Percutian Di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Percutian Di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan Seminggu sebelum cuti sekolah menjelma , CCL pergi jalan-jalan ke negeri orang . Memang tiap kali nak pergi bercuti ke mana - mana destinasi selalu elakkan musim cuti sekolah sebab tak nak sangkut jem . Buang masa atas jalan raya . So decide untuk pergi bercuti lebih awal sebelum cuti sekolah bermula . Destinasi kali ini adalah ke Port Dickson,Negeri Sembilan . Pertengahan bulan hari tu memang dah plan nak jejak kaki ke Negeri Sembilan , tetapi akan atas faktor-faktor yang tidak boleh dielakkan so postpone ke bulan Lapan

Bertolak dari perlis jam 10 pagi dan selamat tiba ke Port Dickson, Negeri Sembilan pada pukul 5 petang. Alhamdulillah sepanjang perjalanan memang sangat-sangat dipermudahkan dan tidak sesak.Perjalanan ke destinasi penginapan pun memang sangat mudah untuk dicari .



Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson


Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,

Semasa perjalanan ke sana sempat buat research hotel melalui Agoda.com , untuk memilih hotel yang menarik dan kena dengan budget . Antara top 3 hotel di Port Dickson yang tertera dalam laman Agoda.com ialah Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove Hotel & Pacific Regency Beach Resort. Suami memilih Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson Negeri Sembilan yang kena pada budget percutian pada kali ini . Dan hotel ni juga memang salah satu travel list CCL kalau berkesempatan jejak kaki ke Port Dickson . Alhamdulillah suami bawa ke sini juga .



Kawasan Parking Kereta Yang Sangat Mudah .

Seusai tiba di perkarangan Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson, Negeri Sembilan , melihat reka bentuk bangunan hotel dari sudut luar memang sangat cantik, sambil-sambil suami cari tempat parking kereta untuk memudahkan proses check-in hotel dan memudahkan untuk loaded beg dan luggage  . Terdapat 3 bahagian kawasan parking kereta iaitu bahagian atas bertentangan dengan pintu masuk lobby hotel, parking basement dan juga parking outdoor . Memandangkan kami berdua pergi pada weekday, so kawasan parking kereta memang banyak yang kosong .boleh pilih nak parking di mana-mana bahagian yang penting free .



Proses Check-in Di Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Check in time starting 3PM . Memandangkan CCL dan suami sampai jam 5PM, terus ke kaunter untuk proses check-in tanpa menunggu apa-apa . Proses check in sangat mudah dan cepat . Hanya perlu sediakan IC untuk staff isikan detail yang lengkap dan pelanggan hanya perlu isikan nombor plat kenderaan dan tandatangan sahaja . Berkaitan dengan deposit, semasa CCL check-in disini tidak dikenakan sebarang deposit apa-apa . Selesai urusan check-in .



Memilih Executive Studio Room



Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,

Berangkatlah kami berdua ke bilik . Dapat bilik tingkat 7 .Kami berdua memilih bilik Executive Studio Room untuk penginapan 2hari 1 malam di sini. Harga booking melalui Agoda.com dapat RM3** termasuk tax dan harga bilik ini dah termasuk pakej breakfast untuk dua orang . Keluasan untuk Executive Studio Room ini adalah 48m² / 517 ft²  hadir dengan 1 katil king dan terdapat 1 sofa bed . Nama ja Sofa bed tapi dah macam katil supersingle . Keluasan bilik memang luas dan paling penting bersih dan selesa. Sesuai untuk family yang ramai . 


Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,



Paling best dapat pulak bilik yang sangat strategik, boleh nampak seaview . Disebalik langsir nampak pemandangan indah yang menenangkan dan sejuk mata memang , terus hilang rasa letih .



Ammenities Yang Ada Dalam Bilik Ini 


Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,

Dalam bilik ada satu televisyen LCD.  Channel televisyen pun berfungsi dengan elok . Coverage Wifi pun sangat kuat . Amenities lain yang terdapat dalam bili ini adalah kettle, peti sejuk, mug dua biji dan set 3in1 . Ada sinki jugak . Tak payah masuk dalam toilet untuk cuci mug mahupun nak isi air dalam kettle . Sangat memudahkan .


Dalam wardrobe pulak  tersedia hair dryer, iron, iron board, laundary bag, seliper dan peti besi untuk korang simpan barang berharga .


Penunjuk arah kiblat pun turut ada, cuma sejadah kena bawa sendiri .



Bilik Air Yang Bersih Dan Luas


Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,

Di ruangan bilik air juga luas, tapi tak ada bath tub yang paling penting lengkap dengan amenities seperti tuala mandi,  sabun, shower gel, body lotion, body shower, syampu, ubat gigi, berus gigi, shower cap, sikat, cotton bud dan sanitary pad . Semua amenities tersebut diberikan serba 2 set . 


Eh ! Panjang lebar pulak cerita percutian kali ini , Apa-apa pun stay vacation dua hari 1 malam dengan memilih Executive Studio Room sebagai penginapan adalah amat-amat selesa, Hanya satu sahaja kekurangan pada bilik ini adalah semua lampu yang ada dalam bilik serta toilet menggunakan warm light . So untuk hangpa yang suka makeup of course laa memang tak suka dengan 'warm light' ni kan . Susah nak makeup . Tapi ini adalah kekurangan kecil . Overall semuanya ok . Kalau pihak pengurusan hotel dapat tukar lampu toilet & lampu bahagian wardrobe yang ada cermin besar tue dengan lampu 'white light' lagi cantik . Senang untuk para wanita nak bersolek .


Sekian review bilik penginapan di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan .. 

Nantikan part 2 dan part 3 mengenai percutian best disini . Memang kalau pergi sehari tak sempat nak jelajah Port Dickson . 





Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Hotel nampak kemas dan simple...nicee

    BalasPadam
  2. Selesa dan cantik bilik hotel

    BalasPadam
  3. Bilik cantik, luas, bersih, lengkap semua kelengkapan & harga berpatutan..Terbaik...

    BalasPadam
  4. Cantik hotel tu.. mmg sesuai kalau nk bercuti rileks2 ..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan