Assalamualaikum dan hai semua
Kutip Cili Kampung Belakang Rumah
Tengahari tadi lepas ayah CCL mesin rumput di kawasan belakang rumah, CCL nampak pokok cili kampung yang tumbuh sesat situ… haish, tak sangka cilinya dah banyak merah menyala! Memang cantik mata memandang, tapi pedasnya jangan cakap lah…
Cepat-cepat masuk dapur, ambil bekas & gunting. Petik satu-satu cili kampung yang dah masak ni. Alhamdulillah, dapat juga banyak. Seronok bila tengok hasilnya ..pokok pun tumbuh dengan sendiri tanpa penjagaan rapi ..ibarat dapat hadiah dari pokok belakang rumah kan ..
Kalau beli dekat kedai? Confirm mahal berbanding cili padi biasa. Tapi bila kita petik sendiri… rasa dia lain macam. Segar dan pedas semula jadi. Memang puas hati bila masak sambal atau tumis dengan cili ni, terus rasa makanannya naik level! . Pedasnya usah dibagitahu lahh .. Pedas tahap siapa berani, siapa tak berani tahan air mata.




9 Ulasan
Geramnya tengok. Cili senang hidup. Dari biji je boleh dapat hasil.
BalasPadamCili kecik ni memang pedas. Alhamdulillah, rasa seronok kan, kutip hasil cili tanam sendiri ni.
BalasPadamSeronok petik cili ni..terus teringat cerita monyet yang makan cili tu..hihihi
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamBolehlah buat mlca r sambal ketuk.
Betul tu...cili tu kalau kat luar mmg mahal sebab tu PZ tanam pokok cili...senang sikit kan...nak.guna petik...
BalasPadamHaritu Cuya pon ada pokok sama tumbuh sendiri. Tapi dah mati dah tkthu npe
BalasPadamApalagi cabe sedang mahal saat ini kak. Memang beruntung lah kalau ada pohonnya dan banyak berbuah 😍😍
BalasPadamSeronoknya dapat petik cili kampung sendiri 😍Selalunya CCL buat sambal apa dengan cili ni?
BalasPadamCili kampung memang sesuai dengan ungkapan kecil-kecil cili api. Pedas woooo
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan