Assalamualaikum dan salam sejahtera
Palmer"s Cocoa Butter Formula Merawat Masalah Parut Dan Scretch Mark
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Palmer"s Cocoa Butter Formula Merawat Masalah Parut Dan Scretch Mark
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Happy Deepavali 2022 Selamat bercuti dan Happy Deepavali untuk semua . Selepas 2 tahun tak dapat tengok orang buat kolumm deepavali akibat covid, so tahun ni tak lepas peluang untuk tengok Kak Selvi create kolumm Deepavali dari awal sampai kolumm tersebut siap . Memang setiap tahun dan tiap kali Deepavali , CCL paling excited nak tengok kolumm Depavali hasil tangan Kak Selvi, setiap tahun menantikan design-design yang cantik .
Alhamdulilah , tahun ni berpeluang lagi melihat Kak Selvi create Kolumm , saiz kolumm ni besar sedikit dari tahun-tahun lepas dengan menggunakan 30kg beras dan memakan masa hampir 6jam juga la untuk siapkan .. Kalau ditanya CCL tolong juga ka ? Tolong tengok jer , tak confident nak join untuk tolong create sama-sama takutnya nanti bercampur-campur tone warnannya . Pandai gabungkan warna dan pandai masukkan tone warna auto kolumm akan jadi cantik tau .. Kalau nak tahu kulomm ni pun Kak Selvi buat seorang diri tanpa bantuan sesiapa . Tiap-tiap tahun pun macam tu .
Happy Deepavali .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kelebihan Roselle Untuk Kulit Wajah Apa itu Roselle ? Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Roselle amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan.
Kelebihan Roselle Untuk Kulit Wajah
1. Anti Penuaan
Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan roselle akan kelihatan lebih muda dan berseri wajahnya.
2. Baiki Tona Kulit
Untuk masalah kulit yang tidak sekata, hiperpigmentasi, bintik-bintik gelap dan perubahan warna, roselle berfungsi sebagai ubat segera. Kehadiran AHA (Alpha Hydroxy Acids) termasuk asid sitrik dan malik mempunyai sifat pengelupasan yang kuat yang menyuburkan sel-sel dengan memperbaiki tona dan warna kulit.
3.Memudarkan Jeragat
Kehadiran vitamin C yang tinggi dalam Roselle juga membolehkan jeragat pudar.
4.Pelembab Semulajadi
Kelopak roselle mempunyai kandungan lendir yang tinggi dan sifat ini menjadikan bunga roselle sebagai pelembap yang mengagumkan untuk kulit wajah.
5.Membersihkan pori
Sifat surfaktan semulajadi roselle membantu dalam membersihkan kulit secara mendalam tanpa menghilangkan minyak semulajadinya. AHA dalam roselle menanggalkan sel-sel mati, kulit mengelupas pada permukaan dan membersihkan pori-pori dengan menjadikan kulit kelihatan segar.
Assalamualaikum & salam sejahtera
Ubi Keledek Menjadi Cucur Keria Dah beberapa hari hajat nak buat cucur leria ni tak tercapai . Kadang balik kerja letih, rehat badan kemalasan mengatasi tahap kerajinan so postpone niat nak buat cucur keria . Ubi keledek dah beberapa hari masih terperam dalam peti sejuk. Petang ni CCL gagahkan jua diri nak buat cucur keria . Ni merupakan kali pertama CCL akan buat cucur keria hadil dari pembelajaran youtube . Dah,beberapa video cucur keria yang CCL tengok dalam youtube . Harap-harap menjadi la. Kalau tak menjadi tak ker rugi bahan-bahan .
Bahan yang diperlukan sangat ringkas , iaitu ubi keledek, tepung gandum, tepung ubi,tepung gandum, soda, gula dan air.
First time buat memang ada serba sedikit yang CCL langgar pantang iaitu terrebus ubi keledek sampai terlalu masak dan lembik. Selepas ubi keledek direbus dan dilenyekkan kena tunggu ubi tersebut sejuk sedikit barulah boleh masukkan tepung gandum , soda dan juga tepung ibu . Tepung gandum juga tak boleh letak banyak cukup sekadar adunan tersebut menjadi doh . Kalau terlebih banyak cucur keria akan jadi keras . CCL juga masukkan sedikit soda supaya tekstur cucur keria menjadi sedikit kembang dan juga satu sudu besar tepung ubi menjadikan cucur keria rangup diluar lembut di dalam .
Mulanya risau juga takut cucur keria tidak menjadi disebabkan rebus ubi keledek yang terlalu empuk . Setelah siap digoreng alhamdulillah tekstur cucur keria menjadi elok . Tak keras dan juga tak lembik . Lain gembira lah kan .
So sebelum nak sira air gula, hangpa kena pastikan cucur keria yang dah siap digoreng dibiarkan sejuk seketika supaya tekstur gula yang melelat pada cucur keria nanti tidak mudah cair . Apabila dah sejuk boleh la panaskan kuali masukkan gula dan sedikit air kacau,sehingga gula larut serta sedikit air gula menjadi pekat boleh la hangpa masukkan cucur keria dan salut kan kesemuanya . Nak lagi tahan sira air gula pada cucur keroa korang masukkan sedikit tepung jagung semasa kacau air gula bersama cucur keria tersebut dan boleh tutup api dapur, kacau sehingga air gula betul-betul melekat pada cucur keria .
Alhamdulillah first time buat memang menjadi . Bila buat sendiri boleh makan sepuas-puas sampai kenyang .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lirik Lagu Serpihan Rindu Nyanyian Tajul
Cerita cinta indah
Hilang entah kemana
Ketika ku beralah
Kau pun mendua
Tak mudah perpisahan
Untuk ku melafazkan
Namun kau merelakan
Cinta terluka
Tergamaknya engkau
Melupakan semuanya
Kau hancurkan jua
Mimpi-mimpi Kita
Ooo..ooo
Meronta-ronta hati Cuba mengatakan
Semua ini hanyalah permainan jiwa
Kau memilihnya kau tak Setia
Aku tak percaya
Mengapa dari dulu kau serahkan cinta
Dan khianati aku yang tulus menanti
Kau bidadari berlalu pergi
Rindu tinggal lah serpihan
Tergamaknya engkau
Melupakan semuanya
Kau hancurkan jua
Mimpi-mimpi Kita
Ooo..ooo
Meronta-ronta hati Cuba mengatakan
Semua ini hanyalah permainan jiwa
Kau memilihnya kau tak Setia
Aku tak percaya
Mengapa dari dulu kau serahkan cinta
Dan khianati aku yang tulus menanti
Kau bidadari berlalu pergi
Rindu tinggal lah serpihan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Musim Hujan , Musim Demam Rata-rata negeri di Malaysia ni dah tiba musim tengkujuh , Perlis tak ketinggalan juga tau .. Kadang seharian berhujan, kalau tak pagi hujan, petang pulak hujan .. Sedikit sebanyak tetap terkena tempias air hujan .Musim-musim hujan ni ramai pulak yang mengalami demam selsema, termasuk CCL yang dah 2 hari mengalami demam selsema . Entah berjangkit rakan opis ataupun terkena tempias air hujan . Bila antibodi badan lemah senang saja dapat penyakit kan .
Petang tu sebelum balik kerja CCL dah rasa sikit sakit tekak, badan panas dan bersin beberapa kali tanda nak demam selsema . Balik dari kerja terus rebus air barli dengan harapan panas dalam badan dapat berkurangan . Malam tu rasa sakit tekak yang teramat sangat ibarat tekak kena toreh dengan pisau . Hangpa boleh bayangkan sakit tu macam mana . Pedih yang amat pedih sehinggakan nak makan mahupun nak telan air liur pun tak mampu nak telan . Selera makan lagi lah, badan pun rasa panas sepanasnya . Bila check suhu badan 38c . Tinggikan suhu badan .
So malam sebelum nak tidur CCL gagahkan diri makan ubat , minum air suam secukupnya dan makan Hurix Honey Lemon untuk kurangkan sedikit rasa sakit tekak . Selsema jangan dicakaplah .
Baca juga : Jenis-jenis ubat selsema
Pagi keesokkannya bangun nak pergi kerja alhamdulillah panas badan dah menurun, cuma sakit tekak dan selsema masih berbaki lagi . Gagahkan juga bersiap-siap untuk pergi kerja . Kadang sakit ni bukan boleh dilayan sangat , makin dilayan makin rasa lemah satu badan tau ..
Balik dari kerja, barulah singgah farmasi untuk beli beberapa barang . Waktu CCL singgah satu farmasi tiada orang dengan harapan CCL boleh borong ubat-ubat yang sesuai . Boleh stand by letak kat rumah kalau-kalau sakit . Tak sampai seminit CCL toleh belakang Ya Allah ramai pulak yang beratur dalam farmasi tersebut . Pembawa rezeki kot rasanya kan .. Alhamdulillah aamiin.aamiin
On the way keluar dari farmasi , masih lupa barang yang nak dibeli, iaitu air sarang burung dan air cap badak . Ikhtiar untuk sejukkan suhu badan, malas nak berpatah balik, so terus beredar dari situ .
Hari ni alhamdulillah, sakit tekak dah mula hilang, suhu badan mula normal yang tinggal hanyalah selsema . Doakan ya .. Musim-musim hujan ni memang banyak yang demam .
Allah tarik kejap nikmat makan , Allah tarik kejap nikmat sihat tubuh badan .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Serawa Biskut Tawar Selamat pagi hangpa semua dan Salam Maulidur Rasul . Ada yang tengah bercuti almaklum la kan cuti minggu mesti ada yang pergi bercuti memandangkan Maulidur Rasul jatuh pada hari Ahad so hari Isnin mesti pakat-pakat yang bercuti kan .. Selamat bercuti . Jarang nak update entri blog pagi-pagi ni . Disebabkan ada idea yang kunjung tiba terus taip dan publish la ..curi-curi masa ..
Actually, serawa biskut tawar ni pun jiran CCL yang bagi . So try rasa memang sedap..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Set Shellout RM20 Di Seafood Mat Rock Derr 2 JR, Kuala Perlis Kalau datang Perlis , nak tau kat mana nak cari port makan shellout yang sedap dan murah ? Yang bestnya dekat sini semua seafood segar-segar belaka dan set shellout dihidangkan bersama kepah, ketam, sotong, dan udang . Memang syurga lah buat penggemar makanan seafood ni . Nak tau kat mana ? Korang boleh terjah " Seafood Mat Rock Derr 2 JR , Pulau Ketam Kuala Perlis".
Set Shellout untuk seorang makan RM20 ? Biar betul
Hangpa mesti tak caya kan .. Yes ! Memang betul di Mat Rock Derr 2 ni korang boleh dapatkan set shellout dengan harga RM20 .. Wahh murah bukan ? Mesti hangpa tertanya-tanya murahnya set shellout ni , depa bagi menu apa dalam satu set tu .. Hahh kalau hangpa nak tau satu set shellout yang berharga RM20 ni hangpa akan dapat satu dulang shelout bersama satu pinggan nasi putih dan juga disediakan tea o ais . Hahhh jimat tak jimat bagi hangpa ??
Set shellout RM20 boleh makan tiga atau empat orang
Oh untuk makan malam kat sini bukan shellout sahaja yang ada di atas meja untuk santapan , ada juga menu-menu lain yang sedap !! Tunggu next post tau .
Ok untuk korang yang mencari port makan shellout terbaik kat negeri Perlis ni . Rugi kalau korang belum try makan dekat sini .harga pun berbaloi tau .
Seafood Mat Rock Derr 2 jr
Kampung Seberang Alor 02000 Kuala Perlis
Buka dari jam 5.30 petang - 11.30 malam
Beroperasi setiap hari kecuali hari isnin
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sepagi Settle Urusan Di Bank Dah masuk bulan Oktober ya, terus teringat kedua-dua kad bank Rimau dan bank Sotong dah hampir expired . Last boleh guna untuk bulan ni sahaja . So nak elakkan dari terlupa, renew awal la senangkan .
Siap awal pagi 8.40 dah bertolak ke Maybank . Maybank buka jam 9 pagi . So pergi awal taknak bersesak-sesak dengan orang ramai . Sesampai sahaja di sana orang ramai dah beratur menunggu giliran masing-masing . Awal betul korang kan . Disebabkan CCL pergi atas penukaran kad yang baru ada yang tertanya-tanya "eh Maybank cawangan Kangar tak ada mesin auto untuk penukaran kad bank ? " jawapannya ada jer, ya kalau buat penukaran kad baru melalui mesin memang cepat just isi maklumat, boleh pilih design kad dan dah siap . Tunggu 10 minit dah boleh buat pengeluaran wang . Jimat masa dan tenaga . CCL pun dah 2 kali juga cuba guna mesin tersebut , disebabkan masalah number pin invalid so CCL terpaksa jumpa dengan staff Maybank terus . Terpaksa beratur ikut giliran .
Selepas dah jumpa staff Maybank dan isi beberapa borang, CCL diberitahu oleh staf tersebut mungkin kegagalan masukkan nombor pin melebihi 3 kali berturut-turut ianya akan autolock . Setelah staff tersebut membaikpulih auto lock tersebut . CCL pergi semula ke mesin penukaran kad, malangnya gagal lagi . Entah no pin yang rasanya . Kembali ke staff Maybank tersebut , CCL terpaksa renew nombor pin baru sekaligus tukar kad baru memandangkan kad dah hampir expired . CCL terpaksa beratur sekali lagi menunggu gelaran tiba, . Mujur lah tak lama . Nombor giliran pun dipanggil . Selesai renew nombor pin dan kad baru . Ohh sebelum terlupa kalau korang keliru dengan nombor pin ATM korang, dan korang nak renew semula nombor pin tersebut Maybank akan kenakan charge sebanyak RM12 tau. Macam CCL alhamdulillah tak perlu bayar charge tersebut disebabkan kad bank pun dah nak expired . Apa-apa pun terima kasih staf Maybank Kangar .
Sehabisnya urusan di Maybank Kangar, CCL bergerak pula ke CIMB Kangar atas urusan yang sama . Ramai juga orang disana .
Untuk penukaran kad bank CIMB , kat sini tiada penggunaan mesin untuk penukaran kad baru , so CCL kena isi borang untuk penukaran kad, dah siap boleh ambil nombor giliran dari security guard dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil . Setelah selesai dapat kad baru kena pergi ke mesin untuk penukaran nombor pin ATM bank yang baru . Alhamdulillah selesai . .
Untuk urusan penukaran kad jangan lupa korang perlu bawa IC korang bersama kad bank yer .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
ZS Sweet Kitchen : Crepe Nutella & Crepe Nutella+Oreo La ni tengah viral macam-macam dessert ,kalau singgah mana-mana vendor makanan memang wajib ada laa . Bila dah jadi dessert viral ramai yang akan cari . Salah satunya ialah crepe . Crepe ni salah satu dessert pancake yang nipis diperbuat daripada gabungan beberapa jenis tepung , dimasak senipis mungkin dan diletakkan pula dengan whipping cream bersama inti-inti yang lain .
Bila dah rata-raya kedai ada jual crepe dengan pelbagai filling yang ada CCL pun teringin juga nak cuba . Sebab tak pernah cuba, so why not untuk cuba . Rasanya sedap ke tak sedap . Nak tunggu trip ke Kieda Crepe kat Penang dengan kenangan yang beratur ramai-ramai tunggu giliran untuk beli crepe viral tu memang lambat lah nak boleh makan . So CCL terjah la salah satu kedai dessert di Perlis ni iaitu ZS Sweet Kitchen yang terletak di Guar Sanji . Kalau nak pi kedai ni mudah sahaja, landmark dia dekat dengan Hub J&T Guar Sanji . Memang betul-betul tepi jalan besar .
Crepe Nutella
Sebut saja nutella , CCL yakin ramai yang suka , dan ni merupakan crepe nutella yang paling laris . Rasa whipping cream dan nutella memang seimbang sangat. Filling nutella memang banyak , kiranya puas la makan sebiji crepe tu . Rasa macam aiskrim pun ada juga . Dalam satu bekas ni ada 3 ketui crepe dengan harga RM10 . Memang berbaloi beli rasa pun sedap . Yang penting tak rasa muak .
Crepe Nutella + Oreo
Lepas rasa crepe ni , CCL rasa macam nak cuba crepe-crepe yang lain pulak . Korang penggemar crepe tak ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lauk Kenduri Gulai Daging Batang Pisang Semenjak dua minggu ni sibuk sikit dengan kenduri mak menakan . Alhamdulillah ketiga-tiga majlis sudah pun selesai. Syukur, ketiga-tiga majlis berjalan dengan lancar . InsyaAllah nanti CCL akan share rentetan majlis . Saja tulis simpan buat kenang-kenangan akan datang .
Ok berbalik pada tajuk "lauk kenduri gulai daging batang pisang" ? Hah kalau korang orang utara especially orang Kedah tak pun pergi makan kenduri area-area Kedah, boleh dikatakan menu gulai daging batang pisang atara menu wajib . Menu ni juga merupakan antara salah satu menu favourite CCL , kalau kenduri kat Perlis ni susah nak jumpa tak pun kedai-kedai makan lauk pauk masakan kampung memang susah nak dicari . Pantang ada kenduri area-area Kedah yang dijemput mesti terbayang-bayang menu ni . Tapi CCL tak nyatakan semua la .
Ini menu lauk-pauk sebelah pengantin lelaki , ada gulai batang pisang , ayam goreng tepung, sambal belacan serta menu tambahan laksa utara dan juga apam balik . Memandangkan perut pun tengah lapar, ceduk jer semua menu yang disediakan sampaikan terlupa untuk letak sedikit kuah gulai ke atas nasi .. Gigih waktu tu pilih daging dan juga batang pisang, alih-alih dah duduk di meja baru sedar terlupa nak ceduk kuahnya . Mujur ada juga saki bakinya sedikit . Semua menu memang sangat-sangat sedap .
Menu tambahan laksa utara dan juga apam balik pun CCL bedal jugak lepas makan nasi . Air pun ada tiga jenis iaitu air balang sirap, soda herbs dan jagung vanilla. Air pun bukan calang-calang juga ya, empat cawan dok ulang alik pi ambik . Sebab dahaga dan sedap sangat . Part air balang tak sempat nak tangkap gambar sebab ramai sangat yang beratur kat situ .
Menu sedap, perut kenyang alhamdulillah . Rezeki Allah Taala ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selesai Majlis Graduasi Adik Lelaki Alhamdulillah 19 Ogos 2022 yang lalu adik lelaki CCL selamat sarung jubah biru dalam Majlis Graduasi Giatmara. Setelah hampir 2 tahun tamat pembelajaran di Giatmara, disebabkan virus Covid melanda Malaysia, so majlis tersebut terpaksa la postpone ke tarikh yang bersesuaian . Alhamdulillah seminggu yang lepas pihak Giatmara dah pun anjurkan Majlis Graduasi untuk batch beliau . Alhamdulillah .gembira tak terkata dapat tengok adik sarung jubah biru ..
Setelah beberapa tahun sambung belajar di Giatmara dalam jurusan elektrik .. Lepas habis praktikal dan ada pengalaman bekerja . Akhirnya dapat juga dia merasa sarung jubah biru. InsyaAllah bulan 11 ni adik CCL akan sambung belajar lagi .
Gembiranya bila adik sarung jubah graduasi..paling gembira semestinya mak dan ayah . Tahniah untuk adik lelaki CCL .. Coming soon tunggu adik perempuan CCL yang bakal konvo tahun hadapan . Semoga dipermudahkan segala urusan mereka.

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte