Assalamualaikum dan hai semua
Birthday Mak Tahun Ini Dapat Hadiahkan Umrah
Hari ni, 9 Julai, genap usia baharu buat insan yang paling CCL sayang. Selamat Hari Lahir, Mak!
Tahun ni sambutan hari lahir mak lain sikit.. sebab kami sekeluarga berjauhan. Walaupun tak dapat sambut sama-sama, CCL tetap rasa seronok dan tenang sebab mak CCL sekarang ni tengah menunaikan umrah di tanah suci .
Alhamdulillah, tahun ni juga CCL dan adik dapat sponser mak tunai ibadah umrah. Bagi CCL, tahun ni hadiah hari lahir yang paling istimewa dan paling bernilai yang pernah CCL berikan pada mak sepanjang hidup CCL untuk mak yang dah banyak berkorban untuk CCL sekeluarga..
Sebenarnya mak CCL dah pun berangkat ke Tanah Suci pada 2 Julai yang lalu. Insya-Allah, beberapa hari lagi mak akan berangkat balik ke Malaysia. Semoga segala ibadah mak diterima Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan pulang dengan membawa umrah yang mabrur.
Selamat Hari Lahir sekali lagi, Mak. Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tak pernah putus buat anak-anak.Semoga Allah SWT panjangkan usia mak dalam keberkatan, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, melimpahkan rezeki, serta sentiasa memelihara dan membahagiakan mak di dunia dan di akhirat...Semoga mak CCL pulang dengan selamat dan memperoleh umrah yang mabrur..
Selamat hari lahir buat mak!


12 Comments
Alhamdulillah rezeki emak CCL dihadiahkan pakej umrah sempena hari lahir oleh anak-anak. Alhamdulillah rezeki anak-anak dapat menyediakan hadiah paling bermakna untuk emaknya. Semoga emaknya dipermudahkan semua urusan semasa umrah dan memperoleh umrah yang mabrur. Semoga emaknya diberkati umur berbaki dan sihat sokmo
BalasPadamAlhamdulillah..syukur...selamat hari lahir ni buat Mak CCL
BalasPadamAlhamdulillah.. Semoga sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan..
BalasPadamSelamat hari lahi mak CCL. Semoga sihat selalu dan selamat kembali ke Malaysia.
BalasPadamAlhamdulillah..Sejuk hati mak dapat anak-anak yang baik dan hadiahkan hadiah yang sangat bermakna ni. Semoga melimpah ruah rezeki Lyana dan adik. Aamiin..
BalasPadamBelated Happy birthday mak Lyana. Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan, diberikan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan dan mendapat umrah yang mabrur. Aamiin...
Alhamdulillah..Sejuk hati mak dapat anak-anak yang baik dan hadiahkan hadiah yang sangat bermakna ni. Semoga melimpah ruah rezeki Lyana dan adik. Aamiin..
BalasPadamBelated Happy birthday mak Lyana. Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan, diberikan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan dan mendapat umrah yang mabrur. Aamiin...
Bestnya dapat hadiahkan sesuatu yg ramai org impikan...semoga mak CCL sihat selalu...
BalasPadamSanah helwah Aunty 💐
BalasPadamAlhamdulillah tahniah CCL dan adik berjaya bagi hadiah paling bermakna utk Mak. Semoga diberi ganjaran sebaiknya oleh Allah SWT 🤲🏻
Ikut senang hati membaca tulisan ini kak 🤗🤗🤗.dan saya yakin Mak pun senaaaaang sangat dihadiahkan umroh oleh anak2nya. Semoga saja rezeki kakak dan sibling yg sudah memberikan Mak hadiah umroh, dibalas berlipat oleh Allah. Dilancarkan selalu rezekinya 🤗🤗. Semoga Mak juga kembali dengan sehat walafiat ke Malaysia yaa
BalasPadamSelamat hari lahir buat mak CCL. Semoga rezeki CCL sentiasa mengalir seperti air zam2.
BalasPadamHi. Selamat hari lahir untuk mak CCL. Jemput follow blog saya juga ya https://www.spacemaya.com/
BalasPadamAlhamdulillah, tahniah buat CCL dan adik. Hadiah umrah untuk seorang ibu memang satu hadiah yang sangat bermakna dan pastinya menjadi kenangan terindah buat mak. ❤️ Semoga segala ibadah mak di Tanah Suci diterima Allah SWT, dikurniakan umrah yang mabrur serta pulang ke tanah air dengan selamat dan sihat. Selamat hari lahir buat mak CCL, semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan usia. Aamiin. 🤲🌹
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan