Assalamualaikum dan salam sejahtera
Makan Tengahari Masak Lemak Cili Api di Warung Salai Port Dickson Datang ke Negeri Sembilan ni tak sah laa kalau hangpa tak rasa masak lemak cili api . Masak lemak cili api antara salah satu menu utama yang terkenal di negeri ini. So why not kita cuba makanan popular dah alang-alang ke negeri orang ni kan . Lepas selesai CCL check in hotel Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson , terus keluar untuk mengisi perut yang lapar . Sebenarnya dalam perjalanan menuju ke Hotel Avillion Admiral Cove ,Port Dickson ni CCL liar mata juga tengok sana sini, bukan tengok benda pelik-pelik tau , tercari-cari kedai makan yang berdekatan . Hangpa tau lah kan bila dah lapar ni memang tak nak laa cari tempat makan jauh-jauh . Makan masa dan bertambah lapar lagi .
On the way ke hotel CCL terpandang satu restoran hitam kuning ni yang diberi nama Restoran Warung Salai . Dalam kepala memang terbayang akan ada menu masak lemak . So CCL decide untuk makan disitu .
Restoran Warung Salai , Port Dickson Negeri Sembilan
Setibanya di restoran tersebut, customer tak ramai biasa lah sudah petang . Kami berdua barulah nak lunch . Setelah diberi menu sorang satu CCL memilih untuk order daging salai masak lemak cili api, set nasi putih dan teh o ais . Manakala suami CCL memilih menu itik salai masak lemak cili api, set nasi putih bersama teh o ais . Set nasi tersebut hadir bersama nasi putih , ulam, sambal belacan dan juga telur masin . Gandingan yang mantap.
Sebenarnya di Warung Salai ni, kalau hangpa bukan penggemar masak lemak cili api, hangpa boleh cuba menu lain . Jangan sangkakan restoran ni mampu hidang masak lemak jer tau . Menu-menu lain seperti ikan bakar , aneka sup, aneka asam pedas turut disediakan .
Daging Salai Masak Lemak Cili Api Sedap, Tapi .. !
Apabila makanan dah terhidang di depan mata, so tunggu apa lagi bagi kamera dulu lah makan means snap beberapa keping gambar dulu then barulah bismillah dan makan . Tekstur kuah masak lemak cili api tidak terlalu pekat dan tidak terlalu caor . Just nice rasa pedas-pedas, manis masin pendek kata memang kena dengan citarasa tekak CCL ni . Memang sedap .. Untuk hangpa yang tak makan pedas jangan risau masak lemak ni tak adalah pedas sangat . Cuma pedas hujung-hujung lidah ke . Dalam masak lemak cili api ni hadir dengan beberapa keping daging, ada pucuk ubi dan juga sepotong mangga muda .
Satu portion yang diletakkan dalam kuali kecil ni cukup untuk seorang atau dua orang makan. Memang berbaloi . Kepingan daging salai yang dipotong pun besar-besar belaka , tapi yang amat CCL kecewa sedikit sahaja daging salai tersebut agak liat sedikit . Mungkin rezeki CCL dapat daging salai yang liat . Jenuh juga laa nak leraikan isi daging tersebut . Last-last makan terus je .Gabungan pucuk ubi yang dimasak bersama masak lemak ni pun cukup sedap . CCL suka .
Harga Daging Salai Yang Berpatutan
Harga pun berpatutan dengan menu yang disediakan . Semuanya sedap-sedap ..cuma dari tekstur daging perlu improve lagi .
Nak datang lagi ke Warung Salai Port Dickson
Next time kalau datang ke Negeri sembilan CCL nak cuba masakan asam pedas . Oh rupanya Restoran Warung Salai ni memang menjadi pilihan ramai sehinggakan artis-artis pun turut singgah ke restoran ni . No wonder lah restoran ni sentiasa ada pengunjung yang datang . Staff-staff di situ pun memang sangat friendly . Memandangkan time kami berdua sampai tue keadaan restoran lenggah, suami minta tolong salah sorang staff di situ untuk ambilkan gambar kami berdua untuk kenang-kenangan .
Tempat makan best di Port Dickson Untuk korang yang datang ke Negeri Sembilan terutamanya ke Port Dickson recommended sangat untuk hangpa singgah ke Restoran Warung Salai
Waktu operasi
Warung Salai, Taman Mewah 71000 Port Dickson Negeri Sembilan
Dibuka pada setiap hari
11 pagi - 7 petang
15 Ulasan
Masak lemak dia letak mangga sedapnya. terbayang masam-masam lemak tu. Daging salai memang favourite Diah juga
BalasPadambestnya! rindu nak makan kat sini!
BalasPadamsedapnya menu... daging salai tu
BalasPadamSaya suka juga makan masak lemak daging salai..
BalasPadamBanyak juga pilihan menu kat situ. Terliur tengok gulai lemak tu… sedapnya daging salai
BalasPadamsedap masak lemak cili api ni..pure gitu kat N9. tapi part daging liat, akak tak baper suka. tu yang jarang order menu ada daging bila makan kat luar...
BalasPadamLah dia punya hashtag #kuanghajasodap buat orang terkedu dibuatnya. Fames dah restoran ni, ada ada cawangan2 di tempat lain juga. Kalau di Penang masih susah nak jumpa kedai masakan N9 atau Melaka ni.
BalasPadamsedapnyaa
BalasPadamJemput join segmen saya :D
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html
Macam mana daging salai boleh liat.. hurmm ni mesti salai tak habis ni.. just nak bgi luar je nampak terbakar..
BalasPadamOkla kalau tak pedas means dia masak bgi mati cili tu..
tak sampai lg ke N9.. nk cuti2 ni kena pi masa bkn bln perayaan baru best.. heheh.
BalasPadamnampak menu sedap. memang suka mkn masak lemak
busyra smpai skrng masih tak merasa makan masak lemak cili padi original negeri sembilan.. teringin betul
BalasPadamkalau krg pedas dia x leh letak nama masak lemak cili padi😁😁
BalasPadamsaya suka PD... antara tmpt percutian best di malaysia. pegi byk.kali pn x jemu
Belum pernah lagi makan di warung salai ni. Almaklumlah orang yang dok negeri sembilan ni jarang nak makan sebab dah biasa makan.
BalasPadambelum pernah makan sini lagi. nampak sedap gulai daging salai tu
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan