Manjakan Kulit Wajah Dengan Sheet Mask dari Mediheal Malaysia

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Manjakan Kulit Wajah Dengan Sheet Mask dari Mediheal Malaysia 


Beauty, review, sheet mask , sheet mask Mediheal, jenis sheet mask Mediheal, cara pemakaian sheet mask, hydration sheet mask, Mediheal sheet mask review
Mediheal memang menjadi salah satu sheet mask asal Korea yang banyak digemari. Hal ini disebabkan karena Mediheal dapat menghasilkan sheet mask berkualiti tinggi dan terbuat dari bahan yang selesa untuk kulit wajah. Selain itu, sheet mask dari Mediheal mengandungi kombinasi essence dan serum dengan konsentrasi tinggi yang dapat mengatasi pelbagai masalah kulit wajah. 


Mediheal Tea Tree Calming Mask 

Beauty, review, sheet mask , sheet mask Mediheal, jenis sheet mask Mediheal, cara pemakaian sheet mask, hydration sheet mask, Mediheal sheet mask review

  • 4,000 ekstrak minyak dari pokok teh 

  • menenangkan dan membantu keseimbangan kulit dengan memberikan pelembapan yang mendalam pada peringkat permulaan masalah kulit

  • berkesan dalam meningkatkan keseimbangan kulit & menenangkan kulit dengan kawalan lembapan dan sebum yang mencukupi dengan komponen pokok teh

  • Anti-aging


Mediheal Watermide Hydrating Mask

Beauty, review, sheet mask , sheet mask Mediheal, jenis sheet mask Mediheal, cara pemakaian sheet mask, hydration sheet mask, Mediheal sheet mask review

  • mengandungi akuasil & gliserin glukosida

  • menghidrat & mencerahkan penjagaan kulit kering

  • memberi tambahan kepada kulit kering tanpa melekit dan mencerahkan kulit kusam

  • membantu mencerahkan kulit wajah 


Sheet mask Mediheal ini juga telah dinaik taraf menggunakan fabrik hipoalergenik dari buluh- PT CELL50 .Mask ni elok pakai 1-2 kali seminggu. Best tau kalau pakai time malam sebelum tidur tu, esok muka akan rasa segar je.Selepas menggunakan sheet mask ini  kulit lebih terhidrat dan juga lembap.


Boleh dapatkan sheet mask Mediheal di drug store berdekatan . Guardian mahupun Watsons .


Jom cantik bersama -sama .



Filem : Mrs Chatterjee vs Norway (2023)

 

Assalamualaikum & salam sejahtera


Filem : Mrs Chatterjee vs Norway (2023) Filem ini diangkat dari sebuah kisah benar yang berlaku pada Sagarika Chakraborty dan suaminya, pasangan dari negara India yang berhijrah dan menetap di Norway terpaksa berhadapan dengan sistem undang² Kerajaan Norway apabila mereka menarik hak penjagaan kedua-dua orang anak Sagarika. 

Filem ini dibuka dengan perjalanan kehidupan keluarga imigran yang bahagia, Debika Chatterjee (Rani Mukherjee) menetap bersama suami (Anirban Chatterjee) dan juga dua orang anaknya, Shubh dan Suchi di Stavanger, Norway. 

Wakil dari Kebajikan Kanak-kanak Norway, Sia (Kärt Tammjärv) dan Matilda (Britta Soll) ditugaskan untuk berada di rumah Debika untuk pantau cara dia dan suami menjaga anak selama 10 minggu. Malang tak berbau, laporan dan dakwaan dibuat terhadap Debika sebab menyuap Shubh makan menggunakan tangan dan dia dilabel sebagai mentally unstable, gila, mak tak bertanggungjawab. 

Rumah mereka juga dikatakan tidak selamat untuk anak-anak mereka. Secara tak langsung, mengikut undang-undang Norway automatik hak penjagaan terhadap anak²nya ditarik. Bermulalah perjuangan seorang ibu menentang sistem perundangan Norway yang penuh dengan dugaan. 


Filem 2023, mrs chatterjee vs norway, filem neflix, tonton filem neflix , full movie mrs chatterjee vs norway,

Diadaptasi dari sebuah kisah benar, lakonanRani Mukerji, Anirban Bhattacharya, Neena Gupta, Jim Sarbh dan ramai lagi. Sedih, pedih, hampa, kecewa menjalani liku-liku dugaan sepajangan perbicaraan Debika demi untuk menuntut hak penjaagaan anak-anaknya semula. Plot penceritaan yang penuh dengan air mata. Korang ready jela. 

Lakonan Rani Mukerji memang mantap. Mood sedih tu berpanjangan sebab muka Rani Mukerji ni, rasa pilu je hati tengok usaha pngorbanan seorang ibu. Rasa kekuatan seorang ibu yang tak mudah putus asa. Kuat semangat. Tengok macam mana orang kampung nak lawan sistem perundangan Norway. Gila wey. Berani betul. Berani kerana benar.

Lain negara, lain undang-undangnya. Begitu la yang terjadi pada keluarga Chatterjee, cara didikan dia dianggap menjejaskan keselematan anak-anak dia sendiri. 

Sama juga yang berlaku pada satu keluarga Malaysia yang menetap di Sweden. Pasangan suami isteri itu masing-masing dijatuhkan hukuman penjaran 14 bulan dan 10 bulan oleh kerana kesalahan mendera anak. Kalau di negara Asia rasanya cara didikan yang agak kasar ni perkara biasa. Tapi di negara eropah ia dilabelkan sebagai satu kes penderaan. Tapi tu la, kalau nak pukul pon beragak la sikit, ni sampai berbirat badan anak dia.

Jadi korang boleh la layan di Netfix

Terung Bakar Guna Dapur Gas

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera 

Terung Bakar Guna Dapur Gas Hobi ayah CCL sekarang ni memang suka berkebun , memang dah banyak hasil sayuran yang ayah tanam menjadi, dah banyak kali juga tuai. Sekarang ni hasil tetung ungu Dan terung hijau membuahkan hasil tanaman .  Bukan satu dia pokok Tau, berpuluh-puluh pokok juga yang ayah tanam, alhamdulilah membuahkan hasil , kalau dah terlalu banyak ayah kongsi hasil tanaman dengan jiran Dan tolak kepada peniaga-peniaga di pasar tani . 

CERITA CCL, TERUNG BAKAR, TERUNG BAKAR GUNA DAPUR HAS, TERUNG BAKAR AIR ASAM , RESEPI ,KHASIAT TERUNG UNGU

Apabila pokok terung membuahkan hasil sampai  tak tahu nak masak menu apa, Tapi paling tak jemu adalah terung bakar, eish kalau menu ada nasi putih dengan air asam picit pun memang laju ja makan nasi , wajib tambah nasi pulak tue. Cara nak bakar terung ni memang sangat mudah, hangpa tak perlu la nak nak main dengan arang ataupun asap , cuma hanga gunakan dapur gas sahaja, hangpa letak terus sebiji terung tanpa potong apa-apa . Bakar biar terung tersebut menjadi sedikit lembut. Jangan risau kalau bau-bau hangit sikit pada terung . Lagi sedap Tau . Lepas bakar  tu boleh' la potong kecil-kecil .pastikan bahagian dalam tu dah lembut baru sedap di makan . 

Terung ungu baik untuk kesihatan antaranya 
-kaya dengan nutrisi phyto yang diperlukan oleh organ otak 
-kandungam serta yang membantu  menyihatkan sistem pencernaan
-mencegah penyakit diabetes
-membantu menurunkan Kadar kolestrol jahat
-membantu menurunkan tekanan darah tinggi
-kandungan kalsium untuk menguatkan tulang Dan sendi
-kandungan zat besi yang dapat mencegah penyakit anemia


Resepi Bihun Soto Ayam Anti Gagal

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Resepi Bihun Soto Ayam Anti Gagal

Lepas pada beberapa hari raya ni memang dok mai mood teringin nak buat soto, ya sebelum-sebelum ni memang tak pernah buat soto. Makan tu usah dibilang la berkali-kali juga . 


RESEPI, RESEPI BIHUN SOTO AYAM, RESEPI SOTO ANTI GAGAL, RESEPI MUDAH BIHUN SOTO AYAM, BIHUN SOTO, RESEPI MUDAH KUAH SOTO
Bila dah mai mood teringin nak buat soto sendiri ni , apa lagi road to cari bahan-bahan soto . Cari masa sesuai maka terjadilah soto. Bila dah cuba buat sendiri baru tahu , senang betul nak buat kuah soto ni campak-campak je dah siap .. Cumanya tak ada taugeh, merata cari di market dan pasaraya semuanya dah habis . So CCL skip je.


Percubaan pertama memang menjadi , memang sedap . Ni bukan puji diri sendiri tau . Ini berdasarkan juri-juri keluarga CCL . Semua puji sedap dan boleh buat lagi . Bila dengar semua cakap sedap siap request untuk buat lagi raya haji ni auchhh hati melonjak kegembiraan laa . Hilang terus penat-penat memasak tue . 


Sedap or tak sedap CCL terima dengan hati terbuka , tak ada lah pulak kalau komen cakap tak sedap terus hilang mood nak memasak .. Tak boleh begitu .. Sedar diri bukan chef , bukannya  pro nak memasak itu dan ini . So setiap kritikan terimalah dengan hati terbuka . 


Bagi yang nak cuba buat resepi bihun soto ayam anti gagal, hangpa  wajib follow resepi dari group ni . https://m.facebook.com/groups/matjhn.official/permalink/1901121303679067/?mibextid=Nif5oz

Mesti menjadi . 

Busana Raya dari J.Labella Atelier

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Busana Raya dari J.Labella Atelier Asal menjelang Syawal pasti akan ada jenama baju-baju raya yang akan menjadi viral . Viral disebabkan harga yang mahal tapi kualiti kain tidak setanding dengan harga . Senang cerita kualiti out terus . Kalau tahun lepas jenama Leeyanarahman yang banyak netizen persoalkan, tahun ini pulak jenama Bulan Bintang yang paling banyak disebut oleh netizen-netizen di rata-rata media sosial . Mana tidaknya ramai yang kecewa dengan brand tersebut harga mahal tapi kualiti tak setanding harga . Hangpa pun pasti ada tengok juga kan gambar-gambar yang netizen kongsi di media sosial , antaranya ada yang sekali pakai material kain dah berbulu, kain yang mudah pecah, jahitan tidak kemas dan pelbagai lagi. Alahai kesian pulak . Harap-harap team Bulan Bintang dapat upgradekan lagi kualiti .


JLABELLA ATELIER,JENAMA BAJU JLABELLA ATELIER,CERITA CCL,BAJU RAYA JLABELLA ATELIER,
Selesa dengan J.labella Atelier

Untuk family CCL pulak, tak ada sorang pun yang terjebak untuk mencuba Bulan Bintang. Dah beberapa tahun masih selesa dengan jenama J.labella Atelier. Tahun ni pun tetap dengan pilihan jenama tersebut . Sejak-sejak jumpa jenama J.labella Atelier memang susah nak tukar je jenama lain, salah satu sebabnya kalau hangpa terjah website J.labella Atelier memang senang nak cari baju yang matching-matching warna dari sut lelaki mahupun perempuan . So tak payah pening kepala.


Untuk busana lelaki ada baju melayu dan juga kurta. Harga pun berpatutan. Material memang sangat tiptop lah . Jangan risau pakai berkali-kali pun even pakai sampin , seharian beraya kesana kesini tetap takkan ada defect berbulu-bulu. Cuma harap-harap team J.labella Atelier dapat pelbagaikan lagi warna dan juga restock saiz , nak- nak lagi musim raya ni kan . Tak ketinggalan juga busana perempuan pun cantik-cantik. Harga pun ikut bajet korang. Tapi material memang cantik dan sedap pakai . 


Untuk tahun ni  tema dusty pink bagi CCL dan suami dan CCL dan family tema nude . Sedondon gitu. Baju raya tak mahal-mahal pun tak apa , asalkan material kain yang bagus dan selesa dipakai . Beli untuk dipakai berkali-kali kualiti material maintain bagus bukannya beli, pakai sekali terus nak prelove baju tersebut . 


Eh tapi ada juga kan yang pakai sekali, cuci-cuci terus prelove .. 

Photoshoot Raya Kulim 2023 : The White Diary Studio

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Photoshoot Raya Kulim 2023 : The White Diary Studio Salam Aidilfitri semua buat kawan-kawan alam maya CCL . Masih bulan Syawal lagi kan .. So sempat lagi nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri , hari ni baru ada kesempatan nak luang masa, cuci-cuci sawang blog setelah beberapa minggu , beberapa bulan tak sempat nak jenguk blog . Nak maintain untuk update entri setiap hari ni satu cabaran jugak lah .. Kekangan masa betul . Kena cari ruang dan waktu barulah idea menjengah tiba .. Haa tak gitu ..


Ok tak nak buang masa lah .. So nak nak cerita serba sedikit kenangan-kenangan raya untuk tahun ni . Kalau tahun lepas dapat cuti raya . Memang giliran CCL bercuti , so tahun ni terpaksa berkorban lah, tahun ni terpaksa kerja . Adat bila bekerja dengan orang ni kena ada tolak ansur, kena ada sistem giliran barulah adil untuk semua staff-staff . Raya pertama dan raya kedua raya ditempat kerja . Tak berseorangan tapi ada juga kawan-kawan . Walaupun raya pertama dan kedua terpaksa buat overtime . So nak bawa vibes-vibes pagi syawal tue , bawa lah sedikit hidangan juadah raya untuk makan di office , and then pasang laa lagu-lagu raya . Vibes syawal sangat tau . Balik kerja barulah dapat spend time dengan family . 


CERITA CCL,PHOTOSHOOT RAYA, PHOTOSHOOT RAYA KULIM , PHOTOSHOOT RAYA 2023, STUDIO RAYA MURAH , STUDIO RAYA KULIM , STUDIO RAYA 2023,

Ok Syawal ketiga,  dapat beraya bersama suami dan family mertua di Kulim . Raya tahun ni raya agak rushing jugak la, raya ketiga balik kulim, raya ketiga juga kejar untuk photoshoot raya . Oh tahun ni tahun ketiga juga beraya dengan suami selepas berkahwin . Seperti tahun-tahun lepas wajib ada photoshoot raya habuan kenang-kenangan . Tahun pertama cari studio raya di Perlis, tahun kedua pun photoshoot raya di Perlis tapi outdoor je lah sebab raya kalut kan .. Ok untuk tahun ketiga CCL rushing cari studio photoshoot raya di Kulim . Dah alang-alang balik rumah mertua..


Mujurlah seberang negeri Perlis , Kedah tapi kalau jem atas highway mau berjam jam jugak laa kereta bergerak macam siput . So bosan-bosan dalam kereta, godek-godek la dalam facebook dengan carian studio raya kulim . Banyak pilihan, banyak studio yang cantik-cantik . Nak decide masa untuk photoshoot pun gerun jugak laa takut tak sempat dengan masa yang dijanjikan . Decide punya decide alhamdulillah alhamdulillah ada juga rezeki untuk photoshoot saya di Kulim . 


CERITA CCL,PHOTOSHOOT RAYA, PHOTOSHOOT RAYA KULIM , PHOTOSHOOT RAYA 2023, STUDIO RAYA MURAH , STUDIO RAYA KULIM , STUDIO RAYA 2023,

The White Diary Studio, Kulim walaupun admin studio memang sibuk layan customer di studio, alhamdulillah sempat jugak la decide ubtuk slot kosong . So tahun ni merasa jugak la photoshoot raya di studio . Ada 3 props studio raya dengan design yang berbeza . CCL pilih props hijau , dengan baju bertemakan dusty pink untuk tahun ni ..  Walaupun raya ketoga ramai jugak la yang datang photoshoot disini . Tapi jangan risau dalam studio tak bersesak dengan orang ramai so tak ada la segan sangat untuk kita posing-posing. Bagi yang tak reti nak posing-posing , jangan risau team photographer The White Diary Studio akan guide hangpa semua dari start sampai akhir posing . So tak payah fikir nak posing macam-macam mana . Semuanya akan diajar. Hangpa follow ja step photographer tue . 


CERITA CCL,PHOTOSHOOT RAYA, PHOTOSHOOT RAYA KULIM , PHOTOSHOOT RAYA 2023, STUDIO RAYA MURAH , STUDIO RAYA KULIM , STUDIO RAYA 2023,

Selesai photoshoot kena tunggu sekejap dalam 10 hingga 15minit untuk team The White Diary Studio edit gambar hangpa cantik-cantik dan terus dapat thru phone . Team akan transfer terus gambar tadi masuk ke dalam phone . Mudahkan ..selesai transfer terus dapat tengok gambar-gambar shoot tadi..


Untuk tahun depan kalau props cantik-cantik insyaAllah CCL akan repeat lagi . Untuk warga kulim yang mencari photoshoot raya  tahun depan boleh try studio The White Diary, Taman Mutiara Kulim . Acewahhhh awai betul CCL promote . Yes !! Sebab sekarang team depa dah close photoshoot raya untuk tahun ni . 


Bertemu pulak tahun hadapan . Ok untuk kawan-kawan Salam Lebaran, maaf andai ada tersalah dari segi bahasa yang mengguris hati . Salam kosong-kosong 



Sedekah Pakaian Terpakai , Dapat Kurma

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Sedekah Pakaian Terpakai , Dapat Kurma Ada yang dah baca entri CCL sedekah pakaian terpakai ? .Alhamdulillah semoga pakaian yang CCL sedekah itu mampu menolong golongan yang kurang berkemampuan mahupun sesiapa sahaja yang memerlukan . Setelah selesai hantar pakaian pusat pengumpulan pakaian terpakai , kena tunggu sekejap la untuk diorang  check dahulu pakaian yang kita hantar tu sama ada masih elok dipakai sebaliknya . Alhamdulillah setelah 15 minit berlalu , semua pakaian yang CCL hantar lulus . Tiada cacat celanya . Nak sedekah apa-apa kepada golongan memerlukan perlulah dalam keadaan yang masih boleh diguna pakai walaupun pakaian mahupun barangan-barangan lain . 


cara mudah sedekah pakaian terpakai,Sedekah tudung,Sedekah pakaian terpakai,CERITA CCL,


So dah settle bagi baju , dapat pulak kurma . Boleh la buat makan berbuka nanti . Lepas ni sesi nak clearance tudung-tudung .ada yang nak tak ? . Hehehee

Sedekah Pakaian Terpakai

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sedekah Pakaian Terpakai Niat sebulan yang lalu CCL nak kosongkan almari dengan pakaian yang dah tak dipakai . Nak sedekah pakaian yang dah dipakai ni terfikir dan tercari-cari orang yang nak terima pakaian tersebut . Bila dapat tahu ada  beberapa ahli parlimen kawasan CCL buka booth untuk sedekah pakaian terpakai , CCL pun cari masa dan ruang untuk membuat " clearance wardrobe" . Kedua-dua almari dalam bilik ni memang dah cukup padat dengan pakaian-pakaian , sampaikan tiada ruang untuk simpan baju-baju baru . So bila difikirkan balik ruangan almari dah tak boleh bernafas, so kena ada baju yang in dan out .. Maka terjadilah clearance wardrobe  . Kena asingkan baju-baju yang masih lagi cantik , boleh dipakai dan no defect item . 


cara mudah sedekah pakaian terpakai,Sedekah pakaian terpakai,derma pakaian terpakai,CERITA CCL


Kenapa tak jual preloved?

Ramai juga kawan-kawan CCL bertanya , sebenarnya kenapa tak jual preloved antara nya malas nak ambil gambar  apatah lagi disuruh buat live jual pakaian preloved tersebut . Memang tidaklah .Jadi lagi mudah sedekah pada mereka yang memerlukan. Lagi cepat kerja CCL kan . Antara pakaian yang disedekahkan adalah baju kurung , blouse  dan juga t-shirt . Gambar diatas hanya separuh sahaja, tapi bila dah siap clearance hampir 2 plastik beg besar jugak la .. Ini baju sahaja , belum lagi termasuk tudung-tudung. . 


Senang hati bila tengok ada sedikit ruang dalam almari pakaian . Barang yang masih boleh pakai, kalau dah taknak jangan buang membazir. Kita sedekah dan boleh tolong orang yang memerlukan. Bagi kita baju ni dah lama, dah tak up to date fesyen nya. tapi ada orang perlukan sangat lagi lagi yang susah tu.



5PCS SAMPUL RAYA SERENDAH 50SEN

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

5PCS SAMPUL RAYA SERENDAH 50SEN Beberapa minggu je lagi kan dah nak masuk bulan Syawal . Mesti antara hangpa semua ada yang selesai sudah persiapan raya , ada yang hampir 50% selesai. Bagi CCL  hanya kuih raya yang sudah settle . Tahun ni hanya keluarkan duit sahaja untuk membeli kuih-kuih raya . Kekangan masa pulak nak membuat. Persiapan untuk pakaian raya masih lagi mencari dan terus mencari . Yang cantik-cantik harga kemain mahal yer .. Penukaran duit raya dan sampul raya alhamdulillah dah settle awal-awal . 


Seperti yang CCL katakan, tahun ni juga kekangan masa untuk diy sampul raya seperti sebelum-sebelum ni . Seronok tau kalau boleh custom sendiri sampul raya . So tahun ini ambil keputusan godek-godek jer dalam shopee terjumpa laa sampul raya serendah 50 sen , kuantiti sampul raya tersebut bukan 1pcs 50 sen tetapi 1pack ada 5pcs dengan harga 49sen sahaja. Murah ke murah sangat ni ? Betul-betul murahkan ?


Yer sangat-sangat murah. CCL mulanya tak confident juga nak beli . Macam tak percaya pulak dengan harga serendah 49 sen boleh dapat 5pcs sampul raya . Setelah meneliti review-review yang ditinggalkan oleh pembeli barulah ada confident nak membeli . CCL pun grab la beberapa pack . 


sampul raya murah,sampul duit raya serendah 50sen,RACUN SHOPEE,sampul raya harga 50sen,sampul raya kartun,design sampul raya,Beli apa di shopee,


Design sampul raya 49 sen 

Beli dua design yang berbeza, satu design untuk kanak-kanak , satu lagi design untuk adik beradik.


Kualiti sampul raya 49 sen

-menggunakan kertas yang berkualiti  Art paper 128gsm 

-tebal & glossy

-saiz 17cm x 8.2cm (boleh muat RM1, RM5, RM10,RM20, RM50, RM100)

- hadir dengan warna-warna yang ceria & ilustrasi yang menarik 


Cantik, menarik , murah dan berkualiti .

Checkout shopee : https://shp.ee/vpaz38c



MUSIM TECOMA LEBAT BERBUNGA DI ALOR SETAR

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


CERITA CCL, Pokok tecoma, tecoma malaysia, bunga tecoma , bunga sakura , bunga sakura malaysia, nama saintifik tecoma

 
MUSIM TECOMA LEBAT BERBUNGA DI ALOR SETAR Pusing-pusing bandar Alor Setar teruja sungguh la tengok bunga Tecoma lebat berbunga di kiri kanan jalan .Nama lain bagi tecoma ramai yang anggap bunga ni seakan bunga Sakura. Tecoma atau nama saintifiknya tabebuia rosea akan berbunga pada musim kering dan panas sekitar Februari hingga Mac . Setiap tahun pada musim panas atau kemarau pokok-pokok Tecoma akan mengeluarkan bunga warna putih dan merah muda


Mekarnya bunga pokok Tecoma memberi suasana seolah-olah kita  berada di Jepun yang terkenal dengan bunga sakura . Lagi lebat berbunga lagi cantik sampaikan ada pokok yang bunga terlalu lebat hingga menutupi daun . Nampak cantik , nampak gebu gitu . 


CERITA CCL, Pokok tecoma, tecoma malaysia, bunga tecoma , bunga sakura , bunga sakura malaysia, nama saintifik tecoma

CERITA CCL, Pokok tecoma, tecoma malaysia, bunga tecoma , bunga sakura , bunga sakura malaysia, nama saintifik tecoma

Sempat la tangkap beberapa keping gambar pokok Tecoma yang sedang lebat berbunga ni . Cantik sangat keindahan Allah cipta . 



Menu Berbuka Khairulaming : Daging Harimau Menangis Versi Sos Thai Hijau

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka Khairulaming : Daging Harimau Menangis Versi Sos Thai Hijau

MENU KHAIRUL AMING, Resepi,RESEPI KHAIRULAMING, Daging harimau menangis versi sos thai hijau , resepi daging harimau menangis sos thai hijau , resepi sos thai hijau

Bahan-bahan

-Daging dihiris nipis

-1 sudu besar sos tiram

-1 sudu besar sos ikan

-lada hitam 

-1 sudu besar gula perang 

-minyak


-3 ulas bawang putih

-8 tangkai cili padi hijau

-3 sudu besar gula 

-1 sudu besar sos ikan 

-limau nipis 

-daun ketumbar 


Cara penyediaan 

1.Perapkan daging yang dihiris nipis bersama sos tiram, sos ikan , lada hitam dan gula perang  . Daging yang siap diperap bolehlah di goreng dengan kuantiti minyak yang sedikit . 


2.Sos pencicah daging . bawang putih dan cili padi hijau ditumbuk lalu masukkan perahan air limau nipis , gula , sos ikan dan masukkan daun ketumbar yang siap dipotong halus . Gaul sebati 


Selamat mencuba 

Menu Berbuka Khairulaming : Soya Ais Campur

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Menu Berbuka Khairulaming : Soya Ais Campur

Menu berbuka khairulaming, Soya ais campur , resepi, resepi soya ais campur , resepi air soya , soya , soya ais campur versi khairulaming,RESEPI KHAIRUL AMING,

Bahan-bahan Soya Ais Campur

-Soya Kotak

-Susu cair

-nata de coco

-laici

-cincau


Cara Penyediaan Soya Ais Campur 

1.masukkan air soya kotak ke dalam beberapa bekas untuk dibekukan di dalam peti ais selama 3 hingga 4 jam 


2. Air soya yang siap dibekukan dimasukkan ke dalam blender untuk dikisarkan sehingga nampak tekstur seperti ais blended  . 


3.Air soya yang siap dikisar dimasukkan ke dalam mangkuk, tambahkan  cincau, nata de coco, laici dan curahkan sedikit susu cair untuk dapatkan lagi tekstur creamy . Korang juga boleh oleh menggunakan buah-buahan yang ada . 


Selamat mencuba 



Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap

Menu berbuka khairulaming,MENU KHAIRUL AMING, Ayam gepuk khairulaming , resepi , resepi ayam gepuk , ayam gepuk versi khairulaming


Bahan-bahan Ayam Gepuk Sambal & Kicap

-halia sebesar ibu jari 

-lengkuas sebesar ibu jari

-1 sudu besar biji ketumbar 

-1sudu besar serbuk kunyit

-garam

-air 

-ayam


-gajus

-cili padi

-5ulas bawang putih

-garam & serbuk perasa 

-minyak 


-kubis

-tempe

-tauhu goreng

-timun

-kicap cair


Cara penyediaan Ayam Gepuk Sambal & Kicap


1.Untuk bahan perapan ayam hanya perlu kisarkan halia, lengkuas, biji ketumbar, serbuk kunyit , dan garam sehingga halus dan masukkan bahan-bahan yang sudah siap dikisar ke dalam ayam , perap selama setengah jam.


2. Ayam yang siap diperap dengan bahan-bahan tersebut dimasukkan ke dalam periuk . Letakkan sedikit air ke dalam periuk sehingga tenggelam ayam dan rebus. 


3. Selesai proses rebus ayam , boleh tos ayam sehingga kering air dan teruskan proses mengoreng ayam sehingga garing


4. Untuk sambal ayam  masukkan gajus yang telah ditumbuk halus lalu curahkan minyak panas ke dalam gajus tersebut . 


5 . Sambal cili pula korang boleh tumbuk cili padi merah, serta beberapa ulas bawang putih dan curahkan minyak panas . 


6. Goreng kubis , tempe, tauhu  untuk dimakan bersama ayam gepuk  . Siap untuk dihidangkan . Boleh letakkan sedikit kicap cair ke atas nasi . 



Menu Berbuka Khairulaming : Coconut Shake Gula Melaka

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka Khairulaming : Coconut Shake Gula Melaka

Menu berbuka khairulaming, Coconut shake gula melaka , coconut shake gula melaka khairulaming, resepi , resepi khairulaming,RESEPI SAHUR KHAIRULAMING,

Bahan-bahan Coconut Shake Gula Melaka 

-Air kelapa beserta isi kelapa

-Ais kiub

-Ais Vanila 

-3 sudu besar Susu pekat

-3 sudu besar Gula Melaka 


Cara penyediaan Coconut Shake Gula Melaka 


  1. Blendkan kesemua bahan sehingga halus dan masukkan ke dalam juga, hias dengan isi kelapa dan siap untuk diminum . 

Menu Berbuka Khairulaming : Bandung Laici

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menu Berbuka Khairulaming : Bandung Laici



Bahan-bahan Bandung Laici 

-1 tin laici

-sirap ros 

-ais kiub 

-susu cair


Cara penyediaan Bandung Laici


1.Masukkan 1 tin laici serta satu tin susu cair dan blender halus lalu masukkan bahan yang sudah di blend ke dalam jug yang diisi dengan ais kiub . 


2.Tuangkan sedikit sirap ros kacau sehingga sebati . 


Siap untuk diminum .


Menu Berbuka Khairulaming : Orange Juice Soda

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka Khairulaming : Orange Juice Soda

Menu berbuka khairulaming, Resepi ,RESEPI KHAIRUL AMING, Orange juice soda , orange juice soda khairulaming ,RESEPI KHAIRULAMING,


Bahan-bahan Oren Jus Soda 

-Air oren jus

-Air soda bikarbonat

-daun pudina 

-lemon 

-ais kiub 


Cara penyediaan Oren Jus Soda 

1.Masukkan ais kiub ke dalam cawan , masukkan separuh  cawan air oren jus dan separuh lagi air soda bikarbonat . Kacau sebati  masukkan hirisan lemon dan beberapa helai daun pudina . 


Sedia untuk dihidangkan 

Menu Berbuka Khairulaming : Teh Bunga Longan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Menu Berbuka Khairulaming : Teh Bunga Longan


Menu berbuka khairulaming,resepi,resepi teh bunga longan,Teh bunga longan,RESEPI KHAIRUL AMING,teh bunga longan khairulaming,


Bahan-bahan Teh Bunga Longan 

-1 kotak teh bunga

-1 tin longan

-limau nipis

-asam boi 

Ais kiub 



Cara Penyediaan Teh Bunga Longan 

1.Masukkan ais kiub , masukkan air teh bunga, boleh beli dalam kotak atau pun dalam tin .  Perahkan sedikit limau nipis


2.Masukkan beberapa hiris limau nipis dan juga asam boi serta masukkan 1 tin longan kacau biar sebati .


Siap untuk dihidangkan