Nak Self Rewards Pakai Rantai Tangan Butterfly .. Tapii ..

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Nak Self Rewards Rantai Tangan Butterfly .. Tapii ..  Beberapa hari lepas CCL ada tengok live salah satu kedai Emas ni , ralit tengok diorang punya staff review bangle, review cincin , dan review rantai tangan  . Sebelum-sebelum ni memang teringin nak beli satu bangle , tapi bila difikirkan balik tangan CCL ni kecik entah sesuai ke tidak pakai bangle kan . Kalau nak cari pun memang kena cari saiz kecil ngamm ngamm dengan tangan .. time diorang review rantai tangan tu , CCL terbekenan laa satu design ni , bagi CCL memang design tu sangat limited . 

Rantai tangan butterfly, rantai tangan love batu, emas 916, kenali emas 916, cuci emas 916,

Design ni la yang CCL maksudkan tu .. rantai tangan batu butterfly . Tertarik tengok design rantai tangan ni .. harga bawah tiga ribu .. nilai emas sekarang ni memang tinggi hampir mencecah RM380 - RM400 untuk 1 gram . Panjang rantai tangan ni adalah 17.5CM . CCL pun mula PM staff jewels ni .. 

apa yang menyedihkan CCL 

Rantai tangan butterfly, rantai tangan love batu, emas 916, kenali emas 916, cuci emas 916,

Rantai tangan ala-ala bangle tu tak boleh resize kepada 16CM, tetapi masa dalam live jewels tersebut ada maklum rantai tangan tersebut boleh resize .. 

Rantai tangan butterfly, rantai tangan love batu, emas 916, kenali emas 916, cuci emas 916,

Ya saiz tangan CCL memang kecik .. 16CM . Hahaha . Lagi-lagi nak cari cincin pun saiz yang molek-molek . sebab tu bila ada design yang limited ni , ketepikan mahal tu sedikit anggap itu sebagai self rewards . Tapi bukan rezeki CCL untuk memilik rantai tangan butterfly tersebut .. ini kalau boleh resize memang terus beli tanpa fikir panjang . 


Rantai tangan butterfly, rantai tangan love batu, emas 916, kenali emas 916, cuci emas 916,

Ni pun salah satu design yang CCL berkenan juga . Lebih kurang sama cuma design ni design love batu . Panjang rantai tangan ni 18CM . Harga bawah 4 ribu , mahal sedikit berbanding design butterfly tu . Panjang rantai tangan ni pun 18CM . 

Mampu tengok , tak mampu miliki lagi sebab dedua tak boleh resize . Terfikir pasal rantai tangan ni sampai ke bawa mimpi yerr.

Korang last beli emas 916 ni bila ?? 





Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Cuya lepas rantai emas CUya kena curi dengan bibik, Cuya takde emas sendiri kecuali
    emas yang ibu punya dah bagi Cuya pakaii.. ada bangle dengan cincin 3 ketul. Selalu pakai waktu ada majlis besar je

    BalasPadam
  2. Harga emas memang mahal. Cie pulak sejenis tak suka sangat ada buat syarat je. Cantik jugak semua design tu.

    BalasPadam
  3. Cantiknya rantai tangan tu. Sweet design. Kak Pip pun suka design kecik2 yg sweet2 begini. Last beli emas utk baby girl last month. Beli design sauh pahat. Harga emas memang makin naik laju betul. Tempat kak pip sekarang RM410 per gram.

    BalasPadam
  4. cantikkkkk design butterfly & love.. Ana pulak tgn besar 18cm-19cm huhuhu

    BalasPadam
  5. Mahal dah harga emas sekarang. Rasanya terakhir beli emas
    Setahun lepas...beli cincin.

    BalasPadam
  6. Mahal kan harga emas sekarang ni ...
    Sayangnya tak boleh resize, design dah lawa dah tu.

    BalasPadam
  7. Macam dah lama beli emas 916 ni CCL. Harga sekarang meroket betul.

    BalasPadam
  8. Saya pun jenis tangan kecik. Rantai tangan saya beli 16.3 cm haha. Nasib baik boleh potong..
    Kalau design bangle memang takleh adjust kebanyakannya. Kena walk in kat kedai jelah org yg saiz tangan kecik mcm kita ni

    BalasPadam
  9. Baru jual gelang lama, sebab kurang pakai, anak solehah pun kurang minat. Banyak betul beza dgn harga beli dulu.

    BalasPadam
  10. MA x suka sgt pakai emas..banyak gelang2 biasa je sbb MA suka tukar2..ada gelang emas pun..jarang2 pakai...

    BalasPadam
  11. Elok pergi cuba kat kedai je ni, jadi tahu sesuai ke tak dengan tangan kita. Saya last sekali beli emas, 2 tahun lepas kot, beli subang.

    BalasPadam
  12. Cantiiiiik memang. 👍. Masalah kita sama kak, tangan kecil. Jadi tak sesuai pakai gelang yg terlalu besar. Pernah saya dibelikan gelang emas oleh suami, tapi agak besar. Nak resize sayang pula . Saya tetap pakai, tapi tanpa saya sadar jatuh dari tangan. Untung masih rezeki kak. Terlihat oleh saya di lantai.

    Sejak itu tak nak saya pakai. Akhirnya suami izinkan utk jual semua perhiasan saya, lalu saya convert ke Gold bar uang penjualannya. Jadi skr ini saya tak ada perhiasan emas kecuali cincin nikah.

    Semua emas saya dlm bentuk emas batang. Untuk investasi dan menjaga nilai asset 😄. Saya rutin beli tiap bulan sejak masih awal nikah dulu. Dari masih murah, sampai skr betul2 mahal kan emas 😅.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan