Assalamualaikum dan salam sejahtera .
TIPS KECANTIKKAN : PENGGUNAAN CONCEALER PADA WAJAH | Korang tahu tak bahawa Concealer bukan saja untuk tutup cela sahaja tapi ada banyak lagi kegunaan yang berbeza? Jangan guna Concealer untuk satu fungsi sahaja bila korang boleh memakainya dengan 5 cara berlainan dibawah !
1) CONCEALER BOLEH DIGUNAKAN UNTUK HIGHLIGHT BAWAH MATA UNTUK EFEK CUKUP TIDUR😎
Gunakan Concealer dan buat tiga segi bawah mata anda dan blend selepas Foundation supaya anda nampak macam dah tidur 10 jam! Buat dua dua belah mata ya ( duh!) Concealer yang lebih cerah dari Foundation harus digunakan untuk teknik highlight ini.
2) CONCEALER BOLEH TUTUP JERAWAT ATAU PARUT🤫
Kalau cover dengan Foundation tapi cela jerawat datang bulan chuols masih menonjol, boleh pakai Concealer supaya tutup cela dengan lebih coverage. Pakai Cream Concealer adalah lebih berkesan dari Liquid Concealer yang cair. Pastikan warna concealer itu sama dengan Foundation.
3) CONCEALER BOLEH ON POINT KAN KENING ANDA MACAM DALAM INSTAGRAM
Nak kening Instagram? Haaaa apa lagi buat frame guna concealer selepas melukis kening anda supaya garisan kontra lebih jelas dan nampak on point naunau!
4) CONCEALER BOLEH JADI PEMADAM WING LINER YANG HARUK
Opps! Tak setiap kali wing Liner menjadi tau! Katakan wing liner tak simetri, sebelah pendek sebelah panjang, anda boleh menggunakan Concealer sebagai pemadam magic line yang salah tersebut! Tak perlu messy messy nak pakai remover cotton bud bagai!
5) CONCEALER BOLEH JADI PRIMER PEMBAYANG MATA👱
Aah! Takda Bajet nak beli Primer mata? Jangan risau! Sekarang anda boleh pakai ke Concealer Anda sebagai Primer mata supaya eyeshadow tahan lebih lama dan tak berkumpul jadi satu garisan (creasing so annoying!) . Jangan lupa letak bedak tabur sebelum blendkan Eyeshadow supaya tampak macam efek airbrush ok?

