Assalamualaikum dan hai semua
18 Julai 2024 - 18 Julai 2026 | Genap Dua Tahun Masa Berlalu
Semalam 18 Julai 2026 genap dua tahun arwah tokwan dikebumikan di sini ..pagi tadi lepas balik briswalk singgah sekejap kat sini .. Kubur arwah tok dan arwah tokwan sebelah ayah CCL ni dekat saja dengan rumah. Laluan nak pergi kerja pun memang lalu kawasan perkuburan tu, so memang senang laa nak singgah kejap sedekahkan Al-Fatihah.
Arwah tok dan tokwan CCL meninggal pada tahun yg sama 2024 ..arwah tok meninggal pada bulan Mac, arwah tokwan pulak meninggal pada bulan julai ..satu tempat pusara yg sama, baris yang sama ..cuma kubur arwah tok selang beberapa kubur dari kubur arwah tokwan ..kalau nak ziarah memang senang la nak cari .
Bila tengok kawasan perkuburan sekarang, makin hari makin bertambah pusara baru.. Sedar tak sedar, hidup ni memang sementara kan .. yang tinggal hanyalah doa daripada anak cucu..
Al-Fatihah untuk arwah tokwan .. Al-Fatihah untuk arwah tok ..Semoga roh mereka dicucuri rahmat


10 Comments
Itulah kak, tiap kalau ziarah, kadang saya pun terpikir, semua dari kita akan kembali kesana. Masalahnya hanya waktunya saja yg tak tahu. Tapi kalau ditanya, siap kah kita jika waktunya tiba 😔
BalasPadamAl Fatihah utk Tok dan Tok Wan serta seluruh ahli keluarga kita yg telah pergi mendahului kita
BalasPadamAl-Fatihah untuk arwah tok dan tokwan CCL. Rezeki sangat tempat pusara mereka berdekatan dan lalu di laluan harian ke tempat kerja, mudah untuk ziarah dan titipkan doa. Semoga roh kedua-duanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
BalasPadamSemoga mereka tenang di alam sana. Ditempatkan di kalangan orang2 beriman.. Ayah ejulz hujung tahun lepas..
BalasPadamKadang tambah fikir.. akan datang, ada ke tempat untuk aku di dalam (kubur), sebab sana sini penuh kuburan kann.. yang pasti mati itu pasti.. bersediakan kita? huhuhu
BalasPadamSenang nak melawat kalau dekat tu. Boleh melawat semua sekali harung. Al fatihah buat mereka yang telah pergi. Kita juga akan menyusul kelak.
BalasPadamCepat betul masa berlalu, Pejam celik dah genap dua tahun. Setiap kenangan dan perjalanan sepanjang tempoh ni pasti ada suka duka yang sangat mendewasakan...
BalasPadamSemoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Amin.
BalasPadamSemoga CCL tabah. Al-Fatihah utk arwah TokWan dan Tok CCL.
BalasPadamAlfatihah buat tokwan CCL.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan