Filem : Killer Soup



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Filem : Killer Soup Filem Hindi bergenre "black comedy" jenayah thriller ini di katakan mengambil inspirasi dari kisah benar mengenai kes pembunuhan berkaitan sup. Terdapat beberapa kes pembunuhan berkaitan sup dan salah satunya kes pembunuhan yang berlaku pada tahun 2017 . M Swathi Reddy membunuh suaminya Sudhakar Reddy dan membakar mayatnya dengan bantuan kekasihnya Rajesh. Dia kemudian cuba meyakinkan keluarga Sudhakar bahawa Rajesh adalah Sudhakar dengan mencurah asid ke mukanya dan membawanya ke hospital untuk pembedahan plastik. Bagaimanapun, apabila keluarga Sudhakar menawarkan Rajesh sup kambing, dia enggan mengatakan bahawa dia vegetarian. Ketika itulah mereka menyedari bahawa lelaki di hadapan mereka bukanlah Sudhakar kerana dia sangat menyukai daging.

filem killer soup , sinopsis filem killer soup , tonton movie killer soup , tonton online filem killer soup

Kes tersebut ada sedikit persamaan dengan siri yang mempuyai 8 episod ini yang mengisahkan Swathi Shetty (Konkona Sen Sharma ) isteri kepada Prabhakar Shetty ( Manoj Bajpayee ) seorang ahli perniagaan yang tak berjaya dalam perniagaan. Pelbagai perniagaan dia buat, yang terbaru dia ingin meminta dana dari abangnya untuk membuka resort. Swathi memujuk suaminya agar membuka sebuah restoran untuknya. Dia sudah pergi ke kelas masakan selama 3 bulan untuk menunjukkan yang betapa seriusnya dia ingin membuka restoran sendiri. Hampir setiap hari dia masak sup kaki kambing tapi mungkin dia tak ada bakat dalam bidang masakan kerana sup yang dia masak tak sedap, suaminya hanya pura pura suka makan sup Swathi tapi di belakang Swathi, dia buang sup tu ke tong sampah.
Dalam diam, Prabhakar mengupah penyiasat persendirian menyiasat isterinya dan alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui yang Swathi curang di belakangnya, menjalinkan hubungan cinta dengan Umesh Pillai ( Manoj Bajpayee) yang seiras dengan mukanya cuma bezanya Umesh ni matanya juling. Berlaku pertengkaran antara mereka bertiga dan Prabhakar maut. Dan bermula lah rancangan Swathi menjadikan Umesh sebagai Prabhakar. Demi cinta, Umesh sanggup biarkan Swathi letak asid ke mukanya walaupun pada awalnya dia berasa takut. Semuanya di lakukan demi Swathi, dia nak Swathi gembira. Setelah kematian Prabhakar, barulah Swathi tahu banyak rahsia yang Prabhakar , Umesh dan orang disekelilingnya sembunyikan darinya dan hidupnya menjadi huru hara.
Adakah Swathi berjaya memasak sup yang sedap dan membuka restoran? Drama ni memang awal awal dah tunjuk siapa penjenayah , tak perlu nak teka siapa penjenayah . Pihak polis hampir buntu nak selesaikan kes ni, setiap kali polis jumpa bukti, sesuatu terjadi dan Swathi terlepas. Drama ni tak sesuai di tonton seisi keluarga.
Sejauh mana anda sanggup bekorban demi cinta? Adakah pengorbanan anda berbaloi atau akhirnya di khianati? Kalau memang CINTA, jujur je la cakap masakan yang pasangan anda masak tu sedap atau tak. Kalau kurang sedap, cakap elok elok, masin ke kurang perisa ke supaya dia boleh perbaiki masakan dia, tak la dia syok sendiri sampai nak buka restoran 😅.
Selepas habis menonton siri ni , saya pun keliru , adakah saya menonton drama ni sebab sup kaki kambing atau Manisha Koirala? Apa kaitan Manisha Koirala dengan siri ni? Nak tahu kenalah tonton siri ni.. Dan mungkin akan ada pelbagai pendapat tentang drama ini.



Filem : Raame Aandalum Raavane Aandalum


Assalamualaikum & Salam Sejahtera 


Filem : Raame Aandalum Raavane Aandalum Filem ini mengisahkan kasih sayang antara manusia dan haiwan serta dunia politik yang menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Kunnimuthu ( Mithun Manickam) dan Veerayi ( Ramya Pandian) menganggap dua ekor lembu yang di hadiahkan oleh ayah Veerayi sewaktu hari perkahwinan mereka sebagai anak mereka. Dan mereka menamakan lembu tersebut sebagai Vellaiyan dan Karuppan. Suatu hari, Vellaiyan dan Karuppan hilang. Kunnimuthu membuat laporan polis tentang kehilangan dua ekor lembunya. Tetapi pihak polis tidak mahu mencari lembunya malah memarahinya membuat laporan kehilangan lembu, sedangkan sebelum itu terdapat VIP membuat laporan kehilangan anjing.

filem Raame Aandalum Raavane Aandalum , sinopsis Raame Aandalum Raavane Aandalum , tonton online filem Raame Aandalum Raavane Aandalum


Kunnimuthu dan Veerayi berasa sedih atas kehilangan lembu mereka. Mereka mencari serata kampung, tak juga jumpa lembu lembu mereka. Sehingga satu hari, Kunnimuthu pergi merayau di satu tempat yang banyak lembu untuk mencari Vellaiyan dan Karuppan tetapi entah macam macam mana, dia dituduh sebagai pencuri lembu. Kunnimuthu dipukul dan polis hampir menangkap dia, mujur ada kawan Kunnimuthu kebetulan membawa wartawan untuk membuat liputan di sekitar kampung lalu di jalan tersebut. Dan kerana takut pihak wartawan membuat liputan polis menangkap orang awam tanpa membuat pemeriksaan yang betul, Kunnimuthu di lepaskan.
Wartawan tersebut mengatakan dia seperti pernah melihat Kunnimuthu . Rupanya sebelum ini wartawan tersebut membuat liputan mengenai berita menteri penternakan memberikan lembu percuma kepada orang kampung. Rupanya, tiada lembu percuma. Lembu lembu tersebut disewa sekejap supaya nampak seperti menteri memberikan lembu yang banyak kepada penduduk miskin. Lembu Kunnimuthu di sewa tetapi pada majlis tersebut, ada orang menyakiti kedua ekor lembu Kunnimuthu , dan dia mengamuk, menolak menteri di depan orang ramai. Jadi wartawan tersebut syak yang Vellaiyan dan Karuppan bukan hilang tetapi diculik oleh konco menteri tersebut kerana Kunnimuthu telah memalukan menteri mereka.
Atas bantuan wartawan tersebut, berita kehilangan dua ekor lembu milik Kunnimuthu yang di syaki di culik oleh menteri penternakan menjadi berita hangat di stesen televisyen dan akhbar utama. Menteri tersebut meminta kuncunya memulangkan lembu terbabit tetapi mereka lupa mereka telah menjual lembu tersebut kepada siapa, kerana sewaktu urusan jual beli lembu tersebut mereka semua dalam keadaan mabuk. Kini ramai pihak media berkunjung ke rumah Kunnimuthu dan pelbagai pihak datang memnawarkan bantuan mencari dua ekoar lembu tersebut. Dapatkah Kunnimuthu bertemu semula dengan dua elor lembunya?
Filem ni bukan hanya berkisar tentang lembu semata mata , tetapi diselitkan penaniayaan orang atasan terhadap penduduk kampung tersebut. Dua ekor lembu ni bijak berlakon.



Tips Untuk Menyimpan Buah Strawberi Supaya Segar Dan Tahan Lama

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Tips Untuk Menyimpan Buah Strawberi Supaya Segar Dan Tahan Lama Buah Strawberi ni memang tak tahan lama , kalau tak makan dengan segera buah strawberi ni akan jadi lembik masam serta membusuk .  So CCL nak kongsi tips untuk mengatasi masalah tersebut .


tips buah strawberi segar , tips buah strawberi tidak mudah rosak , buah strawberi segar dan manis ,

seeloknya pilih buah strawberi yang baru di petik,segar , tidak layu dan tidak busuk . Hangpa perlu bersihkan segala kotoran pada buah kemudian rendam buah strawberi tersebut ke dalam air garam . Biarkan selamat beberapa minit dan toskan  . keringkan buah strawberi dan boleh simpan ke dalam peti sejuk . 

So untuk hangpa nak buah strawberi kekal segar boleh cuba tips ini okey. 


Dapat Strawberi Coklat dan Teh Strawberi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Dapat Strawberi Coklat dan Teh Strawberi  Baru beberapa hari lepas pak menakan CCL turun Cameron Highlands bersama kawan-kawannya,Kalau pergi ke Cameron Highland, pastinya buah strawberi menjadi pilihan utama sebagai buah tangan . CCL sendiri pun antara penggemar buah strawberi jugak lagi-lagi di makan bersama coklat cair, gabungan yang mantap sekali . CCL tahu bukan CCL seorang sahaja yang sukakan strawberi coklat  , ramai yang diluar sana pun mesti suka . 


strawberi coklat , teh strawberi , buah strawberi , strawberi celup coklat cair ,  , harga buah strawberi , strawberi cameron higland

Alhamdulillah rezeki kali ni pemberian dari pak menakan CCL yang baru balik dari sana dapat buah tangan sikit . Satu kotak teh strawberi dan buah strawberi bersama coklat cair . Alhamdulillah terima kasih sekali lagi . 

hangpa ada tips tak supaya buah strawberi ni nampak segar dan tak mudah rosak . okay kalau nak tahu CCL akan kongsi di entri yang seterusnya  .. 

Taufufa Viral Baby Ainatul

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Taufufa Viral Baby Ainatul  Jejak kaki ke Food Festival, tak sah laa kalau tak mencari makanan-makanan viral terutama makanan yang susah nak dapat . Rambang mata laa kalau ke Food Festival ni , macam-macam makanan , nak makan semua maunya pecah perut . So memilih makanan yang jarang-jarang sekali nak ada ..  

food, taufufa, taufufa organik, taufufa baby ainatul, harga taufufa baby ainatul, review taufufa baby ainatul

Salah satu dessert viral yang CCL sempat grab kat sana adalah Taufufa Organik by Baby Ainatul . Both Baby Ainatul memang penuh beratur jugak laa time nak beli ni .. Tapi tak ada la beratur panjang makan masa yang lama . Sampai giliran CCL alang-alang dah nak beli tu kan ambil dua bekas terus berbaloi . 

Balik rumah terus makan ? Eh tidak .. Simpan dalam peti sejuk barulah lagi sedap nak nikmati taufufa . First time makan taufufa organik by Baby Ainatul memang sedap sangat . Lain dari taufufa jalanan . Tak dinafikan dedua pun sedap . Bagi hangpa yang tak suka manis boleh cuba taufufa Baby Ainatul, air gula yang disediakan bersama taufufa tersebut memang gabungan yang mantap . Tak terlalu manis rasanya just nice sahaja  .. Memang akan repeat lagi lahh . Oh satu lagi yang best taufufa Baby Ainatul ni kalau korang beli dan simpan dalam peti sejuk untuk beberapa hari still lagi boleh makan tau . kalau macam taufufa biasa tu tak sampai dua hari hangpa simpan dalam peti sejuk dah tak boleh makan . tekstur berlendir  dan rosak , tapi dengan Taufufa Bbay Ainatul takkan rosak untuk tiga ke empat hari dalam peti sejuk .

Photo : Bunga Ulam Raja

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Photo : Bunga Ulam Raja   Pagi ni nak belanja dua, tiga keping gambar-gambar yang boleh menjadikan sebagai terapi mata . Gambar apa ? Yes gambar bunga ulam raja . 

Ulam, ulam raja , pokok ulama raja , bunga ulam raja,

Ulam, ulam raja , pokok ulama raja , bunga ulam raja,

Ulam, ulam raja , pokok ulama raja , bunga ulam raja,

Ulam, ulam raja , pokok ulama raja , bunga ulam raja,

Dah tengok ? Cantik tak ? Walaupun bunga ulam raja ni kecik tapi bagi CCL memang cantik . Actually tepi rumah CCL ni memang banyak pokok ulam raja . Ya pucuk pokok ulam raja ni memang boleh makan dibuat sebagai ulam . Memang sedap . Pucuk muda bila dah keluarkan bunga cantik-cantik ni kan sejuk je mata memandang . Nanti bila dah tua bunga tersebut la akan kering dan bertukar kepada biji benih . Biji-biji yang jatuh akan tumbuh semula anak-anak pokok ulam raja . 


Actually, pokok ulam raja ni memang senang hidup dah beberapa kali pokoknya sudah tua , dan cabut hingga ke akar still akan tumbuh juga anak-anak pokok yang muda . Mudah dan tak perlu dijaga dengan rapi . Lagi kita petik pucuk ulam raja lagi bercambah la tunas pokok ulam raja ni .

Makan Tengahari Masak Lemak Cili Api di Warung Salai Port Dickson

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Makan Tengahari Masak Lemak Cili Api di Warung Salai Port Dickson Datang ke Negeri Sembilan ni tak sah laa kalau hangpa tak rasa masak lemak cili api  . Masak lemak cili api antara salah satu menu utama yang terkenal di negeri ini. So why not kita cuba makanan popular dah alang-alang ke negeri orang ni kan . Lepas selesai CCL check in hotel Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson , terus keluar untuk mengisi perut yang lapar . Sebenarnya dalam perjalanan menuju ke Hotel Avillion Admiral Cove ,Port Dickson ni CCL liar mata juga tengok sana sini, bukan tengok benda pelik-pelik tau , tercari-cari kedai makan yang berdekatan . Hangpa tau lah kan bila dah lapar ni memang tak nak laa cari tempat makan jauh-jauh . Makan masa dan bertambah lapar lagi .


Tempat makan best di port dickson, masak lemak cili api port sickson, warung salai port dickson, review warung salai port dickson ,

On the way ke hotel CCL terpandang satu restoran hitam kuning ni yang diberi nama Restoran Warung Salai . Dalam kepala memang terbayang akan ada menu masak lemak . So CCL decide untuk makan disitu . 



Restoran Warung Salai , Port Dickson Negeri Sembilan 


Tempat makan best di port dickson, masak lemak cili api port sickson, warung salai port dickson, review warung salai port dickson ,

Setibanya di restoran tersebut, customer tak ramai biasa lah sudah petang . Kami berdua barulah nak lunch . Setelah diberi menu sorang satu CCL memilih untuk order daging salai masak lemak cili api, set nasi putih dan teh o ais . Manakala suami CCL memilih menu itik salai masak lemak cili api, set nasi putih bersama teh o ais . Set nasi tersebut hadir bersama  nasi putih , ulam, sambal belacan dan juga telur masin . Gandingan yang mantap.


Tempat makan best di port dickson, masak lemak cili api port sickson, warung salai port dickson, review warung salai port dickson ,

Tempat makan best di port dickson, masak lemak cili api port sickson, warung salai port dickson, review warung salai port dickson ,

Sebenarnya di Warung Salai ni, kalau hangpa bukan penggemar masak lemak cili api, hangpa boleh cuba menu lain . Jangan sangkakan restoran ni mampu hidang masak lemak jer tau . Menu-menu lain seperti ikan bakar , aneka sup, aneka asam pedas turut disediakan . 



Daging Salai Masak Lemak Cili Api Sedap, Tapi .. !


Tempat makan best di port dickson, masak lemak cili api port sickson, warung salai port dickson, review warung salai port dickson ,

Apabila makanan dah terhidang di depan mata, so tunggu apa lagi bagi kamera dulu lah makan means snap beberapa keping gambar dulu then barulah bismillah dan makan . Tekstur kuah masak lemak cili api tidak terlalu pekat dan tidak terlalu caor . Just nice rasa pedas-pedas, manis masin pendek kata memang kena dengan citarasa tekak CCL ni . Memang sedap .. Untuk hangpa yang tak makan pedas jangan risau  masak lemak ni tak adalah pedas sangat . Cuma pedas hujung-hujung lidah ke . Dalam masak lemak cili api ni hadir dengan beberapa keping daging, ada pucuk ubi dan juga sepotong mangga muda . 


Satu portion yang diletakkan dalam kuali kecil  ni cukup untuk seorang atau dua orang makan. Memang berbaloi . Kepingan daging salai yang dipotong pun besar-besar belaka , tapi yang amat CCL kecewa sedikit sahaja daging salai tersebut agak liat sedikit . Mungkin rezeki CCL dapat daging salai yang liat . Jenuh juga laa nak leraikan isi daging tersebut . Last-last makan terus je .Gabungan pucuk ubi yang dimasak bersama masak lemak ni pun cukup sedap . CCL suka . 


Harga Daging Salai Yang Berpatutan 

Harga pun berpatutan dengan menu yang disediakan . Semuanya sedap-sedap ..cuma dari tekstur daging perlu improve lagi . 


Nak datang lagi ke Warung Salai Port Dickson

Next time kalau datang ke Negeri sembilan CCL nak cuba masakan asam pedas . Oh rupanya Restoran Warung Salai ni memang menjadi pilihan ramai sehinggakan artis-artis pun turut singgah ke restoran ni . No wonder lah restoran ni sentiasa ada pengunjung yang datang  . Staff-staff di situ pun memang sangat friendly . Memandangkan time kami berdua sampai tue keadaan restoran lenggah, suami minta tolong salah sorang staff di situ untuk ambilkan gambar kami berdua untuk kenang-kenangan . 


Tempat makan best di port dickson, masak lemak cili api port sickson, warung salai port dickson, review warung salai port dickson ,


Tempat makan best di Port Dickson Untuk korang yang datang ke Negeri Sembilan terutamanya ke Port Dickson recommended sangat untuk hangpa singgah ke Restoran Warung Salai 


Waktu operasi 

Warung Salai, Taman Mewah 71000 Port Dickson Negeri Sembilan 

Dibuka pada setiap hari

11 pagi - 7 petang


Sarapan Pagi di Hotel Avillion Admiral Cove , Port Dickson Negeri Sembilan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sarapan Pagi di Hotel Avillion Admiral Cove , Port Dickson Negeri Sembilan  Entri lepas CCL ada review bilik penginapan di hotel ini . Hangpa yang terlepas pandang belum baca entri tersebut boleh baca di Percutian Di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan , mana tahu kan lepas baca entri ni ada plan nak bercuti ke sana boleh prepare apa yang patut .


Sarapan pagi di Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson, Sarapan pagi di Port Dickson,  Buffet sarapan pagi Hotel Port Dickson
Memandangkan bilik penginapan tersebut termasuk pakej sekali sarapan pagi untuk dua orang . So why not untuk cuba .. Breakfast disini bermula jam 7 pagi hingga 10.30 pagi . CCL dan suami turun untuk sarapan pagi dalam jam 9.30 pagi . Masa ni tak ramai guest, hanya ada beberapa meja, mungkin ada yang dah turun awal pagi . 

Menu sarapan pagi yang disediakan pada hari tersebut adalah mee goreng, nasi lemak boleh prefer nak makan dengan rendang ayam atau pun sambal bilis . Ada roti putih, crossaint, cereal, bubur nasi, salad, buah, omelette,  serta minuman panas dan minuman sejuk . Semua makanan disini sedap dan boleh diterima tekak . 


Sarapan pagi di Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson, Sarapan pagi di Port Dickson,  Buffet sarapan pagi Hotel Port Dickson

Tips nak merasa semua menu yang dihidangkan adalah dengan mengambil portion yang sedikit untuk setiap menu hidangan, confirm korang takkan membazir dan dapat merasa semua menu . Dalam gambar itu baru sekali ambil, tak boleh nak ambil semua menu tak cukup ruangan untuk diletakkan . Round kedua makan salad dan omelette . Semua sedap-sedap .Oh ! Untuk ruangan sarapan pagi ni hangpa boleh pilih sama ada nak menikmati sarapan pagi di dalam coffe house sambil menikmati alunan lagu-lagu yang mendayu mahupun menikmati sarapan pagi di outdoor sambil mencuci mata dengan permandangan laut yang terbentang luas . Disebabkan pagi tersebut hujan rintik, decide untuk sarapan pagi di indoor jer, kang tengah- tengah makan hujan turun lebat satu hal nak kena pindah semua makanan ke dalam , lagi pun kat luar banyak juga burung-burung berterbangan , risau si burung meninggalkan najis atas makanan . 

Ok dah selesai untuk kenyangkan perut . Nantikan entri seterusnya CCL nak kongsi dengan hangpa serba sedikit permandangan di sekitar luar bangunan hotel . 



Percutian Di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Percutian Di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan Seminggu sebelum cuti sekolah menjelma , CCL pergi jalan-jalan ke negeri orang . Memang tiap kali nak pergi bercuti ke mana - mana destinasi selalu elakkan musim cuti sekolah sebab tak nak sangkut jem . Buang masa atas jalan raya . So decide untuk pergi bercuti lebih awal sebelum cuti sekolah bermula . Destinasi kali ini adalah ke Port Dickson,Negeri Sembilan . Pertengahan bulan hari tu memang dah plan nak jejak kaki ke Negeri Sembilan , tetapi akan atas faktor-faktor yang tidak boleh dielakkan so postpone ke bulan Lapan

Bertolak dari perlis jam 10 pagi dan selamat tiba ke Port Dickson, Negeri Sembilan pada pukul 5 petang. Alhamdulillah sepanjang perjalanan memang sangat-sangat dipermudahkan dan tidak sesak.Perjalanan ke destinasi penginapan pun memang sangat mudah untuk dicari .



Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson


Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,

Semasa perjalanan ke sana sempat buat research hotel melalui Agoda.com , untuk memilih hotel yang menarik dan kena dengan budget . Antara top 3 hotel di Port Dickson yang tertera dalam laman Agoda.com ialah Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove Hotel & Pacific Regency Beach Resort. Suami memilih Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson Negeri Sembilan yang kena pada budget percutian pada kali ini . Dan hotel ni juga memang salah satu travel list CCL kalau berkesempatan jejak kaki ke Port Dickson . Alhamdulillah suami bawa ke sini juga .



Kawasan Parking Kereta Yang Sangat Mudah .

Seusai tiba di perkarangan Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson, Negeri Sembilan , melihat reka bentuk bangunan hotel dari sudut luar memang sangat cantik, sambil-sambil suami cari tempat parking kereta untuk memudahkan proses check-in hotel dan memudahkan untuk loaded beg dan luggage  . Terdapat 3 bahagian kawasan parking kereta iaitu bahagian atas bertentangan dengan pintu masuk lobby hotel, parking basement dan juga parking outdoor . Memandangkan kami berdua pergi pada weekday, so kawasan parking kereta memang banyak yang kosong .boleh pilih nak parking di mana-mana bahagian yang penting free .



Proses Check-in Di Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Check in time starting 3PM . Memandangkan CCL dan suami sampai jam 5PM, terus ke kaunter untuk proses check-in tanpa menunggu apa-apa . Proses check in sangat mudah dan cepat . Hanya perlu sediakan IC untuk staff isikan detail yang lengkap dan pelanggan hanya perlu isikan nombor plat kenderaan dan tandatangan sahaja . Berkaitan dengan deposit, semasa CCL check-in disini tidak dikenakan sebarang deposit apa-apa . Selesai urusan check-in .



Memilih Executive Studio Room



Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,

Berangkatlah kami berdua ke bilik . Dapat bilik tingkat 7 .Kami berdua memilih bilik Executive Studio Room untuk penginapan 2hari 1 malam di sini. Harga booking melalui Agoda.com dapat RM3** termasuk tax dan harga bilik ini dah termasuk pakej breakfast untuk dua orang . Keluasan untuk Executive Studio Room ini adalah 48m² / 517 ft²  hadir dengan 1 katil king dan terdapat 1 sofa bed . Nama ja Sofa bed tapi dah macam katil supersingle . Keluasan bilik memang luas dan paling penting bersih dan selesa. Sesuai untuk family yang ramai . 


Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,



Paling best dapat pulak bilik yang sangat strategik, boleh nampak seaview . Disebalik langsir nampak pemandangan indah yang menenangkan dan sejuk mata memang , terus hilang rasa letih .



Ammenities Yang Ada Dalam Bilik Ini 


Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,

Dalam bilik ada satu televisyen LCD.  Channel televisyen pun berfungsi dengan elok . Coverage Wifi pun sangat kuat . Amenities lain yang terdapat dalam bili ini adalah kettle, peti sejuk, mug dua biji dan set 3in1 . Ada sinki jugak . Tak payah masuk dalam toilet untuk cuci mug mahupun nak isi air dalam kettle . Sangat memudahkan .


Dalam wardrobe pulak  tersedia hair dryer, iron, iron board, laundary bag, seliper dan peti besi untuk korang simpan barang berharga .


Penunjuk arah kiblat pun turut ada, cuma sejadah kena bawa sendiri .



Bilik Air Yang Bersih Dan Luas


Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,

Di ruangan bilik air juga luas, tapi tak ada bath tub yang paling penting lengkap dengan amenities seperti tuala mandi,  sabun, shower gel, body lotion, body shower, syampu, ubat gigi, berus gigi, shower cap, sikat, cotton bud dan sanitary pad . Semua amenities tersebut diberikan serba 2 set . 


Eh ! Panjang lebar pulak cerita percutian kali ini , Apa-apa pun stay vacation dua hari 1 malam dengan memilih Executive Studio Room sebagai penginapan adalah amat-amat selesa, Hanya satu sahaja kekurangan pada bilik ini adalah semua lampu yang ada dalam bilik serta toilet menggunakan warm light . So untuk hangpa yang suka makeup of course laa memang tak suka dengan 'warm light' ni kan . Susah nak makeup . Tapi ini adalah kekurangan kecil . Overall semuanya ok . Kalau pihak pengurusan hotel dapat tukar lampu toilet & lampu bahagian wardrobe yang ada cermin besar tue dengan lampu 'white light' lagi cantik . Senang untuk para wanita nak bersolek .


Sekian review bilik penginapan di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan .. 

Nantikan part 2 dan part 3 mengenai percutian best disini . Memang kalau pergi sehari tak sempat nak jelajah Port Dickson .