama yang dihasilkan dengan 100% ekstrak gamat emas tulen iaitu spesis gamat yang paling terbaik dalam memberi manfaat kepada kesihatan

Serigama Jeli Gamat 

Serigama, produk serigama, serigama gel gamat, serigama jeli gamat, serigama minyak urut gamat aromaterapi, produk gamat emas tulen, ekstrak gamat

Serigama jeli gamat ni 100% diperbuat dari ekstrak gamat emas tulen  . Jeli gamat ni juga khusus untuk sakit-sakit sendi, bagi ibu-ibu lepas bersalin, pesakit yang ada tahap kesihatan yang kronik serta pesakit yang lepas membuat pembedahan . 

Antara manfaat yang terdapat dalam jeli gamat 
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Meningkatkan keanjalan kulit wajah
  • Mengurangkan keradangan
  • Mengurangkan sakit sendi dan sakit-sakit badan

Serigama, produk serigama, serigama gel gamat, serigama jeli gamat, serigama minyak urut gamat aromaterapi, produk gamat emas tulen, ekstrak gamat

Serigama Jeli Gamat ni mengandungi 
  • Ekstrak gamat emas 
  • Pottasium Sorbate
  • Sodium Benzoate 

Serigama, produk serigama, serigama gel gamat, serigama jeli gamat, serigama minyak urut gamat aromaterapi, produk gamat emas tulen, ekstrak gamat

Tekstur gel gamat ni jernih dan pekat dan paling best tak ada rasa bau hanyir gamat . CCL pun first time cuba jeli gamat ni memang sedap .. first cuba memang makan begitu sahaja , tuang dalam sudu terus telan . Rasa macam makan jeli kelapa terus terlupa jeli gamat . Memang tak ada langsung rasa gamat . Korang boleh amalkam dua sudu sebanyak 2 kali sehari 
 . Kalau korang tak nak makan macam tu jer, korang boleh mix dalam air .. rasanya sedap .. 


Serigama Gel Gamat
 

Serigama, produk serigama, serigama gel gamat, serigama jeli gamat, serigama minyak urut gamat aromaterapi, produk gamat emas tulen, ekstrak gamat

Antara manfaat yang terdapat dalam gel gamat
  • Memulihkan luka dan parut
  • Memudarkan parut jerawat dan kesan melecur
  • Kurangkan sunburan
  • Anjalkan kulit wajah
  • Meredakan gatal dan keradangan 

Serigama, produk serigama, serigama gel gamat, serigama jeli gamat, serigama minyak urut gamat aromaterapi, produk gamat emas tulen, ekstrak gamat

Gel gamat mengandungi 
  • Ekstrak gamat emas
  • Methyl Paraben 

Serigama, produk serigama, serigama gel gamat, serigama jeli gamat, serigama minyak urut gamat aromaterapi, produk gamat emas tulen, ekstrak gamat

Gel gamat ni sama lebih kurang minyak gamat , dulu-dulu kalau ada luka sikit jer korang terus sapu minyak gamat kan ..haaa macam ni juga la function gel gamat ni  . Tekstur gel gamat ni jernih , pekat memang sangat mudah meresap ke dalam kulit . Rasa sejuk jer kulit lepas sapu gel gamat ni . Gel gamat ni tak ada sebarang bauan yang kurang menyenangkan yer . 


Serigama Minyak Urut 

Serigama, produk serigama, serigama gel gamat, serigama jeli gamat, serigama minyak urut gamat aromaterapi, produk gamat emas tulen, ekstrak gamat

Antara manfaat yang terdapat dalam minyak urut
  • Mengandungi aromaterapi
  • Mengurangkan tekanan stress
  • Memulihkan emosi
  • Kurangkan selulit dan lemak
  • Kekalkan peredaran darah
  • Membantu meredakan sakit-sakit sendi

Serigama, produk serigama, serigama gel gamat, serigama jeli gamat, serigama minyak urut gamat aromaterapi, produk gamat emas tulen, ekstrak gamat

Mengandungi ekstrak gamat emas, sunflower oil , eucalyptus oil, olive oil dan juga cintronella oil

Serigama, produk serigama, serigama gel gamat, serigama jeli gamat, serigama minyak urut gamat aromaterapi, produk gamat emas tulen, ekstrak gamat

Paling best minyak urut gamat ni  sejenis rolled .  Mudah nak diguna pakai, hanya roll ke bahagian sengal-sengal . Nak bawa pergi travel pun sangat mudah, tak mudah tumpah dalam beg . Aroma minyak urut gamat ni pun sangat wangi tau . Tak berbau gamat dak berbau aroma serai wangi . 

Boleh dikatakan ni produk gamat versi moden ..setiap isi keluarga wajib kena ada produk ni tau . Banyak manfaat dalaman dan luaran tubuh badan kita . Boleh pergi beli di 

  • https://serigama.com.my/
  • https://www.instagram.com/serigamahq



 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Anggur Red Globe Alang- alang dah singgah ke pasaraya, pergi ke bahagian susunan buah mencari anggur hitam jenis panjang tu . Anggur tu CCL suka makan sebab rangup, manis dan tak ada biji . Ada la beberapa box anggur hitam tu, malangnya setelah diteliti habis, anggu dalam box tu semuanya dalam keadaan tak elok, dari atas nampak ok , tapi bila diteliti pada bahagian bawah, bahagian tepi nampak buah ada yang sudah buruk, ada yang dah lebam dan ada yang dah naik kulat . 

Haishhh mujur tengok dan teliti dulu kan . So batalkan hasrat nak beli anggur hitam tu ..


Anggur red globe, red globe grapes, jenis anggur, anggur yang ada biji, variety anggur , variety grapes, anggur merah , info anggur red globe

Mata tertangkap pada anggur ni , Anggur Red Globe .  Satu box ni kalau tak salah harganya RM12.90 . Setiap gugusan anggur ni besat juga la anggur-anggur ni . Sebelum ni memang tak pernah makan Anggur Red Globe . Jarang Anggur Red Globe ni nak masuk pasaraya . Alang-alang dah ada ni why not cuba kan ..

Beli dua box, satu box anggur ni nak makan di rumah , satu box lagi bawa ke tempat kerja . Sambil-sambil buat kerja boleh makan makanan berkhasiat ni .


Anggur red globe, red globe grapes, jenis anggur, anggur yang ada biji, variety anggur , variety grapes, anggur merah , info anggur red globe

Anggur Red Globe . Besar juga la anggur ni, warna anggur ni pun lain . Sekali makan , sekali CCL mengkaji buah anggur ni , sekali tengok anggur ni macam dicelup pewarna sahaja, sebab warna merah wine pada anggur ni tak keseluruhan sehingga ke tangkai . Macam korang tengok dalam gambar tu . Tapi tidak laa celup pewarna ..kalau tidak masa makan berkemerahan laa jari dan bibir CCL kan .. 

Anggur Red Globe ni rasanya tidak masam , manis tapi tak ada laa terlampau manis,  buahnya bersaiz besar dan sejenis anggur manis dalam kategori variety berbiji.

Sedikit info tentang Anggur Red Globe 

  • Jenis anggur merah yang besar dan mempunyai biji
  • Ditanam diluar rumah di kawasan yang sangat panas dengan musim tumbuhan yang sangat panjang seperti di California, Chlie dan Australia 
  • Rasanya manis

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Bekal Pasta Aglio Olio

Pastal, menu pasta, pasta aglio olio, spagheti, spagheti aglio olio

Happy weekand korang-korang semua ! Ada yang kerja tak hari ni ? CCL minggu ni on duty juga . 

Hari ni bawa bekal lagi, nak jimat kan .. so kena rajin sikit buat bekal untuk ke tempat kerja .. hari ni menu simple juga, buatkan pasta aglio olio ..  letak potongan isi ayam, brokoli dan capsicum . Settle! 

Sekali tengok macam menu berkhasiat juga kan .. siapa suka spaghetti atau pasta aglio olio ? 



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siap Tomyam Goong !

Tomyam, tomyam udang, tomtam goong,resepi tomyam, menu tomyam

Siap !!  Sejenis menu untuk tengahari ni , tomyam goong atau tomyam udang ! Suka letak banyak sayur especially kubis bunga , brokoli dan cendawan .. tiga ni memang wajib ada la dalam tomyam . Hari ni sengaja buat lebih sikit .. tengahari makan dengan nasi , lepas tu bekalkan sikit ke tempat kerja . Celur bihun sikit boleh makan dengan tomyam ni .. 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Hormat 



Seorang petugas pembersihan sedang tekun mengemop lantai di sebuah syarikat besar. Tiba-tiba seorang eksekutif yang baru bekerja di situ memijak lantai tersebut, walaupun telah diletakkan papan tanda.

“Encik, jangan pijak. Lantai tu licin. Nanti jatuh,” tegur si petugas pembersihan.

“Siapa suruh awak mop di sini? Saya nak lalu mana?” soal eksekutif lelaki yang memakai kot itu dengan sombong.

“Encik kan boleh lalu kat sana,” jawab petugas pembersihan tersebut seraya menunjuk ke arah lantai yang sudah kering tidak jauh dari situ dengan sopan.

“Saya nak cepat. Awak siapa nak arah-arah saya? Tak tahu hormat orang,” perli lelaki sombong itu dengan nada marah.

“Encik, hormat itu bukan diminta, tapi diberi. Kita hormat orang, orang akan hormat kita,” balas petugas pembersihan tersebut dengan sinis.

Eksekutif sombong itu terus terdiam mendengar kata-kata yang menusuk hati daripada seorang petugas pembersihan. Kemudian, dia terus beredar dengan rasa terpukul dan malu. Apatah lagi, kejadian tersebut turut disaksikan oleh orang di sekitar mereka.


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Certot : 'Alakarte' Aku ada seorang kawan. Dia memang tak suka keluar jalan-jalan, apatah lagi keluar makan-makan di restoran makanan segera. Kalau nak ajak dia keluar, kena ada kerja atau senang cerita ada urusan yang bermanfaat. Macam tu, baru dia keluar. 

Suatu hari tu, selepas kami selesai melawat tapak untuk projek fakulti, mahu tak mahu, dia terpaksa ikut sekali makan di luar. Masa tu dah lewat. Perut pun dah lapar tak berisi sejak pagi. Aku perasan, dia macam tak berapa senang bila kami masuk ke restoran makanan segera. Kebiasaannya, kami makan di mamak sahaja. Kali ni, majoriti memilih makanan segera. Aku rasa dia cuak sebab tak biasa. Sebab kasihan tengok dia, aku tawarkan bantuan. 

Certot


“Kau nak aku tolong oderkan ke?”

“Hah… boleh juga.”

“Kau tengoklah menu tu. Kau nak yang mana. Aku belikan sekali.”

Dia pun tengok-tengok menu, “Hah… burger yang tu kut. Tapi, aku tak nak air. Aku dah ada air.”

Aku tengok burger yang dia tunjuk. Burger ikan. 

“Kau tak nak air. Fries nak tak?”

Dia menggeleng, “Cukup burger je.”

“Oh, ‘alakarte-lah’ ya?”

“Hah? Tak, tak… aku nak burger. Tak nak benda lain.”

“Ya, burger tapi ‘alakarte’.”

“Tak faham.”

“‘Alakarte’ tu istilah untuk oder satu jenis makanan je. Bukan dalam set. Hah, kau tengok kat menu tu kan dah dibuat dalam set-set yang ada air, ada fries. Kalau dalam set harganya lebih murah. Tapi, kalau ‘alakarte’, single dish order. Burger je macam yang kau nak.  Tak ada air, tak ada fries.”

“Oh, okey.” Dia mengangguk-angguk.

Esoknya, dia oder sendiri. Aku terkejut bila dia sebut ‘ala carte’ tu ikut sebutan aku. Muka dia merah bila sedar sebutan tu salah.

“Kenapa kau main-mainkan aku?” katanya dengan suara sedih.

“Ya Allah, Jo. Serius, aku minta maaf. Tak terniat pun nak main-mainkan kau. Aku… aku… memang sebut macam tu. Tapi kalau masa oder, aku taklah sebut begitu. Sorry, bro. Kau tahu aku macam mana, kan? Banyak bahasa asing yang aku bakukan.”

“Tak apalah. Salah aku. Tak bercampur dan takut nak hadap benda baharu. Aku kena banyak keluar dan bercampur. Tak pernah tahu istilah dan sebutannya. Tapi, macam sedap juga sebut ‘alakarte’ tu.” Dia gelak.

Lega sikit hati aku. ‘Alakarte’ pun boleh!


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators Of July 2024 : Tahniah Blogger Rabiahtul Adawiyah !!

Top Commentators

Entri ni merupakan entri wajib bagi setiap bulan . Nak share rezeki dengan rakan-rakan blogger yang tak putus-putus , tak jemu-jemu singgah blog CCL . Terima kasih tak terhingga diucapkan .. 

Untuk Top 5 Commentators bulan Julai

  1. Rabiahtul Adawiyah
  2. Fanny Dcatqueen
  3. Anamizu
  4. Fieza Sani
  5. Lydia Miza

Top Commentators untuk bulan Julai 2024 jatuh kepada blogger Rabiatul Adawiyah sebanyak 30 komen . Tahniah !! Dik Rabia boleh emailkan detail pengeposan hadiah ke email virgoyana61@yahoo.com 

Terima kasih kepada top 5 untuk bulan ni ..dan terima kasih juga blogger-blogger yang tak tersenarai dalam carta top 5 . Semua komen-komen korang CCL hargai sangat-sangat tau . .

CCL mencari top Commentators untuk bukan Ogos pulak .. coming soon siapakah pula ? 

Doakan CCL murah rezeki , dapat share hadiah best-best untuk korang tau . 


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kentang Goreng Sebagai Kudapan Malam

Menghitung jam nak balik kerja hanya beberapa jam sahaja lagi . Settle buat report , settle kemas-kemas apa yang patut, duduk-duduk sambil borak pun macam tak kena juga . Kena ada kudap-kudapan sebagai penghilang bosan .. maka terhidang lah sepinggan kentang goreng bersama campuran sos cili dan juga sos thousand island . 

Kentang goreng, french fries

Sambil borak sambil makan , borak bukan membawang hal orang yer . Borak yang penuh terisi dengan pelbagai tanda persoalan . Borak tentang kerja yang takkan pernah habis . Kadang settle satu masalah, masalah baru pulak yang datang . Nak tak nak kena hadap juga la selagi on duty . 

Kadang sambil buat kerja sambil layan kudapan makanan yang ada ni pun boleh hilang stress juga kan 



 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

1 Ogos 2024



Dah bulan 8 yer , which 4 bulan lagi  dah nak tamat tahun 2024 .  Begitulah kitaran hidup kita . Semakin hari semakin ke depan, pandang ke depan dengan helaian muka surat baru, tinggalkan helaian belakang sebagai kenangan dan juga bahan rujukan untuk kehidupan . 

Ada kalanya , hal-hal kecil yang kita lakukan di hari biasa bagi impak besar pada hidup kita . Tak perlu terburu-buru menyelak helaian kehidupan, helaian takdir . Allah swt sebaik-baik penulis helaian kehidupan kita semua . Dia dah tulis semua suka duka, cinta, perit , pedih , gembira , gagal dan  berjaya untuk kita . Hidup dengan apa adanya. 

Selagi nyawa masih berkurung dalam raga, selagi berjalan di atas bumi , selagi namanya manusia , hidup akan berputar . Helaian demi helaian akan berganti sampai tibanya janji . 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Corn Ribs Cheese ? Sedap Ke Tidak ? Corn Ribs Cheese yang tengah hangat diviral kan .. Hari tu pergi food fest memang tak sempat nak try corn ribs cheese ni . Beratur kemain panjang kau .. Malas nak tunggu haa . 

Hari ni singgah food vendor, ehh ada corn ribs cheese . Tunggu lagi takkan nak tengok saja kan , terus ambil letak dalam raga yang dikhaskan untuk letak makanan . 

menu viral corn ribs cheese, jagung cheese, jagung creamy cheese, corn ribs cheese, resepi corn ribs cheese, spicy creamy corn ribs , Jagung ,


Satu tupperware ni  RM10 . Bagi CCL berbaloi beli sebab kuantitinya yang banyak . Dah tu cheese pun memang melimpah-limpah . 

Mula tu memang 50% sama ada nak beli atau tak beli . Tapi menu viral ni kalau tak cuba memang kita takkan tahu rasanya bagaimana kan . So decide untuk beli dan rasa sendiri . Sumpah ! Memang tak menyesal beli . Sedap sangat-sangat . Rasa cheese lemak berkrim, rasa manis jagung dan rasa pedas-pedas dari taburan serbuk cili haaa .. 

Nak cakap muak tu, tak terlalu muak sangat. Tapi boleh diterima anak tekak la . Memang sedap !! Creamy cheese dia memang overloaded sangat tau !! 



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Wordless Wednesday : Kenali Durian Premium Di Malaysia

Kenali durian premium, ciri-ciri durian premium, durian black thorn, durian duri hitam, durian musang king, durian ioi, durian D24,

Kenali durian premium, ciri-ciri durian premium, durian black thorn, durian duri hitam, durian musang king, durian ioi, durian D24,

Kenali durian premium, ciri-ciri durian premium, durian black thorn, durian duri hitam, durian musang king, durian ioi, durian D24,

Kenali durian premium, ciri-ciri durian premium, durian black thorn, durian duri hitam, durian musang king, durian ioi, durian D24,

Kenali durian premium, ciri-ciri durian premium, durian black thorn, durian duri hitam, durian musang king, durian ioi, durian D24,


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Isi Apa Dalam Stackable Drawer Organizer?


Drawer aesthetic, rack drawer, stackable drawer, storage box, storage organizer, shopee haul

Tiga hari lepas CCL ada share CCL ada beli stackable drawer organizer ni . Korang ingat lagi tak ? Tak ingat pergi jenguk semula entri stackable drawer storage ni

Hari ni CCL nak tunjuk kat korang CCL letak apa dalam drawer ni. Sebenarnya drawer ni boleh letak apa sahaja tau .. dengan saiznya yang sederhana besar dapat la korang letak barang- barang kecil .. 

CCL isi apa dalam drawer tu ? 
  • Face mask
  • Pengikat rambut
  • Panadol, eyemore, plaster luka
  • Hand cream , lotion
  • Coklat 
  • Eyeliner
  • Ring brooch
  • Tagging baju

Drawer aesthetic, rack drawer, stackable drawer, storage box, storage organizer, shopee haul

Ni side dari sisi drawer tersebut .  Tak besar just nice .  Korang kalau nak beli letak kat atas meja office korang pun berguna tau .boleh isi stationery . 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Mood Melipat Dua Bakul Timbunan Kain

Melipat kain , bakul kain, timbunan kain, cara melipat baju

Part basuh baju lajuuuu . Part sidai baju pun lajuu . Part kutip yang dah kering di ampaian pun laju juga ..tapi part melipat baju ni part yang paling penyegan .. ehh bukak aib sendiri ? Eh tak ..kadang-kadang nak kena kongsi jugak aktiviti yang kita malas buat, kang CCL asyik kongsi aktiviti yang rajin jerrr akan ada ’anonymous’ yang akan tinggalkan komen .. ehhh kau lahh yang terpaling rajin , kalau lah terpaling rajin dalam semua benda ..  mungkin di posting entri ini pun si anonymous akan komen 'eh nak lipat baju pun nak cerita satu dunia' ... 

Ehh ini blog CCL ,biar laa CCL nak tulis apa pun, CCL bukan tulis pasal orang, bukan tulis benda yang bukan-bukan mengata orang itu dan orang ini ..

Ehh terbebel pulak..sorry korang !

Nak melipat kain baju ni perlukan mood kerajinan ..macam CCL kadang-kadang selepas ambil baju kering diambil ampaian terus lipat, kadang-kadang dilonggok baju ni dalam bakul kain ..bila dah berlonggok dalam bakul ni makin hari makin bertimbun melimpah dari bakul .nak tak nak kena laa melipat juga timbunan baju-baju ni .

Melipat kain , bakul kain, timbunan kain, cara melipat baju

Akhirnya selesai juga melipat dua bakul timbunan kain ni ..bukak drama Dedaun Hijau si Redza Rosli berlakon tu, sambil tarik helaian baju untuk dilipat hahh sekejap jer dua bakul ni habis .. rasa tenang tengok bakul kain tu kosong .. lepas lipat ni kena susun-susun dalam almari pakaian ..

Tapi selepas dua ke tiga hari bakul kain ni tak kosong, kembali terisi dengan baju-baju bersih lagi .. 

Begitulah.. kena ulang semula 



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Bekal Nasi Goreng Cili Padi & Ikan Bilis Lunch hari ni bawa bekal, bekal apa ? Sudah semestinya bekal nasi goreng . Hari ni kat office dapat jangkaan sibuk .. Ya sibuk. Time lunch laa nak sibuk kadang tak sempat makan, makan terlewat makan itu dah perkara biasa . Hari ni dah get ready awal-awal sebab malas nak fikir nak makan apa .

Biasa la kalau buka Grab Food macam-macam kedai, macam-macam menu lepas tu terus memikir nak makan apa walaupun kadang tu perut dah berbunyi. Makanyaa hari ni bawa bekal . Tak payah nak pening-pening lagi kan. Lagi pun ujung-ujung bulan ni gaji pun belum masuk lagi . So kena berjimat cermat juga la sampai dapat gaji . 

Nasi goreng cili padi, nasi goreng ikan bilis, menu nasi goreng, menu ringkas nasi goreng,


Nasi goreng yang paling ringkas .. blend bawang putih, bawang merah , cili padi dan cili besar ni ke dalam chopper . Tumis dengan ikan bilis ..letak sos tiram sikit ..letak gula dan garam sikit , hah settle .. 

Nasi goreng cili padi & ikan bilis is done ! 

Ehh tiberr teringatkan blogger Dik Rabia, favourite dia nasi goreng jugak .. selalu bawa bekal ke tempat kerja juga tue ..Dik Rabia boleh laa cuba buat nasi goreng cili padi ni .kalau taknak pedas boleh letak cili besar dalam kuantiti yang sikit .. 

Cuba..cuba ..


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Stackable Drawer Storage Organizer  sebelum beli Tempat simpan kosmetik & skincare yang aesthetic  CCL ada beli stackable drawer ni  . Sebenarnya dah berbulan-bulan beli drawer ni . Cumanya kekangan masa untuk share dalam blog . Alang-alang beberapa hari lepas dah share tempat simpan segala alat makeup & alat skincare  , so why not CCL teruskan share drawer ni kangg terlupa pulak  ..

Drawer aesthetic, rack drawer, stackable drawer, storage box, storage organizer, shopee haul

Actually drawer ni bukan CCL beli seketul macam korang tengok dalam gambar ni tau ada 4 row  . CCL beli satu persatu .. dan setiap drawer tu ada saiz besar dan kecik semestinya berbeza harga . Setiap bulan checkout 2 rows .. lepas 2 bulan cukup laa 4 row macam dalam korang tengok dlaam gambar tu . Sebenarnya kalau nak tambah biar tinggi lagi pun boleh tiada masalah , tapi bagi CCL 4 lapis drawer ni pun dah cukup

Drawer aesthetic, rack drawer, stackable drawer, storage box, storage organizer, shopee haul

Material drawer dari bahan akrilik . Lutsinar , dan setiap drawer dapat button bunny yang comel memudahkan CCL nak buka drawer tersebut . Ruang tak luas dan tak kecik sangat . Sesuai untuk simpan barang- barang kecil supaya tak bersepah . Lagi satu drawer ni tapak stackable. So kalau korang susun ikut row mana yang korang suka dia takkan mudah bergerak . 

Sebenarnya drawer ni banyak kegunaan . Nak simpan alat tulis , alat jahitan dan lain-lain lagi lah .. korang nak tahu CCL simpan apa dalam drawer ni ?? 

Stay tune .. 
eh CCL beli mana drawer ni ? Of course tak lain tak bukan di rumah oren Shopee . 




Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Gotong Royong Kampung Buat Bubur Asyura Pagi tadi kampung CCL adakan gotong royong di dewan  orang ramai dalam kampung ni. Gotong royong kucai bubur asyura . Ramai juga orang kampung turun tadi . Rancangnya hanya nak kucai 6 kawah sahaja, ehh tiberr jadi 7 kawah .. hahhh mujur laa orang kampung yang turun tolong ni pun ramai , so 7 kawah pun memang tak da hal kalau masing-masing bekerjasama . 

Bubur asyura, bubur asyura utara, bubur asyura versi utara

Bubur asyura, bubur asyura utara, bubur asyura versi utara

Dari pagi, ni haa tengahari baru siap, siap sekali packaging dalam tupperware untuk diedarkan kepada orang- orang kampung . Kalau dah 7 kawah tak pasti berapa banyak bubur asyura yang dah disiap packaging  . Setiap rumah dapat dua tupperware, tapi ada juga yang nak ambil satu tupperware sahaja, duduk seorang diri, risau tak habis . Bagus juga begitu kan ..tak tamak !! 

Bubur asyura, bubur asyura utara, bubur asyura versi utara


Bubur asyura yang tengah panas-panas lagi ni kena biar sejuk sekejap baru boleh makan . 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Lemon Adik aku ni badannya besar. Bagi aku, dia taklah besar sangat pun. Tapi mungkin sebab hari tu dia balik rumah menangis-nangis kena ejek dengan kawan sekelas, dia pun berazam nak kurus. Ada satu malam tu, aku nampak dia makan lemon. MAKAN! Bukan minum jus lemon. Dia potong nipis-nipis dan gigit lemon tu macam tak ada perasaan. Aku yang tengok sahaja pun terasa masamnya sampai ke hujung lidah.



“Dik! Kenapa kau makan macam tu? Tak masam ke?”

Dengan wajah tak beriak, adik aku jawab, “Orang cakap makan lemon boleh kurus. Masam, tapi beauty is pain….”

Parah! Dia betul-betul terpukul dengan ejekan kawan-kawannya tu. 

“Kau tak adalah gemuk sangat, dik. Tak payahlah dengar cakap kawan-kawan kau tu.”

“Tapi adik nak kurus….”

Aku peluk bahunya. Aku gosok-gosok rambutnya yang seperti sabut kelapa itu. Tak tahu nak pujuk macam mana lagi, aku bawa diri ke dalam bilik. 

Besoknya, aku nampak adik keluar masuk tandas. Sampaikan ibu tak benarkan dia pergi sekolah. Dibuatnya tercirit dalam kelas, lagi parah. Aku lihat dia yang sedang terdampar di atas sofa ruang tamu. 

“Kak… adik dah tak nak kurus.”

Ketawa terbahak-bahak aku dibuatnya. Penangan lemon memang hebat. Mana dia belajar makan lemon boleh kuruskan badan pun aku tak tahulah.


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kemas-Kemas Alat Makeup & Skincare

Makeup organizer storage device, skincare organizer storage device, cara kemas alatan makeup, storage box untuk alat makeup, storage box anti ,

Siap !! Organizer storage box ni tak kosong lagi .. semua compartment dah siap terisi dengan semua alatan makeup dan alatan skincare . Tersusun elok kat dalam tu . Lepas ni semua  meja makeup tak bersepah lagi la . Kadang lepas pakai makeup sudah semestinya berterabur je atas meja . Ada storage box ni lagi memudahkan  . Anti habuk pulak tu . Siap isi letak di sudut meja makeup nampak cantik , nampak aesthetic sangat . Semua alatan makeup dan skincare yang CCL letak dalam storage box ni adalah semua barang- barang yang CCL kerap kali guna . So mudah nak ambil . 


Makeup organizer storage device, skincare organizer storage device, cara kemas alatan makeup, storage box untuk alat makeup, storage box anti ,

Bahagian atas terdiri daripada 
  • Toner
  • Blackmask
  • Skrub muka
  • Deadorant
  • Serum
  • Foundation 
  • Miceller water
  • Sunblock
  • Hair serum 
  • Loose powder

Makeup organizer storage device, skincare organizer storage device, cara kemas alatan makeup, storage box untuk alat makeup, storage box anti ,

Drawer yang kedua ni ada 
  •  Cleansing balm
  • Compact powder 
  • Moisturizers 
  • Eyeshadow 
  • Blusher 

Makeup organizer storage device, skincare organizer storage device, cara kemas alatan makeup, storage box untuk alat makeup, storage box anti ,

Drawer yang ketiga ni terisi 
  • Perfume 
  • Lipmatte 
  • Maskara

Harap-harap terus tersusun macam ni la . Tak berterabur lagi atas meja makeup . 

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (119)
    • ▼  Mei (9)
      • Bubur Cha Cha Bersagu
      • Ohana Kitchen, Gerai MPK corner | Nasi Goreng Tomyam
      • Cili Besar Tanam Dalam Polibeg
      • Dua Kuntum Bunga Rose Jepun
      • Dinner | Pulut Harumanis
      • Sarapan Pagi | Apam Coklat & Cekodok Pisang
      • Juara Ruang Komen April 2026 | Blogger Cuya
      • Blog Archive April 2026 | 108K Pageview & 23 Journ...
      • Selamat Hari Pekerja 2026 | Pekerja MADANI Kesuma ...
    • ►  April (23)
    • ►  Mac (33)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (472)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (61)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

JUARA RUANG KOMEN JAN-DIS 2026

  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Beza Ikan Selayang Dan Ikan Sardin
  • D'Cat Queen
    KULINER BANDUNG: RELA ANTRI PANJANG DI SATE PAK HARTONO
  • SAJE SUKA-SUKA
    Pengukuhan Kemudahan Mobiliti di Hospital Putrajaya
  • Drawing the Words
    Bonus Shopee Minggu ni. Dah Tiga Kali!
  • Sii Nurul
    Kenapa Ramai Peminat Anime Kecewa Bila Website Shutdown?

BLOGLIST

  • Blog Begins At Forty
    May 19, 2026
  • SURIA AMANDA
    Lipat Baju 2 Bakul..
  • KakmimDotCom
    Gotong-Royong Taman
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Beza Ikan Selayang Dan Ikan Sardin
  • Hidup Itu Indah
    Cuba Buat Yang Terbaik. Tak Perlu Jadi Sempurna
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: AKTIVITI HUJUNG MINGGU :.
  • Coffee Break With Me
    Dinner di Piccadilly Cafe @ Jalan Tun Perak
  • Bola Katok
    Kek cawan singgit Saptula Bakery.
  • Mulan
    WE HAD JOY, WE HAD FUN, WE HAD SEASONS IN THE SUN..
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Taik kucing dan cara mengatasi
  • Drawing the Words
    Bonus Shopee Minggu ni. Dah Tiga Kali!
  • cikcappuccinolatte
    Bubur Cha Cha Bersagu
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Tiffin - today & yesterday
  • Sii Nurul
    Kenapa Ramai Peminat Anime Kecewa Bila Website Shutdown?
  • Nieyl's Life Story
    Menu Berbuka Puasa Day 26-30
  • Ciktom
    Rakam Kenangan Raya Anda di The Empire Studio – Studio Baru di Pulai Perdana
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST VIEWED POST

MAY 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte