Assalamualaikum dan salam sejahtera
4 Hari Menyepi, 4 Hari Juga Rehat Badan Beberapa hari lepas, CCL ambil masa untuk ‘pause’ sekejap. Sebelum ni badan dah mula bagi signal sakit-sakit, lenguh satu badan. Mungkin sebab terlalu fokus nak siapkan kerja, sampai lupa nak rehat betul-betul. Rehat hanya cukup sekadar makan dan solat, lepas tu sambung semula kerja. Walaupun setiap hari ada masa sejam untuk rehat, tapi biasalah... bila dah fokus, rehat pun rasa tak cukup.Akhirnya, badan sendiri tewas, badan pun dah bagi isyarat. Allah bagi sakit ni tanda badan perlu berhenti rehat sekejap, jangan terlalu paksa diri. Jadi, 4 hari jugalah CCL bercuti untuk speed recovery.
Cuaca pun memang tak menentu, kejap hujan kejap panas. Badan pun terkesan, demam panas datang. Mujur CCL tak kena selsema, cuma batuk ringan dengan sakit tekak. Badan rasa lemau, sendi-sendi pun lenguh. Syukur lepas makan ubat, ada rasa lega sikit.
Bila rasa tak bertenaga, CCL pun mula cari mineral bubble O2 dan air sarang burung. Kononnya nak bantu sejukkan badan. Malam-malam pula, memang terasa badan panas semacam, tapi bila minum air tu, ada la rasa sedikit lega.
Syukur alhamdulillah dah rehat 4 hari nii badan pun dah mula pulih perlahan-lahan. Hari ni pun CCL dah mula msuk kerja . Harapnya selepas ni lebih pandai jaga rehat. Kerja tu memang takkan habis, tapi kesihatan kena utamakan juga ..


11 Ulasan
betullah orang tua dah pesan dulu-dulu .. buat kerja biar berpada-pada... Alhamdulillah kembali sihat, semoga terus bersemangat
BalasPadamGet well soon and take care CCL
BalasPadamSemoga cepat sembuh CCL..
BalasPadamBetul tu,kerja tak pernah habis..ambil masa untuk rehat juga
Alhamdulillah..moga terus sihat...
BalasPadamSemoga cepat recover dan cergas seperti biasa CCL
BalasPadammakan ubat dan cepat sembuh adikku...hugs hugs.....
BalasPadamAgaknya terlalu penat kerja tu. Badan pun nak rehat dan perlukan rehat juga. Alhamdulillah keadaan semakin membaik. Harap cepat sembuh dan sihat seperti biasa.
BalasPadamSemoga kembali sihat. Jangan lupa makan sayur.
BalasPadamBetuuuul kak. Kerja tuh tak akan habis. Akan selalu ada. Kita saja yg atur supaya badan tak terkena efek jeleknya. At least tahu dulu kekuatan badan kita sampai mana . Kalo dah rasa letih dan tak enak badan, ambil masa istirahat 😊
BalasPadamBetul tu.. kerja tak akan habis.
BalasPadamMasa rehat tu take a nap CCL.. 15 mins pun ok.
Betul tu.. kerja takkan pernah habis tp dh faham dgn badan ni, kalau cuaca kejap hujan kejap panas memang auto sakit
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan