Assalamualaikum dan salam sejahtera
Random Photo : 15 Warna Yang Dijangka Popular Pada Tahun 2024
sumber ; Facebook Puan Mary
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Random Photo : 15 Warna Yang Dijangka Popular Pada Tahun 2024
sumber ; Facebook Puan Mary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tips Untuk Menyimpan Buah Strawberi Supaya Segar Dan Tahan Lama Buah Strawberi ni memang tak tahan lama , kalau tak makan dengan segera buah strawberi ni akan jadi lembik masam serta membusuk . So CCL nak kongsi tips untuk mengatasi masalah tersebut .
seeloknya pilih buah strawberi yang baru di petik,segar , tidak layu dan tidak busuk . Hangpa perlu bersihkan segala kotoran pada buah kemudian rendam buah strawberi tersebut ke dalam air garam . Biarkan selamat beberapa minit dan toskan . keringkan buah strawberi dan boleh simpan ke dalam peti sejuk .
So untuk hangpa nak buah strawberi kekal segar boleh cuba tips ini okey.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dapat Strawberi Coklat dan Teh Strawberi Baru beberapa hari lepas pak menakan CCL turun Cameron Highlands bersama kawan-kawannya,Kalau pergi ke Cameron Highland, pastinya buah strawberi menjadi pilihan utama sebagai buah tangan . CCL sendiri pun antara penggemar buah strawberi jugak lagi-lagi di makan bersama coklat cair, gabungan yang mantap sekali . CCL tahu bukan CCL seorang sahaja yang sukakan strawberi coklat , ramai yang diluar sana pun mesti suka .
hangpa ada tips tak supaya buah strawberi ni nampak segar dan tak mudah rosak . okay kalau nak tahu CCL akan kongsi di entri yang seterusnya ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Taufufa Viral Baby Ainatul Jejak kaki ke Food Festival, tak sah laa kalau tak mencari makanan-makanan viral terutama makanan yang susah nak dapat . Rambang mata laa kalau ke Food Festival ni , macam-macam makanan , nak makan semua maunya pecah perut . So memilih makanan yang jarang-jarang sekali nak ada ..
Salah satu dessert viral yang CCL sempat grab kat sana adalah Taufufa Organik by Baby Ainatul . Both Baby Ainatul memang penuh beratur jugak laa time nak beli ni .. Tapi tak ada la beratur panjang makan masa yang lama . Sampai giliran CCL alang-alang dah nak beli tu kan ambil dua bekas terus berbaloi .
Balik rumah terus makan ? Eh tidak .. Simpan dalam peti sejuk barulah lagi sedap nak nikmati taufufa . First time makan taufufa organik by Baby Ainatul memang sedap sangat . Lain dari taufufa jalanan . Tak dinafikan dedua pun sedap . Bagi hangpa yang tak suka manis boleh cuba taufufa Baby Ainatul, air gula yang disediakan bersama taufufa tersebut memang gabungan yang mantap . Tak terlalu manis rasanya just nice sahaja .. Memang akan repeat lagi lahh . Oh satu lagi yang best taufufa Baby Ainatul ni kalau korang beli dan simpan dalam peti sejuk untuk beberapa hari still lagi boleh makan tau . kalau macam taufufa biasa tu tak sampai dua hari hangpa simpan dalam peti sejuk dah tak boleh makan . tekstur berlendir dan rosak , tapi dengan Taufufa Bbay Ainatul takkan rosak untuk tiga ke empat hari dalam peti sejuk .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Photo : Bunga Ulam Raja Pagi ni nak belanja dua, tiga keping gambar-gambar yang boleh menjadikan sebagai terapi mata . Gambar apa ? Yes gambar bunga ulam raja .
Dah tengok ? Cantik tak ? Walaupun bunga ulam raja ni kecik tapi bagi CCL memang cantik . Actually tepi rumah CCL ni memang banyak pokok ulam raja . Ya pucuk pokok ulam raja ni memang boleh makan dibuat sebagai ulam . Memang sedap . Pucuk muda bila dah keluarkan bunga cantik-cantik ni kan sejuk je mata memandang . Nanti bila dah tua bunga tersebut la akan kering dan bertukar kepada biji benih . Biji-biji yang jatuh akan tumbuh semula anak-anak pokok ulam raja .
Actually, pokok ulam raja ni memang senang hidup dah beberapa kali pokoknya sudah tua , dan cabut hingga ke akar still akan tumbuh juga anak-anak pokok yang muda . Mudah dan tak perlu dijaga dengan rapi . Lagi kita petik pucuk ulam raja lagi bercambah la tunas pokok ulam raja ni .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Makan Tengahari Masak Lemak Cili Api di Warung Salai Port Dickson Datang ke Negeri Sembilan ni tak sah laa kalau hangpa tak rasa masak lemak cili api . Masak lemak cili api antara salah satu menu utama yang terkenal di negeri ini. So why not kita cuba makanan popular dah alang-alang ke negeri orang ni kan . Lepas selesai CCL check in hotel Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson , terus keluar untuk mengisi perut yang lapar . Sebenarnya dalam perjalanan menuju ke Hotel Avillion Admiral Cove ,Port Dickson ni CCL liar mata juga tengok sana sini, bukan tengok benda pelik-pelik tau , tercari-cari kedai makan yang berdekatan . Hangpa tau lah kan bila dah lapar ni memang tak nak laa cari tempat makan jauh-jauh . Makan masa dan bertambah lapar lagi .
On the way ke hotel CCL terpandang satu restoran hitam kuning ni yang diberi nama Restoran Warung Salai . Dalam kepala memang terbayang akan ada menu masak lemak . So CCL decide untuk makan disitu .
Restoran Warung Salai , Port Dickson Negeri Sembilan
Setibanya di restoran tersebut, customer tak ramai biasa lah sudah petang . Kami berdua barulah nak lunch . Setelah diberi menu sorang satu CCL memilih untuk order daging salai masak lemak cili api, set nasi putih dan teh o ais . Manakala suami CCL memilih menu itik salai masak lemak cili api, set nasi putih bersama teh o ais . Set nasi tersebut hadir bersama nasi putih , ulam, sambal belacan dan juga telur masin . Gandingan yang mantap.
Sebenarnya di Warung Salai ni, kalau hangpa bukan penggemar masak lemak cili api, hangpa boleh cuba menu lain . Jangan sangkakan restoran ni mampu hidang masak lemak jer tau . Menu-menu lain seperti ikan bakar , aneka sup, aneka asam pedas turut disediakan .
Daging Salai Masak Lemak Cili Api Sedap, Tapi .. !
Apabila makanan dah terhidang di depan mata, so tunggu apa lagi bagi kamera dulu lah makan means snap beberapa keping gambar dulu then barulah bismillah dan makan . Tekstur kuah masak lemak cili api tidak terlalu pekat dan tidak terlalu caor . Just nice rasa pedas-pedas, manis masin pendek kata memang kena dengan citarasa tekak CCL ni . Memang sedap .. Untuk hangpa yang tak makan pedas jangan risau masak lemak ni tak adalah pedas sangat . Cuma pedas hujung-hujung lidah ke . Dalam masak lemak cili api ni hadir dengan beberapa keping daging, ada pucuk ubi dan juga sepotong mangga muda .
Satu portion yang diletakkan dalam kuali kecil ni cukup untuk seorang atau dua orang makan. Memang berbaloi . Kepingan daging salai yang dipotong pun besar-besar belaka , tapi yang amat CCL kecewa sedikit sahaja daging salai tersebut agak liat sedikit . Mungkin rezeki CCL dapat daging salai yang liat . Jenuh juga laa nak leraikan isi daging tersebut . Last-last makan terus je .Gabungan pucuk ubi yang dimasak bersama masak lemak ni pun cukup sedap . CCL suka .
Harga Daging Salai Yang Berpatutan
Harga pun berpatutan dengan menu yang disediakan . Semuanya sedap-sedap ..cuma dari tekstur daging perlu improve lagi .
Nak datang lagi ke Warung Salai Port Dickson
Next time kalau datang ke Negeri sembilan CCL nak cuba masakan asam pedas . Oh rupanya Restoran Warung Salai ni memang menjadi pilihan ramai sehinggakan artis-artis pun turut singgah ke restoran ni . No wonder lah restoran ni sentiasa ada pengunjung yang datang . Staff-staff di situ pun memang sangat friendly . Memandangkan time kami berdua sampai tue keadaan restoran lenggah, suami minta tolong salah sorang staff di situ untuk ambilkan gambar kami berdua untuk kenang-kenangan .
Tempat makan best di Port Dickson Untuk korang yang datang ke Negeri Sembilan terutamanya ke Port Dickson recommended sangat untuk hangpa singgah ke Restoran Warung Salai
Waktu operasi
Warung Salai, Taman Mewah 71000 Port Dickson Negeri Sembilan
Dibuka pada setiap hari
11 pagi - 7 petang
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sarapan Pagi di Hotel Avillion Admiral Cove , Port Dickson Negeri Sembilan Entri lepas CCL ada review bilik penginapan di hotel ini . Hangpa yang terlepas pandang belum baca entri tersebut boleh baca di Percutian Di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan , mana tahu kan lepas baca entri ni ada plan nak bercuti ke sana boleh prepare apa yang patut .
Menu sarapan pagi yang disediakan pada hari tersebut adalah mee goreng, nasi lemak boleh prefer nak makan dengan rendang ayam atau pun sambal bilis . Ada roti putih, crossaint, cereal, bubur nasi, salad, buah, omelette, serta minuman panas dan minuman sejuk . Semua makanan disini sedap dan boleh diterima tekak .
Ok dah selesai untuk kenyangkan perut . Nantikan entri seterusnya CCL nak kongsi dengan hangpa serba sedikit permandangan di sekitar luar bangunan hotel .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bertolak dari perlis jam 10 pagi dan selamat tiba ke Port Dickson, Negeri Sembilan pada pukul 5 petang. Alhamdulillah sepanjang perjalanan memang sangat-sangat dipermudahkan dan tidak sesak.Perjalanan ke destinasi penginapan pun memang sangat mudah untuk dicari .
Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson
Semasa perjalanan ke sana sempat buat research hotel melalui Agoda.com , untuk memilih hotel yang menarik dan kena dengan budget . Antara top 3 hotel di Port Dickson yang tertera dalam laman Agoda.com ialah Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove Hotel & Pacific Regency Beach Resort. Suami memilih Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson Negeri Sembilan yang kena pada budget percutian pada kali ini . Dan hotel ni juga memang salah satu travel list CCL kalau berkesempatan jejak kaki ke Port Dickson . Alhamdulillah suami bawa ke sini juga .
Kawasan Parking Kereta Yang Sangat Mudah .
Seusai tiba di perkarangan Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson, Negeri Sembilan , melihat reka bentuk bangunan hotel dari sudut luar memang sangat cantik, sambil-sambil suami cari tempat parking kereta untuk memudahkan proses check-in hotel dan memudahkan untuk loaded beg dan luggage . Terdapat 3 bahagian kawasan parking kereta iaitu bahagian atas bertentangan dengan pintu masuk lobby hotel, parking basement dan juga parking outdoor . Memandangkan kami berdua pergi pada weekday, so kawasan parking kereta memang banyak yang kosong .boleh pilih nak parking di mana-mana bahagian yang penting free .
Proses Check-in Di Avillion Admiral Cove, Port Dickson
Check in time starting 3PM . Memandangkan CCL dan suami sampai jam 5PM, terus ke kaunter untuk proses check-in tanpa menunggu apa-apa . Proses check in sangat mudah dan cepat . Hanya perlu sediakan IC untuk staff isikan detail yang lengkap dan pelanggan hanya perlu isikan nombor plat kenderaan dan tandatangan sahaja . Berkaitan dengan deposit, semasa CCL check-in disini tidak dikenakan sebarang deposit apa-apa . Selesai urusan check-in .
Memilih Executive Studio Room
Berangkatlah kami berdua ke bilik . Dapat bilik tingkat 7 .Kami berdua memilih bilik Executive Studio Room untuk penginapan 2hari 1 malam di sini. Harga booking melalui Agoda.com dapat RM3** termasuk tax dan harga bilik ini dah termasuk pakej breakfast untuk dua orang . Keluasan untuk Executive Studio Room ini adalah 48m² / 517 ft² hadir dengan 1 katil king dan terdapat 1 sofa bed . Nama ja Sofa bed tapi dah macam katil supersingle . Keluasan bilik memang luas dan paling penting bersih dan selesa. Sesuai untuk family yang ramai .
Paling best dapat pulak bilik yang sangat strategik, boleh nampak seaview . Disebalik langsir nampak pemandangan indah yang menenangkan dan sejuk mata memang , terus hilang rasa letih .
Ammenities Yang Ada Dalam Bilik Ini
Dalam bilik ada satu televisyen LCD. Channel televisyen pun berfungsi dengan elok . Coverage Wifi pun sangat kuat . Amenities lain yang terdapat dalam bili ini adalah kettle, peti sejuk, mug dua biji dan set 3in1 . Ada sinki jugak . Tak payah masuk dalam toilet untuk cuci mug mahupun nak isi air dalam kettle . Sangat memudahkan .
Dalam wardrobe pulak tersedia hair dryer, iron, iron board, laundary bag, seliper dan peti besi untuk korang simpan barang berharga .
Penunjuk arah kiblat pun turut ada, cuma sejadah kena bawa sendiri .
Bilik Air Yang Bersih Dan Luas
Di ruangan bilik air juga luas, tapi tak ada bath tub yang paling penting lengkap dengan amenities seperti tuala mandi, sabun, shower gel, body lotion, body shower, syampu, ubat gigi, berus gigi, shower cap, sikat, cotton bud dan sanitary pad . Semua amenities tersebut diberikan serba 2 set .
Eh ! Panjang lebar pulak cerita percutian kali ini , Apa-apa pun stay vacation dua hari 1 malam dengan memilih Executive Studio Room sebagai penginapan adalah amat-amat selesa, Hanya satu sahaja kekurangan pada bilik ini adalah semua lampu yang ada dalam bilik serta toilet menggunakan warm light . So untuk hangpa yang suka makeup of course laa memang tak suka dengan 'warm light' ni kan . Susah nak makeup . Tapi ini adalah kekurangan kecil . Overall semuanya ok . Kalau pihak pengurusan hotel dapat tukar lampu toilet & lampu bahagian wardrobe yang ada cermin besar tue dengan lampu 'white light' lagi cantik . Senang untuk para wanita nak bersolek .
Sekian review bilik penginapan di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan ..
Nantikan part 2 dan part 3 mengenai percutian best disini . Memang kalau pergi sehari tak sempat nak jelajah Port Dickson .
